Kalendar akademik kumpulan a semester december 2012 april 2013Saffa Cloth Pads
Ìý
Dokumen ini berisi kalender akademik untuk program pra diploma, diploma, dan asasi di UiTM untuk semester Disember 2012 hingga April 2013. Terdapat jadwal pendaftaran pelajar baru dan lama, aktivitas perkuliahan seperti kuliah, ujian, dan cuti, serta tanggal penting lainnya seperti pembatalan gugur taraf dan pengumuman hasil ujian.
1. KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
TUGASAN 1
ANALISIS JURNAL
PENSYARAH:
PROF. MADYA DATO’ DR. ABD LATIF
BIN HJ GAPOR
DISEDIAKAN OLEH:
NORAZILA BINTI DAWOOD
M20111000463
2. ï‚® SUMBER JURNAL:
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155 – 172
ï‚® TAJUK:
Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran
dalam Kalangan Ahli Akademik
ï‚® PENULIS:
Rubiah Omar dan Jamilah Hj. Ahmad,
Pusat Pengajian Komunikasi ,Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang
3. PERNYATAAN MASALAH:
Penyelidik menyatakan bahawa:
ï‚® di Malaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi yang asas.
Walau bagaimanapun, impak dan penerimaan oleh masyarakat
contohnya di Institut Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi diragui.
ï‚® Tahap perlaksanaan e-pembelajaran pada masa kini belum lagi
mencapai matlamat yang diharapkan.
ï‚® Suatu perubahan yang radikal daripada aspek perubahan
minda dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli
akademik amat diperlukan kerana ahli akademik merupakan
individu yang penting untuk mengubah pendidikan tradisional
kepada versi atas talian.
4. OBJEKTIF KAJIAN:
Secara umum, melalui kajian ini penyelidik ingin melihat amalan
e-pembelajaran yang digunakan dalam kalangan ahli akademik di
USM. Secara spesifik, kajian ini memantau e-pembelajaran
daripada aspek berikut:
ï‚® Kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran.
ï‚® Penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman
terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan
kendiri dalam kalangan ahli akademik.
ï‚® Penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses
pembelajaran dan pengajaran.
5. METODOLOGI KAJIAN:
ï‚® Penyelidik menggunakan reka bentuk tinjauan dan ianya lebih
berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberikan
gambaran awal tentang kesediaan dan penerimaan e-
pembelajaran dalam kalangan ahli akademik.
ï‚® Responden kajian terdiri daripada ahli akademik di semua pusat
pengajian USM Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
ï‚® Sejumlah 165 borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli
akademik di 15 pusat pengajian dan sebanyak 119 borang soal
selidik telah berjaya dikumpulkan.
ï‚® Analisis kuantitatif menggunakan perisian SPSS (Statistical
package for social sciences) versi 14.0 telah digunakan. Data yang
diperolehi ditukar kepada kod-kod yang akan mewakili pemboleh
ubah dan kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis
deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan
kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova.
6. DAPATAN KAJIAN:
Hasil kajian penyelidik membuktikan:
ï‚® Majoriti ahli akademik USM sedar terhadap konsep e-
pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka
hasil dari usaha yang dilakukan oleh pihak pentadbiran universiti
bagi menggalakkan penggunaan sistem e-pembelajaran.
ï‚® Penilaian ahli akademik terhadap hubungan antara kefahaman e-
pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri
adalah memuaskan. Penerimaan ahli akademik terhadap
penggunaan e-pembelajaran pula adalah tinggi kerana majoriti
ahli akademik memahami keseluruhan konsep dan tanggungjawab
yang harus dimainkan dalam melaksanakan e-pembelajaran.
ï‚® Ahli akademik menerima secara positif penggunaan e-
pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan
pengajaran sepenuhnya.
7. IMPLIKASI KAJIAN DAN KESIMPULAN
ï‚® Hasil yang diperolehi oleh kajian menunjukkan bahawa ketiga-
tiga objektif yang ditetapkan pada awal kajian telah dicapai.
ï‚® Penggunaan teknologi baru sebagai alat dalam perlaksanaan e-
pembelajaran adalah untuk menyediakan keupayaan kepada ahli
akademik menjadi fasilitator pembelajaran yang efektif. Ia juga
dapat mewujudkan suasana yang menggalakkan pelajar lebih
inovatif dan kreatif dalam pembelajaran.
ï‚® Ahli akademik juga harus menggalakkan pelajar mencari ilmu,
melibatkan diri dalam perbincangan akademik serta menyumbang
ilmu di dunia siber. Kaedah ini diharapkan akan menghasilkan
bukan hanya graduan yang menjadi pekerja berilmu dan cerdik IT,
tetapi juga berdikari dan berani menghadapi sebarang cabaran
dalam dunia era informasi dan globalisasi.