際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti
muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik
yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu
bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III :
Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-
benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan
pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan
kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.


Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

Teknik main peranan
Teknik permainan bahasa
Teknik latih tubi
Teknik bercerita
Teknik inkuiri
Teknik perbahasan
Teknik kuiz
Teknik sumbangsaran
Teknik soal jawab
Teknik simulasi
Teknik drama
Teknik perbincangan
Teknik forum
Teknik dialog

TUJUAN TEKNIK
Menarik Minat murid
Mengekalkan perhatian
Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK LATIH - TUBI
Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-
ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud
perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam
pengajaran bahasa kedua.
Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu:
Sebutan (accent)
-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa
makna dalam sesuatu situasi.

Tatabahasa (grammer)
-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

Perbendaharaan kata (vocabulary)
-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi
tertentu.

Kefasihan (fluency)
-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

Kefahaman (comprehension)
-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti
murid.
Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang
memerlukan ikutan dan ulangan.

TEKNIK SIMULASI
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang
memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan
maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang
kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya
dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk
meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

TEKNIK MAIN PERANAN
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap
penting.
Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang
disediakan.
Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon
cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya
mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan
kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen,
mendengar rakaman dan sebagainya.
TEKNIK SUMBANGSARAN
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi
perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang
menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,
universiti dan latihan profesional.
Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara
analitis.

Tujuan Sumbangsaran
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan



TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif,
pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar
antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem
pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan
melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
merangsang interaksi verbal pelajar
menambah kefasihan dan keyakinan
menyediakan konteks pembelajaran
bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
TEKNIK SOAL  JAWAB
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan
Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya
mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi
pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai
apa yang diajar.
Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

TEKNIK BERCERITA
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa
kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
dikalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan
kesudahan cerita.Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan
mata.
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak
menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.Kemudian, sesuaikan pula
dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum
menggunakan teknik ini.
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa
yang hendak disampaikan.

TEKNIK DRAMA
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu
kaedah terus, elektif dan audiolingual.
Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda,
nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan
dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya
dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan
pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat
menyuburkan sahsiah pelajar.
TEKNIK INKUIRI
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang
berorientasikan masalah.
Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya
kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia
dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Pengendalian teknik inkuiri ialah :
Proses mengenali masalah
Mengkaji ramalan
Mengumpul maklumat
Menganalisis
Membuat rumusa

TEKNIK PERBINCANGAN
Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang
sesuatu tajuk.Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas
(Kementerian Pendidikan 1990:85).
Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia
dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan
pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya
bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama
dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah
dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.
Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang
boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan
dicapai.
Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang
dengan ahli-ahli kumpulan.
Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain,
menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala
kearah perkara yang betul.
Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan.Hasil
perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting.Setelah dibincang
guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.
TEKNIK FORUM
Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai
fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.
Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi
pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea
dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar
selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

TEKNIK PERBAHASAN
Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan
yang logik dan idea yang tersusun.
Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.
Antara manfaat teknik ini ialah :
Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur
Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa
yang sesuai.
Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar.
Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan
kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-
sifat kepimpinan.

TEKNIK KUIZ
Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di
sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
Tujuannya ialah :
Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik
tertentu.
Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-
teki.
Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan
penggunaan bahasa yang tepat.
Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna
kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar




http://bobezani.tripod.com/teknik.htm
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1

More Related Content

What's hot (20)

PPT
teori pemerolehan-bahasa (2)
ELena LuLia
DOCX
Teknik drama bmm 1
Mnzuhalime Abdul Halim
PPTX
Aktiviti penulisan mentalis
Avhieyna Andhrew
PPTX
pendidikan moden
wanhafshah
PPTX
Pengurusan disiplin bilik darjah skinner
dimidur
PPTX
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ustat Penang
PPTX
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Mis Sem
PDF
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
AnibintiMisran
PPTX
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
nurul syuhaida rahim
PPTX
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
naassyura
PPTX
jenis dan kluster pedagogi
noorfarahanahmohdnoo
PPTX
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Noor Hidayah Ghazali
PPTX
Bahan bantu belajar
Rafuzii Rafiz
PPTX
Model disiplin asertif canter
dimidur
PPTX
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Hashimah68
PPT
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
artventure ipkt
PPT
Teori pembelajaran sosial
zakwan azhar
PPTX
Kurikulum
Mohd Norrazli Md Rasdi
PPTX
Pendekatan Cerakinan (BMM3104)
Izzati Zamburi
PPTX
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
FaFai S.
teori pemerolehan-bahasa (2)
ELena LuLia
Teknik drama bmm 1
Mnzuhalime Abdul Halim
Aktiviti penulisan mentalis
Avhieyna Andhrew
pendidikan moden
wanhafshah
Pengurusan disiplin bilik darjah skinner
dimidur
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ustat Penang
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Mis Sem
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
AnibintiMisran
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
nurul syuhaida rahim
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
naassyura
jenis dan kluster pedagogi
noorfarahanahmohdnoo
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Noor Hidayah Ghazali
Bahan bantu belajar
Rafuzii Rafiz
Model disiplin asertif canter
dimidur
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Hashimah68
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
artventure ipkt
Teori pembelajaran sosial
zakwan azhar
Pendekatan Cerakinan (BMM3104)
Izzati Zamburi
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
FaFai S.

Similar to Teknik pengajaran dan pembelajaran 1 (20)

DOC
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Hishamuddin Jabar
PPTX
kemahiran mendengar dan bertutur bagi para pelajar
JafriBinHussinIPGKTI
PPT
Teknik pn p bm
Mroslan Ghazali
PPT
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
artventure ipkt
PPTX
kepelbagaian pelajar
Nor Fatihah
PPT
Pp-konsep-pendekatan-mengajar-bm
Pensil Dan Pemadam
PPT
Pedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep Teknik
NineZero
DOCX
Teknik bercerita
Pensil Dan Pemadam
DOCX
Teknik bercerita
alin4box
PPS
Kaedah teknik pengajaran
firo HAR
DOCX
Bmm-siap
Pensil Dan Pemadam
DOCX
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
Rasit Masrii
PPT
TEKNI ASPEK TATABAGASA DALAM BAHASA MELAYU
NorAnisIzzatiBintiMu
DOCX
Bmm 3117 penulisan
Arbaanis Shamsuddin
DOCX
Bmm 3117 penulisan
Arbaanis Shamsuddin
DOCX
Bmm 3117 penulisan
Arbaanis Shamsuddin
DOCX
Bmm 3117 penulisan
Arbaanis Shamsuddin
PPTX
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
pikaosman
DOC
Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103
Ieta Yahya
DOC
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
zuhairi7373
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Hishamuddin Jabar
kemahiran mendengar dan bertutur bagi para pelajar
JafriBinHussinIPGKTI
Teknik pn p bm
Mroslan Ghazali
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
artventure ipkt
kepelbagaian pelajar
Nor Fatihah
Pp-konsep-pendekatan-mengajar-bm
Pensil Dan Pemadam
Pedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep Teknik
NineZero
Teknik bercerita
Pensil Dan Pemadam
Teknik bercerita
alin4box
Kaedah teknik pengajaran
firo HAR
Bmm-siap
Pensil Dan Pemadam
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
Rasit Masrii
TEKNI ASPEK TATABAGASA DALAM BAHASA MELAYU
NorAnisIzzatiBintiMu
Bmm 3117 penulisan
Arbaanis Shamsuddin
Bmm 3117 penulisan
Arbaanis Shamsuddin
Bmm 3117 penulisan
Arbaanis Shamsuddin
Bmm 3117 penulisan
Arbaanis Shamsuddin
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
pikaosman
Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103
Ieta Yahya
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
zuhairi7373
Ad

Teknik pengajaran dan pembelajaran 1

  • 1. TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DEFINISI Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar- benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Teknik-teknik Pengajaran Bahasa Teknik main peranan Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi Teknik bercerita Teknik inkuiri Teknik perbahasan Teknik kuiz Teknik sumbangsaran Teknik soal jawab Teknik simulasi Teknik drama Teknik perbincangan Teknik forum Teknik dialog TUJUAN TEKNIK Menarik Minat murid Mengekalkan perhatian Membangkitkan ras ingin tahu TEKNIK LATIH - TUBI Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat- ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu:
  • 2. Sebutan (accent) -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. Tatabahasa (grammer) -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. Perbendaharaan kata (vocabulary) -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. Kefasihan (fluency) -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. Kefahaman (comprehension) -latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan. TEKNIK SIMULASI Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. TEKNIK MAIN PERANAN Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
  • 3. TEKNIK SUMBANGSARAN Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis. Tujuan Sumbangsaran Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan TEKNIK PERMAINAN BAHASA Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
  • 4. TEKNIK SOAL JAWAB Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah : Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. TEKNIK BERCERITA Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita.Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan. TEKNIK DRAMA Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
  • 5. TEKNIK INKUIRI Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengendalian teknik inkuiri ialah : Proses mengenali masalah Mengkaji ramalan Mengumpul maklumat Menganalisis Membuat rumusa TEKNIK PERBINCANGAN Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk.Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan.Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting.Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.
  • 6. TEKNIK FORUM Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti. TEKNIK PERBAHASAN Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. Antara manfaat teknik ini ialah : Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat- sifat kepimpinan. TEKNIK KUIZ Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Tujuannya ialah : Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka- teki. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu : Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar http://bobezani.tripod.com/teknik.htm