際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
UCAPAN PENGACARA MAJLIS 
Aziz : Diminta semua tokoh yang bakal menerima anugerah dan semua hadirin mengambil tempat 
masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi. Adalah diingatkan agar semua hadirin 
memastikan telefon bimbit anda berada di dalam mod senyap. Tuan-tuan dan puan-puan diminta agar 
tidak meninggalkan majlis sehingga majlis selesai. Kerjasama daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan 
amatlah diharapkan. 
Aziz : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Datuk Adlie B. Jaafar, Pengarah Bahagian Matrikulasi 
Kementerian Pelajaran Malaysia diiringi Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi 
Pahang untuk masuk ke dewan. 
(VIP MASUK) 
Aziz : Para hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. 
(NYANYI LAGU ) 
Aziz : Semua hadirin dipersilakan duduk. 
Aziz : Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berbahagia, Datuk Adlie b Jaafar selaku Pengarah Bahagian 
Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, diiringi Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang 
Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, barisan pensyarah, serta rakan-rakan seperjuangan 
sekalian. 
DUET : Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera, salam satu Malaysia 
Izyan : Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnia dan keizinanNya dapat kita bersama-sama 
berkumpul di dalam majlis ini iaitu Majlis Anugerah Kecermelangan Kolej Matrikulasi Pahang sesi 
2013/2014. 
Izyan: Pancaran gamma halus disuluh, 
Bertapa di hutan meminta keramat, 
Angkat tangan jari sepuluh, 
Doa dipohon biar selamat. 
Izyan : Oleh itu, bagi memberkati majlis, dijemput Al -Fadhil Ustaz Luqman Hakim B Abdul Razak untuk 
memimpin bacaan doa. Dipersilakan. 
(DOA) 
Izyan : Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Alhamdulillah terus dipanjatkan, setulus hati, seikhlas murni, 
semanis kendiri, semurni jiwa, dimunajatkan rasa syukur ke hadrat ilahi tuan sekalian alam. Semoga 
barakah majlis bertuah, semoga atur cara sempurna InsyaAllah.
Aziz : Hadirin hadirat sekalian, majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah Kolej 
Matrikulasi Pahang, Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya 
mempersilakan. 
(UCAPAN PENGARAH KOLEJ ) 
Izyan : Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Binti 
Awang Ghazali di atas ucapan itu sebentar tadi. Sebelum majlis merentas masa, sebelum bibir melontar 
bicara, majlis dengan penuh rasa hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Adlie B 
Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyampaikan 
ucapan sekaligus merasmikan Majlis Anugerah Kecermelangan Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2013/2014. 
Dengan segala hormatnya dipersilakan. 
(UCAPAN VIP ) 
Aziz : Terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi 
Kementerian Pelajaran Malaysia, diatas ucapan yang begitu bersemangat sebentar tadi. 
Aziz : Sidang hadirin yang dihormati, 
Bunga telur di hujung dahan, 
Penghias seri di waktu malam, 
Terima kasih tuan beri ucapan, 
Lafaz isytihar pembuka kalam. 
Izyan : Hadirin hadirat sekalian. Bagi menceriakan lagi majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama 
menyaksikan persembahan dari wakil pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Dengan segala hormatnya 
dipersilakan. 
(PERSEMBAHAN) 
Aziz : Ribuan terima kasih kepada wakil pelajar di atas persembahan yang begitu menghiburkan. 
Izyan : Seterusnya, tibalah kita ke acara yang dinanti -nantikan, iaitu Penganugerahan Sijil Kecemerlangan 
kepada tokoh-tokoh pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Majlis dengan sukacitanya menjemput dan 
mempersilakan Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang 
untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan anugerah tersebut. 
Bagi penganugerahan Tokoh Sahsiah, Dijemput Zafirah Bt Abdullah. 
Bagi penganugerahan Tokoh Ko-kurikulum, dijemput Nurul Salsabila Bt Mohd Noor 
Dan bagi penganugerahan Tokoh Akademik, dijemput Nurul Ain Shahirah Bt Mohd Shariff
Aziz: Ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej 
Matrikulasi Pahang di atas penganugerahan sijil kepada tokoh-tokoh. Bagi menyerikan lagi majlis kita 
pada pagi ini, para hadirin akan disajikan dengan persembahan pantun yang telah disediakan oleh 
pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. 
(PERSEMBAHAN) 
Izyan : Terima kasih di atas persembahan itu tadi. Kini tibalah kita ke acara kemuncak iaitu 
Penganugerahan Sijil Kecemerlangan kepada tokoh Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Maka dengan ini 
dijemput Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian 
Pelajaran Malaysia untuk hadir ke pentas diiringi oleh Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang 
Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang bagi menyampaikan anugerah. 
Aziz : Tokoh pelajar Kolej Matrikulasi Pahang ini merupakan anak kelahiran Kuala Besut, Terengganu. 
Dilahirkan pada 7 Ogos 1995. Antara pencapaian beliau sepanjang berada di Kolej Matrikulasi 
Pahang ini ialah Johan dalam Pertandingan Bola jaring Karnival Kolej Matrikulasi (KAKOM), 
merupakan salah seorang badan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang 
dimana beliau pernah menyertai kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak kolej. 
Izyan : Beliau juga menganggotai pasukan kawad kaki Kolej Matrikulasi Pahang sehingga ke peringkat 
kebangsaan. Di samping berbakat dalam bidang ko-kurikulum, beliau juga merupakan antara 
pelajar cemerlang dan ayam tambatan kolej dimana beliau memperoleh keputusan yang 
cemerlang dalam PSPM. Maka dengan ini dengan segala hormatnya dipersilakan tokoh pelajar 
Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2013/2014, Tuan Mimi Azreen Bt Tuan Mat untuk menerima 
anugerah ini 
Aziz : Seterusnya, kita saksikan lagi persembahan istimewa dari pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. 
Dengan ini dijemput para pelajar mengambil tempat. 
(PERSEMBAHAN) 
Aziz: Kini tibalah kita ke acara penutupan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Matrikulasi Pahang sesi 
2013/2014. Sebagai tanda ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan 
Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang tampil ke pentas untuk 
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar selaku Pengarah 
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia . 
Izyan : Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada pagi i ni. 
Aziz : Majlis menjemput Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar bersama para hadirin untuk menikmati 
sedikit jamuan yang telah disediakan. Selamat menjamu selera. 
DUET : Wabilahitaufikwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Majlis bersurai....
Ad

Recommended

Contoh minit mesyuarat
Contoh minit mesyuarat
Hasni Dolmat
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Maimunah Sibli
Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...
Skrip majlis penutupan kursus pembangunan individu dan organisasi perkhidmata...
Fieza Azniff
Teks pengacara majlis perasmian
Teks pengacara majlis perasmian
aini ahmad
Surat jemputan isra mikraj
Surat jemputan isra mikraj
putraisya
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
supianzainuddin1
Surat permohonan menggunakan makmal komputer
Surat permohonan menggunakan makmal komputer
ciedz
DTP (JPN Pahang).pdf
DTP (JPN Pahang).pdf
Junjong
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
Yusrina Mustama
Minit mesyuarat pss bil 1 2021 (edit)
Minit mesyuarat pss bil 1 2021 (edit)
mohamadafiqmohamadna
Teks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobok
Teks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobok
nedick apat
Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang
Henry Lijunin
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Nor Azlina
Pembukaan majlis
Pembukaan majlis
Jebat Perdana
Teks Pengacara Majlis Perasmian Kem Motivasi T6 2016
Teks Pengacara Majlis Perasmian Kem Motivasi T6 2016
Stephanie Unsil
2016 teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii
2016 teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii
Matt Apitt
Kertas kerja dasar program motivasi guru
Kertas kerja dasar program motivasi guru
Mohd Zainudin
Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014
Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014
Zatil Nabilah
Assignment Komunikasi Berkesan
Assignment Komunikasi Berkesan
Shamsul De Bagio
Kertas kerja program motivasi tahap 2
Kertas kerja program motivasi tahap 2
soulmoon
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
fitri norlida
Teks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
Teks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
Valerie Sinti
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
suria yahaya
Minit Mesyuarat (LM 2025)
Minit Mesyuarat (LM 2025)
Afifah Nabilah
Sifat sifat fizikal haiwan2
Sifat sifat fizikal haiwan2
Cikgu Isza
30 ogos skrip pengacara perhimpunan
30 ogos skrip pengacara perhimpunan
Normah Ramli
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Azizan Amanda
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Norlela Abdrahman

More Related Content

What's hot (20)

2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
Yusrina Mustama
Minit mesyuarat pss bil 1 2021 (edit)
Minit mesyuarat pss bil 1 2021 (edit)
mohamadafiqmohamadna
Teks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobok
Teks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobok
nedick apat
Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang
Henry Lijunin
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Nor Azlina
Pembukaan majlis
Pembukaan majlis
Jebat Perdana
Teks Pengacara Majlis Perasmian Kem Motivasi T6 2016
Teks Pengacara Majlis Perasmian Kem Motivasi T6 2016
Stephanie Unsil
2016 teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii
2016 teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii
Matt Apitt
Kertas kerja dasar program motivasi guru
Kertas kerja dasar program motivasi guru
Mohd Zainudin
Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014
Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014
Zatil Nabilah
Assignment Komunikasi Berkesan
Assignment Komunikasi Berkesan
Shamsul De Bagio
Kertas kerja program motivasi tahap 2
Kertas kerja program motivasi tahap 2
soulmoon
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
fitri norlida
Teks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
Teks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
Valerie Sinti
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
suria yahaya
Minit Mesyuarat (LM 2025)
Minit Mesyuarat (LM 2025)
Afifah Nabilah
Sifat sifat fizikal haiwan2
Sifat sifat fizikal haiwan2
Cikgu Isza
30 ogos skrip pengacara perhimpunan
30 ogos skrip pengacara perhimpunan
Normah Ramli
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Azizan Amanda
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Norlela Abdrahman
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
Yusrina Mustama
Minit mesyuarat pss bil 1 2021 (edit)
Minit mesyuarat pss bil 1 2021 (edit)
mohamadafiqmohamadna
Teks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobok
Teks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobok
nedick apat
Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang
Henry Lijunin
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Nor Azlina
Teks Pengacara Majlis Perasmian Kem Motivasi T6 2016
Teks Pengacara Majlis Perasmian Kem Motivasi T6 2016
Stephanie Unsil
2016 teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii
2016 teks ucapan hari keluarga pusat pengajian al-syaafii
Matt Apitt
Kertas kerja dasar program motivasi guru
Kertas kerja dasar program motivasi guru
Mohd Zainudin
Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014
Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014
Zatil Nabilah
Assignment Komunikasi Berkesan
Assignment Komunikasi Berkesan
Shamsul De Bagio
Kertas kerja program motivasi tahap 2
Kertas kerja program motivasi tahap 2
soulmoon
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
Minit mesyuarat hari keluarga dan jamuan
fitri norlida
Teks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
Teks Juruacara Majlis Graduasi Sekolah
Valerie Sinti
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
suria yahaya
Minit Mesyuarat (LM 2025)
Minit Mesyuarat (LM 2025)
Afifah Nabilah
Sifat sifat fizikal haiwan2
Sifat sifat fizikal haiwan2
Cikgu Isza
30 ogos skrip pengacara perhimpunan
30 ogos skrip pengacara perhimpunan
Normah Ramli
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Azizan Amanda
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Laporan aktiviti perkhemahan bina insan guru 2012aaaa
Norlela Abdrahman

Ucapan pengacara majlis

  • 1. UCAPAN PENGACARA MAJLIS Aziz : Diminta semua tokoh yang bakal menerima anugerah dan semua hadirin mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi. Adalah diingatkan agar semua hadirin memastikan telefon bimbit anda berada di dalam mod senyap. Tuan-tuan dan puan-puan diminta agar tidak meninggalkan majlis sehingga majlis selesai. Kerjasama daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan amatlah diharapkan. Aziz : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Datuk Adlie B. Jaafar, Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia diiringi Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang untuk masuk ke dewan. (VIP MASUK) Aziz : Para hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. (NYANYI LAGU ) Aziz : Semua hadirin dipersilakan duduk. Aziz : Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berbahagia, Datuk Adlie b Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, diiringi Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, barisan pensyarah, serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. DUET : Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera, salam satu Malaysia Izyan : Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnia dan keizinanNya dapat kita bersama-sama berkumpul di dalam majlis ini iaitu Majlis Anugerah Kecermelangan Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2013/2014. Izyan: Pancaran gamma halus disuluh, Bertapa di hutan meminta keramat, Angkat tangan jari sepuluh, Doa dipohon biar selamat. Izyan : Oleh itu, bagi memberkati majlis, dijemput Al -Fadhil Ustaz Luqman Hakim B Abdul Razak untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. (DOA) Izyan : Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Alhamdulillah terus dipanjatkan, setulus hati, seikhlas murni, semanis kendiri, semurni jiwa, dimunajatkan rasa syukur ke hadrat ilahi tuan sekalian alam. Semoga barakah majlis bertuah, semoga atur cara sempurna InsyaAllah.
  • 2. Aziz : Hadirin hadirat sekalian, majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang, Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (UCAPAN PENGARAH KOLEJ ) Izyan : Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Binti Awang Ghazali di atas ucapan itu sebentar tadi. Sebelum majlis merentas masa, sebelum bibir melontar bicara, majlis dengan penuh rasa hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Anugerah Kecermelangan Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2013/2014. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (UCAPAN VIP ) Aziz : Terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, diatas ucapan yang begitu bersemangat sebentar tadi. Aziz : Sidang hadirin yang dihormati, Bunga telur di hujung dahan, Penghias seri di waktu malam, Terima kasih tuan beri ucapan, Lafaz isytihar pembuka kalam. Izyan : Hadirin hadirat sekalian. Bagi menceriakan lagi majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan dari wakil pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (PERSEMBAHAN) Aziz : Ribuan terima kasih kepada wakil pelajar di atas persembahan yang begitu menghiburkan. Izyan : Seterusnya, tibalah kita ke acara yang dinanti -nantikan, iaitu Penganugerahan Sijil Kecemerlangan kepada tokoh-tokoh pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan anugerah tersebut. Bagi penganugerahan Tokoh Sahsiah, Dijemput Zafirah Bt Abdullah. Bagi penganugerahan Tokoh Ko-kurikulum, dijemput Nurul Salsabila Bt Mohd Noor Dan bagi penganugerahan Tokoh Akademik, dijemput Nurul Ain Shahirah Bt Mohd Shariff
  • 3. Aziz: Ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang di atas penganugerahan sijil kepada tokoh-tokoh. Bagi menyerikan lagi majlis kita pada pagi ini, para hadirin akan disajikan dengan persembahan pantun yang telah disediakan oleh pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. (PERSEMBAHAN) Izyan : Terima kasih di atas persembahan itu tadi. Kini tibalah kita ke acara kemuncak iaitu Penganugerahan Sijil Kecemerlangan kepada tokoh Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Maka dengan ini dijemput Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk hadir ke pentas diiringi oleh Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang bagi menyampaikan anugerah. Aziz : Tokoh pelajar Kolej Matrikulasi Pahang ini merupakan anak kelahiran Kuala Besut, Terengganu. Dilahirkan pada 7 Ogos 1995. Antara pencapaian beliau sepanjang berada di Kolej Matrikulasi Pahang ini ialah Johan dalam Pertandingan Bola jaring Karnival Kolej Matrikulasi (KAKOM), merupakan salah seorang badan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang dimana beliau pernah menyertai kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak kolej. Izyan : Beliau juga menganggotai pasukan kawad kaki Kolej Matrikulasi Pahang sehingga ke peringkat kebangsaan. Di samping berbakat dalam bidang ko-kurikulum, beliau juga merupakan antara pelajar cemerlang dan ayam tambatan kolej dimana beliau memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PSPM. Maka dengan ini dengan segala hormatnya dipersilakan tokoh pelajar Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2013/2014, Tuan Mimi Azreen Bt Tuan Mat untuk menerima anugerah ini Aziz : Seterusnya, kita saksikan lagi persembahan istimewa dari pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Pahang. Dengan ini dijemput para pelajar mengambil tempat. (PERSEMBAHAN) Aziz: Kini tibalah kita ke acara penutupan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2013/2014. Sebagai tanda ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Nurul Azieda Bt Awang Ghazali, Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang tampil ke pentas untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar selaku Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia . Izyan : Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada pagi i ni. Aziz : Majlis menjemput Yang Berbahagia Datuk Adlie B Jaafar bersama para hadirin untuk menikmati sedikit jamuan yang telah disediakan. Selamat menjamu selera. DUET : Wabilahitaufikwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.