ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
ULASAN KAJIAN TINDAKAN
Kami telah membaca dan menganalisis satu kajian tindakan yang telah dijalankan secara individu oleh Cikgu Zaridah binti Zuber dari Sekolah Kebangsaan Seri Manjong, Perak Darul Ridzuan. Kajian tindakan ini bertajuk “Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna. Kajian ini melibatkan seramai 44 orang murid Tahun 2 Pandai di SK Seri Manjong yang terdiri daripada 25 orang lelaki dan 19 orang perempuan. Penulis menjalankan kajian ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf besar. Penulis juga mendapati murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar apatah lagi murid yang lemah.
Fokus beliau adalah kepada penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah. Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunanan huruf besar amat penting dan asasnya mestilah dipupuk dari awal kerana kemahiran inilah yang akan digunakan ketika mereka melangkah ke tahap yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang penulisan. Jika masalah ini tidak ditangani di kalangan murid tahap satu, maka peratusan markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 akan terjejas. Sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis, kesalahan dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut.
Objektif utama yang dinyatakan oleh penulis bagi kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar pada permulaan ayat. Di samping itu, penulis juga berharap agar murid-muridnya dapat meningkatkan daya ingatan mereka terhadap penggunaan huruf besar. Di dalam kajian ini, penulis telah menggunakan beberapa methodologi kajian. Antaranya termasuklah dengan kaedah pemerhatian, soal selidik, ujian pengesanan, tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran dan semakan buku latihan. Dari segi pelaksanaan kajian, kami mendapati bahawa penulis telah menggunakan Model Kajian Tindakan Somekh (1989) di dalam kajiannya ini.
MODEL TEORI SOMEKH, (1989)
Gambarajah di atas menunjukkan langkah-langkah pelaksanaan kajian tindakan mengikut teori Model Somekh, (1989). Setelah membaca dan meneliti kajian yang dibuat oleh penulis, kami mendapati kajian tindakan beliau mirip kepada teori Model Somekh, (1989). Mengikut model ini, terdapat lapan langkah atau proses yang perlu diikuti bagi melaksanakan sesuatu kajian tindakan. Langkah pertama dalam proses kajian tindakan ini adalah mengenalpasti masalah di mana masalah yang dikenalpasti oleh penulis adalah kelemahan murid tahun 2 Pandai dalam penggunaan huruf besar.
Langkah yang kedua adalah mengumpulkan data daripada sampel kajian di mana penulis menggunakan beberapa kaedah untuk mengenalpasti sebab berlakunya kelemahan pelajar dalam penggunaan huruf besar di awalan ayat. Penulis menggunakan empat kaedah pengumpulan data di dalam kajiannya ini. Antara kaedah yang digunakan adalah pemerhatian. Penulis telah membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung bagi melihat sendiri sikap murid-murid terhadap kemahiran penggunaan huruf besar. Selain itu, penulis juga telah menyediakan borang soal selidik di mana penulis membacakan soalan yang berkaitan dan murid menjawab secara jujur mengenainya. Kaedah ketiga yang digunakan adalah melakukan ujian pengesanan kepada murid-murid di mana ia bertujuan untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman murid dalam penggunaan huruf besar di dalam ayat. Selain daripada itu, tindakbalas murid dinilai semasa menjawab soalan yang diberikan. Akhir sekali kaedah semakan buku latihan digunakan bagi menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan.
Menurut Model Somekh, langkah yang ketiga adalah menganalisis data kajian yang diperolehi daripada sampel kajian yang dilakukan. Berdasarkan kajian penulis, sikap murid menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar merupakan masalah yang paling kerap dilakukan, iaitu menyumbang 77%. Manakala kurangnya tumpuan murid menyumbang sebanyak 18% kepada  punca masalah ini. Selain itu, tiadanya bimbingan daripada ibu bapa atau ahli keluarga menyumbang sebanyak 14% manakala 11%  berpunca daripada tidak memahami arahan soalan. Sikap malas turut menyumbang sebanyak 7% dan akhir sekali kurangnya keyakinan murid itu sendiri menyumbang sebanyak 5%.
Langkah yang keempat dalam Model Somekh adalah merancang pelan tindakan di mana penulis telah merancang untuk menggunakan teknik warna bagi mengatasi masalah ini. Murid-murid diminta untuk menulis setiap huruf pertama pada permulaan ayat dengan menggunakan pensel warna. Ini kerana warna dapat meningkatkan daya ingatan murid. Oleh itu penulis telah mencantumkan pensel warna biru dengan pensel murid-muridnya agar mereka tidak lupa untuk menggunakannya setiap kali menulis huruf pertama pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah.
Langkah yang kelima adalah melaksanakan pelan tindakan di mana penulis telah membahagikan pembelajaran huruf besar kepada tiga aktiviti utama yang dinamakan Item 1, Item 2 dan Item 3. Item 1 merupakan aktiviti di mana pelajar membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar, kemudian mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut dan menyalin semula ayat tersebut menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai menggunakan warna. Item 2 pula murid membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat dan kemudian menyalin semula ayat tersebut menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai menggunakan warna di permulaan ayat sahaja. Item 3 pula murid-murid diminta untuk membaca beberapa ayat yang diberi tanpa huruf besar dan menyalin semula ayat tersebut menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai menggunakan warna pada permulaan ayat dan selepas noktah.
Menurut  Model Somekh, langkah keenam ialah mengumpul data untuk mengesahkan perubahan di mana penulis telah memperolehi data seperti jadual di bawah:
MARKAHPENCAPAIANUJIANPENGESANAN*ITEM1*ITEM2*ITEM 3UJIAN PENCAPAIAN20-1622%100%100%96%95%15-1022%0%0%4%2.5%9-626%0%0%4%2.5%5-030%0%0%0%0%
Penulis telah mengesahkan bahawa teknik warna yang dijalankan telah membawa perubahan dalam markah murid-murid sekaligus menampakkan peningkatan pemahaman mereka melalui keputusan ujian pencapaian yang melibatkan ketiga-tiga item dalam aktiviti yang dirancang. Keputusan ini  jauh menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding ujian pengesanan yang telah dijalankan sebelum teknik penggunaan warna diperkenalkan.
Langkah ketujuh di dalam model ini adalah menganalisis dan menilai keberkesanan kaedah teknik warna dalam meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar bagi murid tahun 2 Pandai. Hasil daripada analisis ujian pencapaian mereka, telah terbukti bahawa terdapat peningkatan kemahiran dalam penggunaan huruf besar di kalangan murid-murid tahun 2 Pandai. Keyakinan diri mereka juga menunjukkan peningkatan yang positif di mana mereka masih menggunakan warna biru untuk penggunaan huruf besar walaupun tanpa arahan dari guru. Menurut penulis, pencapaian murid juga telah meningkat dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR1-2006) di mana hanya tiga orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat. Dua orang daripada mereka adalah murid dari kelas pemulihan.
Langkah yang terakhir dalam Model Somekh adalah putaran seterusnya, di mana kajian tindakan yang sama atau yang baru perlu dijalankan bergantung kepada kejayaan atau kegagalan di dalam kajian tersebut. Mengikut kajian penulis ini, beliau telah berjaya meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar di kalangan murid-muridnya. Ini jelas terbukti apabila markah murid-muridnya meningkat di dalam ujian pencapaian yang dijalankan oleh beliau selepas teknik warna dilaksanakan. Bagi melengkapkan putaran kajian seterusnya, penulis berhasrat untuk meneruskan satu lagi kajian tindakan pada masa hadapan di dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan murid tahun 2 Pandai dalam penggunaan tanda baca seperti koma dan noktah.
Sebagai kesimpulannya, kajian tindakan adalah sesuatu yang penting untuk dilaksanakan oleh setiap guru bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar mereka. Di sini, kami berasa kagum dengan pendekatan yang telah digunakan oleh Cikgu Zaridah bagi membantu murid-muridnya untuk menguasai penggunaan huruf besar. Kejayaan ini merupakan satu usaha yang murni yang perlu ada di dalam diri setiap guru untuk membantu murid-murid yang lemah agar mereka berkeupayaan menguasai sesuatu kemahiran. Oleh yang demikian, adalah sangat wajar jika setiap guru menjalankan satu kajian tindakan setiap tahun bagi mengenalpasti dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar mereka.

Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan

More Related Content

What's hot (20)

Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains

Liza Ahmad
Ìý
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
Ryabbi Imp
Ìý
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
Mokhzani Fadir
Ìý
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

ikhwankmk92
Ìý
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
AYU_TEMPOYAK
Ìý
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
AiniNazihah
Ìý
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
MahmudAhmad21
Ìý
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
azirah azizul
Ìý
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
Nur Aini
Ìý
Penggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan UjianPenggubalan Item/Soalan Ujian
Penggubalan Item/Soalan Ujian
Anne Ummu Hurairah
Ìý
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
Rohini Egambaram
Ìý
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

Ang You Koon
Ìý
Pengurusan disiplin bilik darjah skinner
Pengurusan disiplin bilik darjah skinnerPengurusan disiplin bilik darjah skinner

dimidur
Ìý
Nota teori pelaziman operan
Nota teori pelaziman operanNota teori pelaziman operan
Nota teori pelaziman operan
Eyzan Rashid
Ìý
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)

cikgutika
Ìý
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
keryman313
Ìý
Model tingkah laku
Model tingkah lakuModel tingkah laku
Model tingkah laku
najib6766
Ìý
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
Ppg Pathma Nathan
Ìý
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
ArifahAzlanShah2
Ìý
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Fauzan Zain

Viewers also liked (20)

Ulasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakanUlasan jurnal kajian tindakan
Ulasan jurnal kajian tindakan
rozi ahmad
Ìý
Assigment KPR
Assigment KPRAssigment KPR
Assigment KPR
KPM
Ìý
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
nakirah
Ìý
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
zulyanei
Ìý
Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakan Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakan
Ministry of Education
Ìý
Jurnal 2
Jurnal 2Jurnal 2
Jurnal 2
Norhaslina Lina
Ìý
Kajian tindakan proposal
Kajian tindakan proposalKajian tindakan proposal
Kajian tindakan proposal
maizatul86
Ìý
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 3
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 3Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 3

Jeyah Orchids
Ìý
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)

Cik BaCo
Ìý
Metode Analisis Data Kuantitatif
Metode Analisis Data KuantitatifMetode Analisis Data Kuantitatif
Metode Analisis Data Kuantitatif
I Wayan Mudita
Ìý
Jurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian TindakanJurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian Tindakan
koperasi
Ìý
50084546 proposal-kajian-tindakan
50084546 proposal-kajian-tindakan50084546 proposal-kajian-tindakan
50084546 proposal-kajian-tindakan
N Dingz Ups
Ìý
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia

Amir Aiman Akashah
Ìý
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kes
fitri norlida
Ìý
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatif
wmkfirdaus
Ìý
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
Zainowawi Izani
Ìý
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Junaidah Jusoh
Ìý
Cara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnalCara membuat ulasan jurnal
Cara membuat ulasan jurnal
sitimarlizah
Ìý
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan

nym_namrod

Similar to Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan (20)

Kajian huruf besar
Kajian huruf besarKajian huruf besar
Kajian huruf besar
Ab Hayati
Ìý
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iii
kananasirin
Ìý
Ulasan jurnal kpr5063
Ulasan jurnal kpr5063Ulasan jurnal kpr5063
Ulasan jurnal kpr5063
iedadyna
Ìý
Kajian tindakan penggunaan teknik subpre
Kajian tindakan penggunaan teknik subpreKajian tindakan penggunaan teknik subpre

ssuser8faf5d
Ìý
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkalMeningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal

Mat mohd
Ìý
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...
Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...Meningkatnya prestasi belajar ipa tentang gaya melalui penerapan metode pembe...

Operator Warnet Vast Raha
Ìý
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
dharmaharun

Bab i
Bab iBab i
Bab i
Aniq Bariroh

Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...

Noormazrita Azam
Ìý
Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanUlasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakan
KPM
Ìý
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
KalaiselviVelu1

11. md hidayat (1)
11. md hidayat (1)11. md hidayat (1)
11. md hidayat (1)
Noor Hamizah Yamin
Ìý
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Fariz Salim
Ìý
Paper Sugama (Metode Penugasan Terbimbing)
Paper Sugama (Metode Penugasan Terbimbing)Paper Sugama (Metode Penugasan Terbimbing)

Sugama Maskar
Ìý
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osman
Ansar Azman

Recently uploaded (20)

PAHLAWAN NASIONAL "CUT NYAK DIN" - Muchtaruddin Ibrahim
PAHLAWAN NASIONAL "CUT NYAK DIN" - Muchtaruddin IbrahimPAHLAWAN NASIONAL "CUT NYAK DIN" - Muchtaruddin Ibrahim
PAHLAWAN NASIONAL "CUT NYAK DIN" - Muchtaruddin Ibrahim
MAJELIS REMBUG SINAU (MARS) PANCASILA
Ìý
Menuju Republik Indonesia - Tan Malaka.pdf
Menuju Republik Indonesia - Tan Malaka.pdfMenuju Republik Indonesia - Tan Malaka.pdf
Menuju Republik Indonesia - Tan Malaka.pdf
MAJELIS REMBUG SINAU (MARS) PANCASILA
Ìý
DAFTAR DISTRIBUSI LOKASI KKL 2025 (13).pdf
DAFTAR DISTRIBUSI LOKASI KKL 2025 (13).pdfDAFTAR DISTRIBUSI LOKASI KKL 2025 (13).pdf

pamankendari78
Ìý
KELOMPOK 7 MANEJEMEN PEMASARAN (1) (1).pptx
KELOMPOK 7 MANEJEMEN PEMASARAN (1) (1).pptxKELOMPOK 7 MANEJEMEN PEMASARAN (1) (1).pptx

LITERASI BACA TULIS MATERI METAMORFOSIS SEMPURNA DAN METAMORFOSIS TIDAK SEMPU...
LITERASI BACA TULIS MATERI METAMORFOSIS SEMPURNA DAN METAMORFOSIS TIDAK SEMPU...LITERASI BACA TULIS MATERI METAMORFOSIS SEMPURNA DAN METAMORFOSIS TIDAK SEMPU...

ulfafitriah02
Ìý
MODUL FISKIM-Kimia ( Energi dan Gaya dalam Kehidupan Sehari hari PGSD.pdf
MODUL FISKIM-Kimia ( Energi dan Gaya dalam Kehidupan Sehari hari PGSD.pdfMODUL FISKIM-Kimia ( Energi dan Gaya dalam Kehidupan Sehari hari PGSD.pdf

Universitas Negeri Medan
Ìý
Simulasi_Negosiasi_Perkara Mediasi dan Keperdataan6.pptx
Simulasi_Negosiasi_Perkara Mediasi dan Keperdataan6.pptxSimulasi_Negosiasi_Perkara Mediasi dan Keperdataan6.pptx

djpkhegrm
Ìý
"Kapitalisme Bangsa Sendiri" - Soekarno.pdf
"Kapitalisme Bangsa Sendiri" - Soekarno.pdf"Kapitalisme Bangsa Sendiri" - Soekarno.pdf
"Kapitalisme Bangsa Sendiri" - Soekarno.pdf
MAJELIS REMBUG SINAU (MARS) PANCASILA
Ìý
Modul Ajar Matematika Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka

Modul Kelas
Ìý
Arsitektur dan Organisasi Komputer 2.pptx
Arsitektur dan Organisasi Komputer 2.pptxArsitektur dan Organisasi Komputer 2.pptx

ssuserc3f7e8
Ìý
Belajar Integritas Kepada Tokoh Bangsa.pdf
Belajar Integritas Kepada Tokoh Bangsa.pdfBelajar Integritas Kepada Tokoh Bangsa.pdf
Belajar Integritas Kepada Tokoh Bangsa.pdf
MAJELIS REMBUG SINAU (MARS) PANCASILA
Ìý
"Penemuan Kembali Revolusi Kita" - Soekarnp
"Penemuan Kembali Revolusi Kita" - Soekarnp"Penemuan Kembali Revolusi Kita" - Soekarnp
"Penemuan Kembali Revolusi Kita" - Soekarnp
MAJELIS REMBUG SINAU (MARS) PANCASILA
Ìý
05. Distribusi Normal (Ilmu Komputer Universitas Pakauan).pdf
05. Distribusi Normal (Ilmu Komputer Universitas Pakauan).pdf05. Distribusi Normal (Ilmu Komputer Universitas Pakauan).pdf

AsepSaepulrohman4
Ìý
Arsitektur dan Organisasi Komputer 2.pptx
Arsitektur dan Organisasi Komputer 2.pptxArsitektur dan Organisasi Komputer 2.pptx
Arsitektur dan Organisasi Komputer 2.pptx
ssuserc3f7e8
Ìý
Evaluasi GT Februari dan Pengarahan GT Maret "Spiritual Discipline"
Evaluasi GT Februari dan Pengarahan GT Maret "Spiritual Discipline"Evaluasi GT Februari dan Pengarahan GT Maret "Spiritual Discipline"

SABDA
Ìý
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 12 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 12 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 12 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 12 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Kelas
Ìý
Irsan_Kebijakan Kurikulum Merdeka untuk Mingkatkan Kualitas Pendidikan.pptx
Irsan_Kebijakan Kurikulum Merdeka untuk Mingkatkan Kualitas Pendidikan.pptxIrsan_Kebijakan Kurikulum Merdeka untuk Mingkatkan Kualitas Pendidikan.pptx

keubgpkaltara2025
Ìý
Di Bawah Bendera Revolusi - 2 - Soekarno.pdf
Di Bawah Bendera Revolusi - 2 - Soekarno.pdfDi Bawah Bendera Revolusi - 2 - Soekarno.pdf
Di Bawah Bendera Revolusi - 2 - Soekarno.pdf
MAJELIS REMBUG SINAU (MARS) PANCASILA
Ìý
"Deklarasi Ekonomi" - Pidato Soekarno, 28 Maret 1963
"Deklarasi Ekonomi" - Pidato Soekarno, 28 Maret 1963"Deklarasi Ekonomi" - Pidato Soekarno, 28 Maret 1963
"Deklarasi Ekonomi" - Pidato Soekarno, 28 Maret 1963
MAJELIS REMBUG SINAU (MARS) PANCASILA
Ìý
Mosi Intergral Muhammad Natsir : Upaya Perpaduan Ummah dan Bangsa dalam NKRI
Mosi Intergral Muhammad Natsir : Upaya Perpaduan Ummah dan Bangsa dalam NKRIMosi Intergral Muhammad Natsir : Upaya Perpaduan Ummah dan Bangsa dalam NKRI
Mosi Intergral Muhammad Natsir : Upaya Perpaduan Ummah dan Bangsa dalam NKRI
MAJELIS REMBUG SINAU (MARS) PANCASILA
Ìý
DAFTAR DISTRIBUSI LOKASI KKL 2025 (13).pdf
DAFTAR DISTRIBUSI LOKASI KKL 2025 (13).pdfDAFTAR DISTRIBUSI LOKASI KKL 2025 (13).pdf
DAFTAR DISTRIBUSI LOKASI KKL 2025 (13).pdf
pamankendari78
Ìý
KELOMPOK 7 MANEJEMEN PEMASARAN (1) (1).pptx
KELOMPOK 7 MANEJEMEN PEMASARAN (1) (1).pptxKELOMPOK 7 MANEJEMEN PEMASARAN (1) (1).pptx
KELOMPOK 7 MANEJEMEN PEMASARAN (1) (1).pptx
pamankendari78
Ìý
LITERASI BACA TULIS MATERI METAMORFOSIS SEMPURNA DAN METAMORFOSIS TIDAK SEMPU...
LITERASI BACA TULIS MATERI METAMORFOSIS SEMPURNA DAN METAMORFOSIS TIDAK SEMPU...LITERASI BACA TULIS MATERI METAMORFOSIS SEMPURNA DAN METAMORFOSIS TIDAK SEMPU...
LITERASI BACA TULIS MATERI METAMORFOSIS SEMPURNA DAN METAMORFOSIS TIDAK SEMPU...
ulfafitriah02
Ìý
MODUL FISKIM-Kimia ( Energi dan Gaya dalam Kehidupan Sehari hari PGSD.pdf
MODUL FISKIM-Kimia ( Energi dan Gaya dalam Kehidupan Sehari hari PGSD.pdfMODUL FISKIM-Kimia ( Energi dan Gaya dalam Kehidupan Sehari hari PGSD.pdf
MODUL FISKIM-Kimia ( Energi dan Gaya dalam Kehidupan Sehari hari PGSD.pdf
Universitas Negeri Medan
Ìý
Simulasi_Negosiasi_Perkara Mediasi dan Keperdataan6.pptx
Simulasi_Negosiasi_Perkara Mediasi dan Keperdataan6.pptxSimulasi_Negosiasi_Perkara Mediasi dan Keperdataan6.pptx
Simulasi_Negosiasi_Perkara Mediasi dan Keperdataan6.pptx
djpkhegrm
Ìý
Modul Ajar Matematika Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Kelas
Ìý
Arsitektur dan Organisasi Komputer 2.pptx
Arsitektur dan Organisasi Komputer 2.pptxArsitektur dan Organisasi Komputer 2.pptx
Arsitektur dan Organisasi Komputer 2.pptx
ssuserc3f7e8
Ìý
05. Distribusi Normal (Ilmu Komputer Universitas Pakauan).pdf
05. Distribusi Normal (Ilmu Komputer Universitas Pakauan).pdf05. Distribusi Normal (Ilmu Komputer Universitas Pakauan).pdf
05. Distribusi Normal (Ilmu Komputer Universitas Pakauan).pdf
AsepSaepulrohman4
Ìý
Arsitektur dan Organisasi Komputer 2.pptx
Arsitektur dan Organisasi Komputer 2.pptxArsitektur dan Organisasi Komputer 2.pptx
Arsitektur dan Organisasi Komputer 2.pptx
ssuserc3f7e8
Ìý
Evaluasi GT Februari dan Pengarahan GT Maret "Spiritual Discipline"
Evaluasi GT Februari dan Pengarahan GT Maret "Spiritual Discipline"Evaluasi GT Februari dan Pengarahan GT Maret "Spiritual Discipline"
Evaluasi GT Februari dan Pengarahan GT Maret "Spiritual Discipline"
SABDA
Ìý
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 12 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 12 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 12 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 12 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Kelas
Ìý
Irsan_Kebijakan Kurikulum Merdeka untuk Mingkatkan Kualitas Pendidikan.pptx
Irsan_Kebijakan Kurikulum Merdeka untuk Mingkatkan Kualitas Pendidikan.pptxIrsan_Kebijakan Kurikulum Merdeka untuk Mingkatkan Kualitas Pendidikan.pptx
Irsan_Kebijakan Kurikulum Merdeka untuk Mingkatkan Kualitas Pendidikan.pptx
keubgpkaltara2025
Ìý
Mosi Intergral Muhammad Natsir : Upaya Perpaduan Ummah dan Bangsa dalam NKRI
Mosi Intergral Muhammad Natsir : Upaya Perpaduan Ummah dan Bangsa dalam NKRIMosi Intergral Muhammad Natsir : Upaya Perpaduan Ummah dan Bangsa dalam NKRI
Mosi Intergral Muhammad Natsir : Upaya Perpaduan Ummah dan Bangsa dalam NKRI
MAJELIS REMBUG SINAU (MARS) PANCASILA
Ìý

Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan

• 1. ULASAN KAJIAN TINDAKAN