Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraShe Dah
Ìý
Tatasusila profesion perguruan malaysia
1. TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju
ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab
dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran
dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan
perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan
mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan
menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuhnya, kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi-tingginya.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal
lain.
2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam
matapelajaran-matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang
bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada para pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar
supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
1
2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumah tangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan
prinsip Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab
sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam
sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan
dan kecendekiawan masyarakat.
2
3. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjadi kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION
PERGURUAN
1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau
membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan
rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu
dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
Catatan :
Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang
menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat
rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam
pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.
PERKARA- PERKARA AM
TATALAKU PEGAWAI
PERKHIDMATAN AWAM
Taat Setia:
3
4. Semua pegawai perkhidmatan awam mesti menumpahkan segala taat setia yang tidak
berbelah bagi kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong, negara dan kerajaan.
Larangan:
1. Mereka tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya kerana kepentingan
peribadinya. Dengan erti kata yang lebih tepat lagi, mereka tidak boleh berkelakuan
dengan begitu rupa yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya
bercanggah dengan kewajipan awamnya.
2. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak dibenarkan membiarkan
kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kewajipan awamnya hingga
menjejaskan kegunaanya sebagai pegawai perkhidmatan awam.
3. Begitu juga, mereka adalah ditegah menggunakan kedudukan awamnya untuk
faedah persendirian atau kepentingan peribadi.
4. Mereka tidak boleh berkelakuan dengan begitu cara yang boleh menjatuhkan
martabat perkhidmatan awam dan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan
awamnya.
5. Selain itu, mereka seharusnya tiada membawa apa-apa bentuk pengaruh dan
tekanan untuk menyokong dan memajukan sesuatu tuntutan yang berhubung
dengan perkhidmatan awam. Tuntutan yang dimaksudkan itu adalah tuntutan
secara individu ataupun lain-lain bentuk tuntutan anggota-anggota lain
perkhidmatan awam.
6. Mengingkari perintah dan berkelakuan dengan apa jua cara yang boleh ditafsirkan
dengan munasabah sebagai ingkar perintah.
Sikap:
1. Mereka perlu bersikap positif, bertanggungjawab, dedikasi, jujur dan cekap
terhadap tugas.
4
5. 2. Adalah mustahak baginya memberikan kerjasama dengan pegawai dan kakitangan
yang lain dalam perkhidmatan awam.
Pekerjaan Luar:
1. Seseorang pegawai pentadbiran awam itu tidak dibenarkan membuat pekerjaan
luar melainkan ia dikehendaki menjalankan tugasnya.
2. Mereka hanya boleh berbuat demikian dengan diberi kuasa dan diluluskan untuk
berbuat demikian oleh ketua jabatan.
Hadiah:
1. Pegawai perkhidmatan awam tidak dibenarkan sama sekali untuk menerima
sebarang bentuk hadiah.
2. Mereka juga tidak membenarkan isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau
mana-mana pihak untuk menerima atau memberi bagi pihak mereka.
3. Dalam hubungan ini, mereka tidak boleh melakukan sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung apa jua bentuk hadiah daripada atau kepada mana-mana
orang sekalipun.
Keraian:
1. Seorang pegawai pentadbiran awam itu dilarang untuk memberi atau menerima apa
jua bentuk dan jenis keraian kepada atau daripada mana-mana orang.
2. Mereka tidak boleh menerima keraian yang boleh mempengaruhinya untuk
membuat sebarang faedah peribadi.
Memiliki Harta:
5
6. 1. Semua pegawai perkhidmatan awam mesti melaporkan kepada pihak berkuasa
tata-tertib yang berkenaan.
2. Laporan ini dilakukan dengan mengisi borang perisytiharan harta dan dikirimkan
melalui ketua jabatan mereka.
3. Harta yang dimaksudkan ini merupakan harta alih ataupun tidak alih dan ini juga
termasuk harta alih yang munasabah yang digunakan sebenarnya pada masa itu
olehnya, isteri dan anak-anaknya.
4. Segala harta itu adalah kepunyaannya atau yang dipegang oleh seseorang
pegawai pentadbiran awam bagi pihak isteri atau anak-anaknya.
5. Jika pegawai perkhidmatan itu tiada mempunyai sebarang harta, laporan juga perlu
dibuat untuk tujuan rekod.
Menyelenggara Taraf Hidup Yang Melebihi Pendapatan:
1. Seseorang pegawai perkhidmatan awam itu tidak boleh
menyelenggarakan taraf hidupnya melebihi daripada pendapatan
rasminya yang sah.
2. Jika penyelenggaraan hidupnya melebihi emolumen rasminya, dia
mungkin dipanggil untuk memberi penjelasan yang munasabah kepada
pihak yang berkuasa lembaga tata tertib yang berkenaan di atas saraan
itu.
3. Pegawai perkhidmatan awam tidak boleh meminjam daripada seseorang
atau menjadi penjamin kepada seseorang peminjam atau dengan apa jua
yang boleh menyebabkan dirinya terhutang wang kepada mana-mana
orang kecuali yang diperbekalkan dalam Perintah Am Bab D, 1980.
Kesusahan Hutang:
6
7. 1. Seorang pegawai perkhidmatan awam mungkin berada dalam keadaan
kesusahan disebabkan oleh bebanan hutangnya yang begitu berat sekali.
2. Adalah disebabkan oleh kesulitan kewangan yang dihadapinya itu boleh
membawa kepada terjejas perkhidmatannya.
3. Oleh itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap dirinya. Dalam keadaan
biasa perkara ini dilaporkan kepada pihak mahkamah atau pemegang-
pemegang harta.
Meminjamkan Wang:
1. Pegawai pentadbiran awam juga ditegah meminjamkan wang dengan bunga
kepada orang lain.
2. Mereka tidak boleh melakukannya sama ada dengan sebarang bentuk
cagaran ataupun tidak.
Spekulasi:
1. Semua pegawai dilarang menspekulasi tentang turun naiknya harga
komoditi sama ada tempatan ataupun luar negara.
2. Mereka juga dilarang membeli dan menjual sekuruti-sekuriti dengan harga
yang tinggi sekali.
Refel Dan Loteri:
1. Semua pegawai juga tidak boleh mengadakan refel atau loteri yang menjadi harta
persendiriannya.
Penerbitan Buku:
1. Pegawai perkhidmatan awam boleh menulis buku, makalah dan lain-lain bentuk karya
dengan kebenaran.
Kenyataan Awam:
7
8. 1. Pegawai tidak boleh membuat kenyataan awam yang boleh merosakkan sesuatu
dasar atau keputusan kerajaan.
2. Mereka ditegah membuat kenyataan sama ada secara lisan, penerbitan ataupun
dalam bentuk-bentuk lain.
3. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak boleh mengedarkan apa-apa
kenyataan sama ada yang dibuat olehnya ataupun orang lain.
4. Selain itu, mereka juga dilarang daripada membuat kenyataan umum mengenai
perkara-perkara berhubung dengan kerja-kerja jabatan di mana dia bertugas
ataupun pernah berkhidmat suatu masa dulu.
Penyunting:
1. Pegawai perkhidmatan awam juga dilarang bertindak sebagai penyunting
sebarang akhbar dan majalah kecuali dengan kebenaran.
2. Mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pengurusan penerbitan
akhbar dan majalah.
3. Di samping itu, mereka dicegah memberi sumbangan wang dengan mana-
mana penerbitan, termasuk surat khabar ataupun majalah.
4. Bagaimanapun, mereka dibenarkan mengambil bahagian yang cergas
termasuk kerja-kerja penyuntingan, memberi sumbangan tenaga, buah fikiran
dan kewangan terhadap penerbitan jabatan dan kakitangan, penerbitan
profesional dan segala penerbitan pertubuhan sukarela yang tidak bercorak
politik.
Kegiatan Politik:
Bagi maksud mengambil bahagian dalam bidang politik, pegawai-pegawai adalah
dibahagikan kepada dua kupulan:
Kumpulan A:
8
9. 1. Kumpulan ini terdiri daripada pegawai dalam kumpulan jawatan yang
berkelayakan ijazah universiti ataupun kelayakan ikhtisas sebagai kelayakan
masuk kerja.
2. Mereka dilarang mengambil bahagian dalam kegiatan politik tanah
air melainkan hanya menjadi ahli biasa.
Kumpulan B:
1. Ianya terdiri daripada semua pegawai kerajaan yang bukan dalam kumpulan A.
2. Dalam perkara ini, mereka boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa sesebuah
parti politik.
3. Bagaimanapun mereka perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis
daripada pihak kerajaan.
Perbicaraan Undang-Undang Dan Bantuan Guaman :
1. Pegawai yang memerlukan bantuan guaman yang bersabit dengan perkara
yang berbangkit dari tugasnya perlu mendapat persetujuan daripada Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam terlebih dahulu.
2. Begitu juga, pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman melalui
peguam bela dan peguam cara bersabit dengan perkara yang berbangkit
dengan tugasnya perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Tidak Hadir Bertugas Tanpa Bercuti:
9
10. 1. Ketidakhadiran bertugas tanpa bercuti dan dengan tidak mendapat
kebenaran: bagi seseorang pegawai perkhidmatan itu boleh disabitkan
dengan tindakan tatatertib.
2. Apabila sesorang pegawai itu tidak hadir bertugas bagi tempoh tidak
lebih daripada tujuh hari dalam satu bulan, tindakan tatatertib boleh
diambil terhadapnya.
3. Tindakan tatatertib bermaksud pegawai itu boleh dikenakan
pembuangan kerja atau lain-lain hukuman.
4. Bagi tempoh ianya tidak hadir, dia tidak berhak mendapat apa-apa jua
gaji ataupun saraan hidup.
5. Jika seseorang pegawai itu tidak menghadirkan diri untuk bertugas
selama tujuh hari dalam satu bulan itu pihak lembaga tatatertib apabila
menerima laporan daripada ketua jabatan, boleh mengambil tindakan
buang kerja ataupun turun pangkat mengikut perbekalan Perintah Am
26.
6. Sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib, pegawai
itu tidak berhak mendapat apa-apa gaji dan saraan hidup selama
tempoh dia tidak hadir bertugas.
10