際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Buku Elektronik

20 Resipi Aneka Gulai
  Sajian berbeza masakan bergulai




                             息 2009. Hak Cipta Terpelihara
Penggunaan
Buku elektronik 20 Aneka Resipi Aneka Gulai diberikan PERCUMA hanya kepada ahli-ahli yang berdaftar di laman web
www.sajionline.com.my sahaja.

Sekiranya anda menerima ebook ini dan anda BUKAN AHLI , ebook ini BUKAN diberikan untuk anda. Kami galakkan anda
menjadi ahli, layari laman web www.sajionline.com.my sekarang. Keahlian adalah percuma!



Pemilikan
Hak cipta Buku elektronik (ebook) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, susunannya serta
bahan-bahannya dan kulit muka ialah kepunyaan Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian ebook ini boleh disalin, diubah, diedar, dihantar semula,
disiarkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dipinda, dipamer, dijual itkan, atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa
bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran dan persetujuan secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Perfisio
Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.



Penafian
Perfisio Solutions dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (kami) adalah tidak bertanggungjawab untuk sebarang
kehilangan, kerugian atau kemudaratan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi
daripada ebook ini.

Kandungan yang dimuatkan adalah bagi tujuan rujukan dan maklumat umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu
pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di laman ebook ini, ini hanyalah untuk
menyatakan kami TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini.

Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan kandungan yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun
ia tetap masih tanpa jaminan. Kam tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan ebook dan
kandungan yang terkandung dalam ebook ini dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara
langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian
berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.


Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan:
Perfisio Solutions Sdn. Bhd
14, Ground Floor, The Right Angle
Jalan 14/22 , Petaling Jaya

No. Tel: 603-7955 5577
No. Faks: 603-7957 2777




                                                                                   息 2009. Hak Cipta Terpelihara
GULAI KUPANG BERLADA

BAHAN-BAHAN:

300 gm isi kupang
200 gm nanas (hiris nipis)
250 ml santan
5 ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1 batang serai (titik)
10 tangkai cili padi (tumbuk)
2 cm kunyit hidup (tumbuk)
10 gm serbuk lada hitam
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa




CARA MENYEDIAKAN:
Campurkan kesemua bahan tumbuk dan serai bersama santan, kupang, asam gelugur
dan lada hitam lalu didihkan. Campurkan nanas dan garam hingga kuah menjadi pekat.




                                                        息 2009. Hak Cipta Terpelihara
AYAM KAMPUNG LEMAK KELEDEK


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung (potong 12)
2 biji ubi keledek (potong dadu)
1 tangkai cili merah (tumbuk)
5 tangkai cili padi (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 labu bawang besar (belah 4)
1 batang serai (titik)
4 cm kunyit hidup (tumbuk)
1 keping asam gelugur
250 ml santan pekat
2 helai daun limau purut (hiris)
Garam dan minyak secukupnya




CARA MENYEDIAKAN:
Ayam kampung digoreng separuh masak dan ketepikan. Ubi keledek direbus setengah
empuk dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk dan
serai hingga pecah minyak. Setelah naik bau, masukkan pula ayam dengan sedikit air.
Didihkan hingga ayam empuk. Kemudian masukkan pula santan, ubi keledek, asam
gelugur, bawang besar, daun limau purut dan garam secukup rasa.




                                                         息 2009. Hak Cipta Terpelihara
KURMA CAMPURAN

BAHAN-BAHAN:

200 gm daging (potong dadu)
10 biji telur puyuh (rebus)
3 biji ubi kentang (potong dadu)
1 batang lobak merah (potong
dadu)
2 labu bawang besar (belah
empat)
4 ulas bawang merah (mayang)
3 ulas bawang putih (mayang)
50 ml air asam jawa
2 cm halia (mayang)
2 kuntum bunga lawang
250 ml santan
1 peket kecil rempah kurma
250 ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


CARA MENYEDIAKAN:
Di dalam kuali, panaskan minyak, tumiskan bunga lawang dan bahan-bahan yang
dimayang hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan air asam jawa.Tumis lagi.
Masukkan daging dan tambahkan sedikit air. Bila daging sudah separuh empuk,
masukkan ubi kentang, lobak merah dan bawang besar. Kemudian masukkan santan,
telur puyuh dan garam secukup rasa. Biarkan kesemuanya empuk.




                                                        息 2009. Hak Cipta Terpelihara
PARI RAMPAI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
500 gm ikan pari
10 tangkai cili padi (tumbuk)
5 tangkai cili merah (tumbuk)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2 batang serai (titik)
1 kuntum bunga kantan (hiris)
2 helai daun limau purut (hiris)
1 helai daun kunyit (mayang)
250 ml santan pekat
1 biji limau kasturi (ambil airnya)
2 cm cekur (tumbuk)
2 cm kunyit hidup (tumbuk)
1/2 biji kelapa (sangai hingga
kekuningan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis



CARA MENYEDIAKAN:


Gaulkan separuh bahan-bahan tumbuk, kelapa goreng dan sedikit garam dengan ikan
yang telah dibersihkan dan panggang. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lalu
tumiskan separuh lagi bahan-bahan tumbuk hingga naik bau. Kemudian masukkan
bahan-bahan yang dihiris dan mayang halus serta santan pekat. Bubuhkan garam dan
gula. Didihkan hingga kuah agak pekat. Akhir sekali, curahkan kuah ke atas ikan pari
bakar.




                                                           息 2009. Hak Cipta Terpelihara
GULAI BETIK IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:
1 biji betik muda (warna isinya agak kekuningan)
100 gm ikan masin
500 ml santan kelapa
10 tangkai cili padi (tumbuk)
5 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 batang serai (titik)
2 cm kunyit hidup (tumbuk)
Sehelai daun kunyit (siat)
Garam secukup rasa




CARA MENYEDIAKAN:
Betik dicincang dan dihiris halus dan dicelur. Masukkan bahan tumbuk, serai, santan
dan ikan masin ke dalam periuk. Didihkan seketika. Masukkan betik dan daun kunyit
serta garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih sehingga masak.




                                                          息 2009. Hak Cipta Terpelihara
KARI SARDIN KENTANG

BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan sardin
2 biji ubi kentang
3 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 labu bawang besar (belah 4)
1 batang serai (titik)
2 sudu besar rempah kari ikan
1/2 sudu kecil halba campur
50 ml air asam jawa
50 gm yogurt
125 ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak di periuk. Tumiskan bahan-bahan tumbuk, halba campur dan serai
hingga naik bau. Masukkan rempah kari, air asam jawa dan air. Didihkan hingga pecah
minyak. Masukkan ubi kentang dan bawang besar, masak hingga empuk. Akhir sekali,
masukkan sardin (ambil ikan sahaja), yogurt dan garam secukup rasa. Didihkan dengan
api perlahan untuk beberapa minit.




                                                         息 2009. Hak Cipta Terpelihara
GULAI ASAM TETEL DAN REBUNG

BAHAN-BAHAN:
500 gm daging tetel (rebus empuk)
200 gm rebung
10 gm ketumbar (tumbuk)
10 tangkai cili kering (kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
2 cm lengkuas (ketuk)
1 cm belacan (tumbuk)
5 keping asam gelugur
2 batang serai (titik)
3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


CARA MENYEDIAKAN:
Di dalam periuk, panaskan minyak lalu tumiskan bahan-bahan kisar, tumbuk, serai dan
lengkuas hingga naik bau. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan
pula rebung, daging tetel, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Didihkan lagi
selama sepuluh minit.




                                                          息 2009. Hak Cipta Terpelihara
GULAI MASAM IKAN KERING

BAHAN-BAHAN:
1 ketul ubi kayu (potong bulat dan belah 2)
4-5 keping tulang ikan masin kurau
1 liter air
6 ulas bawang merah (tumbuk
lumat)
1 tangkai cili merah (tumbuk
lumat)
Sedikit belacan (tumbuk lumat)
3 sudu besar cili merah kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai (titik)
2 keping asam gelugur (hiris)
Garam dan gula secukup rasa
Daun kesum secukupnya




CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan ubi ke dalam air bersama bahan tumbuk dan cili kisar ke dalam periuk, rebus
hingga ubi kayu separuh empuk. Kemudian masukkan pula serai, serbuk kunyit, asam
gelugur, daun kesum, ikan masin, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan biarkan
hingga ubi kayu empuk dan kuah agak pekat.




                                                         息 2009. Hak Cipta Terpelihara
PINDANG SOTONG

BAHAN-BAHAN:
500 gm sotong sederhana besar
2 batang serai (titik)
2 cm halia (titik)
7 tangkai cili siam (titik)
2 helai daun salam
4 biji tomato hijau (potong dua)
2 biji tomato merah besar
(potong empat)
6 biji belimbing buluh (belah dua)
5 gm daun kemangi/selasih
2 keping asam gelugur
650 ml air sejuk
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN-BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 tangkai cili merah


CARA MENYEDIAKAN:
Rebus bahan-bahan kisar bersama air, serai, halia, daun salam, tomato hijau dan
merah, belimbing, cili siam, asam gelugur dan daun kemangi hingga mendidih. Setelah
mendidih, masukkan sotong, belimbing buluh, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia
mendidih sekali lagi.




                                                          息 2009. Hak Cipta Terpelihara
TUMIS ASAM PEDAS NYONYA


BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan keli (potong tiga)
Minyak untuk menumis
6 batang bendi kecil
500 ml air asam jawa
(sederhana pekat)
1 kuntum bunga kantan
(hiris kasar)




BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
3 tangkai cili merah
2 batang serai
2.5 cm lengkuas
2.5 cm kunyit hidup
10 tangkai cili kering
(kisar berasingan)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar hingga terbit minyak dan
naik bau. Masukkan air asam jawa, ikan, gula dan garam secukup rasa, tunggu hingga
mendidih. Akhir sekali, masukkan pula bunga kantan. Apabila kuah mula mendidih
sekali lagi masukkan kacang bendi dan kacau. Biarkan hingga lima minit. Tutup periuk
dan padamkan api.




                                                          息 2009. Hak Cipta Terpelihara
KARI TELUR ITIK


BAHAN-BAHAN:
6 biji telur itik (rebus)
Minyak secukupnya
1 labu bawang besar (cincang)
2 ulas bawang putih (cincang)
3 cm halia (tumbuk lumat)
4 biji tomato (potong kecil)
150 ml air
Gula dan garam secukup rasa


BAHAN REMPAH:
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil garam masala


CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia
hingga kekuningan dan naik bau. Campurkan bahan-bahan rempah dan tumis hingga
tiga minit. Masukkan tomato dan goreng hingga tomato layu. Masukkan air, kacau dan
biarkan kuah mendidih. Akhir sekali masukkan telur rebus, garam dan gula secukup
rasa. Kacau sekali-sekala hingga kuah menjadi pekat.




                                                         息 2009. Hak Cipta Terpelihara
GULAI LEMAK TAUGE BERTAUHU

BAHAN-BAHAN:
350 gm tauge kasar (buang
ekor)
3 keping tauhu (potong empat)
1/2 labu bawang besar (hiris -
memanjang)
1 tangkai cili merah hiris kasar
250 gm udang sederhana besar
300 ml santan pekat
Garam secukup rasa




CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan separuh daripada santan, bawang besar dan tauge ke dalam periuk, dan
masak hingga kuah mendidih. Apabila kuah mendidih masukkan pula sebahagian
daripada santan tadi, udang, tauhu, cili merah serta garam secukup rasa. Kacau dan
biarkan sehingga tiga minit atau sehingga kuah mendidih semula




                                                          息 2009. Hak Cipta Terpelihara
SUP TAUHU TELUR DENGAN SURIMI


BAHAN-BAHAN:
250 gm minyak kacang
4 batang tauhu telur (potong ikut
suka dan goreng)
4 kuntum cendawan shitake
kering (rendam dan hiris nipis)
50 gm leek (hiris nipis)
50 gm lobak (hiris nipis)
120 gm surimi/isi ketam
2 sudu besar air halia
1 liter air sejuk
1 1/2 kiub pati ayam
1/2 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
Air secukupnya
1 biji telur ayam


CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan dua sudu besar minyak dalam kuali. Goreng lobak, leek dan cendawan
hingga naik bau. Masukkan air halia, air, lada sulah dan kiub pati ayam dan tunggu
hingga mendidih. Masukkan pula surimi dan tepung jagung yang telah dibancuh
bersama air. Kacau sebentar. Akhir sekali, masukkan telur, kacau cepat-cepat dengan
menggunakan garpu. Angkat dan ketepikan. Hidangkan dengan masukkan empat
hingga lima ketul tauhu telur ke dalam mangkuk sup, curahkan kuah ke atasnya dan
taburkan dengan daun bawang.




                                                           息 2009. Hak Cipta Terpelihara
KARI IKAN ASAM PEDAS

BAHAN-BAHAN:
2 ketul ikan tenggiri (goreng)
2 batang serai (hiris nipis)
2 sudu besar serbuk kari
150 gm air asam jawa (pekat)
200 ml santan pekat
2 biji tomato (potong 4)
1 labu bawang besar (potong
panjang)
1 tangkai cili hijau (belah dua)
1 tangkai cili merah (belah dua)
6 biji kacang bendi
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN-BAHAN TUMBUK:
Minyak untuk menumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili merah
5 gm kunyit hidup
5 gm halia
3 biji buah keras


CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk dan serbuk kari hingga naik bau dan
terbit minyak. Masukkan air asam jawa, santan, ikan serta garam dan guka secukup
rasa. Kacau sekali-sekala hingga kuah mendidih. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran
dan biarkan sebentar hingga sayur empuk dan kuah pekat.




                                                          息 2009. Hak Cipta Terpelihara
DAGING SEMUR

BAHAN-BAHAN:
500 gm daging (potong kiub)
1 1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
1 sudu kecil rempah campuran
(perap semua bahan di atas
selama 15 minit)
6 ulas bawang merah (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sudu besar minyak
1 liter air
4 biji kentang (potong empat)
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar serbuk roti


CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik
bau. Masukkan daging perap dan goreng selama lima minit, barulah dimasukkan air.
Biarkan hingga mendidih. Perlahankan api dan masukkan kentang, tunggu hingga
kentang empuk. Akhir sekali, campurkan garam, gula secukup rasa serta serbuk roti,
biarkan sebentar hingga kuah pekat.




                                                          息 2009. Hak Cipta Terpelihara
LEMAK UDANG TEMPOYAK DAUN KAYU


BAHAN-BAHAN:
350 gm udang sederhana besar
(buang kepala dan kulit)
50 gm isi petai
150 gm tempoyak
125 ml santan cair
250 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN HIRIS HALUS:
2 helai daun kunyit
5 helai daun labu
10 helai pucuk ubi (rebus)
10 helai daun kaduk
10 helai daun buas-buas


BAHAN TUMBUK:
3 batang serai hiris
3 cm kunyit hidup
8 tangkai cili padi


CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan kesemua bahan hiris, bahan-bahan tumbuk, petai, tempoyak dan santan cair
ke dalam periuk. Masak atas api dan biarkan mendidih. Apabila kuah mula mendidih,
masukkan santan pekat, udang, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia    mendidih
sekali lagi dan barulah angkat.




                                                         息 2009. Hak Cipta Terpelihara
AYAM PONGTEH

BAHAN-BAHAN:
600 gm ayam (potong 10)
3 sudu besar minyak
250 ml air
300 gm ubi sengkuang (potong
kiub)
4 helai daun cekur (hiris kasar)


BAHAN-BAHAN TUMBUK:
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
1.5 cm kunyit hidup
4 biji buah keras


BAHAN-BAHAN PERISA:
2 sudu besar taucu kisar
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap cair
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Garam dan gula secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan ayam dan ubi sengkuang. Goreng ayam dan sengkuang hingga jus ayam
dan sengkuang kering. Masukkan air dan daun cekur, bila kuah mendidih baru ditambah
bahan-bahan perisa, kacau dan angkat.




GULAI AYAM SUMATERA


                                                        息 2009. Hak Cipta Terpelihara
BAHAN-BAHAN:
500 gm ayam (potong sederhana)
5 tangkai cili padi
1 keping asam gelugur
250 ml santan
2 tangkai cili hijau (potong dua)
2 biji tomato (belah empat)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya


BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
1 batang serai
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
2 cm kunyit hidup


CARA MENYEDIAKAN:
Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Masukkan ayam dan gaulkan hingga
sebati. Kemudian masukkan santan dan sedikit air. Kemudian masukkan asam gelugur,
garam dan gula. Biarkan seketika. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tomato. Masak
hingga mendidih dengan api yang sederhana. Hidangkan.




                                                          息 2009. Hak Cipta Terpelihara
GULAI UDANG REBUNG

BAHAN-BAHAN:
300 gm udang sederhana besar
200 gm rebung (hiris nipis)
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 cm halia (kisar)
1 cm kunyit (kisar)
300 ml santan
2 keping asam gelugur
Air secukupnya
4 tangkai cili padi (titik)
1 batang serai (titik)
Sedikit garam dan gula secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan ke dalam periuk bahan-bahan yang telah dikisar bersama santan, air, kunyit
hidup, asam gelugur, cili padi dan serai. Didihkan di atas dapur dengan api yang
perlahan. Kemudian masukkan rebung dan udang. Kacau perlahan-lahan supaya santan
tidak pecah minyak.




                                                           息 2009. Hak Cipta Terpelihara
GULAI UDANG LEMAK PADANG

BAHAN-BAHAN:
500 gm udang sederhana
2 batang serai
3 tangkai cili padi (ketuk)
2 tangkai cili merah (belah dua)
250 ml santan pekat


BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm kunyit hidup


CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama dengan santan, serai yang
diketuk, cili padi dan cili merah. Didihkan dengan api yang sederhana selama 20 minit.
Kacau rata supaya tidak pecah santan. Masukkan udang dan masak selama 20 minit.
Masukkan garam secukup rasa dan hidangkan.




                                                           息 2009. Hak Cipta Terpelihara
Penggunaan
Buku elektronik 20 Aneka Resipi Aneka Gulai diberikan PERCUMA hanya kepada ahli-ahli yang berdaftar di laman web
www.sajionline.com.my sahaja.

Sekiranya anda menerima ebook ini dan anda BUKAN AHLI , ebook ini BUKAN diberikan untuk anda. Kami galakkan anda
menjadi ahli, layari laman web www.sajionline.com.my sekarang. Keahlian adalah percuma!



Pemilikan
Hak cipta Buku elektronik (ebook) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, susunannya serta
bahan-bahannya dan kulit muka ialah kepunyaan Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian ebook ini boleh disalin, diubah, diedar, dihantar semula,
disiarkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dipinda, dipamer, dijual itkan, atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa
bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran dan persetujuan secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Perfisio
Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.



Penafian
Perfisio Solutions dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (kami) adalah tidak bertanggungjawab untuk sebarang
kehilangan, kerugian atau kemudaratan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi
daripada ebook ini.

Kandungan yang dimuatkan adalah bagi tujuan rujukan dan maklumat umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu
pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di laman ebook ini, ini hanyalah untuk
menyatakan kami TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini.

Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan kandungan yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun
ia tetap masih tanpa jaminan. Kam tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan ebook dan
kandungan yang terkandung dalam ebook ini dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara
langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian
berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain.


Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan:
Perfisio Solutions Sdn. Bhd
14, Ground Floor, The Right Angle
Jalan 14/22 , Petaling Jaya

No. Tel: 603-7955 5577
No. Faks: 603-7957 2777




                                                                                   息 2009. Hak Cipta Terpelihara

More Related Content

What's hot (18)

Resep Masakan Oriental
Resep Masakan OrientalResep Masakan Oriental
Resep Masakan Oriental
Klara Tri Meiyana
Resep masakan
Resep masakan Resep masakan
Resep masakan
Dhodho Ozunu
Resep makanan 2
Resep makanan 2Resep makanan 2
Resep makanan 2
Operator Warnet Vast Raha
Resep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesiaResep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesia
Bobokmarky
Resepmakanan
ResepmakananResepmakanan
Resepmakanan
qh1606
Resep makanan 98
Resep makanan 98Resep makanan 98
Resep makanan 98
Nurliviana
Resep Masakan
Resep Masakan Resep Masakan
Resep Masakan
Firdika Arini
Kumpulan Resep Makanan Lengkap
Kumpulan Resep Makanan LengkapKumpulan Resep Makanan Lengkap
Kumpulan Resep Makanan Lengkap
Puguh Nugroho
9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-mee9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-mee
Nor Azira Arbain
Resepi masakan
Resepi masakanResepi masakan
Resepi masakan
cru81
Recipe collection 3
Recipe collection 3Recipe collection 3
Recipe collection 3
Sal Lie
Makanan Melayu Tradisional
Makanan Melayu TradisionalMakanan Melayu Tradisional
Makanan Melayu Tradisional
khairunnisa98
Makanan kontinental dan Oriental
Makanan kontinental dan OrientalMakanan kontinental dan Oriental
Makanan kontinental dan Oriental
Azahraa9
tugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanantugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanan
estervalen15
Ide Makanan Internasional | Bahan, Alat, dan Langkah Pembuatannya
Ide Makanan Internasional | Bahan, Alat, dan Langkah PembuatannyaIde Makanan Internasional | Bahan, Alat, dan Langkah Pembuatannya
Ide Makanan Internasional | Bahan, Alat, dan Langkah Pembuatannya
Wawan Darmawan
Re Food
Re FoodRe Food
Re Food
Rosalia HP
Makan Malam
Makan MalamMakan Malam
Makan Malam
Organisation Development DN, TNB
Resep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesiaResep masakan dan minuman populer indonesia
Resep masakan dan minuman populer indonesia
Bobokmarky
Resepmakanan
ResepmakananResepmakanan
Resepmakanan
qh1606
Resep makanan 98
Resep makanan 98Resep makanan 98
Resep makanan 98
Nurliviana
Kumpulan Resep Makanan Lengkap
Kumpulan Resep Makanan LengkapKumpulan Resep Makanan Lengkap
Kumpulan Resep Makanan Lengkap
Puguh Nugroho
9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-mee9485597 koleksi-resepi-mee
9485597 koleksi-resepi-mee
Nor Azira Arbain
Resepi masakan
Resepi masakanResepi masakan
Resepi masakan
cru81
Recipe collection 3
Recipe collection 3Recipe collection 3
Recipe collection 3
Sal Lie
Makanan Melayu Tradisional
Makanan Melayu TradisionalMakanan Melayu Tradisional
Makanan Melayu Tradisional
khairunnisa98
Makanan kontinental dan Oriental
Makanan kontinental dan OrientalMakanan kontinental dan Oriental
Makanan kontinental dan Oriental
Azahraa9
tugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanantugas resep masakanTugas resep makanan
tugas resep masakanTugas resep makanan
estervalen15
Ide Makanan Internasional | Bahan, Alat, dan Langkah Pembuatannya
Ide Makanan Internasional | Bahan, Alat, dan Langkah PembuatannyaIde Makanan Internasional | Bahan, Alat, dan Langkah Pembuatannya
Ide Makanan Internasional | Bahan, Alat, dan Langkah Pembuatannya
Wawan Darmawan

Similar to 20 resipi gulai (20)

Recipe collection 24
Recipe collection 24Recipe collection 24
Recipe collection 24
Sal Lie
Isi tugas plh
Isi tugas plhIsi tugas plh
Isi tugas plh
Mukhlash Muzaki
4 Resep Masakan Rumah yang Mudah dan Enak Edisi Kuah
4 Resep Masakan Rumah yang Mudah dan Enak Edisi Kuah4 Resep Masakan Rumah yang Mudah dan Enak Edisi Kuah
4 Resep Masakan Rumah yang Mudah dan Enak Edisi Kuah
DuniaMasak1
Recipe collection 6
Recipe collection 6Recipe collection 6
Recipe collection 6
Sal Lie
Recipe collection 4
Recipe collection 4Recipe collection 4
Recipe collection 4
Sal Lie
Masakan kikil
Masakan kikilMasakan kikil
Masakan kikil
Sunyo Andriyanto
Recipe collection 1
Recipe collection 1Recipe collection 1
Recipe collection 1
Sal Lie
Tumisan
TumisanTumisan
Tumisan
antoninini
RESEP + ALAT JUALAN Link Marketplace.pptx
RESEP + ALAT JUALAN Link Marketplace.pptxRESEP + ALAT JUALAN Link Marketplace.pptx
RESEP + ALAT JUALAN Link Marketplace.pptx
dyanzptr2
Resepikampung
ResepikampungResepikampung
Resepikampung
12kal
Resepi rendang daging
Resepi rendang dagingResepi rendang daging
Resepi rendang daging
l Hakim
Rawon
RawonRawon
Rawon
samak74
Recipe collection 9
Recipe collection 9Recipe collection 9
Recipe collection 9
Sal Lie
Resepi lauk pauk
Resepi lauk paukResepi lauk pauk
Resepi lauk pauk
Jamilah Rajli
Recipe collection 8
Recipe collection 8Recipe collection 8
Recipe collection 8
Sal Lie
Ppt azrina
Ppt azrinaPpt azrina
Ppt azrina
azrinasyahfitri
Resep Masakan
Resep MasakanResep Masakan
Resep Masakan
Mas Tri Sragen
Resep masakan By Siti Sa'adah
Resep masakan By Siti Sa'adahResep masakan By Siti Sa'adah
Resep masakan By Siti Sa'adah
Dedesitisaadah
Recipe collection 24
Recipe collection 24Recipe collection 24
Recipe collection 24
Sal Lie
4 Resep Masakan Rumah yang Mudah dan Enak Edisi Kuah
4 Resep Masakan Rumah yang Mudah dan Enak Edisi Kuah4 Resep Masakan Rumah yang Mudah dan Enak Edisi Kuah
4 Resep Masakan Rumah yang Mudah dan Enak Edisi Kuah
DuniaMasak1
Recipe collection 6
Recipe collection 6Recipe collection 6
Recipe collection 6
Sal Lie
Recipe collection 4
Recipe collection 4Recipe collection 4
Recipe collection 4
Sal Lie
Recipe collection 1
Recipe collection 1Recipe collection 1
Recipe collection 1
Sal Lie
RESEP + ALAT JUALAN Link Marketplace.pptx
RESEP + ALAT JUALAN Link Marketplace.pptxRESEP + ALAT JUALAN Link Marketplace.pptx
RESEP + ALAT JUALAN Link Marketplace.pptx
dyanzptr2
Resepikampung
ResepikampungResepikampung
Resepikampung
12kal
Resepi rendang daging
Resepi rendang dagingResepi rendang daging
Resepi rendang daging
l Hakim
Rawon
RawonRawon
Rawon
samak74
Recipe collection 9
Recipe collection 9Recipe collection 9
Recipe collection 9
Sal Lie
Recipe collection 8
Recipe collection 8Recipe collection 8
Recipe collection 8
Sal Lie
Resep masakan By Siti Sa'adah
Resep masakan By Siti Sa'adahResep masakan By Siti Sa'adah
Resep masakan By Siti Sa'adah
Dedesitisaadah

20 resipi gulai

  • 1. Buku Elektronik 20 Resipi Aneka Gulai Sajian berbeza masakan bergulai 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 2. Penggunaan Buku elektronik 20 Aneka Resipi Aneka Gulai diberikan PERCUMA hanya kepada ahli-ahli yang berdaftar di laman web www.sajionline.com.my sahaja. Sekiranya anda menerima ebook ini dan anda BUKAN AHLI , ebook ini BUKAN diberikan untuk anda. Kami galakkan anda menjadi ahli, layari laman web www.sajionline.com.my sekarang. Keahlian adalah percuma! Pemilikan Hak cipta Buku elektronik (ebook) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, susunannya serta bahan-bahannya dan kulit muka ialah kepunyaan Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian ebook ini boleh disalin, diubah, diedar, dihantar semula, disiarkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dipinda, dipamer, dijual itkan, atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran dan persetujuan secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Penafian Perfisio Solutions dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (kami) adalah tidak bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerugian atau kemudaratan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada ebook ini. Kandungan yang dimuatkan adalah bagi tujuan rujukan dan maklumat umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di laman ebook ini, ini hanyalah untuk menyatakan kami TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan kandungan yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. Kam tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan ebook dan kandungan yang terkandung dalam ebook ini dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan: Perfisio Solutions Sdn. Bhd 14, Ground Floor, The Right Angle Jalan 14/22 , Petaling Jaya No. Tel: 603-7955 5577 No. Faks: 603-7957 2777 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 3. GULAI KUPANG BERLADA BAHAN-BAHAN: 300 gm isi kupang 200 gm nanas (hiris nipis) 250 ml santan 5 ulas bawang merah (tumbuk) 4 ulas bawang putih (tumbuk) 1 batang serai (titik) 10 tangkai cili padi (tumbuk) 2 cm kunyit hidup (tumbuk) 10 gm serbuk lada hitam 1 keping asam gelugur Garam secukup rasa CARA MENYEDIAKAN: Campurkan kesemua bahan tumbuk dan serai bersama santan, kupang, asam gelugur dan lada hitam lalu didihkan. Campurkan nanas dan garam hingga kuah menjadi pekat. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 4. AYAM KAMPUNG LEMAK KELEDEK BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam kampung (potong 12) 2 biji ubi keledek (potong dadu) 1 tangkai cili merah (tumbuk) 5 tangkai cili padi (tumbuk) 3 ulas bawang merah (tumbuk) 3 ulas bawang putih (tumbuk) 1 labu bawang besar (belah 4) 1 batang serai (titik) 4 cm kunyit hidup (tumbuk) 1 keping asam gelugur 250 ml santan pekat 2 helai daun limau purut (hiris) Garam dan minyak secukupnya CARA MENYEDIAKAN: Ayam kampung digoreng separuh masak dan ketepikan. Ubi keledek direbus setengah empuk dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga pecah minyak. Setelah naik bau, masukkan pula ayam dengan sedikit air. Didihkan hingga ayam empuk. Kemudian masukkan pula santan, ubi keledek, asam gelugur, bawang besar, daun limau purut dan garam secukup rasa. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 5. KURMA CAMPURAN BAHAN-BAHAN: 200 gm daging (potong dadu) 10 biji telur puyuh (rebus) 3 biji ubi kentang (potong dadu) 1 batang lobak merah (potong dadu) 2 labu bawang besar (belah empat) 4 ulas bawang merah (mayang) 3 ulas bawang putih (mayang) 50 ml air asam jawa 2 cm halia (mayang) 2 kuntum bunga lawang 250 ml santan 1 peket kecil rempah kurma 250 ml air Garam secukup rasa Minyak untuk menumis CARA MENYEDIAKAN: Di dalam kuali, panaskan minyak, tumiskan bunga lawang dan bahan-bahan yang dimayang hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan air asam jawa.Tumis lagi. Masukkan daging dan tambahkan sedikit air. Bila daging sudah separuh empuk, masukkan ubi kentang, lobak merah dan bawang besar. Kemudian masukkan santan, telur puyuh dan garam secukup rasa. Biarkan kesemuanya empuk. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 6. PARI RAMPAI BERKUAH BAHAN-BAHAN: 500 gm ikan pari 10 tangkai cili padi (tumbuk) 5 tangkai cili merah (tumbuk) 5 ulas bawang merah (tumbuk) 4 ulas bawang putih (tumbuk) 2 batang serai (titik) 1 kuntum bunga kantan (hiris) 2 helai daun limau purut (hiris) 1 helai daun kunyit (mayang) 250 ml santan pekat 1 biji limau kasturi (ambil airnya) 2 cm cekur (tumbuk) 2 cm kunyit hidup (tumbuk) 1/2 biji kelapa (sangai hingga kekuningan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis CARA MENYEDIAKAN: Gaulkan separuh bahan-bahan tumbuk, kelapa goreng dan sedikit garam dengan ikan yang telah dibersihkan dan panggang. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lalu tumiskan separuh lagi bahan-bahan tumbuk hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dihiris dan mayang halus serta santan pekat. Bubuhkan garam dan gula. Didihkan hingga kuah agak pekat. Akhir sekali, curahkan kuah ke atas ikan pari bakar. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 7. GULAI BETIK IKAN MASIN BAHAN-BAHAN: 1 biji betik muda (warna isinya agak kekuningan) 100 gm ikan masin 500 ml santan kelapa 10 tangkai cili padi (tumbuk) 5 ulas bawang merah (tumbuk) 3 ulas bawang putih (tumbuk) 1 batang serai (titik) 2 cm kunyit hidup (tumbuk) Sehelai daun kunyit (siat) Garam secukup rasa CARA MENYEDIAKAN: Betik dicincang dan dihiris halus dan dicelur. Masukkan bahan tumbuk, serai, santan dan ikan masin ke dalam periuk. Didihkan seketika. Masukkan betik dan daun kunyit serta garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih sehingga masak. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 8. KARI SARDIN KENTANG BAHAN-BAHAN: 1 tin besar ikan sardin 2 biji ubi kentang 3 ulas bawang merah (tumbuk) 3 ulas bawang putih (tumbuk) 1 labu bawang besar (belah 4) 1 batang serai (titik) 2 sudu besar rempah kari ikan 1/2 sudu kecil halba campur 50 ml air asam jawa 50 gm yogurt 125 ml air Garam secukup rasa Minyak untuk menumis CARA MENYEDIAKAN: Panaskan minyak di periuk. Tumiskan bahan-bahan tumbuk, halba campur dan serai hingga naik bau. Masukkan rempah kari, air asam jawa dan air. Didihkan hingga pecah minyak. Masukkan ubi kentang dan bawang besar, masak hingga empuk. Akhir sekali, masukkan sardin (ambil ikan sahaja), yogurt dan garam secukup rasa. Didihkan dengan api perlahan untuk beberapa minit. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 9. GULAI ASAM TETEL DAN REBUNG BAHAN-BAHAN: 500 gm daging tetel (rebus empuk) 200 gm rebung 10 gm ketumbar (tumbuk) 10 tangkai cili kering (kisar) 5 ulas bawang merah (kisar) 4 ulas bawang putih (kisar) 2 cm lengkuas (ketuk) 1 cm belacan (tumbuk) 5 keping asam gelugur 2 batang serai (titik) 3 cawan air Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis CARA MENYEDIAKAN: Di dalam periuk, panaskan minyak lalu tumiskan bahan-bahan kisar, tumbuk, serai dan lengkuas hingga naik bau. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan pula rebung, daging tetel, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Didihkan lagi selama sepuluh minit. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 10. GULAI MASAM IKAN KERING BAHAN-BAHAN: 1 ketul ubi kayu (potong bulat dan belah 2) 4-5 keping tulang ikan masin kurau 1 liter air 6 ulas bawang merah (tumbuk lumat) 1 tangkai cili merah (tumbuk lumat) Sedikit belacan (tumbuk lumat) 3 sudu besar cili merah kisar 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 batang serai (titik) 2 keping asam gelugur (hiris) Garam dan gula secukup rasa Daun kesum secukupnya CARA MENYEDIAKAN: Masukkan ubi ke dalam air bersama bahan tumbuk dan cili kisar ke dalam periuk, rebus hingga ubi kayu separuh empuk. Kemudian masukkan pula serai, serbuk kunyit, asam gelugur, daun kesum, ikan masin, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan biarkan hingga ubi kayu empuk dan kuah agak pekat. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 11. PINDANG SOTONG BAHAN-BAHAN: 500 gm sotong sederhana besar 2 batang serai (titik) 2 cm halia (titik) 7 tangkai cili siam (titik) 2 helai daun salam 4 biji tomato hijau (potong dua) 2 biji tomato merah besar (potong empat) 6 biji belimbing buluh (belah dua) 5 gm daun kemangi/selasih 2 keping asam gelugur 650 ml air sejuk Garam dan gula secukup rasa BAHAN-BAHAN KISAR: 6 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup 2 tangkai cili merah CARA MENYEDIAKAN: Rebus bahan-bahan kisar bersama air, serai, halia, daun salam, tomato hijau dan merah, belimbing, cili siam, asam gelugur dan daun kemangi hingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan sotong, belimbing buluh, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mendidih sekali lagi. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 12. TUMIS ASAM PEDAS NYONYA BAHAN-BAHAN: 2 ekor ikan keli (potong tiga) Minyak untuk menumis 6 batang bendi kecil 500 ml air asam jawa (sederhana pekat) 1 kuntum bunga kantan (hiris kasar) BAHAN KISAR 6 ulas bawang merah 3 tangkai cili merah 2 batang serai 2.5 cm lengkuas 2.5 cm kunyit hidup 10 tangkai cili kering (kisar berasingan) Sedikit belacan Garam dan gula secukup rasa CARA MENYEDIAKAN: Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar hingga terbit minyak dan naik bau. Masukkan air asam jawa, ikan, gula dan garam secukup rasa, tunggu hingga mendidih. Akhir sekali, masukkan pula bunga kantan. Apabila kuah mula mendidih sekali lagi masukkan kacang bendi dan kacau. Biarkan hingga lima minit. Tutup periuk dan padamkan api. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 13. KARI TELUR ITIK BAHAN-BAHAN: 6 biji telur itik (rebus) Minyak secukupnya 1 labu bawang besar (cincang) 2 ulas bawang putih (cincang) 3 cm halia (tumbuk lumat) 4 biji tomato (potong kecil) 150 ml air Gula dan garam secukup rasa BAHAN REMPAH: 1 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu kecil serbuk kunyit 1 1/2 sudu kecil serbuk cili 1/2 sudu kecil garam masala CARA MENYEDIAKAN: Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan dan naik bau. Campurkan bahan-bahan rempah dan tumis hingga tiga minit. Masukkan tomato dan goreng hingga tomato layu. Masukkan air, kacau dan biarkan kuah mendidih. Akhir sekali masukkan telur rebus, garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali-sekala hingga kuah menjadi pekat. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 14. GULAI LEMAK TAUGE BERTAUHU BAHAN-BAHAN: 350 gm tauge kasar (buang ekor) 3 keping tauhu (potong empat) 1/2 labu bawang besar (hiris - memanjang) 1 tangkai cili merah hiris kasar 250 gm udang sederhana besar 300 ml santan pekat Garam secukup rasa CARA MENYEDIAKAN: Masukkan separuh daripada santan, bawang besar dan tauge ke dalam periuk, dan masak hingga kuah mendidih. Apabila kuah mendidih masukkan pula sebahagian daripada santan tadi, udang, tauhu, cili merah serta garam secukup rasa. Kacau dan biarkan sehingga tiga minit atau sehingga kuah mendidih semula 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 15. SUP TAUHU TELUR DENGAN SURIMI BAHAN-BAHAN: 250 gm minyak kacang 4 batang tauhu telur (potong ikut suka dan goreng) 4 kuntum cendawan shitake kering (rendam dan hiris nipis) 50 gm leek (hiris nipis) 50 gm lobak (hiris nipis) 120 gm surimi/isi ketam 2 sudu besar air halia 1 liter air sejuk 1 1/2 kiub pati ayam 1/2 sudu kecil lada sulah 1 sudu besar tepung jagung Air secukupnya 1 biji telur ayam CARA MENYEDIAKAN: Panaskan dua sudu besar minyak dalam kuali. Goreng lobak, leek dan cendawan hingga naik bau. Masukkan air halia, air, lada sulah dan kiub pati ayam dan tunggu hingga mendidih. Masukkan pula surimi dan tepung jagung yang telah dibancuh bersama air. Kacau sebentar. Akhir sekali, masukkan telur, kacau cepat-cepat dengan menggunakan garpu. Angkat dan ketepikan. Hidangkan dengan masukkan empat hingga lima ketul tauhu telur ke dalam mangkuk sup, curahkan kuah ke atasnya dan taburkan dengan daun bawang. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 16. KARI IKAN ASAM PEDAS BAHAN-BAHAN: 2 ketul ikan tenggiri (goreng) 2 batang serai (hiris nipis) 2 sudu besar serbuk kari 150 gm air asam jawa (pekat) 200 ml santan pekat 2 biji tomato (potong 4) 1 labu bawang besar (potong panjang) 1 tangkai cili hijau (belah dua) 1 tangkai cili merah (belah dua) 6 biji kacang bendi Garam dan gula secukup rasa BAHAN-BAHAN TUMBUK: Minyak untuk menumis 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 6 tangkai cili merah 5 gm kunyit hidup 5 gm halia 3 biji buah keras CARA MENYEDIAKAN: Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk dan serbuk kari hingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan air asam jawa, santan, ikan serta garam dan guka secukup rasa. Kacau sekali-sekala hingga kuah mendidih. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran dan biarkan sebentar hingga sayur empuk dan kuah pekat. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 17. DAGING SEMUR BAHAN-BAHAN: 500 gm daging (potong kiub) 1 1/2 sudu besar kicap cair 1 sudu besar cuka 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk) 1 sudu kecil rempah campuran (perap semua bahan di atas selama 15 minit) 6 ulas bawang merah (tumbuk) 4 ulas bawang putih (tumbuk) 2 sudu besar minyak 1 liter air 4 biji kentang (potong empat) Garam dan gula secukup rasa 1 sudu besar serbuk roti CARA MENYEDIAKAN: Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan daging perap dan goreng selama lima minit, barulah dimasukkan air. Biarkan hingga mendidih. Perlahankan api dan masukkan kentang, tunggu hingga kentang empuk. Akhir sekali, campurkan garam, gula secukup rasa serta serbuk roti, biarkan sebentar hingga kuah pekat. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 18. LEMAK UDANG TEMPOYAK DAUN KAYU BAHAN-BAHAN: 350 gm udang sederhana besar (buang kepala dan kulit) 50 gm isi petai 150 gm tempoyak 125 ml santan cair 250 ml santan pekat Garam dan gula secukup rasa BAHAN HIRIS HALUS: 2 helai daun kunyit 5 helai daun labu 10 helai pucuk ubi (rebus) 10 helai daun kaduk 10 helai daun buas-buas BAHAN TUMBUK: 3 batang serai hiris 3 cm kunyit hidup 8 tangkai cili padi CARA MENYEDIAKAN: Masukkan kesemua bahan hiris, bahan-bahan tumbuk, petai, tempoyak dan santan cair ke dalam periuk. Masak atas api dan biarkan mendidih. Apabila kuah mula mendidih, masukkan santan pekat, udang, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mendidih sekali lagi dan barulah angkat. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 19. AYAM PONGTEH BAHAN-BAHAN: 600 gm ayam (potong 10) 3 sudu besar minyak 250 ml air 300 gm ubi sengkuang (potong kiub) 4 helai daun cekur (hiris kasar) BAHAN-BAHAN TUMBUK: 7 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 cm lengkuas 1.5 cm kunyit hidup 4 biji buah keras BAHAN-BAHAN PERISA: 2 sudu besar taucu kisar 1 sudu besar gula 1 sudu kecil kicap cair 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis Garam dan gula secukup rasa CARA MENYEDIAKAN: Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan ayam dan ubi sengkuang. Goreng ayam dan sengkuang hingga jus ayam dan sengkuang kering. Masukkan air dan daun cekur, bila kuah mendidih baru ditambah bahan-bahan perisa, kacau dan angkat. GULAI AYAM SUMATERA 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 20. BAHAN-BAHAN: 500 gm ayam (potong sederhana) 5 tangkai cili padi 1 keping asam gelugur 250 ml santan 2 tangkai cili hijau (potong dua) 2 biji tomato (belah empat) Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya BAHAN KISAR 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 3 cm lengkuas 1 batang serai 2 helai daun limau purut 1 helai daun kunyit 2 cm kunyit hidup CARA MENYEDIAKAN: Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Masukkan ayam dan gaulkan hingga sebati. Kemudian masukkan santan dan sedikit air. Kemudian masukkan asam gelugur, garam dan gula. Biarkan seketika. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tomato. Masak hingga mendidih dengan api yang sederhana. Hidangkan. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 21. GULAI UDANG REBUNG BAHAN-BAHAN: 300 gm udang sederhana besar 200 gm rebung (hiris nipis) 3 ulas bawang merah (kisar) 2 ulas bawang putih (kisar) 2 cm halia (kisar) 1 cm kunyit (kisar) 300 ml santan 2 keping asam gelugur Air secukupnya 4 tangkai cili padi (titik) 1 batang serai (titik) Sedikit garam dan gula secukup rasa CARA MENYEDIAKAN: Masukkan ke dalam periuk bahan-bahan yang telah dikisar bersama santan, air, kunyit hidup, asam gelugur, cili padi dan serai. Didihkan di atas dapur dengan api yang perlahan. Kemudian masukkan rebung dan udang. Kacau perlahan-lahan supaya santan tidak pecah minyak. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 22. GULAI UDANG LEMAK PADANG BAHAN-BAHAN: 500 gm udang sederhana 2 batang serai 3 tangkai cili padi (ketuk) 2 tangkai cili merah (belah dua) 250 ml santan pekat BAHAN KISAR: 3 ulas bawang merah 1 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 3 cm halia 2 cm kunyit hidup CARA MENYEDIAKAN: Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama dengan santan, serai yang diketuk, cili padi dan cili merah. Didihkan dengan api yang sederhana selama 20 minit. Kacau rata supaya tidak pecah santan. Masukkan udang dan masak selama 20 minit. Masukkan garam secukup rasa dan hidangkan. 息 2009. Hak Cipta Terpelihara
  • 23. Penggunaan Buku elektronik 20 Aneka Resipi Aneka Gulai diberikan PERCUMA hanya kepada ahli-ahli yang berdaftar di laman web www.sajionline.com.my sahaja. Sekiranya anda menerima ebook ini dan anda BUKAN AHLI , ebook ini BUKAN diberikan untuk anda. Kami galakkan anda menjadi ahli, layari laman web www.sajionline.com.my sekarang. Keahlian adalah percuma! Pemilikan Hak cipta Buku elektronik (ebook) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, susunannya serta bahan-bahannya dan kulit muka ialah kepunyaan Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian ebook ini boleh disalin, diubah, diedar, dihantar semula, disiarkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dipinda, dipamer, dijual itkan, atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran dan persetujuan secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Penafian Perfisio Solutions dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (kami) adalah tidak bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerugian atau kemudaratan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada ebook ini. Kandungan yang dimuatkan adalah bagi tujuan rujukan dan maklumat umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di laman ebook ini, ini hanyalah untuk menyatakan kami TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan kandungan yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. Kam tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan ebook dan kandungan yang terkandung dalam ebook ini dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan: Perfisio Solutions Sdn. Bhd 14, Ground Floor, The Right Angle Jalan 14/22 , Petaling Jaya No. Tel: 603-7955 5577 No. Faks: 603-7957 2777 息 2009. Hak Cipta Terpelihara