BAB 2 ASAS REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA.docxshimimz
Ìý
ASAS SENI REKA.pptx
2. UNSUR SENI
1. Garisan
– Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung
yang mempunyai jarak tertentu
– Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton,
corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan
pergerakan.
2. Rupa
– Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
– Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar
– Terdapat 2 jenis rupa iaitu:
a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat,
pyramid, bulat dsb.
b- Rupa organic – rupa bebas yang tidak bersudut seperti
rupa daun, buah, batu dsb.
-Rupa boleh diolah dalam bentuk:
a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan
3. 3. Bentuk
– Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih
daripada satu permukaan
– Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3
dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan
berbentuk gambar)
b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang
digambarkan melalui lukisan atau catan.
4. Jalinan
– Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan
sesuatu benda
– Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
a- Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan
sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik
impasto
b- Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi
tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur
4. 5. Ruang
– Ruang ialah kawasan kosong di
sekeliling objek, jarak antara dua objek,
atau rongga dalam sesuatu objek.
-Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
a- Ruang nyata – ruang sebenar yang
terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
b- Ruang tampak – ruang yang hanya
dapat dilihat dalam seni tampak seperti
lukisan, catan dan cetakan (bukan
sebenar)
5. 6. Warna
– Terdapat 3 jenis warna iaitu:
a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh
dihasilkan dengan campuran warna lain)
b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau
‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning + Merah’ dan Ungu ‘Merah +
Biru’)
c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna
sekunder
– Terdapat 3 gubahan warna iaitu:
a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna
(warna sekeluarga, selesa dan seimbang)
b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda
warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan
pergerakan)
c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai
pelbagai ton (daripada terang kepada gelap)
6. – Terdapat 2 suhu warna iaitu:
a- Warna panas – warna antara warna
merah ungu hingga kuning hijau pada roda
warna (menimbulkan kesan bertenaga,
garang, harapan, perang, meriah dsb)
b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga
ungu pada roda warna (menimbulkan
kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)