1. 1
GARISPANDUAN AMALAN PENGILANGAN YANG BAIK (GMP)
1. PENGENALAN
Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) diwujudkan bagi membantu
industri untuk mencapai piawai pengeluaran makanan yang lebih tinggi bagi
memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna.
Garispanduan ini menyediakan panduan tentang elemen-elemen utama GMP
kepada industri makanan daripada penerimaan bahan mentah hingga ke
pengedaran produk. Pelaksanaan garispanduan ini juga mewujudkan
keseragaman dalam Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) bagi industri
makanan.
2. OBJEKTIF
(a) memaklumkan industri makanan tentang elemen-elemen GMP
(b) memberi panduan kepada industri makanan tentang asas amalan
kebersihan dan keperluan sanitasi bagi memastikan penghasilan
makanan yang selamat
(c) membantu industri makanan untuk berupaya mencapai pensijilan GMP
3. SKOP
Garispanduan ini terpakai kepada semua jenis industri makanan di
Malaysia termasuk bidang pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan,
penstoran dan pengedaran.
Garispanduan ini perlu dibaca bersama dengan kod amali yang spesifik
sekiranya ada dan bersesuaian.1
4. DEFINISI
Bagi tujuan garispanduan ini, terminologi-terminologi di bawah membawa
maksud seperti berikut;
1
Kod khas amalan seperti Kod Amalan Kebersihan Makanan, Kod Amalan bagi Udang Bersih yang
Dimasak, Kod Amalan bagi Kelapa Sawit, Sawit jenis Olien dan Stearin dan rujukan lain daripada
CODEX Allimentarius Malaysia
2. 2
Pembersihan: pembuangan kekotoran, sisa baki makanan, habuk, gris atau
lain-lain bahan pencemar yang menjejaskan kebersihan.
Bahan Pencemar: sebarang agen biologi dan kimia, bendasing dan bahan
lain yang dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam makanan yang
menjejaskan keselamatan makanan.
Pencemaran: kemasukan atau kehadiran bahan tercemar di dalam makanan
atau persekitaran makanan.
Penyahjangkitan: mengurangkan bilangan mikroorganisma di persekitaran
kepada tahap yang tidak mengugat keselamatan makanan melalui
penggunaan agen kimia dan/atau kaedah fizikal
Pengendali Makanan: sesiapa yang secara langsung mengendalikan
makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus, peralatan makanan dan
pinggan mangkuk, atau permukaan yang bersentuhan dengan makanan oleh
itu perlu mematuhi keperluan kebersihan makanan.
.
Keselamatan Makanan: jaminan makanan tidak akan menyebabkan bahaya
kepada pengguna apabila ia disediakan dan/atau dimakan mengikut
kegunaannya.
Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP): langkah-langkah universal yang
mengawal keadaan operasi sesebuah premis makanan bagi membolehkan
penghasilan makanan yang selamat.
Premis: sebarang bangunan atau apa-apa struktur, kekal atau sebaliknya
bersama-sama dengan tanah dan bangunan, atau struktur lain yang terletak
dan sebarang perkongsian tanah yang digunakan bagi penyediaan,
pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pembawaan, pengedaran dan
penjualan sebarang jenis makanan.
Air yang Selamat di minum (Potable Water): air yang selamat diminum dan
seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan 394 Peraturan-Peraturan
Makanan 1985, Akta Makanan 1983.
Sanitasi: pengurangan bilangan mikroorganisma kepada paras yang akan
menggelakkan bahaya pencemaran kepada produk makanan, tanpa memberi
kesan yang negatif kepada makanan, melalui agen-agen kimia yang dan/atau
kaedah fizikal yang sesuai.
3. 3
Pelawat: individu termasuk kakitangan penyelenggaraan dalaman yang
melawat seseorang atau sesuatu tempat.
5 PENUBUHAN : BANGUNAN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
5.1 Lokasi
Potensi sumber-sumber pencemaran perlu diberi pertimbangan apabila
membuat keputusan di mana premis makanan hendak ditempatkan,
termasuklah keberkesanan sebarang langkah bersesuaian yang mungkin di
ambil bagi melindungi makanan. Premis makanan tidak boleh ditempatkan
dimana apabila, setelah menimbangkan semua langkah-langkah
perlindungan, adalah jelas wujudnya ancaman terhadap keselamatan
makanan dan kesesuaian. Khususnya premis makanan harus ditempatkan
jauh daripada;
a) kawasan yang alam sekitar yang tercemar dan aktiviti-aktiviti
industri yang menunjukkan ancaman yang serius terhadap
pencemaran makanan.
b) kawasan mudah dilanda banjir kecuali langkah-langkah
kawalan adalah yang mencukupi .
c) kawasan yang sering diserang serangga perosak.
d) kawasan di mana bahan buangan sama ada pepejal atau
cecair, tidak boleh dilupuskan secara efektif.
5.2 Premis
Premis makanan perlu mempunyai rekabentuk dan dibina supaya dapat
mengawal risiko pencemaran. Premis perlu direkabentuk sesuai dengan
tujuan penggunaannya.
5.2.1 Susun atur premis perlu membenarkan aliran proses yang baik,
amalan kebersihan dan keselamatan yang baik termasuk pelindungan
pencegahan serangan makhluk perosak dan pencemaran silang di
antara waktu operasi dan semasa operasi.
5.2.2 Aliran proses daripada penerimaan bahan mentah sehingga produk
akhir perlu mengurangkan criss-crossing dan back tracking yang
boleh menyebabkan pencemaran.
5.2.3 Premis perlu direkabentuk bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan
dan membantu penyeliaan kepada kebersihan makanan.
5.2.4 Kemudahan sanitasi yang mencukupi perlu dibekalkan
4. 4
5.2.5 Ruang pemunggahan perlu direkabentuk bersesuaian bagi
membolehkan pemindahan produk yang mudah rosak dapat dilakukan
dengan segera.
5.2.6 Bangunan perlu berada di dalam keadaan yang baik dan diselenggara
bagi mengelakkan kemasukan makhluk perosak dan mencegah
potensi tempat pembiakan.
5.2.7 Kawasan pemprosesan perlu dibina menggunakan bahan yang tidak
mempunyai kesan toksik dalam penggunaannya, permukaan yang
boleh dibersihkan dan sentiasa dijaga supaya sentiasa bersih dan
diselenggara dengan baik. Di mana mungkin, penggunaan bahan kaca
perlu dielakkan.
a) Lantai di kawasan basah perlu diperbuat daripada bahan yang tidak
licin dan membolehkan penyaliran air yang mencukupi.
b) Siling dan lekapan di bahagian atas perlu dibina untuk mengurangkan
pengumpulan kotoran, kondensasi, pengelupasan, serpihan dan
mudah diselenggara.
c) Tingkap perlu dibina bagi mengurangkan pengumpulan kotoran dan
mudah dibersihkan. Di mana perlu, tingkap dipasang dengan skrin
kalis serangga, mudah alih dan mudah dibersihkan. Seboleh mungkin,
kawasan pemprosesan dibina tanpa tingkap.
d) Pintu perlu mempunyai permukaan yang rata, tidak menyerap dan
mudah dibersihkan dan sekiranya perlu dinyahjangkit.
e) Lekapan, saluran dan paip perlu dipasang dengan cara bersesuaian
supaya titisan atau kondensasi tidak mencemarkan bahan mentah,
peralatan dan permukaan yang bersentuhan dengan makanan atau
produk akhir.
f) Permukaan yang bersentuhan dengan makanan perlu rata, lengai dan
tidak menyerap. Permukaan ini perlu berada dalam keadaan yang
baik, tahan lama dan mudah dibersih, diselenggara dan dinyahjangkit.
g) Dinding dan pembahagi perlu mempunyai permukaan yang rata dan
mempunyai ketinggian yang sesuai dengan operasi pemprosesan.
5.3 Kemudahan
5.3.1 Pencahayaan
5.3.1.1 Pencahayaan semulajadi atau buatan perlu dibekalkan bagi
beroperasi dalam keadaan yang bersih. Kecerahan cahaya
perlulah mencukupi bagi memenuhi kehendak operasi. Sebaik
mungkin, pencahayaan minimum tidak kurang daripada 215 lux
pada jarak 90 sm dari aras lantai.
5. 5
5.3.1.2 Lekapan lampu perlu berpenutup (contoh: lampu kalis pecah)
hendaklah ditutup dengan penutup tahan pecah dan sentiasa
dibersihkan bagi mengurangkan risiko pencemaran produk.
5.3.2 Pengudaraan
Pengudaraan yang mencukupi perlu disediakan untuk
mengelakkan bahang berlebihan, kondensasi, kotoran, asap dan
wap untuk mengeluarkan udara dan bau yang tercemar.
5.3.3 Bekalan Air
5.3.3.1 Bekalan air yang yang selamat (potable water) dan mencukupi
dengan kemudahan penyimpanan, pengedaran dan kawalan suhu
perlu disediakan di mana bersesuaian.
5.3.3.2 Bekalan air yang selamat perlu digunakan untuk memproses
makanan dan membasuh permukaan yang bersentuhan dengan
makanan dan juga peralatan.
5.3.3.3 Bekalan air yang selamat dan bekalan air yang tidak selamat
diminum tidak boleh dilakukan penyabungan silang antara satu
sama lain. Kemudahan penyimpanan air dan sistem penghantaran
air (seperti hos dan pili) perlu direkabentuk sempurna, dipasang
dan diselenggara dengan baik bagi mengelakkan pencemaran dan
back flow atau siphonage.
5.3.3.4 Ais yang digunakan secara langsung dengan produk semasa
pemprosesan atau produk yang telah terhasil perlu dibuat
menggunakan air bersih selamat dan dilindungi daripada
pencemaran.
5.3.4 Penyimpanan
Kemudahan penyimpanan bagi produk makanan, bahan ramuan dan
bahan kimia bukan makanan seperti bahan-bahan pembersihan, minyak
pelincir dan bahan api perlu disediakan.
5.3.4.1 Kemudahan penyimpanan makanan perlu direkabentuk dan dibina
bagi;
a) Membenarkan penyelenggaraan dan pembersihan yang
mencukupi.
b) Mengelakkan kemasukan makhluk perosak dan
pembiakannya.
c) Membolehkan makanan dilindungi dengan sempurna
daripada pencemaran semasa penyimpanan.
6. 6
d) Di mana perlu, menyediakan persekitaran yang dapat
meminimakan kerosakan makanan (seperti; kawalan suhu
dan kelembapan).
5.3.4.2 Makanan perlu disimpan atau disusun supaya terdapat ruang
sekurang-kurangnya 15 sentimeter di antara dinding tempat
penyimpanan dengan makanan yang disimpan.
5.3.4.3 Sebarang benda, lekapan atau peralatan yang bertujuan untuk
digunakan bersama-sama tempat penyimpanan makanan, perlu
dipasang sekurang-kurangnya 20 sentimeter daripada lantai bagi
memberi ruang untuk pembersihan dan nyahjangkitan apabila
perlu, kecuali makanan yang disimpan di atas palet tidak kurang
daripada 15 sentimeter.
5.3.4.4 Jenis kemudahan penyimpanan yang dikehendaki bergantung
kepada sifat semulajadi makanan.
5.3.4.5 Di mana perlu,tempat penyimpanan berasingan bagi bahan-
bahan pembersihan dan bahan-bahan merbahaya perlu
disediakan. Ia perlu sentiasa dikunci dan hanya kakitangan yang
dibenarkan sahaja mempunyai akses kepadanya.
5.3.5 Kemudahan Sanitasi
5.3.5.1 Kemudahan kebersihan untuk pekerja perlu mencukupi dan boleh
digunakan di kawasan operasi, direkabentuk dan diselenggara
dengan baik setiap masa.
5.3.5.2 Kemudahan-kemudahan ini termasuklah;
a) tempat membasuh tangan dan alat pengering ,termasuklah sinki,
sabun cecair, bekalan air bersih yang berterusan dan tisu pakai
buang.
b) bilangan tandas yang mencukupi
c) bilik persalinan yang mencukupi untuk kakitangan.
5.3.5.3 Tandas tidak terbuka secara langsung kepada mana-mana bilik
atau ruang yang digunakan untuk tujuan penyimpanan dan
penghasilan makanan. Kemudahan membasuh dan mengering
termasuk sinki, sabun cecair, tisu pakai buang dan bekalan air
bersih perlu disediakan di dalam tandas.
5.3.5.4 Apabila perlu,kemudahan membasuh dan membersih peralatan di
rekabentuk, dibina dan diselenggara untuk mengelakkan
pencemaran.
7. 7
5.4 Peralatan dan Perkakasan
5.4.1. Peralatan dan perkakasan yang digunakan semasa pemprosesan
perlu mempunyai rekabentuk yang sesuai.
5.4.2 Bagi peralatan dan perkakasan yang bersentuhan dengan makanan,
agen pembersihan dan sanitasi perlu daripada bahan yang tidak
reaktif dan mudah menghakis serta mudah dibersihkan dan
disanitasi.
5.4.3 Semua peralatan perlu diletakkan di mana ia mudah digunakan bagi
tujuan penyelenggaraan dan pembersihan peralatan dan juga ruang-
ruang yang berhampiran.
6 KAWALAN PENGOPERASIAN: AMALAN DAN PROSEDUR
6.1 Keperluan Bahan Mentah dan Aditif Makanan
6.1.1 Spesifikasi bertulis untuk setiap penerimaan bahan mentah dan
bahan pembungkusan hendaklah disediakan dan mematuhi perundangan
kebangsaan.
6.1.2 Aditif makanan perlu berkualiti gred makanan dan dikendalikan
dengan cara yang sama seperti bahan ramuan makanan.
6.2 Penerimaan dan Penyimpanan Bahan Mentah
6.2.1 Di mana perlu, bahan mentah perlu diperolehi daripada pembekal
disahkan.
6.2.2 Penerimaan bahan mentah perlu diuruskan dan dipindahkan ke
bahagian pemprosesan dan penyimpanan dengan cara untuk
mengurangkan kerosakan dan pencemaran. Suhu bilik penyimpanan
perlu dikawal untuk meminimakan kerosakan.
6.2.3 Penerimaan bahan mentah seperti bahan pembungkusan perlu
diuruskan dan disimpan dengan cara yang dapat mengurangkan
kerosakan dan pencemaran, (seperti pencemaran habuk, kawalan
terhadap ketinggian susunan bahan dan kerosakan forklift)
6.2.4 Bahan mentah perlu diletakkan dan disusun supaya ia tidak
bersentuhan dengan lantai dan dinding.
6.2.5 Tarikh penerimaaan dan sumber bahan mentah perlu direkodkan dan
dilabelkan. Keluar masuk stok perlu menggunakan sistem giliran (first-
in-first-out) .
8. 8
6.3 Aspek Utama Sistem Kawalan Pemprosesan
Melaksanakan prosedur kawalan yang berkesan di setiap proses :
a) Masa dan suhu perlu dikawal secara berkesan bagi memastikan
keselamatan dan kualiti makanan.
b) Kesemua alat pengukur termasuk pengukur masa, suhu dan berat
perlu disukat mengikut keperluan.
c) Kawalan yang berkesan bagi mengelakkan pencemaran silang
hendaklah diadakan.Contohnya kawalan pencemaran dari bahan
mentah kepada makanan yang telah diproses atau dari pekerja
kepada makanan yang telah di proses.
d) Langkah kawalan terhadap bahaya fizikal, kimia dan biologi semasa
pemprosesan hendaklah diamalkan. Alat penyaringan seperti
penapis, pengesan logam atau pengayak (sieve) hendaklah
digunakan di mana perlu.
e) Kuantiti di mana aditif makanan yang di tambah ke dalam makanan
perlu mematuhi perundangan nasional dan berada pada tahap
paling rendah untuk mendapat kesan yang dikehendaki.
f) Pembukaan peralatan perlu dilindungi daripada bahan pencemar.
6.4 Operasi Pembungkusan
6.4.1 Bahan-bahan pembungkusan perlu terdiri daripada bahan bukan toksik
dan yang bersentuhan secara langsung dengan makanan perlu
berkualiti gred makanan. Bahan-bahan tersebut perlu diperiksa bagi
mengesan sebarang kerosakan sebelum digunakan untuk
mengelakkan potensi kejadian pencemaran makanan.
6.4.2 Bekas pembungkusan yang boleh di guna semula perlu mematuhi
perundangan nasional serta tahan lama, mudah dibersihkan dan perlu
dinyahjangkit.
6.4.3 Pengisian dan penutupan produk yang berkesan perlu dikawal
sepenuhnya.
6.4.4 Produk yang dibungkus perlu dikendalikan dan dipindahkan ke dalam
bungkusan luar dengan cara meminimakan kerosakan.
6.4.5 Produk yang dibungkus perlu disimpan dalam keadaan penyimpanan
yang optima.
9. 9
a) Suhu dan masa perlu dikawal dan dipantau untuk mengurangkan
kerosakan produk.
b) Kemudahan penyimpanan dan peralatan perlu sentiasa
diselenggara untuk memastikan operasi yang optima.
c) Produk yang dibungkus perlu diletak dan disusun supaya tidak
bersentuhan dengan lantai dan dinding.
d) Bekas penyimpanan (holding containers) perlu diletakkan di atas
palet yang di wasap atau di sanitasi
6.5 Air, Ais dan Stim
6.5.1 Hanya air yang selamat diminum atau yang mempunyai kualiti
air minuman seperti yang dispesifikasikan dalam Peraturan-
Peraturan Makanan 1985 sahaja digunakan untuk pemprosesan
makanan dan untuk membuat ais (kecuali ais untuk
mengendalikan ikan semasa post-harvest).Hanya stim yang
dihasilkan daripada air yang selamat diminum sahaja digunakan
untuk pemprosesan makanan dan permukaan-permukaan yang
bersentuhan dengan makanan.
6.5.2 Ais untuk kegunaan, pemprosesan dan yang akan bersentuhan
dengan makanan hendaklah dikendalikan dan disimpan dengan
betul untuk melindunginya daripada pencemaran.
6.5.3 Jika tangki penyimpanan digunakan, langkah-langkah kawalan
hendaklah diambil untuk memastikan tiada sebarang bentuk
pencemaran berlaku.
6.5.4 Penggunaan air yang selamat diminum bagi pemprosesan perlu
sentiasa dipantau.
6.6 Verifikasi Terhadap Keselamatan Produk Akhir.
Sampel produk akhir perlu diambil secara rawak dan berkala untuk
analisis bagi mengesahkan kepatuhannya terhadap perundangan
nasional.
6.7 Sistem Penarikan Balik (Recall) (rujuk para 10)
6.7.1 Sistem penarikan balik perlu meliputi prosedur bertulis bagi
memastikan pengenalpastian produk dan penarikan balik
produk dengan cepat daripada pasaran sebaik sahaja
pencemaran produk dikenalpasti atau aduan pengguna
terhadap keselamatan makanan.
10. 10
6.7.2 Pengurus perlu memastikan prosedur yang berkesan diadakan
dan dilaksanakan untuk menangani sebarang bahaya kepada
keselamatan makanan dan membolehkan sebarang tindakan
penarikan balik produk yang berkenaan daripada pasaran.
6.7.3 Pengesanan produk adalah penting untuk sistem penarikan balik
yang berkesan.
7 PENYELENGGARAAN DAN SANITASI
7.1 Premis dan peralatan perlu berada di dalam keadaan yang baik
dan diselenggarakan untuk;
a) Memudahkan semua prosedur sanitasi
b) Berfungsi seperti yang ditetapkan
c) Mencegah pencemaran makanan, seperti daripada habuk
logam, kepingan plaster, debu dan bahan kimia.
7.2 Program penyelenggaraan pembersihan perlu dipantau secara
berterusan dan di mana perlu didokumentasikan untuk
memastikan keberkesanannya. Program penyelenggaraan
pembersihan secara bertulis perlu menerangkan tentang ;
a) Kawasan;
b) Peralatan dan perkakasan;
c) Tanggungjawab bagi tugasan tertentu;
d) Kaedah dan kekerapan ;
e) Urusan pemantauan
7.3 Bangunan, alat-alat lekapan dan kemudahan fizikal premis yang
lain perlu diselenggara supaya dalam keadaan yang bersih dan
dijaga dengan baik. Operasi penyelenggaraan perlu dilakukan
dengan cara yang boleh melindungi makanan dan permukaan
yang bersentuhan dengan makanan atau bahan-bahan
pembungkusan makanan daripada pencemaran.
7.4 Sebarang perubahan struktur, pembaikan, pengubahsuaian, kerja-
kerja pemasangan paip saluran air yang dijalankan atau perlu
dijalankan tanpa sebagai penangguhan.
7.5 Semua peralatan perlu dibersihkan dan diselenggara. Permukaan
peralatan yang bersentuhan dengan makanan perlu dibersihkan
dan disanitasi sebelum dan selepas setiap operasi perkilangan.
7.6 Alatan seperti penapis dan alat penyaringan perlu mudah
dikeluarkan bagi tujuan pemeriksaan, penggantian dan
pembersihan.
11. 11
7.7 Keseluruhan premis perlu diselenggara supaya bersih,kemas dan
bebas daripada sebarang pengumpulan kotak, tin, botol kosong,
sampah sarap dan sebarang benda yang tidak berkenaan.
7.8 Proses pembersihan hendaklah memastikan tiada saki baki
makanan dan kotoran yang boleh mencemarkan makanan.
Kaedah pembersihan dan bahan pembersih yang digunakan
bergantung kepada jenis pemprosesan makanan. Nyahjangkitan
mungkin perlu selepas pembersihan.
7.9 Pembersihan boleh dilakukan dengan memisahkan atau
mengabungkan penggunaan kaedah fizikal seperti haba,
menyental, pembersih vakum atau kaedah lain yang
menggelakkan penggunaan air, dan kaedah kimia menggunakan
sabun, alkali atau asid
7.10 Bahan kimia yang digunakan dalam pembersihan hendaklah
dikendalikan dan digunakan secara berhati-hati mengikut arahan-
arahan pengeluar dan disimpan berasingan dari makanan serta
dalam bekas yang mudah dikenalpasti untuk mengelakkan risiko
pencemaran makanan.
7.11 Pelincir berkualiti gred makanan perlu digunakan.
7.12 Program-program pembersihan dan penyahjangkitan perlu
memastikan semua bahagian bangunan dibersihkan dengan
betul, termasuklah peralatan pembersihan.
7.13 Program-program hendaklah disediakan dengan nasihat atau
selepas berunding dengan pakar yang berkaitan mengikut
kesesuaian dan keperluan.
7.14 Kawalan Makhluk Perosak
7.14.1 Pihak pengurusan perlu memastikan bahawa;
a) Bangunan hendaklah sentiasa dalam keadaan yang baik
untuk mencegah kemasukan serangga perosak dan
menghapuskan kawasan yang berpotensi untuk pembiakan
serangga perosak.
b) Lubang, longkang dan kawasan dimana berkemungkinan
merupakan jalan masuk serangga perosak hendaklah ditutup
rapat.
c) Sumber-sumber makanan yang berpotensi untuk menarik
perhatian makhluk perosak hendaklah sentiasa di simpan di
dalam bekas kalis makhluk perosak, tidak diletakkan di atas
lantai dan disusun jauh daripada dinding.
d) Kawasan dalam dan luar premis mestilah sentiasa bersih.
12. 12
e) Bahan buangan perlu disimpan di dalam bekas kalis makhluk
perosak yang bertutup
f) Premis makanan dan kawasan sekitarnya perlu sentiasa
diperiksa bagi tujuan mengesan sekiranya ada bukti-bukti
serangan makhluk perosak.
g) Serangan makhluk perosak perlu ditangani dengan segera
supaya tidak menjejaskan keselamatan dan kesesuaian
makanan
h) Rawatan dengan bahan kimia, fizikal atau biologi perlu
dijalankan tanpa mendatangkan ancaman terhadap
keselamatan dan kesesuaian makanan
i) Haiwan tidak dibenarkan berada di premis pemprosesan
makanan.
7.14.2 Program kawalan makhluk perosak yang berkesan bagi
premis dan peralatan perlu merangkumi perkara-perkara
berikut;
a) Nama orang yang bertanggungjawab atau nama
syarikat kawalan makhluk perosak
b) Bahan kimia yang digunakan dan kepekatannya
c) Lokasi penggunaannya
d) Kaedah dan kekerapan penggunaan
e) Peta lokasi perangkap, dan
f) Kekerapan pemeriksaan untuk verifikasi
terhadap keberkesanan program
7.15 Bahan Buangan dan Pengurusan Sisa Kumbahan
7.15.1 Pengurusan Bahan Buangan
Pembuangan bahan buangan mesti dilakukan dengan cara
yang dapat menghalang pencemaran makanan bermula dari
bahan mentah sehingga produk siap, air yang boleh
diminum dan hendaklah tidak memberi sebarang gangguan
kepada persekitaran.
Peruntukan yang sesuai mesti dibuat untuk pembuangan
dan penyimpanan bahan buangan.Bahan buangan mestilah
tidak dikumpulkan di kawasan pengendalian makanan,
penyimpanan makanan dan ruang-ruang bekerja yang lain
dan dikawasan persekitaran kecuali ianya tidak dapat
dielakkan.
Bekas penyimpanan dan kawasan penggumpulan bahan
buangan mesti dibersihkan dengan betul dan
dinyahjangkitkan secara teratur.
13. 13
7.15.2 Pengurusan Sisa Kumbahan
Sisa kumbahan hendaklah dibuang dengan cara
mengasingkan pencemaran sepanjang proses iaitu daripada
bahan mentah kepada produk akhir termasuklah air bersih.
a) Sisa cecair mesti dibuang dengan cara yang boleh
mengelakkan pencemaran dari bahan-bahan mentah
hingga produk siap dan air yang boleh diminum;
b) Semua sistem rangkaian paip air (plumbing) dan
pembuangan sisa cecair serta pembentungan,
hendaklah mencukupi untuk menampung keperluan
yang tinggi;
c) Semua rangkaian hendaklah kedap air dengan
sekatan-sekatan dan lubang pengudaraan yang
mencukupi;
d) Bahan buangan yang tersekat di dalam sistem
perparitan hendaklah selalu dibersihkan dan dijalankan
setiap hujung hari bekerja.
8 Pekerja
8.1 Kebersihan Diri
8.1.1 Semua pengendali makanan hendaklah menjalani pemeriksaan
perubatan setiap tahun oleh pegawai perubatan yang berdaftar dan
mendapat vaksinasi mengikut keperluan peraturan terkini.
8.1.2 Pengendali makanan yang dikenal pasti atau disyaki mengidap atau
pembawa penyakit bawaan makanan perlu :
a) Melaporkan kepada pihak pengurusan dengan serta merta;
b) Tidak dibenarkan untuk memasuki premis makanan atau
mengendali makanan; dan
c) Diwajibkan mendapatkan rawatan sehingga disahkan telah
sembuh dan sihat oleh pegawai perubatan yang berdaftar
sebelum dibenarkan mengendali makanan.
8.1.3 Luka dan kecederaan perlu dibalut dengan pembalut kalis air yang
sesuai di mana pengendali makanan berkenaan dibenarkan untuk
meneruskan kerja.
8.1.4 Pengendali makanan perlu mengekalkan kebersihan diri yang tinggi
dan di mana perlu, memakai pakaian pelindung yang bersih dan
sesuai, penutup kepala, sarung tangan, penutup mulut (mask) dan
kasut.
14. 14
Semua pengendali makanan perlu membasuh tangan dengan
cara yang betul dan menggunakan sabun cecair daripada
bekas (dispenser) atau bahan sanitasi dan air yang selamat .
a) Pada permulaan aktiviti pengendalian makanan;
b) Selepas menggunakan tandas;
c) Selepas mengendali makanan mentah atau bahan
tercemar;
d) Selepas bersin dan batuk sekiranya tidak dapat
dielakkan.
Pengendali makanan hendaklah
(a) Mengekalkan kuku yang pendek dan bersih
(b) Menanggalkan pakaian pelindung (iaitu baju luar,
penutup kepala, apron) sebelum ke tandas
(c) Tidak batuk, meludah, menjilat jari, menggaru badan,
menghembus hidung, merokok atau mengunyah
tembakau, sirih atau gula-gula getah, atau melibatkan
diri dalam perlakuan yang boleh menyebabkan
pencemaran makanan
Barang kemas atau objek-objek lain yang boleh terjatuh atau
mencemarkan makanan dilarang memakai atau membawanya
ke dalam kawasan pemprosesan makanan. Barang kemas
yang tidak ditanggalkan, termasuklah gelang perkahwinan atau
tanda amaran perubatan perlu dibalut.
Pergerakan pekerja hendaklah tidak menyebabkan pencemaran
silang kepada produk dan keluar masuk pekerja hendaklah
dikawal bagi mengelakkan kemungkinan berlaku pencemaran.
Barangan peribadi atau pakaian tidak boleh disimpan di tempat
pemprosesan makanan.
8.2 Pelawat
8.2.1 Pelawat-pelawat yang memasuki kawasan pemprosesan
dan pengendalian makanan hendaklah memakai pakaian
pelindung mengikut kesesuaian dan mematuhi peraturan
kebersihan individu yang ditetapkan.
8.2.2 Pelawat hendaklah diiringi oleh kakitangan pengurusan
apabila memasuki kawasan pemprosesan.
9 PENGANGKUTAN DAN PENGEDARAN
Makanan mesti dilindungi secukupnya daripada pencemaran dan kerosakan
semasa aktiviti pengangkutan dan pengedaran. Jenis pengangkut atau
15. 15
kontainer yang digunakan bergantung kepada sifat makanan dan di mana ia
harus dibawa.
9.1 Keperluan
Pengeluar atau pengedar hendaklah memastikan bahawa
pengangkutan produk siap mematuhi syarat-syarat berikut:
a) Menyediakan perlindungan yang berkesan daripada pencemaran
termasuk habuk dan asap
b) Semua kelengkapan dalam kenderaan pengangkutan hendaklah
bersih, berkeadaan baik, licin, boleh dibersihkan dan sekiranya
perlu, dinyahjakitkan dan ditutup untuk menghalang kemasukan
serangga perosak dan sebarang sumber pencemaran
c) Mempunyai ruang pengasingan makanan yang berlainan atau
makanan daripada yang bahan bukan makanan secara berkesan,
semasa pengangkutan dan pengedaran, sekiranya perlu.
d) Mempunyai kaedah pengawalan yang berkesan ke atas suhu,
kelembapan, atmosfera dan keadaan lain bagi melindungi
makanan daripada pertumbuhan mikrob merbahaya dan kerosakan
yang menyebabkan ianya tidak selamat untuk dimakan.
9.2 Kegunaan dan Penyelenggaraan
Pengangkutan dan kontena yang digunakan untuk mengangkut dan
mengedarkan makanan hendaklah sentiasa bersih, berkeadaan baik
dan sesuai. Sekiranya pengangkutan atau kontainer yang sama
digunakan untuk mengangkut dan mengedarkan perlbagai jenis
makanan, atau bukan makanan, pembersihan yang berkesan dan, jika
perlu, proses membasmi kuman hendaklah dijalankan.
Kenderaan yang besar, kontainer dan pengangkutan hendaklah direka
dan dilabelkan dengan penyataan UNTUK MAKANAN SAHAJA
(FOR FOOD USE ONLY) dan bukan untuk tujuan lain, mengikut
kesuaian.
10 PENGESANAN
10.1 Dokumentasi dan rekod proses dan produk yang mencukupi dan
berkesan, pelabelan produk akhir dan program penarikan balik bagi
produk tercemar perlu disediakan untuk memberi respond jika berlaku
16. 16
ancama keselamatan makanan dan selaras dengan keperluan
peraturan.
10.2 Semua rekod hendaklah dijaga dan disimpan dalam jangka masa yang
lebih daripada jangka hayat produk. Rekod penting perlu termasuk :
bahan mentah
pembekal
kualiti air dan bekalan (sumber, rawatan air dan keputusan analisis)
peralatan penyenggaraan
pemprosesan dan pemantauan
tindakan pembetulan
pembersihan dan sanitasi
kawalan makhluk perosak
pekerja (rekod kesihatan dan latihan)
ujian kualiti produk
pengedaran (maklumat yang mencukupi untuk membolehkan
pengesanan dilakukan kepada kod tertentu atau nombor lot seperti
identiti produk dan saiz, nombor lot atau kod, kuantiti, maklumat
pelanggan nama dan alamat premis, nombor telefon, keadaan
penyimpanan daripada peringkat permulaan pengedaran produk).
audit dalaman / pemeriksaan kendiri
audit luaran atau audit pembekal
10.3 Maklumat Produk
10.3.1 Semua produk makanan hendaklah disertakan dengan/atau
maklumat yang mencukupi, untuk membolehkan pengedali
seterusnya dalam rantaian makanan tersebut, dapat
mengendalikan, mempamerkan, menyimpan dan menydiakan
serta menggunakan produk tersebut dengan selamat dan betul.
10.3.2 Pelabelan produk dan bekas (holding container) mestilah
hendaklah mematuhi keperluan perundangan yang berkaitan.
10.3.3 Setiap bungkusan produk perlu dilabel secara kekal, mudah
dibaca, dan tahan lama, serta mengandungi maklumat jenama,
jenis produk (kod produk), syarikat yang bertanggungjawab,
tarikh luput dan cadangan suhu penyimpanan.
10.3.4 Prosedur perlu disediakan untuk mengelakkan kesalahan
pelabelan.
11 PEMERIKSAAN DALAMAN
11.1 Pemeriksaan kendiri
17. 17
Pemeriksaan kendiri di keseluruhan kemudahan kilang dan tempat
pemprosesan perlu dijalankan secara berkala untuk memastikan
keberkesanan dan kecukupan program keselamatan makanan
11.2 Audit dalaman
11.2.1 Audit dalaman perlu dijalankan sekurang-kurangnya 6 bulan
sekali oleh kumpulan audit berkecuali yang dilantik oleh pihak
pengurusan.
11.2.2 Audit dalaman perlu juga dijalankan ke atas pembekal dan
kontraktor, sekiranya perlu
11.2.3 Tindakan pembetulan perlu diambil ke atas mana-mana
ketidakpatuhan yang dikesan.
11.2.4 Laporan perlu disediakan selepas setiap audit dalaman
dijalankan.
12. LATIHAN
12.1 Semua pengendali makanan perlu menyertai latihan yang dijalankan oleh
Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia. Mereka perlu dilatih tentang kebersihan diri dan pengendalian produk
secara bersiri terutamanya tentang langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu
untuk mengelakan pencemaran produk.
a) Jadual latihan perlu didokumenkan
b) Latihan perlu dijalankan berdasarkan program
latihan yang telah ditetapkan
c) Latihan perlu diberikan semasa mereka mula
bekerja dan dijalankan secara kerap untuk
mengemaskini pengetahuan dan kompetensi
pekerja.
12.2 Latihan Program Penilaian
Penilaian dari masa ke semasa seperti pemerhatian dan penilaian
mengenai keberkesanan latihan dan program-program yang
diberikan hendaklah dilakukan. Penyeliaan dan pemeriksaan secara
rutin hendaklah dijalankan untuk memastikan bahawa amalan dan
prosedur kebersihan dijalankan seperti dirancang.
12.3 Latihan Ulangan
Program-program latihan hendaklah dikaji secara rutin dan
dikemaskini, sekiranya perlu. Sistem berkaitan program latihan
18. 18
hendaklah dilaksanakanuntuk memastikan semua pengendali
makanan menitikberatkan pengawalan keselamatan makanan di
dalam semua prosedur.
RUJUKAN
Report of the 34th
Session of the Codex Committee on Food Hygiene, 2001,
Codex alimentarius commisssion.
AVAs guidelines on application of Food Processing Establishment License.
Food Act 1983 and Food Regulations 1985. Malaysia.
Guidelines on Good Hygiene Practices for Small and Medium Scale Food
Industries Towards HACCP.2002.
Guidelines for Good Manufacturing Practice in Small and Medium Scale Industry.
1997.
Food Hygiene Basic Texts. Codex Alimentarius. Third Edition. 2003.
Malaysian Standard MS 1514:2001. General Principles of Food Hygiene.
Current Good Manufacturing Practise(cGMP). Part 110 of Code of Federal
Regulations. USFDA.
Code of Practise for Palm Oil, Palm Olein dan Palm Stearin.
Code of Practise for Cooked Peeled Prawn.