Aktiviti Sukan Rakyat diadakan bagi melibatkan pelajar dalam permainan tradisional warisan budaya Malaysia. Program ini dimenangi Rumah Sukan Syahbandar setelah mendapat 513 mata, diikuti Rumah Sukan Laksamana dengan 498 mata dan Rumah Sukan Temenggung dengan 488 mata. Walaupun program ini berjaya menarik minat pelajar, masa yang terhad hanya membolehkan empat daripada tujuh permainan dilaksanakan.