Majlis graduasi pelajar pra-universiti SMK Kota Klias sesi 2014/2015 dimulakan dengan perarakan masuk pelajar dan pengetua beserta guru-guru. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu kebangsaan diikuti ucapan-ucapan dan penyampaian anugerah kepada pelajar. Majlis diakhiri dengan persembahan dan majlis restu ilmu.
Program SMART Pelajar Tahun 6 bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan jati diri pelajar melalui aktiviti kerohanian, mental, intelektual dan fizikal. Program ini akan membantu pelajar mengenal diri dan meningkatkan kemahiran untuk menghadapi ujian dengan lebih berkeyakinan.
Majlis graduasi pelajar pra-universiti SMK Kota Klias sesi 2014/2015 dimulakan dengan perarakan masuk pelajar dan pengetua beserta guru-guru. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu kebangsaan diikuti ucapan-ucapan dan penyampaian anugerah kepada pelajar. Majlis diakhiri dengan persembahan dan majlis restu ilmu.
Program SMART Pelajar Tahun 6 bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan jati diri pelajar melalui aktiviti kerohanian, mental, intelektual dan fizikal. Program ini akan membantu pelajar mengenal diri dan meningkatkan kemahiran untuk menghadapi ujian dengan lebih berkeyakinan.
Template untuk menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah. Template ini boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian program yang anda ingin laksanakan. Kelebihan template ini ialah mempunyai senarai semak tugas yang terperinci untuk melicinkan program khidmat masyarakat ini.
1. 1
KERTAS KERJA
MAJLIS KHATAN PERDANA DAN KENDURI SEKAMPUNG
BAHAGIAN TAWAU
1. TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk makluman dan tindakan pihak yang terlibat seperti Kementerian
Perpaduan Negara, Persatuan Belia Kampung Pasir Putih Tawau, Unit Pemimpin Pembangunan
Masyarakat N. 71 Tanjung Batu (UPPM N.71 Tanjung Batu), Jawatankuasa Pembangunan Dan
Keselamatan Kampung (JPKK) serta masyarakat setempat.
2. PENDAHULUAN
Kajian sains membuktikan bahawa amalan berkhatan ini merupakan salah satu ciri yang
dapat membantu tumbesaran kanak-kanak selain daripada beberapa hikmah kesihatan lain
yang memang jelas membuktikan amalan berkhatan ini mampu untuk mengelakkan
penyakit terutamanya yang berkaitan dengan alat kelamin. Usaha ini juga adalah untuk
mengembangkan penjagaan kesihatan cara islam di kalangan kanak-kanak penduduk
Kampung Pasir Putih dan sekitarnya. Hal ini selaras dengan tuntutan agama Islam yang
menuntut setiap umatnya untuk berkhatan.
Selain itu, tujuan lain program ini ialah untuk membantu meringankan beban ibubapa dan
penjaga dalam melaksanakan tuntutan agama ke atas anak-anak mereka memandangkan kos
semasa melakukan amalan berkhatan dan majlis kedurinya ini agak tinggi.
Adalah diharapkan dengan usaha ini akan mendapat rahmat dan keizinan Allah bagi
menjayakan pelaksanaannya sekaligus mendapat sokongan dan juga kerjasama yang padu
daripada semua pihak. In Sha Allah.
2. 2
3. RASIONAL
Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit. Khatan atau "bersunat"
merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar merupakan tempat dimana
pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Ketika berkhatan, kulit yang menutupi
jalan ke luar urin dibuang, sehingga memungkinkan kotoran untuk menempel atau berkumpul
di hujung penis menjadi lebih kecil. Ini kerana zakar lebih mudah dibersihkan. Kebersihan amat
dititik beratkan dalam Islam samaada kebersihan tubuh badan dan juga rohani.
Program ini dirancang untuk dilaksanakan pada waktu cuti sekolah. Prosedur ini kebiasannya
dilakukan ketika kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun dan amat digalakkan ketika
mereka berumur 10 tahun ke bawah bagi menghindar sifat malu dan mereka perlu bersih
daripada najis dan kekotoran sebelum mengerjakan solat 5 waktu. Ia selari dengan tuntutan
Islam yang menitikberatkan kebesihan di dalam ibadah.
4. MATLAMAT
Di akhir program ini kanak-kanak yang terlibat dapat:
i) Memahami erti khatan dan bagaimana ia dilaksanakan.
ii) Mengetahui bahawa khatan ini adalah wajib dan sangat dituntut oleh agama
iii) Menangkis persepsi masyarakat bahawa khitan itu adalah satu kekejaman fizikal
5. OBJEKTIF
Melalui Program Berkhatan dan Majlis Kenduri Sekampung :-
i) Melaksanakan tuntutan agama yang mewajibkan setiap umatnya menjalankan
kewajipan ini apabila tiba masanya.
3. 3
ii) Melahir dan menyedarkan masyarakat tentang kebersihan fizikal dan
bertanggungjawab serta peka dengan peraturan dan undang-undang yang telah
ditetapkan oleh Allah S.W.T
iii) Membantu meringankan bebanan ibu bapa dan penjaga kerana program ini
menawarkan kos secara percuma.
iv) Mengeratkan silaturrahim di antara wakil rakyat, pemimpin masyarakat,
golongan belia dan masyarakat setempat.
v) Melahirkan semangat kerjasama dan perpaduan Malaysia dalam diri wakil
rakyat, pemimpin masyarakat, golongan belia dan penduduk kampung
vi) Mendedahkan peranan Persatuan Belia Kampung Pasir Putih sebagai agen
perpaduan di DUN Tanjung Batu dan badan pengelola kepada program kerohanian,
kebudayaan, sukan dan lain-lain.
vii) Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dan belia yang lain dalam program
pembangunan komuniti setempat
6. TARIKH
6.1 28 - 30 Mei 2021 ( Jumaat, Sabtu dan Ahad )
7. TEMPAT
7.1 Kampung Budaya Pasir Putih Baharu, Tawau
8. SASARAN
8.1 Pelajar lelaki sekolah rendah
8.3 Masyarakat setempat
4. 4
9. AKTIVITI
Antara aktiviti-aktiviti yang akan berlansung adalah:-
9.1 Majlis Perasmian Program Khatan Perdana dan Kenduri Sekampung
9.2 Aktiviti Sukan Rakyat (Indoor Game dan eSport)
9.3 Aktiviti Gotong Royong dan Kenduri Sekampung.
9.4 Majlis Berkhatan Beramai-ramai
9.5 Sesi Adat dan Adab
10. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Perbelanjaan
1. Sarapan pagi ( RM 3.00 x 2 hari x 300 org )
Makan tengah hari ( RM 5.00 x 2 hari x 500 org )
Minum petang ( RM 3.00 x 500 org )
Makan malam ( RM 5.00 x 2 Hari x 500 org )
RM 1800.00
RM 5000.00
RM 1500.00
RM 5000.00
2. Sijil penyertaan ( RM 2.00 x 250 org )
Sijil Penghargaan ( RM 2.00 x 50 org )
Fail dan edaran ( RM 4.00 x 250 org )
RM 500.00
RM 100.00
RM 1000.00
3. Cenderahati - ( Perasmian dan Penutupan ) RM 500.00
4. Sukan Rakyat - ( hadiah & peralatan ) RM 5000.00
5. Kain Rentang (banner) RM 1000.00
6. Caj Doktor dan Perubatan (RM 100.00 x 250 org) RM 25,000.00
7. Kenduri dan Gotong Royong (Peralatan) RM 3,600.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 50,000.00
5. 5
JAWATANKUASA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
Penasihat 1 : YB. Andi Muhammad Suryady Bin Bandy
(ADUN N.7 Tanjung Batu )
Pengerusi : Saharuddin Bin Salleh
(Pemimpin Pembangunan Masyarakat,UPPM N.71 Tanjung Batu)
Penyelaras : Kadir Bin Japar
( Pengerusi Persatuan Belia Kampung Pasir Putih)
Penolong Penyelaras : Muhyidin Bin Tungke
(Pengerusi Kelab Belia Kampung Pukat)
Setiausaha : Fifi Rafiedah Binti Ariff
(Pengerusi Pertubuhan Inpirasi Kebaikan Negeri Sabah)
Bendahari : Muhammad Aidil Bin Demang
AHLI JAWATANKUASA KECIL
BIL. JAWATANKUASA NAMA
1. Pendaftaran peserta khatan - Saharudin Bin Japarudin
2. Peralatan - Muhd Asri Pabanari (K)
- Jasman Masmudding
- Ahmad Awie Hamzah
3. Hadiah dan cenderamata - Juriah bte Jaafar (K)
- Sharizah bte Ibrahim
- Salmah bte Ismail
4. Buku Program &
Sijil Penyertaan/
Penghargaan.
- Yusoff Bin Abdullah (K)
- Norliza Bte Mat Radzi
- Aisyah Alesha Bte Saharudin
5. Persiapan Dewan - Mohd Asri bin Abu Hanipah (K)
- Abd Salam bin Abd. Rahman
6. 6
- Jackson Apong Anak Abit
6. Sukan Rakyat - Zarapi bin Mat Yacob (K)
- Tafri bin Mohd Amin
- Saraswathy a/p Paramichiuan
7. Pengacara Majlis Khairul Anwar Bin Junus
8. Jamuan - Rosiah Bte Nawi (K)
- Bahaman Bin Hussin
- Rohaya Bte Hashim
- Rosman Bin Sahilan
9. Rakaman - Guntur Bin Kadir (K)
- Mohd Quisairi Bin Ahmet
10. Majlis Khatan - Halim Bin Tjaga (K)
- Malik Bin Deha
- Selamat Bin Onta
11
12
13
14
15
Gotong-Royong
Kenduri Sekampung
Ceramah Kaum Ibu
Pengangkutan
PA System
-Marsuki Bin Dali (K)
- Rasman Bin Sudin
- Nawiyah Binti Sima (K)
- Halimatun Sa’diah bte Saad
- Julaila bte Yahya
- Noraisah bte Md Yusof (K)
- Nadzidah bte Mohd Nadzim
- Norazian bte Ab. Razak
- Zulfakar bin Zainal Abidin
Rifndi Bin Rahman
Alimudin Bin Lapali
7. 7
TENTATIF PROGRAM
TARIKH MASA AKTIVITI
28/5/2021
(Jumaat)
29/5/2021
(Sabtu)
2.00 – 4.00 Petang
6.00 – 7.45 Malam
7.45 – 8.30. Malan
8.30 – 12.00 T/ Malam
7.00 – 8.00 Pagi
8.00 – 10.30 t/hari
10.30 – 12.00 T / Hari
12.00 – 2.00 Petang
2.00 – 4.00 petang
4.00– 4.15 petang
4.30 – 6.00 petang
6.30 – 7. 30 malam
7.45 – 8.30 Malam
8.30 – 12.00 malam
- Majlis Pendaftaran Program Berkhatan dan ramah
Mesra ( Dewan Serbaguna Kampung Pasir Putih)
- Solat Maghrib / Tazkirah Agama / Solat Isyak
-Makan Malam
- Pertandingan Domeng (Sukan indoor Rakyat )
Sarapan Pagi
Aktiviti Gotong Royong Perdana
(Pasir Putih Tepi Pantai)
- Kenduri Sekampung
- Solat Zohor / Makan Tengah Hari
- Gotong royong Kenduri Sekampung
dan Ceramah Penjagaan Kesihatan
Kaum Wanita
( Mesjid Kg. Baru )
- Solat Asar
- Sukan Rakyat.
( Padang SK. Pasir Putih )
- Solat Maghrib / Tazkirah Agama / Solat Isyak
Makan Malam
- Kenduri Sekampung
( Dewan Serbaguna )
8. 8
30/5/2021
(Ahad )
7.30 pagi
7.30 – 8.00 Pagi
8.00 pagi
8.10 pagi
8.20 Pagi
8.40 pagi
9.00 Pagi
9.30 Pagi
10.00 – 5.00 Petang
- Ketibaan Peserta Sunathon dan ahli keluarga serta
tetamu
- Pendaftaran
-Perarakan Masuk Peserta Sunathon diiringi paluan
kompang dan bunga manggar
-Ucapan Aluan Pengerusi Majlis dan Bacaan Doa
-Ucapan Perasmian Oleh YB Andi Muhammad
-Acara berkenalan dengan doctor
-Penyampaian Cenderahati kepada para peserta
-GIMIK - Acara Bersiram
-Acara Berkhatan
(mengikut jadual yang telah ditetapkan)
KESIMPULAN
Diharap program ini akan mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga titik peluh dan usaha yang tidak
seberapa dalam menjayakan program ini akan mendapat keredhaan dan ganjaran
daripada Allah SWT. Program seumpama ini perlu dilaksanakan setiap tahun kerana ini adalah
platform terbaik merapatkan perhubungan antara masyarakat dengan persatuan dan pemimpin.
Disediakan oleh; Disahkan oleh;
.......................................................... .....................................................................
( KADIR BIN JAPAR ) (SAHARUDDIN BIN SALLEH)
Penyelaras Program Pengerusi Program
Pengerusi Persatuan Belia Kg. Pasir Putih Pemimpin Pembangunan Masyarakat