Multimedia merupakan penggabungan pelbagai media seperti teks, grafik, audio, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat secara interaktif dan dinamik kepada pengguna melalui komputer. Unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik, audio dan video mampu mempengaruhi motivasi pengguna dan meningkatkan proses penerimaan maklumat secara visual dan realistik.