際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80		 Journal of Fiqh, No. 8 (2011) 65-80
PENGGUNAAN KAEDAH RAWATAN JARAK
JAUH DALAM RAWATAN PENYAKIT DI PUSAT
RAWATAN ISLAM DI MALAYSIA:
SATU ANALISIS HUKUM
The Method of Long Distance Treatment in Islamic
Treatment Centres in Malaysia: An Analysis from
Islamic Law Perspective
Khadher Ahmad *
Rushdi Ramli **
Abstract
Long distance treatment is one of the methods conducted at the
Islamic Treatment Centres in Malaysia. Through this method
of treatment, the practitioners are not in the situation of being
face-to-face with their patients. In contrast, the treatment will
be carried out by using certain approaches and skills without
the attendance of the patients. Therefore, there will be some
sorts of doubt and uncertainty in their way of treatment since
it will be carried out without any face-to-face meeting with the
patients. The question is, to what extent is this way of treatment
allowed in Islam? Hence, this article seeks to analyse the views
of Muslim scholars pertaining to this method of treating disease.
Through field studies conducted at 23 Islamic Treatment Centres
throughout Malaysia, data pertaining to the use of the long
distance treatment were collected. Data collection was based on
interviews and direct observation. The study found that there is
only one hadith which can be relied upon concerning the usage
of long distance treatment. Basically this method of treatment
was allowed by the Prophet SAW. In overall, from the Islamic
*	
FELO/SLAI di Jabatan al-Quran & al-Hadis, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya.
** 	
Pensyarah,JabatanFiqh&Usul,AkademiPengajianIslam,Universiti
Malaya.
66
Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80
perspective, the practice of this treatment can be divided into
two different views; first: it is permissible but should be based on
certain conditions, and second, the method is prohibited.
Keywords: Islamic Medical Treatment, Long Distance Treatment, Disease
Treatment, Malaysia
PendahuluaN
Dewasa kini menyaksikan perkembangan dan pertumbuhan pesat
pusat-pusat rawatan penyakit yang bertunjangkan kepada rawatan
Islam. Segelintir pusat rawatan menjadikan title rawatan Islam
untuk menarik minat masyarakat dan tidak dinafikan sebahagian
pusat rawatan Islam yang lain benar-benar menjadikan syariat
Islam sebagai landasan utama dalam khidmat rawatan penyakit
yang dijalankan.
Isu utama dalam rawatan Islam adalah dari sudut kesahihan dan
keharusan sesuatu kaedah rawatan yang dipraktikkan sama ada
di atas landasan syariat atau menyalahinya. Bahkan, sebahagian
kaedah yang dipraktikkan di pusat-pusat rawatan Islam tersebut
meragukan sehingga boleh menimbulkan fitnah terhadap rawatan
Islam yang sebenar.
Kaedah rawatan jarak jauh adalah di antara kepelbagaian
kaedah rawatan yang dipraktikkan di pusat-pusat rawatan Islam di
Malaysia. Realitinya dapat dilihat pada hari ini apabila sebahagian
pusat rawatan Islam mengiklankan kepada masyarakat khidmat
rawatan tersebut bagi menarik perhatian mereka. Dari itu,
persoalannya, adakah kaedah rawatan tersebut dibenarkan dalam
Islam atau ia bercanggah dengan syariat Islam dan menyamai
amalan para bomoh yang menyimpang? Oleh yang demikian,
artikel ini menjelaskan dengan lebih terperinci tentang hukum
pengamalan kaedah rawatan jarak jauh dalam rawatan penyakit.
Di akhir artikel ini, diharapkan ia dapat dijadikan panduan utama
dalam rawatan penyakit khususnya kepada perawat dan pesakit
dan umumnya kepada semua anggota masyarakat.
67
Penggunaan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Dalam Rawatan Penyakit di Pusat
Rawatan Islam di Malaysia: Satu Analisis Hukum
Skop dan Metodologi
Kajian awal telah dijalankan di 23 pusat rawatan Islam yang
terpilih. Data-data dikumpulkan melalui metode temubual dan
pemerhatian terhadap kaedah dan pendekatan yang dijalankan di
pusat-pusat rawatan Islam tersebut. Hasil kajian tersebut terdapat
20 kaedah dan pendekatan yang dilakukan di pusat-pusat rawatan
Islam dalam rawatan penyakit. Antaranya kaedah ruqyah, kaedah
pukulan, kaedah rawatan jarak jauh, kaedah scanning atau diagnos
dan lain-lain lagi. Keseluruhan kaedah dan pendekatan diteliti dan
dianalisis berdasarkan nas al-Quran dan Sunnah serta pandangan
ulama.
Dalam artikel ini, penulis tidak akan menghuraikan keseluruhan
kaedah dan pendekatan rawatan yang dilakukan di pusat-pusat
rawatan Islam tersebut. Fokus utama adalah melihat kepada
salah satu daripada pendekatan itu iaitu menganalisis dan menilai
hukum serta pandangan para ulama berhubung dengan kaedah
rawatan jarak jauh. Dari sudut pelaksanaannya, terdapat golongan
yang menolak menggunakan kaedah ini atas alasan tiada nas yang
membenarkannya atau ia meragukan. Namun, terdapat sebahagian
golongan lain yang tidak menolak penggunaan kaedah rawatan ini
dalam rawatan penyakit sehingga diletakkan ia sebagai salah satu
daripada kaedah rawatan Islam yang dibenarkan.
Hasil Kajian
Hasil penelitian terhadap 23 pusat rawatan Islam di Malaysia yang
telah dipilih, kaedah rawatan jarak jauh adalah merupakan kaedah
yang mendapat tempat dalam kalangan perawat di pusat-pusat
rawatan Islam tersebut.1
Walaupun begitu, tidak semua pusat
rawatan Islam mengamalkan kaedah ini. Lihat jadual 1 di bawah
1	
Kajian telah dilakukan oleh pengkaji selama tiga tahun untuk
meneliti kaedah-kaedah rawatan yang dipraktikkan di pusat-pusat
rawatan Islam di Malaysia yang dipilih sebagai sample kajian. Lihat
KhadherAhmad (2012), Analisis Hadith-hadith Mengenai Rawatan
Sihir Dalam Al-Kutub Al-Sittah: Aplikasi Di Pusat Rawatan Islam
Di Malaysia (Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan al-Quran dan
al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur).
68
Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80
berhubung dengan penggunaan kaedah rawatan jarak jauh dalam
rawatan penyakit.
Jadual 1: Pusat rawatan Islam yang mengamalkan kaedah rawatan jarak
jauh dalam rawatan penyakit
Pendekatan
dan Kaedah
Rawatan /
Nama Pusat
Rawatan
Darussyifa
Darussalam
PRIM
AKRINE
Zamdurrani
Darul
Hikmah
Darul
Ruqiyyah
Syifa
al-Hidayah
Gshahmisteri
RIDAM
PURIDAS
PRIA
Kaedah
Rawatan Jarak
Jauh
/ / / /
Pendekatan
dan Kaedah
Rawatan /
Nama Pusat
Rawatan
Teknologi
al-Quran
Terapi
Hikmah
7
Puteri
TIAF
Al-Mustaqim
PRAINS
BUDI
Losong
Kartika
Buana
Jauhar
Syifa
Qalbun
Sakinah
Sinar
Nur
Kaedah
Rawatan Jarak
Jauh
/ /
Berdasarkan jadual di atas, hanya lima pusat rawatan Islam
sahaja yang mengakui bahawa mereka mengaplikasikan kaedah
rawatan jarak jauh dalam rawatan penyakit iaitu Pusat Rawatan
Islam Darul Manzil (RIDAM),2
Pusat Rawatan Ikhtiar Darul
2	
RawatanIslamDarulManzil(RIDAM)telahditubuhkanolehKhairul
Syakirin bin Abdul Wahab secara tidak rasmi pada tahun 1997 yang
beroperasi di kediaman pengasasnya sendiri yang beralamat di Lot
2867, Taman Jakar, 24000 Kemaman, Terengganu. Setelah itu, pusat
rawatan ini secara rasminya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia dibawah nama Manzil Enterprise pada 4 Januari 2008.
Melalui kunjungan pengkaji ke pusat rawatan ini, ia telah berpindah
ke alamat No.16, PT5982, Taman Intan, Geliga Besar, 24000
Kemaman, Terengganu.
69
Penggunaan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Dalam Rawatan Penyakit di Pusat
Rawatan Islam di Malaysia: Satu Analisis Hukum
Syifa (PURIDAS),3
Pusat Rawatan Islam al-Madani (PRIA),
Pusat Rawatan Pancaran Sinar Nur (Sinar Nur)4
dan Pusat Rawatan
Teknologi al-Quran dan Asma al-Husna.5
Rawatan Jarak Jauh
Kaedah rawatan jarak jauh adalah merujuk kepada kaedah
rawatan yang dilakukan untuk merawat pelbagai penyakit tanpa
kehadiran pesakit6
atau merawat rumah dan bangunan tanpa
kehadiran perawat ke tempat tersebut. Rawatan jarak jauh ini
boleh berlaku dalam banyak keadaan, tetapi pada kebiasaannya
rawatan dijalankan tanpa perawat melihat pesakit atau pergi ke
sesuatu tempat.
3	
Pusat Rawatan Ikhtiar Darul Syifa (PURIDAS) telah ditubuhkan
oleh Hj. Uzip @ Othman B. Mohd pada tahun 1992 dan beroperasi
di kediaman pengasasnya sendiri di alamat B99, Kampung Kubang
Durian, 20050 Gelugur Kedai, Kuala Terengganu, Terengganu Darul
Iman, berhampiran dengan Masjid Gelugur Kedai.
4	
Pusat Rawatan Pancaran Sinar Nur telah ditubuhkan oleh Dr. Mohd
Zaid Mohamad pada tahun 2008 Namun demikian, Dr. Mohd Zaid
telah terlibat dalam menyediakan khidmat rawatan sudah hampir 10
tahun yang lalu. Pusat rawatan ini beroperasi sepenuh masa yang
dikendalikan oleh Dr. Mohd Zaid bersama dengan isteri beliau dan
tidak mempunyai ahli khusus melainkan ia beroperasi seperti sebuah
klinik persendirian. Melalui kunjungan pengkaji ke pusat rawatan
ini yang beralamat di Lot 8133 C, Tingkat Bawah, Jalan Gong
Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, didapati bahawa
pusat rawatan beroperasi di premis atau bangunan dua tingkat yang
khusus. Ruang premis tersebut telah disediakan ruang khusus untuk
menjalankan rawatan, kuanter perkhidmatan, ruang menunggu, stor
barang dan ruang pameran dan jualan produk-produk kesihatan.
5	
Pusat Rawatan Teknologi al-Quran dan Asma al-Husna telah
ditubuhkan oleh Ahmad Suhaimi bin Abu Samah al-Hafiz pada
lebih kurang 10 tahun yang lepas apabila dilancarkan laman web
khusus untuk pusat rawatan ini yang diberi nama penawar.com.
Pusat rawatan ini pada awalnya beroperasi di kediaman pengasasnya
sendiri di alamat No. 15 Jalan Bahagia 28, Taman Intan, 28000,
Temerloh, Pahang. Namun, telah berpindah ke alamat PT4491 Jalan
Rumpun Makmur (Depan Pasar Mini KPR), 28050 Kuala Krau,
Pahang pada tahun 2009.
6	
Khadher Ahmad (2012), op.cit., h. 291.
70
Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80
Antara pendekatan dalam rawatan jarak jauh adalah rawatan
yang dijalankan melalui penggunaan alatan perhubungan seperti
telefon, internet dan lain-lain. Hal ini bermakna, rawatan yang
dilakukan oleh perawat adalah melalui percakapan dalam telefon
di mana perawat dan pesakit tidak bersemuka, tetapi mereka
berkomunikasi ketika itu antara satu sama lain walaupun jarak
antara mereka beribu batu. Dalam keadaan lain, perawat juga
merawatpesakitdenganmenggunakangambarpesakityangdibawa
oleh keluarga pesakit. Hal ini disebabkan oleh keengganan pesakit
untuk datang mendapatkan rawatan. Ini bermakna, perawat akan
membacakan ruqyah ke atas pesakit yang berada di dalam gambar
tersebut.7
Bagi merawat rumah yang diganggu oleh makhluk
halus atau membantu memagar kawasan rumah, kaedah ini juga
dilakukan di mana tuan rumah hanya perlu menyatakan alamat
dan memberi sedikit gambaran rumah bagi proses pemagaran dan
perlindungan rumah yang dilakukan oleh perawat tanpa kehadiran
perawat ke kediaman berkenaan.
Manakala dalam rawatan menggunakan alat perhubungan
sepertitelefonberlakukomunikasiantarapesakitdanperawatcuma
tidak bersemuka. Rawatan dilakukan dengan perawat meminta
agar pesakit menyediakan bahan rawatan seperti air mineral dan
lain-lain lalu melalui alat tersebut perawat membacakan ruqyah
dan diperdengarkan juga ke atas bahan rawatan tadi. Dalam
keadaan tertentu, jika terdapat tindak balas daripada pesakit seperti
mengerang kesakitan atau kepanasan, dapat menunjukkan bahawa
kaedah tersebut memberi kesan dalam rawatan yang dijalankan.
Kemudian, dalam rawatan terhadap kediaman atau bangunan
atau premis tertentu, berdasarkan pemerhatian pengkaji, terdapat
perawat yang meminta agar pesakit melakarkan pelan rumahnya
atau premisnya dan perawat akan membantu mengesan kehadiran
makhluk halus dalam premis atau kediaman tersebut. Selepas
7	
Selalunya keadaan ini disebabkan oleh pesakit yang disihir akan
dihalang oleh jin sihir yang menguasai dirinya daripada mendapatkan
rawatan atau dalam keadaan lain, pesakit itu terlalu uzur dan sukar
untuk bergerak disebabkan oleh perbuatan sihir. Dalam keadaan lain,
terdapat juga pesakit yang tidak sedar bahawa dirinya disihir, tetapi
melalui pemerhatian pasangannya dan tanda-tanda yang diperoleh,
pesakit itu sebenarnya terkena sihir. Jadi, pasangannya membantu
mendapatkan rawatan dengan membawa gambar pesakit tersebut.
71
Penggunaan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Dalam Rawatan Penyakit di Pusat
Rawatan Islam di Malaysia: Satu Analisis Hukum
itu, perawat akan membacakan ayat-ayat ruqyah tertentu dan
melakukan isyarat memagar kawasan sekeliling rumah atau
kediaman tersebut dan pada masa yang sama menghalau keluar
makhluk halus yang mendiami kawasan itu.8
Selain itu, terdapat juga rawatan jarak jauh yang dilakukan
dengan keadaan rawatan secara ghaib iaitu perawat atau pengamal
perubatan tersebut menyarankan pesakit agar melaksanakan segala
arahan yang perlu dilakukan. Lalu pada sebelah malam nanti
akan datang perawat (dalam keadaan ghaib atau tidak diketahui
oleh perawat) untuk membantu pesakit tersebut menyembuhkan
penyakitnya. Selalunya amalan ini dilakukan oleh para bomoh.
Dalam penelitian pengkaji di pusat-pusat rawatan Islam, kaedah
rawatan jarak jauh diamalkan di pusat-pusat rawatan Islam seperti
Pancaran Sinar Nur, Pusat Rawatan Islam Darul Manzil (RIDAM),
Terapi Darul Hikmah, PURIDAS dan AKRINE.9
Bahkan,
Darussyifa10
juga menggunakan kaedah rawatan jarak jauh ini
berdasarkan keadaan dan keperluan terhadap rawatan tersebut.
Hal ini kerana, Darussyifa melalui pengasasnya Dr. Haron Din
berusaha untuk mengelakkan daripada menggunakan teknik atau
kaedah yang meragukan dan menimbulkan salah faham dalam
masyarakat. Manakala bagi AKRINE, kaedah rawatan jarak jauh
sering dilakukan dalam proses pemagaran rumah sahaja.
8	
Pemerhatian pengkaji terhadap rawatan yang dilakukan oleh salah
seorang perawat daripada AKRINE yang melakukan rawatan
mengesan makhluk halus di kediaman rumah dan membantu
memagar kawasan rumah tersebut.
9	
Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE) ditubuhkan oleh
Ustaz Abdul Majid Hasan pada tahun 2005 yang beroperasi di
sebuah bangunan yang dibina khusus bersebelahan dengan kediaman
Ustaz Abdul Majid di alamat Lot 2984, Lorong Beringin, Kuang,
Selangor.
10	
DARUSSYIFA telah diasaskan oleh Dato Dr. Haron Din melalui
penubuhan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia
atau singkatannya Darussyifa pada 17 April 1988. Ia beroperasi
dibangunan rasmi di alamat No.5, Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru
Bangi, Selangor bermula pada 17 Mac 1991 bersamaan 1 Ramadan
1411H hingga sekarang yang menyediakan khidmat rawatan penyakit
kepada masyarakat awam dan pembelajaran ilmu pengubatan Islam,
bagi ahlinya.
72
Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80
Dalil Terhadap Keharusan Menggunakan
Kaedah Rawatan Jarak Jauh
Berhubung dengan pengamalan kaedah rawatan jarak jauh ini,
adakah ia dibenarkan atau ia menyalahi tuntutan syarak? Dalam
menjawabpersoalanini,Dr.HaronDinmengatakanbahawakaedah
rawatan jarak jauh adalah salah satu daripada kaedah yang baik
dalam rawatan penyakit. Kaedah ini dipetik dan difahami daripada
sebuah hadith Nabi SAW yang menyarankan agar seseorang itu
mendoakan sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya itu. Ia
juga termasuk dalam konteks doa yang mendapat perkenan Allah
SWT kemakbulannya.11


 悋
 

愕
 
ル
惺 
悋  
惶 
悋 

愕
惘 
リз :
リз 
悄悋
惆
惘
悋惆 
惡悖 

惺
.
惓
惡 

 
ル
悋 
リз 悋
悒 
惡
愃悋 
惘

惴惡 

悽ル悖
 
惺
惆 
 
愕
 
惆惡
惺
Maksudnya: Tidak ada seorang hamba Muslim
yang mendoakan kebaikan untuk saudaranya di
belakangnya (tanpa diketahui oleh saudaranya itu)
melainkan terdapatnya Malaikat yang akan berkata:
Bagi engkau segala kebaikan yang engkau doakan
untuknya.12
悋
惺
惆 リр
悵悒( :


鐃 愕 惺 悋 惶 
悋 

愕
惘 
惺
愕 
悖 
悄悋
惆
惘
悋惆 惡悖
.)惓
惡 

 

悛 
悸
悧
悋
悋 
惠リр 
惡
愃悋 
惘

惴惡 

悽悖 

悴
悋惘
Maksudnya: Apabila seseorang lelaki mendoakan
(kebaikan) bagi saudaranya di belakangnya (tanpa
diketahui oleh suadaranya itu), maka Malaikat akan
11	
Tembual bersama dengan Dr. Haron Din di kediaman beliau pada 13
Jun 2011 jam 8.30 pagi.
12	
Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Dhikr wa al-Dua wa al-Tawbah
wa al-Istighfar, ( 
惡
愃悋 
惘

惴惡 

 
愕
 
悄悋
惺
悋惆 
 
リ金 悋惡惡), no. hadith 6927. Lihat
Muslim bin al-Hajjaj Abu Husayn al-Qushayri al-Naysaburi (2000),
Sahih Muslim dalam Mawsuah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-
Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi, h. 1152.
73
Penggunaan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Dalam Rawatan Penyakit di Pusat
Rawatan Islam di Malaysia: Satu Analisis Hukum
mengucapkan amin dan mendoakan ke atas dirinya
doa seperti itu.13

悸

惺
惆 悋
( :
リз 愕 惺 悋 惶 
ル惡悋 

惺 
惘

惺 
惡 
悋 
惆惡
惺 

惺
.) 
惡悧悋
愃 
惡悧リр
愃 
悸

惺
惆 

 
悸惡悋
悴悒 
惺

惘
愕悖
Maksudnya:Tiadalahdoayangsegeradimakbulkan
(oleh Allah) daripada doa seorang Muslim kepada
seorang Muslim yang lain yang tidak bersama
dengan dirinya.14
ApayangdinyatakanolehDr.HaronDinadalahmerujukkepada
kaedah rawatan jarak jauh yang menekankan kepada penggunaan
ruqyah-ruqyah al-shariyyah yang bukan menggunakan jampi
serapah dan bukan mendakwa bahawa akan datang suatu makhluk
pada malam hari untuk membantu merawatnya. Rawatan tersebut
masih dalam bentuk rawatan yang mematuhi tuntutan syariat
Islam.
Dalam Awn al-Mabud yang memetik pendapat al-Tibbi
berkata bahawa sebahagian daripada golongan salaf apabila
mahu mendoakan sesuatu ke atas dirinya, maka didoakan ke
atas saudaranya dengan doa tersebut agar dapat didoakan oleh
malaikat seperti doa tersebut. Bahkan doa tersebut lebih mudah
13	
Hadith riwayat Abu Dawud, Kitab al-Witr, ( 
惡
愃悋 
惘

惴惡 
悄悋
惺
悋惆 )惡悋惡, no.
hadith 1534. Lihat Abu Dawud, Sulayman bin al-Ashat al-Sajastani
al-Azdi (2000), Sunan Abi Dawud, dalam ibid., h. 1336.
14	
Hadith riwayat al-Tirmidhi, Kitab al-Birr wa al-Silah, (
悸

惺
惆 
 
悋悄
悴 悋
 惡悋惡

惡
愃悋 
惘

惴惡 

悽悖 
悽悖)悋, no. hadith 1980 dan Abu Dawud, Kitab al-Witr,
( 
惡
愃悋 
惘

惴惡 
悄悋
惺
悋惆 )惡悋惡, no. hadith 1535. Menurut al-Tirmidhi hadith ini
hadith gharib tidak diketahui melainkan melalui wajah (riwayat) ini
sahaja. Lihat Tirmidhi, Abu Isa Muhammad bin Isa (2000), Jami
al-Tirmidhi, dalam ibid., h. 1850 dan Abu Dawud (2000), ibid., h.
1336.
74
Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80
dimakbulkan Allah SWT.15
Hal yang sama juga disebutkan oleh
al-Nawawi dalam al-Minhaj.16
Al-Nawawi dalam al-Minhaj berkata bahawa maksud berdoa
dibelakangnya adalah merujuk kepada berdoa secara rahsia tanpa
diketahui bahawa seseorang itu telah didoakan oleh sahabatnya.
Tambahan lagi, ia lebih mengundang rasa keikhlasan17
dalam
berdoa berbanding berdoa dihadapannya. Manakala al-Qadi
berkata bahawa pada hadis ini menunjukkan kelebihan berdoa
secara rahsia ke atas saudara Muslim yang lain sekalipun doa itu
ditujukan ke atas satu kumpulan orang Islam maka ia termasuk
dalam erti kata berdoa sedemikian.18
Oleh yang demikian daripada hadis dapat dikaitkan bahawa
seseorang perawat yang membantu saudaranya Muslim yang sakit
dengan memanjatkan doa atau melalui perlaksanaan ibadah seperti
solat hajat dan sebagainya, maka ia termasuk dalam erti kata
membantu merawat pesakit itu secara jarak jauh tanpa diketahui
oleh pesakit. Maka dengan izin dan perkenan Allah SWT, pasti
akan disembuhkan oleh Allah SWT.
Penjelasan Hukum Terhadap Kaedah Rawatan
Jarak Jauh
Berhubung dengan kaedah rawatan jarak jauh, didapati bahawa
kaedah ini juga berkesan dalam merawat pesakit khususnya dalam
membantupesakityangengganmendapatkanrawatan,menghadapi
keuzuran atau jarak rumahnya yang jauh. Ini kerana pendekatan
ini masih menggunakan kaedah ruqyah al-shariyyah, cuma ia
dilakukan tanpa kehadiran pesakit sahaja. Dalam keadaan yang
lain, ahli keluarga membawa gambar pesakit lalu bertemu dengan
15	
Azim Abadi, al-Allamah Abu al-Tayyib Muhammad Shams al-Din
al-Haq (1969M/1388H), Awn al-Mabud Sharh Sunan Abi Dawud.
ditahqiqkan oleh Abd al-Rahman Muhammad Uthman, al-Madinah
al-Munawwarah: al-Maktabah al-Salafiyyah, j. 4, h. 394.
16	
Abu Zakariyya Yahya bin Sharif bin Muriy al-Nawawi, (1392H),
al-Minhaj Sharh Sahih Muslim bin al-Hajjaj. Bayrut: Dar Ihya al-
Turath al-Arabi, j. 17, h. 49.
17	
Ibid.
18	
Ibid.
75
Penggunaan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Dalam Rawatan Penyakit di Pusat
Rawatan Islam di Malaysia: Satu Analisis Hukum
perawat untuk mendapatkan rawatan di samping menyatakan
nama pesakit dan masalah yang dihadapi.
Berkaitan dengan penggunaan kaedah rawatan jarak jauh
dalam rawatan penyakit, pengkaji dapat membahagikan kepada
dua pandangan yang utama dari sudut keharusan dan pengharaman
penggunaan kaedah ini.
Pertama: Diharuskan untuk menggunakan kaedah jarak jauh
jika terdapat keuzuran dan kepayahan dari sudut keengganan
pesakit atau mangsa untuk datang mendapatkan rawatan akibat
daripada masalah dan penyakit yang dihadapi seperti masalah
gangguan, terkena sihir sehingga menyukarkan pergerakan atau
boleh mendatangkan kecederaan jika bersama dengan orang ramai
dan lain-lain lagi.19
Selain itu, diharuskan juga menggunakan
kaedah ini dalam situasi ia dilakukan dalam keadaan langsung di
mana perawat dan pesakit saling berhubung dan saling mendengar
antara satu sama lain melalui penggunaan alat telekomunikasi
seperti telefon rumah atau bimbit. Ini bermakna semasa rawatan
sedang dilakukan wujud perhubungan langsung antara pesakit
dan perawat serta ia dilakukan dalam keadaan kedua-dua pihak
sedar. Walaupun begitu, dari sudut pelaksanaan kaedah ini,
perawat perlu menggunakan kaedah ruqyah al-shariyyah dan
menggunakan bahan rawatan yang dibenarkan serta menghindari
daripada menggunakan jampi yang mengandungi unsur syirik dan
pemujaan kepada selainAllah serta bahan-bahan yang diharamkan
seperti najis, benda-benda yang kotor, busuk, menjijikkan dan
sebagainya lagi.
Dalam situasi yang lain pula, juga termasuk dalam rawatan
jarak jauh adalah melalui amalan solat hajat dan mendoakan
kesembuhanbagipesakit.Melaluiamalanini,iaadalahdiharuskan,
bahkan Nabi SAW sangat menggalakkan seseorang Muslim itu
19	
Ini bermakna, dari kalangan ahli keluarga membawa gambar dan
menjelaskan maklumat peribadi pesakit serta masalah sihir yang
dihadapi kepada perawat dan seterusnya perawat melalukan rawatan
melalui penggunaan kaedah ruqyah al-shariyyah dan bahan-bahan
yang sesuai untuk penyakit yang dihadapi. Maka atas nasihat perawat,
ahli keluarga akan membantu untuk merawat pesakit tersebut. Jika
tidak disertakan gambar, memadai dengan menyatakan nama pesakit
sahaja.
76
Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80
mendoakan kesejahteraan bagi Muslim yang lain dan adalah lebih
berkesan jika doa yang dipanjatkan tersebut tidak diketahui oleh
sahabat yang didoakan tersebut melainkan Allah SWT sahaja.
Kedua: Diharamkan menggunakan kaedah rawatan jarak jauh
sekiranya tidak melibatkan sebarang perhubungan secara langsung
antara perawat dan pesakit atau menggunakan perantaraan
makhluk halus. Contohnya perawat menyatakan bahawa beliau
akan menjalankan rawatan (iaitu selepas mendapatkan maklumat
dan persetujuan dari pesakit atau ahli keluarga) apabila tibanya
waktu malam, pesakit akan didatangi seseorang yang tidak dikenali
ketika tidur (dalam keadaan tidak sedar) untuk merawat pesakit
tersebut. Pesakit juga disyaratkan untuk meletakkan bahan-bahan
tertentu yang diberikan oleh perawat di bawah bantal tidurnya
dengan tujuan rawatan sedemikian.
Cara rawatan sedemikian jelas mengaitkan dengan pertolongan
makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Bahkan,
ia menyerupai amalan perbomohan yang mendakwa bahawa akan
ada makhluk yang akan membantu merawat pesakit tersebut ketika
tidur seperti akan didatangi oleh makhluk berjubah putih dan
berserban atau mendakwa bahawa akan didatangi oleh seorang
syeikh yang datang merawat pesakit itu dan pelbagai keadaan
lagi. Secara umumnya cara rawatan sedemikian mempunyai unsur
mistik dan luar biasa serta rawatannya tidak dilakukan seperti
mana rawatan yang normal. Dalam sesetengah keadaan, perawat
itu berusaha untuk menunjukkan kelebihan dan kemampuannya
dalam rawatan sehingga dirinya dipandang sebagai seorang yang
hebat dan dipercayai.
Pandangan Keseluruhan Terhadap Kaedah
Rawatan Jarak Jauh
Daripada perbincangan di atas, pengkaji lebih cenderung
untuk menyatakan bahawa adalah lebih baik sekiranya tidak
menggunakan kaedah rawatan jarak jauh dalam rawatan penyakit
di atas beberapa alasan, iaitu:
Pertama: Mengelak daripada timbulnya fitnah dan dakwaan
sumbangterhadaprawatanIslam.Halinikerana,apabiladisebutkan
rawatan atau pengubatan Islam, bermakna pendekatan dan kaedah
77
Penggunaan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Dalam Rawatan Penyakit di Pusat
Rawatan Islam di Malaysia: Satu Analisis Hukum
rawatanyangmenepatilunas-lunassyariahsertabertepatandengan
amalan Nabi SAW, para sahabat serta para ulama salaf. Nabi SAW
sendiri tidak pernah membantu para sahabat berbuat demikian
melainkan Baginda secara langsung merawat sahabat yang sakit
atau Baginda memberi nasihat dengan menyatakan cara dan siapa
yang patut dirujuk untuk merawat penyakit sedemikian.
Kedua: Dari sudut keberkesanan dalam memohon kesembuhan
daripada Allah SWT, sepatutnya adalah melalui pertemuan secara
langsung antara pesakit dan perawat. Ini bermakna, adalah lebih
baik berlaku pertemuan secara langsung dan bersemuka bagi
memastikan tidak berlaku salah faham dalam pendekatan rawatan
yang dilakukan. Walaupun demikian, tidak dinafikan bahawa
kesembuhan itu milik Allah SWT dan bagaimana serta cara untuk
berikhtiar mencari penawar itu adalah bergantung kepada usaha
manusia itu sendiri tetapi masih perlu berpandukan syariat.
Ketiga: Sekiranya menggunakan kaedah rawatan jarak jauh
dengan perawat mendakwa bahawa ada seseorang yang akan
datang menjalankan rawatan ketika pesakit sedang tidur, maka
pendekatan sedemikian adalah menyerupai amalan perbomohan
dan ia adalah diharamkan. Ini bermakna perawat tersebut telah
menggunakan pertolongan jin atau makhluk halus dalam rawatan
yang dijalankan. Allah SWT telah jelas menyatakan bahawa
memohon pertolongan jin atau makhluk halus itu tidak lain
melainkan menambahkan lagi kesesatan dan jauh dari pertolongan
Allah. Firman Allah SWT dalam ayat 6 surah al-Jin, maksudnya:
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah
perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga
dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan
kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan
permintaan itu mereka menjadikan golongan jin
bertambah sombong dan jahat.
Keempat: Pertemuan antara pesakit dengan perawat
mewujudkan hubungan antara dua insan iaitu hubungan antara
pesakit yang memerlukan bantuan dan pertolongan dengan
perawat yang berusaha untuk menghulurkan bantuan dan sama-
sama memohon kesembuhan daripada Allah SWT. Pada masa
yang sama menghubungkan silaturrahim antara meraka. Hal ini
bertepatan dengan penjelasan al-Quran yang menyebutkan bahawa
78
Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80
setiap orang Islam itu adalah bersaudara dan mereka saling tolong
menolong pada kebaikan.20
Walaupun demikian, pengkaji melihat bahawa tidak salah
untuk menggunakan rawatan jarak jauh yang dilaksanakan melalui
beberapa pendekatan berikut:
Pertama: Pengkaji sangat bersetuju jika perawat mengambil
pendekatan dengan melakukan solat hajat bersama dengan
ahli keluarga pesakit, mendoakan pesakit dari jarak jauh tanpa
pengetahuan pesakit atau meminta ahli keluarga sama-sama
mendoakan pesakit tanpa pengetahuan pesakit agar pesakit itu
disembuhkan oleh Allah. Pendekatan ini bertepatan dengan
saranan Nabi SAW dan ia mudah untuk mendapat kemakbulan
doa tersebut daripada Allah SWT seperti mana disebutkan dalam
hadis sebelum ini.
Kedua: Perawat sentiasa memastikan bahawa kaedah rawatan
tersebuttidakmenyalahisyariatIslam,tiadaunsurkeraguanhukum,
tidak berunsurkan mistik atau menunjukkan sesuatu keajaiban,
dan menggunakan ruqyah al-shariyyah serta tidak menggunakan
bahan-bahan rawatan yang diharamkan atau berunsurkan najis.
Ketiga: Rawatan yang dijalankan berlaku secara sedar
dan berlaku komunikasi dua hala antara perawat dan pesakit
jika menggunakan alatan perhubungan seperti telefon atau
menggunakan internet. Kemudian, perawat melakukan rawatan
menggunakan ruqyah al-shariyyah yang dibenarkan bukan
menggunakan jampi atau mantera yang dilarang. Sebolehnya
perawat mendapatkan bantuan ahli keluarga pesakit untuk
membantu ketika proses rawatan tersebut.
20	
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10: (
悸

悽悒 


悗
悋 リр
悒


忰
惘
惠鐃 


リ高 
悋 悋

惠鐃盾悋
 



悽悖 ル
鐃舜 悋 
忰 
惶悖), Maksudnya: Sebenarnya orang-
orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di
antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah
kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. Dan firman Allah SWT
dalam surah al-Maidah ayat 2: (
悋

惆
惺悋
 
惓悒悋 ル
惺 悋
悋
惺
惠鐃 悋
 


惠鐃盾悋
 惘
惡悋 ル
惺 悋
悋
惺
惠鐃駿
),
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk
membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-
tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
79
Penggunaan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Dalam Rawatan Penyakit di Pusat
Rawatan Islam di Malaysia: Satu Analisis Hukum
Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbincangan yang telah dikemukakan,
dapat disimpulkan bahawa kaedah rawatan jarak jauh dari sudut
hukumnyaadalahberbezamengikutsituasidanpendekatanperawat
ketika rawatan itu dijalankan. Sekiranya perawat menggunakan
pendekatan solat hajat, berdoa, menggunakan gambar pesakit atau
melalui nama pesakit maka ianya dibenarkan selagi mana syariat
Islam dijadikan sebagai landasan utama. Sebaliknya, sekiranya
rawatan jarak jauh tersebut melibatkan unsur-unsur mistik atau
boleh menimbulkan keraguan atau perawat melakukan perkara-
perkara yang dilihat luar biasa maka rawatan seumpama ini
sewajarnya dihindari. Ini adalah kerana amat ditakuti seandainya
perawat tersebut mendapatkan pertolongan jin atau makhluk halus
dalam rawatan yang dijalankan. Justeru, rawatan sedemikian
sebaiknya dihindari oleh umat Islam kerana menggunakan khidmat
dan bantuan jin dalam rawatan bukanlah sebahagian daripada
rawatan Islam seperti mana yang dapat difahami daripada firman
Allah di dalam ayat 6 surah al-Jin. Oleh yang demikian, kepada
semua para pesakit yang sedang berusaha mencari kesembuhan,
perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah memastikan
bahawa kaedah rawatan yang dijalankan oleh pusat rawatan Islam
yang dikunjungi adalah tidak meragukan dan mengikut lunas-
lunas syariat Islam. Demikian juga bagi para perawat, mereka
sewajarnya tidak memandang enteng dalam isu yang dibincangkan
ini dan perlu komited dalam menyediakan khidmat rawatan Islam
yang sejajar dengan syariat Islam.
80
Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80

More Related Content

Similar to Rawatan jarak jauh (20)

Aspek legal etik terapi jiwa komunitas
Aspek legal etik terapi jiwa komunitasAspek legal etik terapi jiwa komunitas
Aspek legal etik terapi jiwa komunitas
Harmin Alimin
KONSELING (1).pptx
KONSELING (1).pptxKONSELING (1).pptx
KONSELING (1).pptx
ArjunKahut
KONSELING pada pasien dengan komunikasi 2 arah
KONSELING pada pasien dengan komunikasi 2 arahKONSELING pada pasien dengan komunikasi 2 arah
KONSELING pada pasien dengan komunikasi 2 arah
yerna2193
ikm kelompok 5 penggunaan obat rasional.pptx
ikm kelompok 5 penggunaan obat rasional.pptxikm kelompok 5 penggunaan obat rasional.pptx
ikm kelompok 5 penggunaan obat rasional.pptx
23000671
KONSELING FARMASI KOMUNIKASI INFORMASI EDUKASI PPT
KONSELING FARMASI KOMUNIKASI INFORMASI EDUKASI PPTKONSELING FARMASI KOMUNIKASI INFORMASI EDUKASI PPT
KONSELING FARMASI KOMUNIKASI INFORMASI EDUKASI PPT
apexinnomed24
PPT BIAN THN 2022.ppt
PPT BIAN THN 2022.pptPPT BIAN THN 2022.ppt
PPT BIAN THN 2022.ppt
faridagushybana
Formularium dosis pediatri.pdf
Formularium dosis pediatri.pdfFormularium dosis pediatri.pdf
Formularium dosis pediatri.pdf
RyanBridges11
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
Operator Warnet Vast Raha
Nuansa pelayanan kesehatan yang islami
Nuansa pelayanan  kesehatan yang islamiNuansa pelayanan  kesehatan yang islami
Nuansa pelayanan kesehatan yang islami
muhammad reza
Nuansa pelayanan kesehatan yang islami
Nuansa pelayanan  kesehatan yang islamiNuansa pelayanan  kesehatan yang islami
Nuansa pelayanan kesehatan yang islami
muhammad reza
komunikasidalampraktekfarmasi-121107014428-phpapp01.pptx
komunikasidalampraktekfarmasi-121107014428-phpapp01.pptxkomunikasidalampraktekfarmasi-121107014428-phpapp01.pptx
komunikasidalampraktekfarmasi-121107014428-phpapp01.pptx
anditia3
Presentasi PKL Farmasi di Rumah Sakit (In
Presentasi PKL Farmasi di Rumah Sakit (InPresentasi PKL Farmasi di Rumah Sakit (In
Presentasi PKL Farmasi di Rumah Sakit (In
IntanAdeviaRosnarita1
Amalan Ruqyah Syariyyah di Singapura: Satu Sorotan
Amalan Ruqyah Syariyyah di Singapura: Satu SorotanAmalan Ruqyah Syariyyah di Singapura: Satu Sorotan
Amalan Ruqyah Syariyyah di Singapura: Satu Sorotan
Sakinah Saptu
Ppt. mall praktek
Ppt. mall praktekPpt. mall praktek
Ppt. mall praktek
Melda RD
Konseling dan penapisan kb
Konseling dan penapisan kbKonseling dan penapisan kb
Konseling dan penapisan kb
Operator Warnet Vast Raha
ETHICOMEDICOLEGAL PADA NYERI, Dr. dr. Masrifan Djamil, MPH., MMR.pdf
ETHICOMEDICOLEGAL PADA NYERI, Dr. dr. Masrifan Djamil, MPH., MMR.pdfETHICOMEDICOLEGAL PADA NYERI, Dr. dr. Masrifan Djamil, MPH., MMR.pdf
ETHICOMEDICOLEGAL PADA NYERI, Dr. dr. Masrifan Djamil, MPH., MMR.pdf
MasrifanDj
Analisis visi misi dan tujuan renstra
Analisis visi misi dan tujuan renstraAnalisis visi misi dan tujuan renstra
Analisis visi misi dan tujuan renstra
DwiHandoyo7
Aspek legal etik terapi jiwa komunitas
Aspek legal etik terapi jiwa komunitasAspek legal etik terapi jiwa komunitas
Aspek legal etik terapi jiwa komunitas
Harmin Alimin
KONSELING (1).pptx
KONSELING (1).pptxKONSELING (1).pptx
KONSELING (1).pptx
ArjunKahut
KONSELING pada pasien dengan komunikasi 2 arah
KONSELING pada pasien dengan komunikasi 2 arahKONSELING pada pasien dengan komunikasi 2 arah
KONSELING pada pasien dengan komunikasi 2 arah
yerna2193
ikm kelompok 5 penggunaan obat rasional.pptx
ikm kelompok 5 penggunaan obat rasional.pptxikm kelompok 5 penggunaan obat rasional.pptx
ikm kelompok 5 penggunaan obat rasional.pptx
23000671
KONSELING FARMASI KOMUNIKASI INFORMASI EDUKASI PPT
KONSELING FARMASI KOMUNIKASI INFORMASI EDUKASI PPTKONSELING FARMASI KOMUNIKASI INFORMASI EDUKASI PPT
KONSELING FARMASI KOMUNIKASI INFORMASI EDUKASI PPT
apexinnomed24
PPT BIAN THN 2022.ppt
PPT BIAN THN 2022.pptPPT BIAN THN 2022.ppt
PPT BIAN THN 2022.ppt
faridagushybana
Formularium dosis pediatri.pdf
Formularium dosis pediatri.pdfFormularium dosis pediatri.pdf
Formularium dosis pediatri.pdf
RyanBridges11
Nuansa pelayanan kesehatan yang islami
Nuansa pelayanan  kesehatan yang islamiNuansa pelayanan  kesehatan yang islami
Nuansa pelayanan kesehatan yang islami
muhammad reza
Nuansa pelayanan kesehatan yang islami
Nuansa pelayanan  kesehatan yang islamiNuansa pelayanan  kesehatan yang islami
Nuansa pelayanan kesehatan yang islami
muhammad reza
komunikasidalampraktekfarmasi-121107014428-phpapp01.pptx
komunikasidalampraktekfarmasi-121107014428-phpapp01.pptxkomunikasidalampraktekfarmasi-121107014428-phpapp01.pptx
komunikasidalampraktekfarmasi-121107014428-phpapp01.pptx
anditia3
Presentasi PKL Farmasi di Rumah Sakit (In
Presentasi PKL Farmasi di Rumah Sakit (InPresentasi PKL Farmasi di Rumah Sakit (In
Presentasi PKL Farmasi di Rumah Sakit (In
IntanAdeviaRosnarita1
Amalan Ruqyah Syariyyah di Singapura: Satu Sorotan
Amalan Ruqyah Syariyyah di Singapura: Satu SorotanAmalan Ruqyah Syariyyah di Singapura: Satu Sorotan
Amalan Ruqyah Syariyyah di Singapura: Satu Sorotan
Sakinah Saptu
Ppt. mall praktek
Ppt. mall praktekPpt. mall praktek
Ppt. mall praktek
Melda RD
ETHICOMEDICOLEGAL PADA NYERI, Dr. dr. Masrifan Djamil, MPH., MMR.pdf
ETHICOMEDICOLEGAL PADA NYERI, Dr. dr. Masrifan Djamil, MPH., MMR.pdfETHICOMEDICOLEGAL PADA NYERI, Dr. dr. Masrifan Djamil, MPH., MMR.pdf
ETHICOMEDICOLEGAL PADA NYERI, Dr. dr. Masrifan Djamil, MPH., MMR.pdf
MasrifanDj
Analisis visi misi dan tujuan renstra
Analisis visi misi dan tujuan renstraAnalisis visi misi dan tujuan renstra
Analisis visi misi dan tujuan renstra
DwiHandoyo7

Recently uploaded (20)

Apakah daging tanpa tulang dan tanpa limfoglandula aman diperdagangkan? Ditje...
Apakah daging tanpa tulang dan tanpa limfoglandula aman diperdagangkan? Ditje...Apakah daging tanpa tulang dan tanpa limfoglandula aman diperdagangkan? Ditje...
Apakah daging tanpa tulang dan tanpa limfoglandula aman diperdagangkan? Ditje...
Tata Naipospos
PPT Qurdis Bab 4 kelas IX MTs/SMP SMT 2.pptx
PPT Qurdis Bab 4 kelas IX MTs/SMP SMT 2.pptxPPT Qurdis Bab 4 kelas IX MTs/SMP SMT 2.pptx
PPT Qurdis Bab 4 kelas IX MTs/SMP SMT 2.pptx
hendipurnama1
Danantara: Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...
Danantara:  Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...Danantara:  Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...
Danantara: Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...
Dadang Solihin
1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx
1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx
1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx
SofyanSkmspd
KUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdf
KUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdfKUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdf
KUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdf
PT. DUTA MEDIA PRESS
Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...
Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...
Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...
Murad Maulana
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Kelas
BAHAN UNTUK PELATIHAN PS, DRIGEN, MAZMUR.pptx
BAHAN UNTUK PELATIHAN PS, DRIGEN, MAZMUR.pptxBAHAN UNTUK PELATIHAN PS, DRIGEN, MAZMUR.pptx
BAHAN UNTUK PELATIHAN PS, DRIGEN, MAZMUR.pptx
LunduSitohang
Restrukturisasi dan Redistribusi Ekonomi melalui Danantara: Pesimis atau Opti...
Restrukturisasi dan Redistribusi Ekonomi melalui Danantara: Pesimis atau Opti...Restrukturisasi dan Redistribusi Ekonomi melalui Danantara: Pesimis atau Opti...
Restrukturisasi dan Redistribusi Ekonomi melalui Danantara: Pesimis atau Opti...
Dadang Solihin
BHINNEKA TUGGAL IKA KEBERAGAMAN BUDAYA.pptx
BHINNEKA TUGGAL IKA KEBERAGAMAN BUDAYA.pptxBHINNEKA TUGGAL IKA KEBERAGAMAN BUDAYA.pptx
BHINNEKA TUGGAL IKA KEBERAGAMAN BUDAYA.pptx
AyeniahVivi
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdfPPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
ListiawatiAMdKeb
PELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.ppt
PELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.pptPELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.ppt
PELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.ppt
ALEENMPP
Jakarta Pasca Ibu Kota Negara - Majalah Telstra
Jakarta Pasca Ibu Kota Negara - Majalah TelstraJakarta Pasca Ibu Kota Negara - Majalah Telstra
Jakarta Pasca Ibu Kota Negara - Majalah Telstra
Dadang Solihin
Dari pesantren ke dunia maya (diskusi berkala UAS Kencong Jember0.pptx
Dari pesantren ke dunia maya (diskusi berkala UAS Kencong Jember0.pptxDari pesantren ke dunia maya (diskusi berkala UAS Kencong Jember0.pptx
Dari pesantren ke dunia maya (diskusi berkala UAS Kencong Jember0.pptx
Syarifatul Marwiyah
PPT Komponen Penyusun Darah Beserta Fungsinya
PPT Komponen Penyusun Darah Beserta FungsinyaPPT Komponen Penyusun Darah Beserta Fungsinya
PPT Komponen Penyusun Darah Beserta Fungsinya
mileniumiramadhanti
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS VIII " ALAT MUSIK TRADISIONAL"
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS VIII " ALAT MUSIK TRADISIONAL"MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS VIII " ALAT MUSIK TRADISIONAL"
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS VIII " ALAT MUSIK TRADISIONAL"
MUMUL CHAN
1. RPT SAINS SMK TINGKATAN 1 2025 KUMPULAN B BY CIKGU GORGEOUS.docx
1. RPT SAINS SMK TINGKATAN 1 2025 KUMPULAN B BY CIKGU GORGEOUS.docx1. RPT SAINS SMK TINGKATAN 1 2025 KUMPULAN B BY CIKGU GORGEOUS.docx
1. RPT SAINS SMK TINGKATAN 1 2025 KUMPULAN B BY CIKGU GORGEOUS.docx
shafiqsmkamil
1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf
1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf
1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf
SofyanSkmspd
Kelas 5 Mapel P.Pancasila Bab 2 Norma Dalam Kehidupanku
Kelas 5 Mapel P.Pancasila Bab 2 Norma Dalam KehidupankuKelas 5 Mapel P.Pancasila Bab 2 Norma Dalam Kehidupanku
Kelas 5 Mapel P.Pancasila Bab 2 Norma Dalam Kehidupanku
suandi01
SOAL LATIHAN PJOK KELAS 4 SD KURIKULUM MERDEKA
SOAL LATIHAN PJOK KELAS 4 SD KURIKULUM MERDEKASOAL LATIHAN PJOK KELAS 4 SD KURIKULUM MERDEKA
SOAL LATIHAN PJOK KELAS 4 SD KURIKULUM MERDEKA
azizwidyamukti02
Apakah daging tanpa tulang dan tanpa limfoglandula aman diperdagangkan? Ditje...
Apakah daging tanpa tulang dan tanpa limfoglandula aman diperdagangkan? Ditje...Apakah daging tanpa tulang dan tanpa limfoglandula aman diperdagangkan? Ditje...
Apakah daging tanpa tulang dan tanpa limfoglandula aman diperdagangkan? Ditje...
Tata Naipospos
PPT Qurdis Bab 4 kelas IX MTs/SMP SMT 2.pptx
PPT Qurdis Bab 4 kelas IX MTs/SMP SMT 2.pptxPPT Qurdis Bab 4 kelas IX MTs/SMP SMT 2.pptx
PPT Qurdis Bab 4 kelas IX MTs/SMP SMT 2.pptx
hendipurnama1
Danantara: Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...
Danantara:  Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...Danantara:  Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...
Danantara: Pesimis atau Optimis? Podcast Ikatan Alumni Lemhannas RI IKAL Lem...
Dadang Solihin
1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx
1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx
1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx
SofyanSkmspd
KUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdf
KUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdfKUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdf
KUMPULAN CERPEN SMAN 2 MUARA BADAK KALIMANTAN TIMUR.pdf
PT. DUTA MEDIA PRESS
Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...
Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...
Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...
Murad Maulana
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Kelas
BAHAN UNTUK PELATIHAN PS, DRIGEN, MAZMUR.pptx
BAHAN UNTUK PELATIHAN PS, DRIGEN, MAZMUR.pptxBAHAN UNTUK PELATIHAN PS, DRIGEN, MAZMUR.pptx
BAHAN UNTUK PELATIHAN PS, DRIGEN, MAZMUR.pptx
LunduSitohang
Restrukturisasi dan Redistribusi Ekonomi melalui Danantara: Pesimis atau Opti...
Restrukturisasi dan Redistribusi Ekonomi melalui Danantara: Pesimis atau Opti...Restrukturisasi dan Redistribusi Ekonomi melalui Danantara: Pesimis atau Opti...
Restrukturisasi dan Redistribusi Ekonomi melalui Danantara: Pesimis atau Opti...
Dadang Solihin
BHINNEKA TUGGAL IKA KEBERAGAMAN BUDAYA.pptx
BHINNEKA TUGGAL IKA KEBERAGAMAN BUDAYA.pptxBHINNEKA TUGGAL IKA KEBERAGAMAN BUDAYA.pptx
BHINNEKA TUGGAL IKA KEBERAGAMAN BUDAYA.pptx
AyeniahVivi
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdfPPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
PPT STASE 1nbdjwbjdhjsankswjiswjiwjsoasaosqoskq.pdf
ListiawatiAMdKeb
PELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.ppt
PELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.pptPELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.ppt
PELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.ppt
ALEENMPP
Jakarta Pasca Ibu Kota Negara - Majalah Telstra
Jakarta Pasca Ibu Kota Negara - Majalah TelstraJakarta Pasca Ibu Kota Negara - Majalah Telstra
Jakarta Pasca Ibu Kota Negara - Majalah Telstra
Dadang Solihin
Dari pesantren ke dunia maya (diskusi berkala UAS Kencong Jember0.pptx
Dari pesantren ke dunia maya (diskusi berkala UAS Kencong Jember0.pptxDari pesantren ke dunia maya (diskusi berkala UAS Kencong Jember0.pptx
Dari pesantren ke dunia maya (diskusi berkala UAS Kencong Jember0.pptx
Syarifatul Marwiyah
PPT Komponen Penyusun Darah Beserta Fungsinya
PPT Komponen Penyusun Darah Beserta FungsinyaPPT Komponen Penyusun Darah Beserta Fungsinya
PPT Komponen Penyusun Darah Beserta Fungsinya
mileniumiramadhanti
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS VIII " ALAT MUSIK TRADISIONAL"
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS VIII " ALAT MUSIK TRADISIONAL"MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS VIII " ALAT MUSIK TRADISIONAL"
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS VIII " ALAT MUSIK TRADISIONAL"
MUMUL CHAN
1. RPT SAINS SMK TINGKATAN 1 2025 KUMPULAN B BY CIKGU GORGEOUS.docx
1. RPT SAINS SMK TINGKATAN 1 2025 KUMPULAN B BY CIKGU GORGEOUS.docx1. RPT SAINS SMK TINGKATAN 1 2025 KUMPULAN B BY CIKGU GORGEOUS.docx
1. RPT SAINS SMK TINGKATAN 1 2025 KUMPULAN B BY CIKGU GORGEOUS.docx
shafiqsmkamil
1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf
1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf
1 PPT PENERAPAN PUNGSI DANTUGAS 2 P3K OK.pdf
SofyanSkmspd
Kelas 5 Mapel P.Pancasila Bab 2 Norma Dalam Kehidupanku
Kelas 5 Mapel P.Pancasila Bab 2 Norma Dalam KehidupankuKelas 5 Mapel P.Pancasila Bab 2 Norma Dalam Kehidupanku
Kelas 5 Mapel P.Pancasila Bab 2 Norma Dalam Kehidupanku
suandi01
SOAL LATIHAN PJOK KELAS 4 SD KURIKULUM MERDEKA
SOAL LATIHAN PJOK KELAS 4 SD KURIKULUM MERDEKASOAL LATIHAN PJOK KELAS 4 SD KURIKULUM MERDEKA
SOAL LATIHAN PJOK KELAS 4 SD KURIKULUM MERDEKA
azizwidyamukti02

Rawatan jarak jauh

  • 1. Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80 Journal of Fiqh, No. 8 (2011) 65-80 PENGGUNAAN KAEDAH RAWATAN JARAK JAUH DALAM RAWATAN PENYAKIT DI PUSAT RAWATAN ISLAM DI MALAYSIA: SATU ANALISIS HUKUM The Method of Long Distance Treatment in Islamic Treatment Centres in Malaysia: An Analysis from Islamic Law Perspective Khadher Ahmad * Rushdi Ramli ** Abstract Long distance treatment is one of the methods conducted at the Islamic Treatment Centres in Malaysia. Through this method of treatment, the practitioners are not in the situation of being face-to-face with their patients. In contrast, the treatment will be carried out by using certain approaches and skills without the attendance of the patients. Therefore, there will be some sorts of doubt and uncertainty in their way of treatment since it will be carried out without any face-to-face meeting with the patients. The question is, to what extent is this way of treatment allowed in Islam? Hence, this article seeks to analyse the views of Muslim scholars pertaining to this method of treating disease. Through field studies conducted at 23 Islamic Treatment Centres throughout Malaysia, data pertaining to the use of the long distance treatment were collected. Data collection was based on interviews and direct observation. The study found that there is only one hadith which can be relied upon concerning the usage of long distance treatment. Basically this method of treatment was allowed by the Prophet SAW. In overall, from the Islamic * FELO/SLAI di Jabatan al-Quran & al-Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. ** Pensyarah,JabatanFiqh&Usul,AkademiPengajianIslam,Universiti Malaya.
  • 2. 66 Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80 perspective, the practice of this treatment can be divided into two different views; first: it is permissible but should be based on certain conditions, and second, the method is prohibited. Keywords: Islamic Medical Treatment, Long Distance Treatment, Disease Treatment, Malaysia PendahuluaN Dewasa kini menyaksikan perkembangan dan pertumbuhan pesat pusat-pusat rawatan penyakit yang bertunjangkan kepada rawatan Islam. Segelintir pusat rawatan menjadikan title rawatan Islam untuk menarik minat masyarakat dan tidak dinafikan sebahagian pusat rawatan Islam yang lain benar-benar menjadikan syariat Islam sebagai landasan utama dalam khidmat rawatan penyakit yang dijalankan. Isu utama dalam rawatan Islam adalah dari sudut kesahihan dan keharusan sesuatu kaedah rawatan yang dipraktikkan sama ada di atas landasan syariat atau menyalahinya. Bahkan, sebahagian kaedah yang dipraktikkan di pusat-pusat rawatan Islam tersebut meragukan sehingga boleh menimbulkan fitnah terhadap rawatan Islam yang sebenar. Kaedah rawatan jarak jauh adalah di antara kepelbagaian kaedah rawatan yang dipraktikkan di pusat-pusat rawatan Islam di Malaysia. Realitinya dapat dilihat pada hari ini apabila sebahagian pusat rawatan Islam mengiklankan kepada masyarakat khidmat rawatan tersebut bagi menarik perhatian mereka. Dari itu, persoalannya, adakah kaedah rawatan tersebut dibenarkan dalam Islam atau ia bercanggah dengan syariat Islam dan menyamai amalan para bomoh yang menyimpang? Oleh yang demikian, artikel ini menjelaskan dengan lebih terperinci tentang hukum pengamalan kaedah rawatan jarak jauh dalam rawatan penyakit. Di akhir artikel ini, diharapkan ia dapat dijadikan panduan utama dalam rawatan penyakit khususnya kepada perawat dan pesakit dan umumnya kepada semua anggota masyarakat.
  • 3. 67 Penggunaan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Dalam Rawatan Penyakit di Pusat Rawatan Islam di Malaysia: Satu Analisis Hukum Skop dan Metodologi Kajian awal telah dijalankan di 23 pusat rawatan Islam yang terpilih. Data-data dikumpulkan melalui metode temubual dan pemerhatian terhadap kaedah dan pendekatan yang dijalankan di pusat-pusat rawatan Islam tersebut. Hasil kajian tersebut terdapat 20 kaedah dan pendekatan yang dilakukan di pusat-pusat rawatan Islam dalam rawatan penyakit. Antaranya kaedah ruqyah, kaedah pukulan, kaedah rawatan jarak jauh, kaedah scanning atau diagnos dan lain-lain lagi. Keseluruhan kaedah dan pendekatan diteliti dan dianalisis berdasarkan nas al-Quran dan Sunnah serta pandangan ulama. Dalam artikel ini, penulis tidak akan menghuraikan keseluruhan kaedah dan pendekatan rawatan yang dilakukan di pusat-pusat rawatan Islam tersebut. Fokus utama adalah melihat kepada salah satu daripada pendekatan itu iaitu menganalisis dan menilai hukum serta pandangan para ulama berhubung dengan kaedah rawatan jarak jauh. Dari sudut pelaksanaannya, terdapat golongan yang menolak menggunakan kaedah ini atas alasan tiada nas yang membenarkannya atau ia meragukan. Namun, terdapat sebahagian golongan lain yang tidak menolak penggunaan kaedah rawatan ini dalam rawatan penyakit sehingga diletakkan ia sebagai salah satu daripada kaedah rawatan Islam yang dibenarkan. Hasil Kajian Hasil penelitian terhadap 23 pusat rawatan Islam di Malaysia yang telah dipilih, kaedah rawatan jarak jauh adalah merupakan kaedah yang mendapat tempat dalam kalangan perawat di pusat-pusat rawatan Islam tersebut.1 Walaupun begitu, tidak semua pusat rawatan Islam mengamalkan kaedah ini. Lihat jadual 1 di bawah 1 Kajian telah dilakukan oleh pengkaji selama tiga tahun untuk meneliti kaedah-kaedah rawatan yang dipraktikkan di pusat-pusat rawatan Islam di Malaysia yang dipilih sebagai sample kajian. Lihat KhadherAhmad (2012), Analisis Hadith-hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam Al-Kutub Al-Sittah: Aplikasi Di Pusat Rawatan Islam Di Malaysia (Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).
  • 4. 68 Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80 berhubung dengan penggunaan kaedah rawatan jarak jauh dalam rawatan penyakit. Jadual 1: Pusat rawatan Islam yang mengamalkan kaedah rawatan jarak jauh dalam rawatan penyakit Pendekatan dan Kaedah Rawatan / Nama Pusat Rawatan Darussyifa Darussalam PRIM AKRINE Zamdurrani Darul Hikmah Darul Ruqiyyah Syifa al-Hidayah Gshahmisteri RIDAM PURIDAS PRIA Kaedah Rawatan Jarak Jauh / / / / Pendekatan dan Kaedah Rawatan / Nama Pusat Rawatan Teknologi al-Quran Terapi Hikmah 7 Puteri TIAF Al-Mustaqim PRAINS BUDI Losong Kartika Buana Jauhar Syifa Qalbun Sakinah Sinar Nur Kaedah Rawatan Jarak Jauh / / Berdasarkan jadual di atas, hanya lima pusat rawatan Islam sahaja yang mengakui bahawa mereka mengaplikasikan kaedah rawatan jarak jauh dalam rawatan penyakit iaitu Pusat Rawatan Islam Darul Manzil (RIDAM),2 Pusat Rawatan Ikhtiar Darul 2 RawatanIslamDarulManzil(RIDAM)telahditubuhkanolehKhairul Syakirin bin Abdul Wahab secara tidak rasmi pada tahun 1997 yang beroperasi di kediaman pengasasnya sendiri yang beralamat di Lot 2867, Taman Jakar, 24000 Kemaman, Terengganu. Setelah itu, pusat rawatan ini secara rasminya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama Manzil Enterprise pada 4 Januari 2008. Melalui kunjungan pengkaji ke pusat rawatan ini, ia telah berpindah ke alamat No.16, PT5982, Taman Intan, Geliga Besar, 24000 Kemaman, Terengganu.
  • 5. 69 Penggunaan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Dalam Rawatan Penyakit di Pusat Rawatan Islam di Malaysia: Satu Analisis Hukum Syifa (PURIDAS),3 Pusat Rawatan Islam al-Madani (PRIA), Pusat Rawatan Pancaran Sinar Nur (Sinar Nur)4 dan Pusat Rawatan Teknologi al-Quran dan Asma al-Husna.5 Rawatan Jarak Jauh Kaedah rawatan jarak jauh adalah merujuk kepada kaedah rawatan yang dilakukan untuk merawat pelbagai penyakit tanpa kehadiran pesakit6 atau merawat rumah dan bangunan tanpa kehadiran perawat ke tempat tersebut. Rawatan jarak jauh ini boleh berlaku dalam banyak keadaan, tetapi pada kebiasaannya rawatan dijalankan tanpa perawat melihat pesakit atau pergi ke sesuatu tempat. 3 Pusat Rawatan Ikhtiar Darul Syifa (PURIDAS) telah ditubuhkan oleh Hj. Uzip @ Othman B. Mohd pada tahun 1992 dan beroperasi di kediaman pengasasnya sendiri di alamat B99, Kampung Kubang Durian, 20050 Gelugur Kedai, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, berhampiran dengan Masjid Gelugur Kedai. 4 Pusat Rawatan Pancaran Sinar Nur telah ditubuhkan oleh Dr. Mohd Zaid Mohamad pada tahun 2008 Namun demikian, Dr. Mohd Zaid telah terlibat dalam menyediakan khidmat rawatan sudah hampir 10 tahun yang lalu. Pusat rawatan ini beroperasi sepenuh masa yang dikendalikan oleh Dr. Mohd Zaid bersama dengan isteri beliau dan tidak mempunyai ahli khusus melainkan ia beroperasi seperti sebuah klinik persendirian. Melalui kunjungan pengkaji ke pusat rawatan ini yang beralamat di Lot 8133 C, Tingkat Bawah, Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, didapati bahawa pusat rawatan beroperasi di premis atau bangunan dua tingkat yang khusus. Ruang premis tersebut telah disediakan ruang khusus untuk menjalankan rawatan, kuanter perkhidmatan, ruang menunggu, stor barang dan ruang pameran dan jualan produk-produk kesihatan. 5 Pusat Rawatan Teknologi al-Quran dan Asma al-Husna telah ditubuhkan oleh Ahmad Suhaimi bin Abu Samah al-Hafiz pada lebih kurang 10 tahun yang lepas apabila dilancarkan laman web khusus untuk pusat rawatan ini yang diberi nama penawar.com. Pusat rawatan ini pada awalnya beroperasi di kediaman pengasasnya sendiri di alamat No. 15 Jalan Bahagia 28, Taman Intan, 28000, Temerloh, Pahang. Namun, telah berpindah ke alamat PT4491 Jalan Rumpun Makmur (Depan Pasar Mini KPR), 28050 Kuala Krau, Pahang pada tahun 2009. 6 Khadher Ahmad (2012), op.cit., h. 291.
  • 6. 70 Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80 Antara pendekatan dalam rawatan jarak jauh adalah rawatan yang dijalankan melalui penggunaan alatan perhubungan seperti telefon, internet dan lain-lain. Hal ini bermakna, rawatan yang dilakukan oleh perawat adalah melalui percakapan dalam telefon di mana perawat dan pesakit tidak bersemuka, tetapi mereka berkomunikasi ketika itu antara satu sama lain walaupun jarak antara mereka beribu batu. Dalam keadaan lain, perawat juga merawatpesakitdenganmenggunakangambarpesakityangdibawa oleh keluarga pesakit. Hal ini disebabkan oleh keengganan pesakit untuk datang mendapatkan rawatan. Ini bermakna, perawat akan membacakan ruqyah ke atas pesakit yang berada di dalam gambar tersebut.7 Bagi merawat rumah yang diganggu oleh makhluk halus atau membantu memagar kawasan rumah, kaedah ini juga dilakukan di mana tuan rumah hanya perlu menyatakan alamat dan memberi sedikit gambaran rumah bagi proses pemagaran dan perlindungan rumah yang dilakukan oleh perawat tanpa kehadiran perawat ke kediaman berkenaan. Manakala dalam rawatan menggunakan alat perhubungan sepertitelefonberlakukomunikasiantarapesakitdanperawatcuma tidak bersemuka. Rawatan dilakukan dengan perawat meminta agar pesakit menyediakan bahan rawatan seperti air mineral dan lain-lain lalu melalui alat tersebut perawat membacakan ruqyah dan diperdengarkan juga ke atas bahan rawatan tadi. Dalam keadaan tertentu, jika terdapat tindak balas daripada pesakit seperti mengerang kesakitan atau kepanasan, dapat menunjukkan bahawa kaedah tersebut memberi kesan dalam rawatan yang dijalankan. Kemudian, dalam rawatan terhadap kediaman atau bangunan atau premis tertentu, berdasarkan pemerhatian pengkaji, terdapat perawat yang meminta agar pesakit melakarkan pelan rumahnya atau premisnya dan perawat akan membantu mengesan kehadiran makhluk halus dalam premis atau kediaman tersebut. Selepas 7 Selalunya keadaan ini disebabkan oleh pesakit yang disihir akan dihalang oleh jin sihir yang menguasai dirinya daripada mendapatkan rawatan atau dalam keadaan lain, pesakit itu terlalu uzur dan sukar untuk bergerak disebabkan oleh perbuatan sihir. Dalam keadaan lain, terdapat juga pesakit yang tidak sedar bahawa dirinya disihir, tetapi melalui pemerhatian pasangannya dan tanda-tanda yang diperoleh, pesakit itu sebenarnya terkena sihir. Jadi, pasangannya membantu mendapatkan rawatan dengan membawa gambar pesakit tersebut.
  • 7. 71 Penggunaan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Dalam Rawatan Penyakit di Pusat Rawatan Islam di Malaysia: Satu Analisis Hukum itu, perawat akan membacakan ayat-ayat ruqyah tertentu dan melakukan isyarat memagar kawasan sekeliling rumah atau kediaman tersebut dan pada masa yang sama menghalau keluar makhluk halus yang mendiami kawasan itu.8 Selain itu, terdapat juga rawatan jarak jauh yang dilakukan dengan keadaan rawatan secara ghaib iaitu perawat atau pengamal perubatan tersebut menyarankan pesakit agar melaksanakan segala arahan yang perlu dilakukan. Lalu pada sebelah malam nanti akan datang perawat (dalam keadaan ghaib atau tidak diketahui oleh perawat) untuk membantu pesakit tersebut menyembuhkan penyakitnya. Selalunya amalan ini dilakukan oleh para bomoh. Dalam penelitian pengkaji di pusat-pusat rawatan Islam, kaedah rawatan jarak jauh diamalkan di pusat-pusat rawatan Islam seperti Pancaran Sinar Nur, Pusat Rawatan Islam Darul Manzil (RIDAM), Terapi Darul Hikmah, PURIDAS dan AKRINE.9 Bahkan, Darussyifa10 juga menggunakan kaedah rawatan jarak jauh ini berdasarkan keadaan dan keperluan terhadap rawatan tersebut. Hal ini kerana, Darussyifa melalui pengasasnya Dr. Haron Din berusaha untuk mengelakkan daripada menggunakan teknik atau kaedah yang meragukan dan menimbulkan salah faham dalam masyarakat. Manakala bagi AKRINE, kaedah rawatan jarak jauh sering dilakukan dalam proses pemagaran rumah sahaja. 8 Pemerhatian pengkaji terhadap rawatan yang dilakukan oleh salah seorang perawat daripada AKRINE yang melakukan rawatan mengesan makhluk halus di kediaman rumah dan membantu memagar kawasan rumah tersebut. 9 Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE) ditubuhkan oleh Ustaz Abdul Majid Hasan pada tahun 2005 yang beroperasi di sebuah bangunan yang dibina khusus bersebelahan dengan kediaman Ustaz Abdul Majid di alamat Lot 2984, Lorong Beringin, Kuang, Selangor. 10 DARUSSYIFA telah diasaskan oleh Dato Dr. Haron Din melalui penubuhan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia atau singkatannya Darussyifa pada 17 April 1988. Ia beroperasi dibangunan rasmi di alamat No.5, Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor bermula pada 17 Mac 1991 bersamaan 1 Ramadan 1411H hingga sekarang yang menyediakan khidmat rawatan penyakit kepada masyarakat awam dan pembelajaran ilmu pengubatan Islam, bagi ahlinya.
  • 8. 72 Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80 Dalil Terhadap Keharusan Menggunakan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Berhubung dengan pengamalan kaedah rawatan jarak jauh ini, adakah ia dibenarkan atau ia menyalahi tuntutan syarak? Dalam menjawabpersoalanini,Dr.HaronDinmengatakanbahawakaedah rawatan jarak jauh adalah salah satu daripada kaedah yang baik dalam rawatan penyakit. Kaedah ini dipetik dan difahami daripada sebuah hadith Nabi SAW yang menyarankan agar seseorang itu mendoakan sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya itu. Ia juga termasuk dalam konteks doa yang mendapat perkenan Allah SWT kemakbulannya.11 悋 愕 ル 惺 悋 惶 悋 愕 惘 リз : リз 悄悋 惆 惘 悋惆 惡悖 惺 . 惓 惡 ル 悋 リз 悋 悒 惡 愃悋 惘 惴惡 悽ル悖 惺 惆 愕 惆惡 惺 Maksudnya: Tidak ada seorang hamba Muslim yang mendoakan kebaikan untuk saudaranya di belakangnya (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan terdapatnya Malaikat yang akan berkata: Bagi engkau segala kebaikan yang engkau doakan untuknya.12 悋 惺 惆 リр 悵悒( : 鐃 愕 惺 悋 惶 悋 愕 惘 惺 愕 悖 悄悋 惆 惘 悋惆 惡悖 .)惓 惡 悛 悸 悧 悋 悋 惠リр 惡 愃悋 惘 惴惡 悽悖 悴 悋惘 Maksudnya: Apabila seseorang lelaki mendoakan (kebaikan) bagi saudaranya di belakangnya (tanpa diketahui oleh suadaranya itu), maka Malaikat akan 11 Tembual bersama dengan Dr. Haron Din di kediaman beliau pada 13 Jun 2011 jam 8.30 pagi. 12 Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Dhikr wa al-Dua wa al-Tawbah wa al-Istighfar, ( 惡 愃悋 惘 惴惡 愕 悄悋 惺 悋惆 リ金 悋惡惡), no. hadith 6927. Lihat Muslim bin al-Hajjaj Abu Husayn al-Qushayri al-Naysaburi (2000), Sahih Muslim dalam Mawsuah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al- Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi, h. 1152.
  • 9. 73 Penggunaan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Dalam Rawatan Penyakit di Pusat Rawatan Islam di Malaysia: Satu Analisis Hukum mengucapkan amin dan mendoakan ke atas dirinya doa seperti itu.13 悸 惺 惆 悋 ( : リз 愕 惺 悋 惶 ル惡悋 惺 惘 惺 惡 悋 惆惡 惺 惺 .) 惡悧悋 愃 惡悧リр 愃 悸 惺 惆 悸惡悋 悴悒 惺 惘 愕悖 Maksudnya:Tiadalahdoayangsegeradimakbulkan (oleh Allah) daripada doa seorang Muslim kepada seorang Muslim yang lain yang tidak bersama dengan dirinya.14 ApayangdinyatakanolehDr.HaronDinadalahmerujukkepada kaedah rawatan jarak jauh yang menekankan kepada penggunaan ruqyah-ruqyah al-shariyyah yang bukan menggunakan jampi serapah dan bukan mendakwa bahawa akan datang suatu makhluk pada malam hari untuk membantu merawatnya. Rawatan tersebut masih dalam bentuk rawatan yang mematuhi tuntutan syariat Islam. Dalam Awn al-Mabud yang memetik pendapat al-Tibbi berkata bahawa sebahagian daripada golongan salaf apabila mahu mendoakan sesuatu ke atas dirinya, maka didoakan ke atas saudaranya dengan doa tersebut agar dapat didoakan oleh malaikat seperti doa tersebut. Bahkan doa tersebut lebih mudah 13 Hadith riwayat Abu Dawud, Kitab al-Witr, ( 惡 愃悋 惘 惴惡 悄悋 惺 悋惆 )惡悋惡, no. hadith 1534. Lihat Abu Dawud, Sulayman bin al-Ashat al-Sajastani al-Azdi (2000), Sunan Abi Dawud, dalam ibid., h. 1336. 14 Hadith riwayat al-Tirmidhi, Kitab al-Birr wa al-Silah, ( 悸 惺 惆 悋悄 悴 悋 惡悋惡 惡 愃悋 惘 惴惡 悽悖 悽悖)悋, no. hadith 1980 dan Abu Dawud, Kitab al-Witr, ( 惡 愃悋 惘 惴惡 悄悋 惺 悋惆 )惡悋惡, no. hadith 1535. Menurut al-Tirmidhi hadith ini hadith gharib tidak diketahui melainkan melalui wajah (riwayat) ini sahaja. Lihat Tirmidhi, Abu Isa Muhammad bin Isa (2000), Jami al-Tirmidhi, dalam ibid., h. 1850 dan Abu Dawud (2000), ibid., h. 1336.
  • 10. 74 Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80 dimakbulkan Allah SWT.15 Hal yang sama juga disebutkan oleh al-Nawawi dalam al-Minhaj.16 Al-Nawawi dalam al-Minhaj berkata bahawa maksud berdoa dibelakangnya adalah merujuk kepada berdoa secara rahsia tanpa diketahui bahawa seseorang itu telah didoakan oleh sahabatnya. Tambahan lagi, ia lebih mengundang rasa keikhlasan17 dalam berdoa berbanding berdoa dihadapannya. Manakala al-Qadi berkata bahawa pada hadis ini menunjukkan kelebihan berdoa secara rahsia ke atas saudara Muslim yang lain sekalipun doa itu ditujukan ke atas satu kumpulan orang Islam maka ia termasuk dalam erti kata berdoa sedemikian.18 Oleh yang demikian daripada hadis dapat dikaitkan bahawa seseorang perawat yang membantu saudaranya Muslim yang sakit dengan memanjatkan doa atau melalui perlaksanaan ibadah seperti solat hajat dan sebagainya, maka ia termasuk dalam erti kata membantu merawat pesakit itu secara jarak jauh tanpa diketahui oleh pesakit. Maka dengan izin dan perkenan Allah SWT, pasti akan disembuhkan oleh Allah SWT. Penjelasan Hukum Terhadap Kaedah Rawatan Jarak Jauh Berhubung dengan kaedah rawatan jarak jauh, didapati bahawa kaedah ini juga berkesan dalam merawat pesakit khususnya dalam membantupesakityangengganmendapatkanrawatan,menghadapi keuzuran atau jarak rumahnya yang jauh. Ini kerana pendekatan ini masih menggunakan kaedah ruqyah al-shariyyah, cuma ia dilakukan tanpa kehadiran pesakit sahaja. Dalam keadaan yang lain, ahli keluarga membawa gambar pesakit lalu bertemu dengan 15 Azim Abadi, al-Allamah Abu al-Tayyib Muhammad Shams al-Din al-Haq (1969M/1388H), Awn al-Mabud Sharh Sunan Abi Dawud. ditahqiqkan oleh Abd al-Rahman Muhammad Uthman, al-Madinah al-Munawwarah: al-Maktabah al-Salafiyyah, j. 4, h. 394. 16 Abu Zakariyya Yahya bin Sharif bin Muriy al-Nawawi, (1392H), al-Minhaj Sharh Sahih Muslim bin al-Hajjaj. Bayrut: Dar Ihya al- Turath al-Arabi, j. 17, h. 49. 17 Ibid. 18 Ibid.
  • 11. 75 Penggunaan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Dalam Rawatan Penyakit di Pusat Rawatan Islam di Malaysia: Satu Analisis Hukum perawat untuk mendapatkan rawatan di samping menyatakan nama pesakit dan masalah yang dihadapi. Berkaitan dengan penggunaan kaedah rawatan jarak jauh dalam rawatan penyakit, pengkaji dapat membahagikan kepada dua pandangan yang utama dari sudut keharusan dan pengharaman penggunaan kaedah ini. Pertama: Diharuskan untuk menggunakan kaedah jarak jauh jika terdapat keuzuran dan kepayahan dari sudut keengganan pesakit atau mangsa untuk datang mendapatkan rawatan akibat daripada masalah dan penyakit yang dihadapi seperti masalah gangguan, terkena sihir sehingga menyukarkan pergerakan atau boleh mendatangkan kecederaan jika bersama dengan orang ramai dan lain-lain lagi.19 Selain itu, diharuskan juga menggunakan kaedah ini dalam situasi ia dilakukan dalam keadaan langsung di mana perawat dan pesakit saling berhubung dan saling mendengar antara satu sama lain melalui penggunaan alat telekomunikasi seperti telefon rumah atau bimbit. Ini bermakna semasa rawatan sedang dilakukan wujud perhubungan langsung antara pesakit dan perawat serta ia dilakukan dalam keadaan kedua-dua pihak sedar. Walaupun begitu, dari sudut pelaksanaan kaedah ini, perawat perlu menggunakan kaedah ruqyah al-shariyyah dan menggunakan bahan rawatan yang dibenarkan serta menghindari daripada menggunakan jampi yang mengandungi unsur syirik dan pemujaan kepada selainAllah serta bahan-bahan yang diharamkan seperti najis, benda-benda yang kotor, busuk, menjijikkan dan sebagainya lagi. Dalam situasi yang lain pula, juga termasuk dalam rawatan jarak jauh adalah melalui amalan solat hajat dan mendoakan kesembuhanbagipesakit.Melaluiamalanini,iaadalahdiharuskan, bahkan Nabi SAW sangat menggalakkan seseorang Muslim itu 19 Ini bermakna, dari kalangan ahli keluarga membawa gambar dan menjelaskan maklumat peribadi pesakit serta masalah sihir yang dihadapi kepada perawat dan seterusnya perawat melalukan rawatan melalui penggunaan kaedah ruqyah al-shariyyah dan bahan-bahan yang sesuai untuk penyakit yang dihadapi. Maka atas nasihat perawat, ahli keluarga akan membantu untuk merawat pesakit tersebut. Jika tidak disertakan gambar, memadai dengan menyatakan nama pesakit sahaja.
  • 12. 76 Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80 mendoakan kesejahteraan bagi Muslim yang lain dan adalah lebih berkesan jika doa yang dipanjatkan tersebut tidak diketahui oleh sahabat yang didoakan tersebut melainkan Allah SWT sahaja. Kedua: Diharamkan menggunakan kaedah rawatan jarak jauh sekiranya tidak melibatkan sebarang perhubungan secara langsung antara perawat dan pesakit atau menggunakan perantaraan makhluk halus. Contohnya perawat menyatakan bahawa beliau akan menjalankan rawatan (iaitu selepas mendapatkan maklumat dan persetujuan dari pesakit atau ahli keluarga) apabila tibanya waktu malam, pesakit akan didatangi seseorang yang tidak dikenali ketika tidur (dalam keadaan tidak sedar) untuk merawat pesakit tersebut. Pesakit juga disyaratkan untuk meletakkan bahan-bahan tertentu yang diberikan oleh perawat di bawah bantal tidurnya dengan tujuan rawatan sedemikian. Cara rawatan sedemikian jelas mengaitkan dengan pertolongan makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Bahkan, ia menyerupai amalan perbomohan yang mendakwa bahawa akan ada makhluk yang akan membantu merawat pesakit tersebut ketika tidur seperti akan didatangi oleh makhluk berjubah putih dan berserban atau mendakwa bahawa akan didatangi oleh seorang syeikh yang datang merawat pesakit itu dan pelbagai keadaan lagi. Secara umumnya cara rawatan sedemikian mempunyai unsur mistik dan luar biasa serta rawatannya tidak dilakukan seperti mana rawatan yang normal. Dalam sesetengah keadaan, perawat itu berusaha untuk menunjukkan kelebihan dan kemampuannya dalam rawatan sehingga dirinya dipandang sebagai seorang yang hebat dan dipercayai. Pandangan Keseluruhan Terhadap Kaedah Rawatan Jarak Jauh Daripada perbincangan di atas, pengkaji lebih cenderung untuk menyatakan bahawa adalah lebih baik sekiranya tidak menggunakan kaedah rawatan jarak jauh dalam rawatan penyakit di atas beberapa alasan, iaitu: Pertama: Mengelak daripada timbulnya fitnah dan dakwaan sumbangterhadaprawatanIslam.Halinikerana,apabiladisebutkan rawatan atau pengubatan Islam, bermakna pendekatan dan kaedah
  • 13. 77 Penggunaan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Dalam Rawatan Penyakit di Pusat Rawatan Islam di Malaysia: Satu Analisis Hukum rawatanyangmenepatilunas-lunassyariahsertabertepatandengan amalan Nabi SAW, para sahabat serta para ulama salaf. Nabi SAW sendiri tidak pernah membantu para sahabat berbuat demikian melainkan Baginda secara langsung merawat sahabat yang sakit atau Baginda memberi nasihat dengan menyatakan cara dan siapa yang patut dirujuk untuk merawat penyakit sedemikian. Kedua: Dari sudut keberkesanan dalam memohon kesembuhan daripada Allah SWT, sepatutnya adalah melalui pertemuan secara langsung antara pesakit dan perawat. Ini bermakna, adalah lebih baik berlaku pertemuan secara langsung dan bersemuka bagi memastikan tidak berlaku salah faham dalam pendekatan rawatan yang dilakukan. Walaupun demikian, tidak dinafikan bahawa kesembuhan itu milik Allah SWT dan bagaimana serta cara untuk berikhtiar mencari penawar itu adalah bergantung kepada usaha manusia itu sendiri tetapi masih perlu berpandukan syariat. Ketiga: Sekiranya menggunakan kaedah rawatan jarak jauh dengan perawat mendakwa bahawa ada seseorang yang akan datang menjalankan rawatan ketika pesakit sedang tidur, maka pendekatan sedemikian adalah menyerupai amalan perbomohan dan ia adalah diharamkan. Ini bermakna perawat tersebut telah menggunakan pertolongan jin atau makhluk halus dalam rawatan yang dijalankan. Allah SWT telah jelas menyatakan bahawa memohon pertolongan jin atau makhluk halus itu tidak lain melainkan menambahkan lagi kesesatan dan jauh dari pertolongan Allah. Firman Allah SWT dalam ayat 6 surah al-Jin, maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. Keempat: Pertemuan antara pesakit dengan perawat mewujudkan hubungan antara dua insan iaitu hubungan antara pesakit yang memerlukan bantuan dan pertolongan dengan perawat yang berusaha untuk menghulurkan bantuan dan sama- sama memohon kesembuhan daripada Allah SWT. Pada masa yang sama menghubungkan silaturrahim antara meraka. Hal ini bertepatan dengan penjelasan al-Quran yang menyebutkan bahawa
  • 14. 78 Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80 setiap orang Islam itu adalah bersaudara dan mereka saling tolong menolong pada kebaikan.20 Walaupun demikian, pengkaji melihat bahawa tidak salah untuk menggunakan rawatan jarak jauh yang dilaksanakan melalui beberapa pendekatan berikut: Pertama: Pengkaji sangat bersetuju jika perawat mengambil pendekatan dengan melakukan solat hajat bersama dengan ahli keluarga pesakit, mendoakan pesakit dari jarak jauh tanpa pengetahuan pesakit atau meminta ahli keluarga sama-sama mendoakan pesakit tanpa pengetahuan pesakit agar pesakit itu disembuhkan oleh Allah. Pendekatan ini bertepatan dengan saranan Nabi SAW dan ia mudah untuk mendapat kemakbulan doa tersebut daripada Allah SWT seperti mana disebutkan dalam hadis sebelum ini. Kedua: Perawat sentiasa memastikan bahawa kaedah rawatan tersebuttidakmenyalahisyariatIslam,tiadaunsurkeraguanhukum, tidak berunsurkan mistik atau menunjukkan sesuatu keajaiban, dan menggunakan ruqyah al-shariyyah serta tidak menggunakan bahan-bahan rawatan yang diharamkan atau berunsurkan najis. Ketiga: Rawatan yang dijalankan berlaku secara sedar dan berlaku komunikasi dua hala antara perawat dan pesakit jika menggunakan alatan perhubungan seperti telefon atau menggunakan internet. Kemudian, perawat melakukan rawatan menggunakan ruqyah al-shariyyah yang dibenarkan bukan menggunakan jampi atau mantera yang dilarang. Sebolehnya perawat mendapatkan bantuan ahli keluarga pesakit untuk membantu ketika proses rawatan tersebut. 20 Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10: ( 悸 悽悒 悗 悋 リр 悒 忰 惘 惠鐃 リ高 悋 悋 惠鐃盾悋 悽悖 ル 鐃舜 悋 忰 惶悖), Maksudnya: Sebenarnya orang- orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. Dan firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2: ( 悋 惆 惺悋 惓悒悋 ル 惺 悋 悋 惺 惠鐃 悋 惠鐃盾悋 惘 惡悋 ル 惺 悋 悋 惺 惠鐃駿 ), Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong- tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
  • 15. 79 Penggunaan Kaedah Rawatan Jarak Jauh Dalam Rawatan Penyakit di Pusat Rawatan Islam di Malaysia: Satu Analisis Hukum Kesimpulan Berdasarkan kepada perbincangan yang telah dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa kaedah rawatan jarak jauh dari sudut hukumnyaadalahberbezamengikutsituasidanpendekatanperawat ketika rawatan itu dijalankan. Sekiranya perawat menggunakan pendekatan solat hajat, berdoa, menggunakan gambar pesakit atau melalui nama pesakit maka ianya dibenarkan selagi mana syariat Islam dijadikan sebagai landasan utama. Sebaliknya, sekiranya rawatan jarak jauh tersebut melibatkan unsur-unsur mistik atau boleh menimbulkan keraguan atau perawat melakukan perkara- perkara yang dilihat luar biasa maka rawatan seumpama ini sewajarnya dihindari. Ini adalah kerana amat ditakuti seandainya perawat tersebut mendapatkan pertolongan jin atau makhluk halus dalam rawatan yang dijalankan. Justeru, rawatan sedemikian sebaiknya dihindari oleh umat Islam kerana menggunakan khidmat dan bantuan jin dalam rawatan bukanlah sebahagian daripada rawatan Islam seperti mana yang dapat difahami daripada firman Allah di dalam ayat 6 surah al-Jin. Oleh yang demikian, kepada semua para pesakit yang sedang berusaha mencari kesembuhan, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah memastikan bahawa kaedah rawatan yang dijalankan oleh pusat rawatan Islam yang dikunjungi adalah tidak meragukan dan mengikut lunas- lunas syariat Islam. Demikian juga bagi para perawat, mereka sewajarnya tidak memandang enteng dalam isu yang dibincangkan ini dan perlu komited dalam menyediakan khidmat rawatan Islam yang sejajar dengan syariat Islam.
  • 16. 80 Jurnal Fiqh, No. 8 (2011) 65-80