1. Tugasan 1
Berdasarkan kepada pengajaran dan pembelajaran KBSR pilih satu Kemahiran matematik dan
jelaskan. Apa yang anda faham dengan Pengajaran Mikro dan Makro.Muat turunkan satu
rancangan pengajaran yang sesuai untuk bahan tersebut
Kemahiran Asas Matematik
Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting bagi
seseorang murid. Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan.
Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang memerlukan kemahiran matematik untuk
menyelesaikannya. Contohnya, menentukan masa/waktu untuk melakukan sesuatu,
menentukan bilangan barang yang ingin diguna, urusan jual beli di kedai dan kantin, tambang
bas dan sebagainya. Oleh itu adalah sangat penting seseorang individu itu didedahkan dengan
kemahiran-kemahiran asas ini agar mereka boleh menjalani kehiduan dengan lebih terancang
dan selesa.
Salah satu kemahiran Matematik ialah kemahiran Pranombor. Secara ringkasnya,
kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling awal diperkenalkan sebelum memperkenalkan
murid dengan konsep nombor.
Kemahiran pranombor ini melibatkan:
a) Pengkelasan
- Murid mempelajari kemahiran mengkelas sesuatu bahan konkrit dan semi konkrit
mengikut ciri-ciri padanya seperti saiz, warna dan sebagainya.
- Kemahiran ini membantu murid membezakan sesuatu benda dan membantu murid
membezakan nombor dan simbol-simbol matematik.
b) Turutan/serasi
- Murid didedahkan dengan kemahiran menagtur objek-objek mengikut saiz
kecil,besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut bilangan.
- Kemahiran ini akan membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan
objek yang lain
c) Perbandingan kuantiti
- Kemahiran ini membolehkan murid menyatakan kuantiti melalui perbandingan iaitu
banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, lebih atau kurang.
- Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah :
? Mengasingkan nombor
? Mewarnakan kumpulan
2. ? Menamakan kumpulan
d) Konservasi
- Dapat diertikan sebagai pemeliharaan ilmu asas berkaitan dengan pranombor dalam
kalangan murid.
- Untuk memastikan ilmu ini telah dikuasai, aktiviti pengukuhan perlu dijalankan
secara berterusan.
Pengajaran Mikro dan pengajaran makro
Pengajaran mikro Pengajaran makro
Bilangan murid Kelas yang kecil ( antara 5 hingga
10 orang)
Kelas sebenar ( 30 orang atau lebih
)
Peranan Guru pelatih berperanan sebagai
murid
Perlu murid sebenar di sekolah
Kemahiran Tumpuan kepada satu kemahiran
sahaja
Pelbagai kemahiran digunakan
Masa Waktu mengajar diringkaskan ( 5 C
10 minit )
Waktu mengajar sebenar ( 30 minit
dan lebih )
Situasi Tidak perlu ke sekolah Dilaksanakan di sekolah sebenar
persekitaran Keadaan luar biasa kerana
dilaksanakan di dalam makmal
Keadaan lebih biasa kerana dalam
keadaan sebenar
Contoh Rancangan Pengajaran Harian
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENGAJARAN MAKRO)
Mata Pelajaran : Matematik (KSSR)
Kelas : Tahun 1 Ahsan
Tarikh : 4 Julai 2013
Masa : 0930 C 1000 pagi
Bilangan murid : 35 orang
Kandungan : 3) Pecahan
Standard Kandungan : 3.1 Mengenal pasti konsep satu perdua dan satu perempat
Standard Pembelajaran : (i) Mengenal pasti satu perdua dan satu perempat dengan
menggunakan perkataan
 ̄setengah ̄,  ̄separuh ̄ dan  ̄suku ̄ dengan menggunakan bahan
konkrit, gambar dan lipatan kertas.
Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid-murid akan dapat :
i) Mengenal pasti konsep  ̄setengah ̄ dan  ̄suku ̄.
ii) Menggunakan perkataan  ̄setengah ̄ dan  ̄suku ̄.
3. iii) Menggunakan bahan konkrit, gambar dan lipatan kertas
untuk menjelaskan konsep  ̄setengah ̄ dan  ̄suku ̄.
Konsep/prinsip/hukum/teori : Pecahan, setengah, suku
Bahan, peralatan dan bahan sumber :
Epal - 1 biji
Pisau - 1 bilah
Gambar - menunjukkan  ̄setengah ̄ dan  ̄suku ̄
Kad nama -  ̄setengah ̄ dan  ̄suku ̄
Langkah berjaga-jaga : -
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari bahawa  ̄setengah ̄ atau  ̄separuh ̄
dihasilkan apabila satu benda itu dipotong dua.
Fasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan/
Mengcungkil Idea (5
minit)
1. Guru mengambil sebiji
buah epal dan menyoal
murid.
2. Guru menunjukkan
sebiji limau dan bersoal-
jawab dengan murid dan
perkenalkan konsep
 ̄setengah ̄.
3. Guru menunjukkan
sebiji limau dan bersoal-
jawab dengan murid dan
perkenalkan konsep
 ̄suku ̄.
Murid memerhati dan
menjawab soalan guru.
Strategi/
Teknik :
Penyoalan ke
seluruh kelas
menggunakan
demonstrasi
guru.
Menstruktur/Menstrukur
semula
(15 minit)
1. Guru megedar
potogan-potongan kertas
kepada setiap murid.
Setiap murid diminta
melipat
kertas untuk
menunjukkan
 ̄setengah ̄, mewarnakan
bahagian tersebut dan
melekatkan di atas
kertas yang disediakan.
2. Guru memanggil
beberapa orang murid ke
hadpan untuk
menunjukkan hasil kerja
mereka.
Murid-murid melipat
keratan kertas untuk
menunjukkan
¨setengah¨,
mewarnakan bahagian
 ̄setengah¨ dan
melekatkan di atas
kertas yang
disediakan.
Beberapa orang murid
datang ke hadapan
dan menunjukkan hasil
kerja mereka.
Aplikasi Idea
(7 minit)
Guru menaksir
kefahaman murid
dengan memberikan
Murid-murid
menyiapkan
penaksiran secara