際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
UNIT 1 : Sekolahku Rumahku


Objektif:
Pada unit ini, guru perlu membimbing murid untuk:
      menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi
       yang betul.
      memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan
       sesuatu permintaan.
      mencari makna perkataan dan meneliti ejaan.
      menulis perkataan dan ayat tunggal dengan tulisan yang cantik.
      menyatakan perbezaan antara karangan naratif dengan karangan imaginatif.
      menyenaraikan kata ganda yang betul.
      menyebut perkataan dengan betul.
      membaca dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.
      membina ayat dengan kata adjektif dan kata kerja.
      melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.


Bahan Bantu Mengajar
      gambargambar berkaitan kebersihan sekolah, gotong-royong
      carta-carta
      bahan video
      kad baca
      lagu


Nilai Murni
      Kerjasama
      Kerajinan
      Patrotisme
      Semangat bermasyarakat
Sistem Bahasa


1. Morfologi
      Kata nama
      Kata adjektif
      Kata hubung
      Kata kerja
      Kata ganda
2. Sintaksis
      Ayat tunggal
      Ayat majmuk
      Ayat tanya
      Ayat penyata
3. Kosa Kata
      penggal
      ceria
      tenang
      gotong-royong
      mengindahkan
      tanggungjawab
      gundah
      petanda
      muafakat


Kemahiran Bernilai Tambah


      Kemahiran Berfikir
      Pembelajaran Kontekstual
      Kajian Masa Depan
Bahagian A : Mendengar dan Bertutur
Tajuk          : Sekolahku Indah


Buku Teks halaman 2
Aras:
2.1 Aras 1 (i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan
               intonasi yang betul.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.      Sebelum memulakan pengajaran, guru mengajak murid berbincang dengan
        mengajukan beberapa soalan kepada murid. Antara perkara yang boleh dijadikan
        perbincangan dengan murid ialah aktiviti yang dilakukan semasa cuti, perasaan
        memulakan persekolahan dan pandangan tentang tempat persekolahan.
2.      Guru mengajak murid melawat persekitaran sekolah. Guru membawa murid
        melihat pokok bunga dan membincangkan sifat pokok bunga itu. Contohnya
        subur, layu, mati dan sebagainya. Guru juga mengajak murid untuk melihat
        kebersihan dan keceriaan sekolah. Sambil membuat lawatan, guru akan
        berbincang dengan murid. Selepas itu, guru dan murid masuk ke kelas semula.
3.      Guru membaca teks dan meminta murid mendengar dengan teliti dialog yang
        terdapat dalam teks. Minta dua orang murid melakonkan dialog itu dengan
        bahasa, gaya dan intonasi yang betul.
4.      Guru meminta murid menceritakan kembali kandungan dialog yang dibaca dan
        mengaitkan dengan persekitaran sekolah yang sebenar.
5.      Semasa perbincangan diadakan, guru perlu membuat perbincangan mengenai
        kata adjektif yang terdapat dalam teks yang telah dibacakan.
6.      Guru meminta murid, secara berpasangan untuk melakonkan situasi yang sama.
7.      Guru meminta dua orang murid memegang watak sebagai Wahida dan Shanti.
        Guru meminta murid lain bertanya kepada Wahida dan Shanti tentang aktiviti
        gotong-royong itu dan mereka akan cuba menjawab soalan-soalan itu secara
        spontan.
Buku Teks halaman 3
Aras:
1.4 Aras 1 (i) Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan
               sesuatu permintaan.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.      Guru membaca teks dan meminta murid mendengar dengan teliti dialog yang
        terdapat dalam teks. Minta dua orang murid melakonkan dialog itu dengan
        bahasa, gaya dan intonasi yang betul. Seorang murid menjadi guru dan seorang
        murid lagi sebagai murid.
2.      Guru membimbing murid membina ayat permintaan dengan cara yang baik.
        Contoh ayat permintaan ialah seperti yang berikut:
              Bolehkah kami menyertai gotong-royong itu?
              Ibu, izinkan saya menyertai gotong-royong di sekolah.
              Kawan-kawan, marilah kita membantu cikgu membersihkan kelas.
3.      Guru dan murid berbincang tentang dialog yang telah dibaca dan dilakonkan.


Buku Teks halaman 4
Aras:
1.3 Aras 1 (i) Mendengar dan mengecam ayat arahan serta pesanan.
7.2 Aras 1 (i) Mengecam perkataan, istilah, dan ayat dalam karya prosa dan puisi.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.      Guru dan murid berbincang tentang aktiviti gotong-royong sama ada yang
        pernah dialami atau dilihat. Murid diminta menyatakan tugas yang dilakukan
        semasa gotong-royong itu.
2.      Guru   menyenaraikan     contoh    ayat   permintaan   dan   minta   murid-murid
        menyebutnya. Contoh ayat bolehlah dibuat di atas kad imbasan. Contoh ayat
        tersebut ialah seperti yang berikut:
              Tolong sapu sampah.
              Jangan bising.
              Angkatkan buku saya.
3.      Guru menerangkan maksud gotong-royong, iaitu melakukan kerja secara
        bersama-sama dan dibuat secara sukarela.
4.      Guru membaca dialog. Kemudian, minta murid membaca dialog itu semula
        dengan intonasi, gaya dan bahasa yang betul. Guru membimbing murid untuk
        mengenal pasti ayat permintaan yang terdapat dalam teks.
5.      Guru dan murid bersoal jawab tentang dialog yang telah dibaca.
6.      Guru meminta murid melakonkan dialog yang telah dipelajari dan menerangkan
        isi kandungan yang terdapat dalam dialog dengan menggunakan perkataan
        sendiri.
7.      Guru mengajak murid membincangkan kepentingan gotong-royong yang
        diadakan.


Buku Teks halaman 5
Aras:
2.1 Aras 1 (i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan
                   intonasi yang betul.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.      Guru menceritakan aktiviti gotong-royong yang pernah diadakan. Guru meminta
        murid menceritakan semula aktiviti gotong-royong yang telah diceritakan. Selain
        itu, guru digalakkan meminta murid menceritakan aktiviti gotong-royong yang
        pernah diserta murid sendiri. Guru memastikan bahawa murid akan bercerita
        dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
2.      Guru meminta murid meneliti gambar dan menyenaraikan aktiviti gotong-royong
        yang terdapat dalam buku teks.
3.      Selepas perbincangan, guru perlu menyenaraikan aktiviti gotong-royong atau
        kata kerja yang terdapat dalam teks atau gambar.
4.      Murid diminta membina ayat menggunakan kata kerja berdasarkan gambar.
5.      Guru membimbing murid membina ayat dengan menggunakan kata kerja yang
        telah dibincangkan.
Bahagian B : Membaca dan Memahami
Tajuk           : Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita


Buku Teks halaman 6
Aras
6.1 Aras 1 (i) Mencari makna perkataan dan meneliti ejaan.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.      Guru memperdengarkan bahasa berirama kepada murid.
2.      Guru menerangkan kepada murid tentang bahasa berirama.
3.      Guru membaca bahasa berirama baris demi baris. Murid diminta mengikut guru
        membaca.
4.      Murid diminta mencari makna perkataan gundah, nyaman, petanda,
        muafakat, selesa dan tertahan.
5.      Guru meminta murid menyatakan maksud bahasa berirama yang terdapat dalam
        teks.
6.      Guru membimbing murid mencari maksud bahasa berirama dan memastikan
        murid menggunakan ayat yang betul ketika membuat penerangan.


Buku Teks halaman 7
Aras:
6.2 Aras 2 (i) Membuat perbandingan karangan naratif dan imaginatif.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
     1. Guru membimbing murid membaca teks dengan gaya, bahasa, intonasi dan
        penyampaian yang baik. Guru menarik perhatian murid terhadap kata ganda
        yang terdapat dalam teks. Kata ganda tersebut ialah seperti yang berikut:


                  kawan-kawan                  guru-guru
                  bersunguh-sungguh            sabar-sabar
                  memuji-muji                  gotong-royong
                  kira-kira                    murid-murid
2. Guru meminta beberapa orang murid membaca teks manakala murid-murid yang
        lain mendengar dengan teliti.
     3. Guru berbincang dengan murid tentang isi teks. Antara perkara yang perlu
        didedahkan kepada murid ialah mengenai ciri-ciri karangan naratif (teks yang
        dibaca). Teks Pengalaman Bergotong-royong yang dibaca itu merupakan
        jenis karangan naratif. Karangan naratif ialah karangan yang menceritakan
        sesuatu peristiwa atau pengalaman.
     4. Guru meminta murid menyenaraikan kata ganda selain yang terdapat dalam teks
        yang dibaca.


Buku Teks halaman 8
Aras:
6.2 Aras 2 (i) Membuat perbandingan karangan naratif dan imaginatif.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.      Guru membimbing murid membaca teks dengan gaya, bahasa, intonasi dan
        penyampaian yang baik.
2.      Guru meminta beberapa orang murid membaca teks manakala murid-murid yang
        lain mendengar dengan teliti. Guru berbincang dengan murid tentang isi teks.
        Antara perkara yang perlu didedahkan kepada murid ialah mengenai ciri-ciri
        karangan imaginatif yang dipaparkan. Petikan Aku Seorang Guru Besar ialah
        karangan jenis imaginatif kerana ganti nama diri yang pertama digunakan. Selain
        itu ada unsur-unsur imaginasi dalam pemikiran murid-murid di samping
        perancangan yang difikirkan oleh watak yang ditampilkan.
3.      Guru berbincang dengan murid tentang ciri-ciri dan perbezaan antara karangan
        naratif dan karangan imaginatif.
4.      Guru memberikan satu tajuk karangan imaginatif untuk digarap oleh murid-
        murid. Contoh tajuk karangan ialah Aku Seorang Juruterbang.
Bahagian C : Menulis


Buku Teks halaman 9
Aras:
5.2 Aras 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya
                  penyampaian yang betul.
7.1 Aras 1 (i) Memberi makna perkataan dan maksud frasa dalam ayat.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.      Guru memperdengarkan lagu Indahnya Sekolahku.
2.      Guru meminta murid membaca seni kata lagu secara baris demi baris.
3.      Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai.
4.      Murid diberikan masa selama satu minit dan diminta menyenaraikan perkataan-
        perkataan yang diakhiri dengan huruf u atau a yang terdapat dalam seni kata
        lagu seberapa banyak yang boleh. Murid juga diminta memberikan makna
        perkataan yang berwarna.
     5. Guru membimbing murid membina beberapa ayat daripada kata adjektif yang
        terdapat dalam lagu.


Buku Teks halaman 10
Aras:
8.2 Aras 2 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.      Guru berbincang dengan murid tentang aktiviti yang dilakukan dalam melakukan
        sesuatu projek. Pelajaran yang lalu boleh dikaitkan.
2.      Guru dan murid berbincang tentang teks dan gambar.
3.      Guru meminta murid menyatakan kegiatan-kegiatan yang terdapat dalam
        gambar.
4.      Guru membimbing murid membina soalan daripada gambar yang dilihat. Contoh
        soalan ialah Apakah alat-alat yang digunakan semasa aktiviti gotong-royong
        itu?.
5.      Guru meminta dan membimbing murid membina ayat berdasarkan gambar.
6.      Murid menulis ayat dalam buku latihan.


Buku Teks halaman 11
Aras:
8.2 Aras 1 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.      Guru meminta murid meneliti peta minda dan berbincang tentangnya. Peta
        minda seperti yang dipaparkan dalam teks perlu dibaca mengikut pusingan jam.
2.      Guru meminta murid melakar bentuk bunga. Contohnya bentuk bunga raya,
        bunga orkid dan bunga-bunga yang mempunyai kelopak. Guru meminta murid
        mengira kelopak yang dihasilkan dalam lakaran mereka.
3.      Guru meminta murid meneliti peta minda yang dilakarkan.
4.      Guru meminta murid menulis tajuk dalam peta minda tersebut, iaitu
        Pertandingan Keceriaan Kelas.
5.      Guru membimbing murid untuk meneliti isi-isi bagi penulisan yang akan
        dilakukan.
6.      Guru membimbing murid membina soalan daripada peta minda.
        Contoh :      Bilakah Pertandingan Keceriaan Kelas itu diadakan?
                      Siapakah yang terlibat dalam pertandingan itu?
7.      Guru membimbing murid membina ayat tunggal daripada isi yang diberikan.
        Contoh :      Mereka mengelap tingkap.
                      Mereka menghias kelas.
8.      Guru membimbing murid membina ayat majmuk.
        Contoh :      Mereka mengelap tingkap dan menghias kelas.
9.      Guru perlu menerangkan perkataan dan ialah kata hubung yang menjadikan
        ayat itu ayat majmuk.
10.     Guru membimbing murid untuk membina ayat majmuk dengan kata hubung
        yang lain. Contohnya kata hubung atau, serta, tetapi, sambil, dan kalau.
Buku Teks halaman 12
Aras:
3.2 Aras 3 (i) Mengemukakan pendapat yang jelas tentang sesuatu topik dengan
               menyatakan sebab.
8.2 Aras 1 (i) Membina ayat tunggal berdasarkan pelbagai bahan rangsangan yang
               diberi.
8.2 Aras 1 (ii) Membina ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.      Sebelum mendalami teks dengan lebih lanjut, guru perlu menunjukkan beberapa
        ayat kepada murid-murid.
2.      Selepas itu guru meminta murid membina ayat mudah dengan perkataan yang
        diberikan. Sambil membina ayat guru membincangkannya dengan murid. Guru
        menerangkan kedudukan perkataan dalam ayat tersebut.
3.      Guru meminta murid meneliti gambar yang terdapat dalam buku teks iaitu
        gambar kawasan sekolah yang bersih dan kawasan sekolah yang tidak bersih.
4.      Guru membimbing murid membina ayat berdasarkan bahan rangsangan.
5.      Guru berbincang dengan murid sebab-sebab sekolah itu tidak terjaga.
6.      Guru meminta murid menulis ayat-ayat tersebut dalam buku tulis.


Buku Teks halaman 13
Pengukuhan dan Pengayaan
Aras:
8.2 Aras 3 (i) Membina pelbagai jenis ayat dalam sesuatu penulisan teks.
3.2 Aras 3 (i) Mengemukakan pendapat yang jelas tentang sesuatu topik dengan
               menyatakan sebab.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.      Murid diminta menyebut perkataan menconteng, memecahkan, menyapu,
        dan memasukkan.
2.      Guru perlu membuat perbincangan dengan murid tentang gambar-gambar yang
        terdapat dalam buku teks.
3.      Guru meminta murid bercerita berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan.
4.      Guru meminta murid memilih dua perlakuan yang baik dan menyatakan
        perlakuan yang tidak wajar dilakukan.
5.      Guru menerangkan tentang perkara yang tidak patut dilakukan di sekolah
        seperti:
              menconteng dinding
              memecahkan cermin tingkap
6.      Murid diminta membina ayat daripada perkataan-perkataan yang diberikan.


Buku Teks halaman 14
Pengukuhan dan Pengayaan
Aras:
4.2 Aras 1 (i) Memerihalkan sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.      Guru meminta murid membaca sajak yang diberikan.
2.      Guru berbincang maksud sajak tersebut dengan murid.
3.      Murid diminta memberikan tajuk yang sesuai bagi sajak tersebut.
4.      Murid juga diminta menyenaraikan kata ganda yang terdapat dalam sajak.
5.      Guru membimbing murid bercerita tentang kebersihan di sekolah dengan
        menggunakan perkataan dan ayat yang betul.

More Related Content

What's hot (20)

Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
tarapkampung
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah  - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah  - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
Stephanie Unsil
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 5
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 5RPH BAHASA MELAYU TAHUN 5
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 5
MOHD FAIRULLIZAM Aab
Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012
Elle Irys
Rph bm siawping (a)
Rph bm siawping (a)Rph bm siawping (a)
Rph bm siawping (a)
Bus Tea Are Rachman
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
She Dah
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BM KSSR TAHUN 5
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BM KSSR TAHUN 5RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BM KSSR TAHUN 5
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BM KSSR TAHUN 5
NuurHafiza Saad
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Mohd Nuruzzaman
Rph bm 17
Rph bm 17Rph bm 17
Rph bm 17
hahana93
Ran har hari ini
Ran  har hari iniRan  har hari ini
Ran har hari ini
midiewahab
Contoh rancangan harian tahun 5 sjk
Contoh rancangan harian tahun 5 sjkContoh rancangan harian tahun 5 sjk
Contoh rancangan harian tahun 5 sjk
Kamarudin Jaafar
BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1
BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1
BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1
Wyna Thomas
RPT BM TAHUN 3 2014
RPT BM TAHUN 3 2014RPT BM TAHUN 3 2014
RPT BM TAHUN 3 2014
Nsha Shari
Rph harian (1)
Rph harian (1)Rph harian (1)
Rph harian (1)
mvinom
Bm bahagian c
Bm bahagian cBm bahagian c
Bm bahagian c
halilikamal
Rancangan pengajaran harian bm tahun 3 - kata bilangan
Rancangan pengajaran harian bm tahun 3 - kata bilanganRancangan pengajaran harian bm tahun 3 - kata bilangan
Rancangan pengajaran harian bm tahun 3 - kata bilangan
Nor Sazlin Kusai
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
tarapkampung
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah  - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah  - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
Stephanie Unsil
Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012Rp h bm asgmnt mac2012
Rp h bm asgmnt mac2012
Elle Irys
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
She Dah
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BM KSSR TAHUN 5
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BM KSSR TAHUN 5RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BM KSSR TAHUN 5
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BM KSSR TAHUN 5
NuurHafiza Saad
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Mohd Nuruzzaman
Rph bm 17
Rph bm 17Rph bm 17
Rph bm 17
hahana93
Ran har hari ini
Ran  har hari iniRan  har hari ini
Ran har hari ini
midiewahab
Contoh rancangan harian tahun 5 sjk
Contoh rancangan harian tahun 5 sjkContoh rancangan harian tahun 5 sjk
Contoh rancangan harian tahun 5 sjk
Kamarudin Jaafar
BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1
BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1
BM KSSR Kemahiran membaca Sp 2.2.1
Wyna Thomas
RPT BM TAHUN 3 2014
RPT BM TAHUN 3 2014RPT BM TAHUN 3 2014
RPT BM TAHUN 3 2014
Nsha Shari
Rph harian (1)
Rph harian (1)Rph harian (1)
Rph harian (1)
mvinom
Bm bahagian c
Bm bahagian cBm bahagian c
Bm bahagian c
halilikamal
Rancangan pengajaran harian bm tahun 3 - kata bilangan
Rancangan pengajaran harian bm tahun 3 - kata bilanganRancangan pengajaran harian bm tahun 3 - kata bilangan
Rancangan pengajaran harian bm tahun 3 - kata bilangan
Nor Sazlin Kusai

Similar to Unit1c (20)

Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
Hazean Erdawaty
BM T4 Unit 5 ms 28-31.pptx 2024 chan kok weng
BM T4 Unit 5 ms 28-31.pptx 2024 chan kok wengBM T4 Unit 5 ms 28-31.pptx 2024 chan kok weng
BM T4 Unit 5 ms 28-31.pptx 2024 chan kok weng
g73009957
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
sharifah mu'minah
Isl 9 penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
Isl 9   penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membacaIsl 9   penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
Isl 9 penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
asihwiniy viniy
4 strategi bacaan
4 strategi bacaan4 strategi bacaan
4 strategi bacaan
Rohazlinda Issahak
Contoh rancangan harian tahun 4 sjk
Contoh rancangan harian tahun 4 sjkContoh rancangan harian tahun 4 sjk
Contoh rancangan harian tahun 4 sjk
Kamarudin Jaafar
Pengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahun
Pengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahunPengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahun
Pengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahun
hamidahsabran
Rph tahun 3
Rph tahun 3Rph tahun 3
Rph tahun 3
akunizam
Rphwek 131201010444-phpapp02 (1)
Rphwek 131201010444-phpapp02 (1)Rphwek 131201010444-phpapp02 (1)
Rphwek 131201010444-phpapp02 (1)
zainudin5967
Present jurnal
Present jurnalPresent jurnal
Present jurnal
Adam FadhLi
Rph psk t4 saya warga sekolah bertanggungjawab
Rph psk t4 saya warga sekolah bertanggungjawabRph psk t4 saya warga sekolah bertanggungjawab
Rph psk t4 saya warga sekolah bertanggungjawab
Nurfaten Ismail
Bbm kfikir
Bbm kfikirBbm kfikir
Bbm kfikir
betiaing
Morfologi individu alip
Morfologi individu alipMorfologi individu alip
Morfologi individu alip
Muhd Firdaus
BM T4 Unit 5 ms 28-31.pptx 2024 chan kok weng
BM T4 Unit 5 ms 28-31.pptx 2024 chan kok wengBM T4 Unit 5 ms 28-31.pptx 2024 chan kok weng
BM T4 Unit 5 ms 28-31.pptx 2024 chan kok weng
g73009957
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
sharifah mu'minah
Isl 9 penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
Isl 9   penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membacaIsl 9   penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
Isl 9 penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca
asihwiniy viniy
Contoh rancangan harian tahun 4 sjk
Contoh rancangan harian tahun 4 sjkContoh rancangan harian tahun 4 sjk
Contoh rancangan harian tahun 4 sjk
Kamarudin Jaafar
Pengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahun
Pengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahunPengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahun
Pengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahun
hamidahsabran
Rph tahun 3
Rph tahun 3Rph tahun 3
Rph tahun 3
akunizam
Rphwek 131201010444-phpapp02 (1)
Rphwek 131201010444-phpapp02 (1)Rphwek 131201010444-phpapp02 (1)
Rphwek 131201010444-phpapp02 (1)
zainudin5967
Present jurnal
Present jurnalPresent jurnal
Present jurnal
Adam FadhLi
Rph psk t4 saya warga sekolah bertanggungjawab
Rph psk t4 saya warga sekolah bertanggungjawabRph psk t4 saya warga sekolah bertanggungjawab
Rph psk t4 saya warga sekolah bertanggungjawab
Nurfaten Ismail
Bbm kfikir
Bbm kfikirBbm kfikir
Bbm kfikir
betiaing
Morfologi individu alip
Morfologi individu alipMorfologi individu alip
Morfologi individu alip
Muhd Firdaus

More from sulaiman174 (14)

Rancangan mingguan bahasa melayu tahun 1
Rancangan mingguan bahasa melayu tahun 1Rancangan mingguan bahasa melayu tahun 1
Rancangan mingguan bahasa melayu tahun 1
sulaiman174
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
sulaiman174
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
sulaiman174
Bahagian c+
Bahagian c+Bahagian c+
Bahagian c+
sulaiman174
Bahagian c
Bahagian cBahagian c
Bahagian c
sulaiman174
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
sulaiman174
Objektif
ObjektifObjektif
Objektif
sulaiman174

Recently uploaded (7)

BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
ellyaleem
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASIcabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
ipgm1786
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan bulipengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
g95547989
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUANBUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
GOGASEAPDEVARDASGAND
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.pptTahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
ssuser5530e8
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptxSAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
ATHHARDAIAM1
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi klMESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
ssuser13911c
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
ellyaleem
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASIcabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
ipgm1786
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan bulipengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
g95547989
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUANBUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
GOGASEAPDEVARDASGAND
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.pptTahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
ssuser5530e8
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptxSAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
ATHHARDAIAM1
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi klMESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
ssuser13911c

Unit1c

  • 1. UNIT 1 : Sekolahku Rumahku Objektif: Pada unit ini, guru perlu membimbing murid untuk: menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan. mencari makna perkataan dan meneliti ejaan. menulis perkataan dan ayat tunggal dengan tulisan yang cantik. menyatakan perbezaan antara karangan naratif dengan karangan imaginatif. menyenaraikan kata ganda yang betul. menyebut perkataan dengan betul. membaca dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul. membina ayat dengan kata adjektif dan kata kerja. melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai. Bahan Bantu Mengajar gambargambar berkaitan kebersihan sekolah, gotong-royong carta-carta bahan video kad baca lagu Nilai Murni Kerjasama Kerajinan Patrotisme Semangat bermasyarakat
  • 2. Sistem Bahasa 1. Morfologi Kata nama Kata adjektif Kata hubung Kata kerja Kata ganda 2. Sintaksis Ayat tunggal Ayat majmuk Ayat tanya Ayat penyata 3. Kosa Kata penggal ceria tenang gotong-royong mengindahkan tanggungjawab gundah petanda muafakat Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir Pembelajaran Kontekstual Kajian Masa Depan
  • 3. Bahagian A : Mendengar dan Bertutur Tajuk : Sekolahku Indah Buku Teks halaman 2 Aras: 2.1 Aras 1 (i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1. Sebelum memulakan pengajaran, guru mengajak murid berbincang dengan mengajukan beberapa soalan kepada murid. Antara perkara yang boleh dijadikan perbincangan dengan murid ialah aktiviti yang dilakukan semasa cuti, perasaan memulakan persekolahan dan pandangan tentang tempat persekolahan. 2. Guru mengajak murid melawat persekitaran sekolah. Guru membawa murid melihat pokok bunga dan membincangkan sifat pokok bunga itu. Contohnya subur, layu, mati dan sebagainya. Guru juga mengajak murid untuk melihat kebersihan dan keceriaan sekolah. Sambil membuat lawatan, guru akan berbincang dengan murid. Selepas itu, guru dan murid masuk ke kelas semula. 3. Guru membaca teks dan meminta murid mendengar dengan teliti dialog yang terdapat dalam teks. Minta dua orang murid melakonkan dialog itu dengan bahasa, gaya dan intonasi yang betul. 4. Guru meminta murid menceritakan kembali kandungan dialog yang dibaca dan mengaitkan dengan persekitaran sekolah yang sebenar. 5. Semasa perbincangan diadakan, guru perlu membuat perbincangan mengenai kata adjektif yang terdapat dalam teks yang telah dibacakan. 6. Guru meminta murid, secara berpasangan untuk melakonkan situasi yang sama. 7. Guru meminta dua orang murid memegang watak sebagai Wahida dan Shanti. Guru meminta murid lain bertanya kepada Wahida dan Shanti tentang aktiviti gotong-royong itu dan mereka akan cuba menjawab soalan-soalan itu secara spontan.
  • 4. Buku Teks halaman 3 Aras: 1.4 Aras 1 (i) Memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru membaca teks dan meminta murid mendengar dengan teliti dialog yang terdapat dalam teks. Minta dua orang murid melakonkan dialog itu dengan bahasa, gaya dan intonasi yang betul. Seorang murid menjadi guru dan seorang murid lagi sebagai murid. 2. Guru membimbing murid membina ayat permintaan dengan cara yang baik. Contoh ayat permintaan ialah seperti yang berikut: Bolehkah kami menyertai gotong-royong itu? Ibu, izinkan saya menyertai gotong-royong di sekolah. Kawan-kawan, marilah kita membantu cikgu membersihkan kelas. 3. Guru dan murid berbincang tentang dialog yang telah dibaca dan dilakonkan. Buku Teks halaman 4 Aras: 1.3 Aras 1 (i) Mendengar dan mengecam ayat arahan serta pesanan. 7.2 Aras 1 (i) Mengecam perkataan, istilah, dan ayat dalam karya prosa dan puisi. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru dan murid berbincang tentang aktiviti gotong-royong sama ada yang pernah dialami atau dilihat. Murid diminta menyatakan tugas yang dilakukan semasa gotong-royong itu. 2. Guru menyenaraikan contoh ayat permintaan dan minta murid-murid menyebutnya. Contoh ayat bolehlah dibuat di atas kad imbasan. Contoh ayat tersebut ialah seperti yang berikut: Tolong sapu sampah. Jangan bising. Angkatkan buku saya.
  • 5. 3. Guru menerangkan maksud gotong-royong, iaitu melakukan kerja secara bersama-sama dan dibuat secara sukarela. 4. Guru membaca dialog. Kemudian, minta murid membaca dialog itu semula dengan intonasi, gaya dan bahasa yang betul. Guru membimbing murid untuk mengenal pasti ayat permintaan yang terdapat dalam teks. 5. Guru dan murid bersoal jawab tentang dialog yang telah dibaca. 6. Guru meminta murid melakonkan dialog yang telah dipelajari dan menerangkan isi kandungan yang terdapat dalam dialog dengan menggunakan perkataan sendiri. 7. Guru mengajak murid membincangkan kepentingan gotong-royong yang diadakan. Buku Teks halaman 5 Aras: 2.1 Aras 1 (i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru menceritakan aktiviti gotong-royong yang pernah diadakan. Guru meminta murid menceritakan semula aktiviti gotong-royong yang telah diceritakan. Selain itu, guru digalakkan meminta murid menceritakan aktiviti gotong-royong yang pernah diserta murid sendiri. Guru memastikan bahawa murid akan bercerita dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Guru meminta murid meneliti gambar dan menyenaraikan aktiviti gotong-royong yang terdapat dalam buku teks. 3. Selepas perbincangan, guru perlu menyenaraikan aktiviti gotong-royong atau kata kerja yang terdapat dalam teks atau gambar. 4. Murid diminta membina ayat menggunakan kata kerja berdasarkan gambar. 5. Guru membimbing murid membina ayat dengan menggunakan kata kerja yang telah dibincangkan.
  • 6. Bahagian B : Membaca dan Memahami Tajuk : Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita Buku Teks halaman 6 Aras 6.1 Aras 1 (i) Mencari makna perkataan dan meneliti ejaan. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru memperdengarkan bahasa berirama kepada murid. 2. Guru menerangkan kepada murid tentang bahasa berirama. 3. Guru membaca bahasa berirama baris demi baris. Murid diminta mengikut guru membaca. 4. Murid diminta mencari makna perkataan gundah, nyaman, petanda, muafakat, selesa dan tertahan. 5. Guru meminta murid menyatakan maksud bahasa berirama yang terdapat dalam teks. 6. Guru membimbing murid mencari maksud bahasa berirama dan memastikan murid menggunakan ayat yang betul ketika membuat penerangan. Buku Teks halaman 7 Aras: 6.2 Aras 2 (i) Membuat perbandingan karangan naratif dan imaginatif. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru membimbing murid membaca teks dengan gaya, bahasa, intonasi dan penyampaian yang baik. Guru menarik perhatian murid terhadap kata ganda yang terdapat dalam teks. Kata ganda tersebut ialah seperti yang berikut: kawan-kawan guru-guru bersunguh-sungguh sabar-sabar memuji-muji gotong-royong kira-kira murid-murid
  • 7. 2. Guru meminta beberapa orang murid membaca teks manakala murid-murid yang lain mendengar dengan teliti. 3. Guru berbincang dengan murid tentang isi teks. Antara perkara yang perlu didedahkan kepada murid ialah mengenai ciri-ciri karangan naratif (teks yang dibaca). Teks Pengalaman Bergotong-royong yang dibaca itu merupakan jenis karangan naratif. Karangan naratif ialah karangan yang menceritakan sesuatu peristiwa atau pengalaman. 4. Guru meminta murid menyenaraikan kata ganda selain yang terdapat dalam teks yang dibaca. Buku Teks halaman 8 Aras: 6.2 Aras 2 (i) Membuat perbandingan karangan naratif dan imaginatif. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru membimbing murid membaca teks dengan gaya, bahasa, intonasi dan penyampaian yang baik. 2. Guru meminta beberapa orang murid membaca teks manakala murid-murid yang lain mendengar dengan teliti. Guru berbincang dengan murid tentang isi teks. Antara perkara yang perlu didedahkan kepada murid ialah mengenai ciri-ciri karangan imaginatif yang dipaparkan. Petikan Aku Seorang Guru Besar ialah karangan jenis imaginatif kerana ganti nama diri yang pertama digunakan. Selain itu ada unsur-unsur imaginasi dalam pemikiran murid-murid di samping perancangan yang difikirkan oleh watak yang ditampilkan. 3. Guru berbincang dengan murid tentang ciri-ciri dan perbezaan antara karangan naratif dan karangan imaginatif. 4. Guru memberikan satu tajuk karangan imaginatif untuk digarap oleh murid- murid. Contoh tajuk karangan ialah Aku Seorang Juruterbang.
  • 8. Bahagian C : Menulis Buku Teks halaman 9 Aras: 5.2 Aras 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul. 7.1 Aras 1 (i) Memberi makna perkataan dan maksud frasa dalam ayat. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru memperdengarkan lagu Indahnya Sekolahku. 2. Guru meminta murid membaca seni kata lagu secara baris demi baris. 3. Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai. 4. Murid diberikan masa selama satu minit dan diminta menyenaraikan perkataan- perkataan yang diakhiri dengan huruf u atau a yang terdapat dalam seni kata lagu seberapa banyak yang boleh. Murid juga diminta memberikan makna perkataan yang berwarna. 5. Guru membimbing murid membina beberapa ayat daripada kata adjektif yang terdapat dalam lagu. Buku Teks halaman 10 Aras: 8.2 Aras 2 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru berbincang dengan murid tentang aktiviti yang dilakukan dalam melakukan sesuatu projek. Pelajaran yang lalu boleh dikaitkan. 2. Guru dan murid berbincang tentang teks dan gambar. 3. Guru meminta murid menyatakan kegiatan-kegiatan yang terdapat dalam gambar. 4. Guru membimbing murid membina soalan daripada gambar yang dilihat. Contoh soalan ialah Apakah alat-alat yang digunakan semasa aktiviti gotong-royong itu?.
  • 9. 5. Guru meminta dan membimbing murid membina ayat berdasarkan gambar. 6. Murid menulis ayat dalam buku latihan. Buku Teks halaman 11 Aras: 8.2 Aras 1 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru meminta murid meneliti peta minda dan berbincang tentangnya. Peta minda seperti yang dipaparkan dalam teks perlu dibaca mengikut pusingan jam. 2. Guru meminta murid melakar bentuk bunga. Contohnya bentuk bunga raya, bunga orkid dan bunga-bunga yang mempunyai kelopak. Guru meminta murid mengira kelopak yang dihasilkan dalam lakaran mereka. 3. Guru meminta murid meneliti peta minda yang dilakarkan. 4. Guru meminta murid menulis tajuk dalam peta minda tersebut, iaitu Pertandingan Keceriaan Kelas. 5. Guru membimbing murid untuk meneliti isi-isi bagi penulisan yang akan dilakukan. 6. Guru membimbing murid membina soalan daripada peta minda. Contoh : Bilakah Pertandingan Keceriaan Kelas itu diadakan? Siapakah yang terlibat dalam pertandingan itu? 7. Guru membimbing murid membina ayat tunggal daripada isi yang diberikan. Contoh : Mereka mengelap tingkap. Mereka menghias kelas. 8. Guru membimbing murid membina ayat majmuk. Contoh : Mereka mengelap tingkap dan menghias kelas. 9. Guru perlu menerangkan perkataan dan ialah kata hubung yang menjadikan ayat itu ayat majmuk. 10. Guru membimbing murid untuk membina ayat majmuk dengan kata hubung yang lain. Contohnya kata hubung atau, serta, tetapi, sambil, dan kalau.
  • 10. Buku Teks halaman 12 Aras: 3.2 Aras 3 (i) Mengemukakan pendapat yang jelas tentang sesuatu topik dengan menyatakan sebab. 8.2 Aras 1 (i) Membina ayat tunggal berdasarkan pelbagai bahan rangsangan yang diberi. 8.2 Aras 1 (ii) Membina ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1. Sebelum mendalami teks dengan lebih lanjut, guru perlu menunjukkan beberapa ayat kepada murid-murid. 2. Selepas itu guru meminta murid membina ayat mudah dengan perkataan yang diberikan. Sambil membina ayat guru membincangkannya dengan murid. Guru menerangkan kedudukan perkataan dalam ayat tersebut. 3. Guru meminta murid meneliti gambar yang terdapat dalam buku teks iaitu gambar kawasan sekolah yang bersih dan kawasan sekolah yang tidak bersih. 4. Guru membimbing murid membina ayat berdasarkan bahan rangsangan. 5. Guru berbincang dengan murid sebab-sebab sekolah itu tidak terjaga. 6. Guru meminta murid menulis ayat-ayat tersebut dalam buku tulis. Buku Teks halaman 13 Pengukuhan dan Pengayaan Aras: 8.2 Aras 3 (i) Membina pelbagai jenis ayat dalam sesuatu penulisan teks. 3.2 Aras 3 (i) Mengemukakan pendapat yang jelas tentang sesuatu topik dengan menyatakan sebab. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1. Murid diminta menyebut perkataan menconteng, memecahkan, menyapu, dan memasukkan. 2. Guru perlu membuat perbincangan dengan murid tentang gambar-gambar yang terdapat dalam buku teks.
  • 11. 3. Guru meminta murid bercerita berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan. 4. Guru meminta murid memilih dua perlakuan yang baik dan menyatakan perlakuan yang tidak wajar dilakukan. 5. Guru menerangkan tentang perkara yang tidak patut dilakukan di sekolah seperti: menconteng dinding memecahkan cermin tingkap 6. Murid diminta membina ayat daripada perkataan-perkataan yang diberikan. Buku Teks halaman 14 Pengukuhan dan Pengayaan Aras: 4.2 Aras 1 (i) Memerihalkan sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru meminta murid membaca sajak yang diberikan. 2. Guru berbincang maksud sajak tersebut dengan murid. 3. Murid diminta memberikan tajuk yang sesuai bagi sajak tersebut. 4. Murid juga diminta menyenaraikan kata ganda yang terdapat dalam sajak. 5. Guru membimbing murid bercerita tentang kebersihan di sekolah dengan menggunakan perkataan dan ayat yang betul.