際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
54
Tajuk 3
ISU-ISU DALAM SUKAN
Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi perbincangan mengenai isu-isu dalam
sukan yang merangkumi isu wanita dan sukan, sukan dan media massa, politik
dan sukan, insentif dan atlit, perjudian dalam sukan serta cabaran sukan negara
membangun masa kini. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan
senarai bahan rujukan.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. Menjelas isu-isu dalam sukan
2. Menghuraikan tentang wanita dan sukan
3. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan
sebagai contoh
4. Bertanggungjawab terhadap sukan dan media massa
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
Isu-Isu Dalam Sukan
Politik dan
sukan
Insentif
dan atlit
Wanita dan
sukan
Sukan dan
media massa
Perjudian dan
sukan
Cabaran
sukan negara
membangun
masa kini
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
55
KANDUNGAN
3.0 Isu-isu dalam sukan
3.1 Wanita dan sukan
Penglibatan wanita dalam sukan amat berbeza antara satu kaum dengan kaum
yang lain begitu juga antara wanita sebuah negara dengan negara lain. Tetapi
dalam kontek sukan dunia, ternyata bahawa penglibatan kaum wanita kini amat
ketara. Wanita kini telah dapat meloloskan diri mereka daripada ikatan atau
kekangan budaya atau adat resam, sosial, politik dan agama. Kini atlet wanita
telah menyumbang pelbagai kejayaan dalam sukan sama seperti atlet lelaki.
Wanita hari ini memainkan peranan penting dalam kegiatan sukan. Mereka telah
mengembeling tenaga di semua peringkat sukan. Mereka juga bergiat aktif
dalam bidang kejurulatihan sukan, pembangunan atlet muda, pengurusan sukan
dan sebagainya. Di samping itu kaum wanita juga menjalankan pelbagai
kegiatan dan menyediakan kemudahan dan peralatan sukan malahan telah
dapat menjadi pengurus dan pemimpin dalam pentadbiran sukan.
3.1.1 Mitos wanita dalam sukan
Sukan Olimpik Moden pertama pada tahun 1896 telah melarang kaum wanita
untuk menyertai sebarang acara sukan. Hal ini kerana dipercayai bahawa
penggunaan tenaga fizikal yang keterlaluan akan merosakkan sistem
pembiakan kaum wanita. Mitos dan kepercayaan ini telah menyebabkan kaum
wanita telah dilarang untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan. Justeru, mitos
dan kepercayaan ini telah menyebabkan kaum wanita dilarang menyertai sukan
tanpa kajian saintifik akan kesan latihan sukan ke atas sistem pembiakan
wanita.
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
56
3.1.2 Kedudukan wanita dalam masyarakat
Pandangan umum terhadap kedudukan wanita dalam masyarakat yang diwarisi
sejak dahulu masih berada ditahap yang rendah iaitu melihat wanita sebagai
anggota sokongan yang seharusnya menjalakan tugas-tugas membantu
kepada golongan lelaki. Maka dari segi penyertaan wanita dalam sukan dan
mungkin juga pandangan umum ini turut meletakkan kaum wanita agak
ketinggalan daripada kaum lelaki dalam sukan terutamanya sukan yang
memerlukan tindakan yang agresif, mengerah tenaga yang ada hubungan
dengan kekuatan fizikal dan sebagainya.
Hal ini mungkin ada hubungan dengan fungsi utama wanita yang dianggap
sebagai agen untuk reproduktif dengan segala implikasinya. Sungguhpun
pandangan ini telah lapuk, namun hal ini masih berpengaruh dalam konteks
negara membangun terutamanya di sebelah timur. Bagaimanapun, dari satu
sudut, budaya timur melihat ada jenis-jenis sukan yang tidak sesuai disertai
oleh kaum wanita. Kita tidak boleh memandang ringan terhadap tanggapan ini
kerana dari segi realitinya hal ini merupakan pandangan yang disokong oleh
kenyataan yang wujud dalam jenis-jenis sukan tertentu.
3.1.3 Faktor yang menyebabkan wanita menjauhi sukan
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kurangnya penglibatan kaum
wanita dalam sukan. Antaranya sikap negatif terhadap penyertaan wanita yang
wujud daripada sex stereotyping. Sikap negatif ini wujud kerana kekurangan
kesedaran atau kekurangan kepekaan dalam kalangan kaum wanita. Hal ini
demikian kerana berpunca daripada ketidaksamarataan dan ketidaksaksamaan
peluang. Oleh itu, untuk menggalakkan kaum wanita terlibat aktif dalam sukan
maka faktor ketidaksaksamaan perlu diatasi.
Faktor seterusnya ialah wanita kekurangan kepekaan kerana sikap sex
stereotyping:, maka ramai kaum wanita tidak digalakkan aktif bersama-sama
kaum lelaki, tidak digalakkan aktif di dalam aktiviti yang sama jenis dengan
kaum lelaki dan kaum wanita juga tidak diberi harapan atau tanggapan
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
57
terhadap kompetensi mereka sama seperti kaum lelaki dalam sukan. Faktor
seterusnya yang menyebabkan kaum wanita menjauhi aktiviti sukan kerana
kekurangan self-esteem mereka untuk aktif bersukan, kekurangan sistem yang
menyokong penyertaan wanita, kekurangan kebolehan kemahiran bersukan
dan kekurangan peluang dan pendedahan terhadap sukan.
Hakikatnya terdapat pelbagai halangan dan perbalahan terhadap wanita untuk
bergiat cergas dalam sukan. Perbalahan atau halangan ke atas wanita
bersukan menyentuh beberapa aspek kewanitaan atau feminine dan fitrah
kejadian wanita seperti :-
I. Wanita tidak sepatutnya terlibat dalam sukan kerana ianya tidak feminine
II. Secara psikologi, wanita tidak boleh diharapkan untuk meluangkan masa
dan wang ringgit bagi tujuan perkembangan aktiviti sukan.
III. Wanita tidak cukup kuat untuk menjadi cemerlang dalam sukan, oleh itu
mereka tidak perlu dilibatkan dalam sukan.
IV. Wanita tidak perlu digalakkan menceburi sukan kerana mereka mungkin
menghadapi peluang yang tipis untuk mengandung secara normal.
Oleh kerana larangan dan perbalahan ini maka wanita enggan terlibat secara
aktif dalam sukan secara total kerana banyak lagi tanggapan yang negatif
dibuat terhadap wanita jika mereka bergiat cergas dalam sukan contohnya jika
wanita terlalu aktif bersukan maka mereka akan mirip seperti lelaki iaitu otot
mereka menjadi sasa atau tegap (masculine). Tanggapan sebegini ini yang
menyebabkan timbulnya pelbagai konflik terhadap wanita untuk menceburi
dengan aktif dalam sukan.
3.1.4 Konflik fizikal
Gendal (1967) dalam perdebatan mengenai wanita dan latihan fizikal, sukan
dan penyertaan dalam sukan Olimpik menyatakan bahawa telah terbukti tiada
keburukan atau kemudaratan dari segi fizikal yang akan dialami oleh atlet
wanita. Sebaliknya manfaat yang diperoleh wanita ialah lebih banyak kebaikan
apabila terlibat dalam sukan.
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
58
Robinson (1973) pula menyatakan bahawa tidak perlu membuat tanggapan
bahawa jika wanita terlibat dalam acara fizikal, mereka akan nampak seperti
lelaki dan tidak feminine. Aktiviti fizikal bukan satu ancaman kepada kewanitaan
atau feminine tetapi harus menjadi sebahagian proses perkembangannya.
3.1.5 Konflik psikologi
Disebabkan banyak tanggapan negatif ke atas wanita yang bersukan maka
timbullah konflik psikologi ke atas wanita. Walau bagaimanapun Snyder dan
Kivlin (1975) telah membuktikan bahawa ahli gimnastik mempunyai
kesejahteraan psikologi yang baik. Kane dan Callaghan (1965) dalam kajiannya
menyatakan bahawa personaliti pemain ternama tenis wanita mempunyai tahap
yang baik dalam kestabilan emosi, kekuatan ego dan mempunyai tahap
kekecewaan yang rendah. Seterusnya tiada terbukti berlakunya kehilangan
feminine traits.
3.1.6 Konflik Fisiologikal
Pengetahuan berkaitan fisiologi wanita bersukan telah benyak dibuat kajian.
Namun terdapat prejudis dan pemikiran yang tidak sainstifik terhadap wanita
yang bersukan. Kerap kali dikatakan sukan untuk tomboys dan mereka yang
terlibat dalam sukan secara aktif akan menanggung risiko terhadap kewanitaan
mereka. Bersukan boleh memberi kesan buruk ke atas sistem reproduktif
wanita dan mengubah penampilan wanita menjadikan susuk tubuh badan
mereka lebih masculine. Kerap dikatakan wanita akan menghadapi kesukaran
untuk mengandung secara normal jika terlalu aktif bersukan.
Robinson (1973) dalam kajiannya telah menyangkal tohmahan ini. Wanita tidak
sepatutnya ditakut-takutkan dengan tanggapan yang aktiviti fizikal akan
menjadikan mereka masculine. Aktiviti fizikal bukan satu ancaman terhadap
kewanitaan mereka tetapi merupakan sebahagian daripada pertumbuhan
mereka.
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
59
3.2 Sukan dan media massa
Media massa merupakan salah satu medium yang berperanan sebagai alat
penyebaran maklumat yang berkesan dan menyemarakkan dunia sukan
Kejohanan atau pertandingan sukan menuntut penganjur dan organisasi sukan
terlibat membangunkan produk, acara dan menentukan harga untuk
menyaksikan sesuatu kejohanan. Usaha ini bertujuan untuk menarik minat dan
menyampaikan kepada penonton sukan. Kejayaan sesuatu kejohanan sukan
juga sangat bergantung kepada aktiviti publisiti, promosi, penajaan dan juga
penyiarannya. Dalam hal ini, media massa memainkan peranan yang sangat
penting terhadap sukan.
Media massa memberi pelbagai perkhidmatan yang penting kepada sukan.
Antaranya ialah media massa merupakan sumber pendapatan kepada sukan
iaitu melalui pembelian hak penyiaran program sukan. Media massa juga
berperanan memberi kesempatan kepada masyarakat dunia untuk
menyaksikan program sukan. Imej sukan terhadap masyarakat dunia
dipersembahkan oleh media massa.
Dengan kemajuan teknologi, kini komunikasi sukan dengan pelanggannya iaitu
peminat dan penonton sukan lebih canggih diguna pakai. Peralatan elektronik
moden ini telah membuatkan badan sukan memperoleh penampilan awam
yang baik melalui peranan media massa yang menyiar, mempromosi aktiviti
sukan diseluruh dunia.
Kerana pendedahan yang kurang professional dan mirip kepada sensasi oleh
media massa, khasnya televisyen, para atlet mudah dieksploitasi oleh
kemasyhuran, glamour, sanjungan dan kekayaan. Peranan media massa,
khasnya televisyen adalah penting untuk memberikan galakan kepada para
atlet atau ahli sukan dan untuk menjana penajaan dan pengiklanan. Malangnya
liputan yang terlalu mengutamakan aspek-aspek sensasi seperti kisah peribadi,
gaya hidup dan pendapatan ahli sukan kerap menimbulkan kesan negatif.
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
60
3.2.1 Fungsi media massa
Media massa mempunyai fungsinya tersendiri biar apa pun penafsiran yang
diberikan terhadap media. Lazimnya setiap media ini mempunyai sasaran
khalayaknya yang tersendiri dan oleh itu fungsi yang dimainkan oleh media
massa agak berbeza malah kadang kala ada yang melihatnya dari perpektif
yang negatif. Umumnya para sarjana komunikasi bersetuju bahawa media
massa mempunyai empat peranan utama iaitu pemerhati, penafsir,
penghubung dan penghibur
i. Fungsi pemerhati
Peranan media massa sebagai pemerhati boleh ditafsirkan sebagai media
massa bertugas sebagai pemerhati yang mengawasi sebarang peristiwa yang
berlaku disekitar kita. Melalui pemerhatian tersebut media akan melaporkan
kepada audien melalui berita atau maklumat yang signifikan dan berkesan
kepada masyarakat.
Fungsi amaran
Media massa amat peka dan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling
sepertri ancaman bahaya, perubahan cuaca dan sebagainya yang
kemudiannya memberi amaran kepada audien agar bersiap sedia secara fizikal
dan spiritual. Contohnya mengenai ancaman H1N1, Malaysia belum diserang
oleh wabak ini tetapi media telah memberikan amaran awal kepada audien,
oleh itu audien dapat bersiap sedia bagi mengelakkan pandemik ini.Audien
tidak perlu lagi ke sana-sini untuk mendapatkan maklumat mengenai pandemik
ini kerana media telah menyebarkan maklumat tentang langkah-langkah
persediaan.
Fungsi instrumental
Media massa sebagai fungsi instrumental ini membantu audien memperoleh
maklumat seperti harga barangan sukan, fesyen pakaian sukan, produk sukan
yang baru dan sebagainya. Peranan ini bukan hanya dikhususkan kepada
media berbentuk berita sahaja, penerbitan ringkas dan kandungan media yang
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
61
bertujuan menghibur seperti majalah juga memainkan peranan penting dalam
fungsi instrumental ini.
ii. Fungsi Pentafsir
Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu sahaja. Media
massa juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesigniifikan
sesuatu peristiwa sukan. Fungsi pentafsir media massa ini amat berkait rapat
dengan fungsi pemerhati Gatekeepers. Media akan menentukan mana berita
yang penting yang akan disiarkan menurut kepentingan dan keutamaannya.
Berdasarkan bahan berita yang disiarkan, audien memperoleh pelbagai
pandangan yang boleh dinilai sendiri oleh mereka. Interpretasi maklumat juga
boloeh didapati di halaman editorial. Interpretasi, komen dan pendapat
disediakan agar audien memperoleh perspektif mendalam mengenai sesuatu
pemberitaan.
iii. Fungsi Penghubung
Media massa berkebolehan menggabungkan elemen yang berbeza di dalam
masyarakat. Contohnya, pengiklanan berusaha menggabungkan keperluan
pembeli dengan produk penjual. Fungsi menyampaikan mesej kepada audien
merupakan peranan yang dijalankan oleh media. Maka dengan itu, media
massa menjadi penghubung masyarakat dengan masyarakat dan sebagainya.
Dalam perkembangan dunia teknologi maklumat ini, segala maklumat
mengenai perkembangan sukan dapat diakses dihujung jari sahaja. Media
massa menjadi wahana dan platform untuk berhubungan antara satu sama lain.
Kemudahan seperti laman web dapat menghubungkan para peminat sukan
dengan atlet, jurulatih dan juga badan-badan sukan. Fungsi menghubungkan ini
juga memperlihatkan peranan media massa menyediakan akses kepada audien
dengan sukan.
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
62
iv. Penghibur
Kebanyakan pihak melihat peranan media massa sebagai fungsi menghibur
semata-mata. Contohnya program televisyen bertujuan untuk memberi hiburan
kepada audien. Fungsi ini ditakrifkan sebagai media massa berfungsi sebagai
penghibur kepada audien melalui program-program hiburan sama ada
bermaklumat mahupun sekadar hiburan sahaja.
Kesimpulannya media massa sememangnya mempunyai peranan yang penting
dalam industri sukan hari ini. Cuma sedikit kebimbangan dengan kewujudan
media massa yang lebih mengutamakan isu-isu sensasi atau gossip daripada
maklumat-maklumat yang bermanfaat kepada audien.
3.3 Politik dan sukan
Politik ialah alat untuk menunjukkan kuasa seperti kuasa pengurusan pasukan
atau persatuan sukan, kuasa hirearki dan pengurusan dan pentadbiran sukan.
Politik sememangnya wujud seiring dan bergerak secara timbal-balik dengan
sukan. Politik wujud dalam kebanyakan aktiviti proses dan perkembangan
sukan. Politik berlaku dalam proses pemilihan atlit atau pemain, jurulatih dan
juga pegawai sukan. Politik wujud dalam pertandingan atau kejohanan, politik
juga wujud dalam kelab sukan. Malahan ada kalanya politik berperanan dalam
memastikan kenaikan dan kejatuhan sesuatu pasukan atau pemimpinnya.
Tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa melalui sukan juga karier politik
seseorang tokoh boleh dijulang atau dijatuhkan.
Kuatnya pengaruh sukan terhadap politik sehingga memberi impak ke atas
nasib ahli politik. Oleh sebab itu, tidak hairanlah ada negara dan kerajaan yang
bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam sukan. Melalui sukan, pengaruh
politik dapat diserapkan dengan berkesan. Banyak teori yang mengaitkan sukan
dengan politik. Kejayaan sukan sesebuah negara di peringkat antarabangsa
juga kadang-kadang dikaitkan dengan kemantapan dan kestabilan politik
negara tersebut.
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
63
Umum telah mengetahui bahawa, sesebuah badan atau persatuan sukan yang
aktif memang memerlukan bantuan dari segi kewangan. Dengan adanya
bantuan kewangan daripada ahli politik, maka sumber kewangan badan atau
persatuan sukan tersebut sedikit sebanyak dapat ditingkatkan. Selain itu, badan
sukan tersebut juga boleh menggunakan nama atau pengaruh ahli politik untuk
mendapatkan penaja-penaja yang dapat memberi sumbangan dari segi
kewangan.
Secara tidak langsung, dengan adanya sumber kewangan, maka badan sukan
tersebut dapat menjalankan segala aktiviti dan program yang telah
dirancangkan seperti program latihan atlet, program pembangunan sukan,
program kejurulatihan dan sebagainya. .
3.3.1 Kesan positif penglibatan ahli politik dalam sukan
Politik dalam sukan juga memberi impak yang positif terhadap sukan.
Antaranya politik dalam sukan dapat membina semangat setiakawan,
contohnya peringkat serantau sukan SEA dan sukan Asia Selatan. Politik
dalam sukan juga membina kerjasama antarabangsa seperti sukan Olimpik,
sukan Komanwel dan sukan Asia. Apabila terdapatnya sesuatu pertandingan
atau kejohanan sukan, ahli-ahli politik dapat menjalinkan persahabatan dan
juga kerjasama dengan negara lain. Perhubungan yang baik antara negara
akan dapat membantu badan sukan dalam sesuatu negara itu mendapat
pelbagai maklumat untuk mempertingkatkan prestasi sesebuah badan sukan
dan sebagainya.
3.3.2 Kesan negatif penglibatan ahli politik dalam sukan
Sukan sejak dahulu dan hingga kini tidak dapat lari daripada belenggu
percaturan politik. Umpamanya persengketaan antara Athens dan Sparta
sebelum masihi dahulu masih terus berlaku hingga hari ini, contohnya Olimpik
di Moscow pada 1980 dan Olimpik Los Angeles pada 1984 yang menyaksikan
peristiwa memboikot penyertaaan ke sukan Olimpik oleh beberapa negara
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
64
tertentu. Hal ini berlaku kerana blok kapitalis dan blok komunis sangat
menyedarikan musuh mereka di arena politik dunia juga adalah musuh di
gelanggang sukan. Persoalan prestij menjadi perkara penting dan sukan
dijadikan medan untuk menunjukkan kekuatan politik dan menyampaikan mesej
politik masing-masing.
Seterusnya sukan juga dipolitikkan apabila jutaan malah berbilion dollar
ditaburkan untuk mendapat hak eksklusif oleh penaja koporat. Hal ni
menyebabkan berlakunya perlanggaran etika dengan berleluasa oleh
Jawatankuasa Badan Sukan dunia demi mengejar keuntungan, antaranya
melalui pelancongan, pembinaan dan pengangkutan. Seterusnya membuka
ruang kepada badan sukan dunia mendapatkan imbuhan daripada pihak yang
berlumba menjadi pengajur temasya sukan. Umpamanya IOC sebagai sebuah
organisasi yang memiliki kuasa yang sangat luas dalam menentukan negara
mana yang menganjur dan peraturan lain kejohanan telah dibeli undi OIC,
dimana jutaan dollart dibelanjakan pihak korporat untuk membeli hadiah
kepada anggota badan induk itu.
Isu ini hangat diperkatakan selepas skandal sekitar Olimpik di Sidney pada
tahun 2000 dan sekitar pemilihan Salt Lake City sebagai penganjur Olimpik
musim sejuk 2002. Seorang pegawai Jawatankuasa Olimpik Australia
mendedahkan perbelanjaan membeli undi untuk mendapatkan hak menganjur
Olimpik di Sidney dengan bantuan kerajaan Australia mencapai AS $ 1 juta
untuk membeli pelbagai jenis hadiah kepada ahli-ahli OIC, tidak termasuk
belanja lain untuk memenangi hak penganjuran.
Rasa kesal terhadap politik wang yang sangat berleluasa ini pernah diluahkan
oleh seorang atlet Kanada, Kaliya Young yang mengambil keputusan untuk
tidak menyertai Olimpik selepas melihat apa yang berlaku pada kejohanan
sukan tersebut. Persembahan kompetitif atlet bukan hanya untuk menjadi
sebahagian satu komuniti global yang bertanding dengan semangat kesukanan,
persahabatan dan kesepakatan dunia, tetapi hanya akan diperalatkan oleh
syarikat korporat demi kepentingan komersial mereka. Semangat sukan telah
dihakis apabila temasya sukan menjadi platform syarikat multinasional seperti
Coke, Mc Donalds dan lain-lain syarikat mempromosikan produk tidak sihat
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
65
mereka kepada dunia dengan para atlit menjadi alat promosi mereka.
Sekurang-kurangnya sejak Olimpik di Los Angeles pada 1984 yang
menyaksikan peningkatan perbelanjaan dan berleluasanya tajaan korporat,
skandal, korupsi, diskriminasi dan penindasan menjadi trend pesta sukan. Hal
ini dapat disaksikan iklan Visa  kad rasmi sukan Olimpik. Media massa
memaparkan segala-galanya mengenai sukan kini yang dikuasai oleh jenama-
jenama korporat. Manakala belanja besar sehingga berbilion dollar dikeluarkan
penganjur untuk menganjurkan temasya sukan seolah-olah memperlihatkan
politik sentiasa menjadi elemen penting dalam sukan.
Terdapat sesetengah ahli politik yang gemar memegang pelbagai jawatan
dalam persatuan atau badan sukan. Hal ini kerana mereka tahu jawatan-
jawatan tersebut sudah tentu dapat mempopularkan mereka selain dapat
membantu mereka ketika pemilihan atau pilihanraya. Penglibatan ahli politik
dalam menerajui sesuatu persatuan atau badan sukan kemungkinan akan
terjejas kerana para pemimpin ini juga sibuk dengan urusan pentadbiran
kerajaan dan politik. Malahan terdapat juga sesetengah persatuan atau badan
sukan terjejas kerana urusan politik dicampuradukkan dengan urusan
persatuan atau badan sukan. Akhirnya kedua-dua jawatan iaitu jawatan
kerajaan dan persatuan sukan terabai oleh kerana kesibukan dan kurangnya
tumpuan.
Kegiatan sukan yang terlalu kerap dilanda kemelut politik, sama ada politik
persatuan atau campur tangan ahli politik. Sukan yang terlalu bergantung
kepada naungan dan bantuan kewangan daripada kerajaan. Seterusnya
terdapat pemimpin dalam persatuan dan badan sukan yang kurang arif dalam
menyelesaikan masalah politik dalaman telah membuka ruang kepada kerajaan
dan ahli politik masuk campur dalam pentadbiran dan urusan persatuan atau
badan sukan.
Terdapat banyak persatuan sukan yang berasakan bahawa dengan menjadikan
ahli politik sebagai pemimpin, persatuan sukan boleh mengumpul dana dengan
senang dan boleh mendapat pengaruh dalam pelbagai bidang. Hal ini
menyebabkan lebih ramai orang menyertai persatuan sukan kerana lebih
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
66
berminat untuk mendekati pemimpin politik berbanding yang betul-betul komited
untuk bekerja bagi persatuan sukan.
3.4 Insentif dan atlet
Bagi mengiktiraf sumbangan para atlet, jurulatih serta pegawai sukan, pelbagai
insentif dan skim kebajikan telah diperkenalkan. Sebagai menghargai
sumbangan mereka dalam pertandingan di pelbagai peringkat dalam mahupun
luar negara, Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Skim Hadiah Kemenangan Atlet
Remaja, Skim Galakkan Jurulatih Kebangsaan dan Skim Kecemerlangan
Pengurusan Pasukan telah dijalankan oleh pihak kerajaan.
Insentif-insentif ini boleh berbentuk biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun
sara hidup, perlindungan insuran, perbelanjaan untuk latihan dan yuran
pendidikan. Selain tiu insentif untuk kemasukan atlit ke pusat pengajian tinggi,
adalah berdasarkan syarat akademik yang minimum dalam disiplin yang
dipohon. Di samping itu insentif pengurangan beberapa cukai dan eksais ke
atas peralatan sukanhendaklah dijalankan supaya lebih ramai orang mampu
memperoleh barangan sukan pada harga yang murah.
Sejak 2005, kerajaan memberikan imbuhan tetap bulan kepada pemenang
pingat olimpik sama ada pingat emasa, perak atau gangsa. Imbuhan ini untuk
sepanjang hayat bermula dari tarikh atlit memenangi pingat dikejohanan
tersebut. Selain ganjaran kewangan, pengorbanan atlit turut diikhtiraf dalam
bentuk darjah kebesaran dan pemberian rumah atau tanah. Misalnya pasukan
badminton negara yang menjuarai Piala Thomas pada 1992 telah dikurniakan
sebidang tanah setiap seorang daripada mereka
Karier ahli sukan yang semakin singkat akibat daripada persaingan sengit
menyebabkan atlet berusaha memburu wang ganjaran atau insentif ini. Jika
wang menjadi motif utama maka semangat kesukanan, jati diri akan luntur.
Justeru atlit perlu ditanam dengan semangat cintakan negara sejak di awal
pembabitan dalam bidang sukan dan semangat cintakan sukan itu sendiri dan
matlamat utama bergelar atlit ialah untuk meraih kejayaan sekaligus
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
67
mengharumkan nama negara.
Kerajaan sudah menghargai sumbangan dan pengorbanan atlet yang
mengharumkan nama negara di persada dunia, kini tiba masanya para atlet
yang bersaing menunjukkan kemampuan masing-masing dalam menamatkan
kemarau kilauan pingat emas Olimpik untuk negara
3.5 Perjudian dan sukan
Perjudian bermaksud permainan dengan menggunakan wang dan lain-lain
sebagai taruhan. Perjudian juga didefinisikan sebagai memperjudikan,
mempertaruhkan, mempertarungkan dan menggadaikan yang melibatkan
pertaruhan. Menurut kamu pelajar (1997), perjudian ialah perbuatan atau hal
menjudikan dengan bertaruhkan wang.
Menurut kamu Bahasa Melayu Utusan (1995), perjudian bermaksud
menggunakan wang atau sebagainya untuk dijadikan taruhan dalam permainan
judi, mempertarungkan dan menggadaikan. Perjudian ialah perihal berjudi iaitu
permainan dengan menggunakan wang atau barang-barang berharga sebagai
taruhan
3.5.1 Mengapa wujudnya perjudian dalam sukan
Wujudnya unsur perjudian dalam sukan disebabkan beberapa faktor
antaranya :-
i. Faktor kewangan
ii. Hiburan
iii. Bookie (individu atau organisasi yang menjadi dalang dalam
menguruskan perjudian dalam sukan)
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
68
3.5.2 Jenis perjudian dalam sukan
i. Menentukan dan mengatur perlawanan
 Sebelum pertandingan atau perlawanan bermula keputusan perlawanan sudah
ditentukan
 Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai perlawanan untuk mengatur
keputusan pertandingan atau perlawanan
Bertaruh keputusan pertandingan
 Peminat sukan akan bertaruh untuk sesuatu pertandingan atau perlawanan
contohnya bola sepak  keputusan perlawanan ialah jumlah jaringan gol
3.5.3 Kesan perjudian dalam sukan
 Mencemarkan imej sukan Negara
Isu perjudian dan juga rasuah dalam sukan yang tersebar melalui media massa
akan menyebabkan imej sukan Negara tercemar di mata dunia
 Mutu sukan merosot
Perjudian dan rasuah menyebabkan atlet tidak mempamerkan prestasi
sebenar. Sekiranya sikap ini berterusan, prestasi atlet tersebut akan menurun
dan akan menjejaskan mutu sukan negara.
 Kepercayaan peminat atau penonton sukan terjejas
Peminat dan penonton akan berasa tertipu dengan setiap keputusan
perlawanan atau pertandingan. Mereka tidak akan menyokong atlet atau
pasukan yang terlibat dengan perjudian dan rasuah
 Menjejaskan hubungan dalam pasukan
Atlet yang terlibat dengan perjuaian dan rasuah akan disisih oleh rakan-rakan
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
69
sepasukan yang lain. Rakan-karan sepasukan akan berasa kecewa dan
menyebabkan prestasi pasukan akan merosot
3.5.4 Cara mengatasi perjudian dan rasuah dalam sukan
Jika terbukti ahli sukan terbabit perjudian dan rasuah, tindakan tegas perlu
dikenakan dengan segera termasuk mengheret mereka ke muka pengadilan.
Mereka perlu diberi pengajaran setimpal dengan kerakusan mengambil hasil
perjudian dan rasuah demi menjaga semangat kesukanan.
Jadikan kesilapan mereka sebagai pengajaran kepada pihak lain yang mungkin
sedang menimbang tawaran lumayan daripada bookie . Tindakan proaktif
perlu dijalankan oleh semua pihak. Pendidikan mengenai kesan buruk amalan
perjudian dan rasuah perlu dibenteras secara serius kepada semua ahli sukan
dan pentadbiran sukan. Matlamat dan aspirasi sebenar yang harus dimiliki
apabila menyertai sukan harus disemai dalam kalangan ahli sukan secara
berterusan. Buka platform yang luas untuk para ahli sukan untuk melaporkan
sebarang usaha pihak luar yang cuba memancing ahli sukan untuk terjebak
dalam gejala perjudian dan rasuah sukan ini.
Antara langkah yang boleh diambil ialah :-
 Menghayatikan dan mengamalkan nilai moral dan etika dalam sukan
Para ahli sukan perlu menghayati dan mengamalkan prinsip dan nilai moral dan
etika. Amalan ini akan memberikan kesedaran kepada mereka tentang
tanggungjawab kepada agama, negara dan bangsa
 Memberi penerangan kesan buruk perjudian dan rasuah dalam sukan
Media massa berperanan menerangkan kesan buruk perjudian dan rasuah.
Para peminat dan penonton sukan akan menyedari kesan negatif gejala
perjudian dan rasuah terhadap mutu dan imej sukan negara.
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
70
 Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi
Mereka yang terlibat dalam sukan perlu mengikuti ceramah agama dan kursus
motivasi. Usaha ini akan meningkatkan kesedaran, keinsafan dan semangat
kerja berpasukan. Di samping itu, mereka juga perlu diberi insentif agar dapat
meningkatkan semangat mereka.
 Peranan kelab penyokong dan penonton
Kelab-kelab penyokong berperanan menganjurkan kempen anti perjudian dan
rasuah kepada para ahlinya dan peminat sukan. Kempen ini berperanan untuk
menyeru peminat sukan agar membenci dan membenteras gejala perjudian dan
rasuah.
 Kebajikan atlet dijaga dengan baik
Kebajikan ahli sukan perlu dijaga, soal gaji dan elaun mereka semestinya
dilunaskan mengikiut jadual. Begitu juga dengan pemberian insentif perlu tepat
dan mengikut jadual pembayaran.
 Tindakan tegas pihak berkuasa dan badan sukan
Pihak berkuasa dan badan sukan perlu bertindak tegas tanpa memilih bulu
dalam isu perjudian dan rasuah sukan ini. Dengan itu atlet dan semua yang
terlibat dalam sukan tidak berani terjebak dalam perjudian dan perjudian dan
rasuah sukan .
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
71
3.6 Cabaran sukan negara membangun masa kini
Pembangunan sukan negara semakin mendapat perhatian serius daripada
pihak kerajaan. Hasilnya tertubuhlah Jawatankuasa Kabinet mengenai
pembangunan sukan yang bermatlamat untuk memartabatkan mutu sukan
negara agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Antara matlamat utama jawatankuasa ini ialah fokus utama untuk melahirkan
lebih ramai atlit muda yang berkualiti di peringkat sekolah melalui proses
pengajaran dan pembelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani yang
bersepadu. Menggalakkan pengambilan pelajar cemerlang sukan melalui
perancangan penubuhan program matrikulasi dan pra-universiti bersama
Sekolah Sukan Malaysia dengan mewujudkan syarat kemasukan khas kepada
atlit negara dan menggalakkan pelaksanaan kajian sainstifk Sains Sukan demi
membantu mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi sukan dalam kalangan
pelajar.
Antara fokus yang dikenalpasti ialah pembangunan sukan secara bersepadu di
peringkat sekolah melalui program melahirkan lebih ramai guru Pendidikan
Jasmani dan Sains Sukan di sekolah.
3.6.1 Cabaran dalam akademik
Antara cabaran yang telah dan sedang dihadapi
i. Bilangan tenaga pengajar yang terhad
ii. Faktor kekurangan tenaga pengajar ini dibayangi dengan pertambahan pesat
bilangan program yang ditawarkan.
iii. Kekurangan kemudahan prasarana akademik
iv. Faktor prasarana akademik yang terhad ini serta factor kekurangan tenaga
pengajar boleh mengakibatkan kepadatan jadual kuliah pelajar yang
mungkin boleh mendatangkan kesan terhadap keselesaan belajar dalam
kalangan pelajar
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
72
v. Jadual kuliah yang agak padat
vi. Faktor fokus kursus yang pelbagai mewujudkan kepadatan jadual kuliah
pelajar. Akibatnya pelajar hanya memiliki masa yang terhad untuk
mengulangkaji pelajaran dan bergiat aktif dalam bidang sukan
ii. vii. Kekurangan pelajar cemerlang sukan
viii. Ramai pelajar cemerlang tidak berminat untuk aktif dalam sukan kerana
pelbagai kekangan serti halangan keluarga, kerjaya dalam sukan, tumpuan
kepada akademik dan sebagainya
Antara cabaran lain dalam pembangun sukan ialah :-
i. Infrastruktur dan fisiliti
ii. Pemain kelas dunia (world class player)
iii. Pembangunan atlet
iv. Kebajikan atlit dan profesionalisme atlit, jurulatih, pegawai dan pemimpin
sukan
v. Pusat kecemerlangan atlit
vi. Kekurangan hubungan yang wujud antara persatuan sukan dengan
kerajaan. Perbincangan mengenai sukan jika adapun adalah terbatas
vii. Persatuan sukan menerima bantuan dan sokongan kewangan yang terhad
daripada kerajaan untuk kegiatan mereka
viii. Badan-badan sukan dan pihak kerajaan kurang peka terhadap keperluan
masing-masing
ix. Kurangnya kerjasama antara badan sukan dengan pihak kerajaan
Di sesetengah negara, persatuan sukan dan pihak kerajaan kurang arif
tentang hasrat dan pendirian masing-masing mengenai pengurusan sukan
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
73
3.7 Penutup
Sukan tidak pernah sunyi daripada pelbagai isu seperi masalah penggunaan
dadah, perjudian dan rasuah, keganasan dan sebagainya. Perkara ni bukanlah
baru malah masalah ini telah. menghantui sukan sejak dahulu lagi. Sebagai
insan yang trelibat dalam bidang sukan sama ada sebagai atlit, jurulatih,
pegawai dan pemimpin sukan malah peminat sukan, seharusnya mematuhi nilai
dan etika kesukanan secara total.
Nilai dan etika telah menetapkan peraturan-peraturan tertentu. Jika para atlet,
jurulatih, pegawai sukan dan penonton mematuhi nilai dan etika ini, sudah tentu
isu ini tidak timbul. Penggunaan dadah memang tidak membawa sebarang
faedah kepada para atlet, sebaliknya memberi kesan buruk ke atas fisiologi
tubuh badan. Para atlet yang mencapai kejayaan dan kecemerlangan tanpa
dadah terlarang harus menjadi kebanggaan dan dihormati oleh masyarakat dan
negara.
Perjudian dan rasuah juga memberi kesan buruk dan boleh menjejaskan mutu
dan nama baik negara. Prestasi sebenar para atlet tidak dapat ditonjolkan
malah sukan akan dipandang serong dan hina oleh masyarakat.
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
74
TUGASAN TERARAH
Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan
mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia
yang berkaitan isu-isu dalam sukan.
LAMAN WEB
Laman Web Kementerian Belia dan Sukan
Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia
PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
75
RUJUKAN
Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan
Malaysia
Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby
Company
Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical
education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.
Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia.
Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:
Karisma Production Sdn. Bhd.

More Related Content

What's hot (20)

Sains sukan personaliti
Sains sukan personalitiSains sukan personaliti
Sains sukan personaliti
Jacklinramli
Bab 3 Kesenggangan dan Rekreasi
Bab 3   Kesenggangan dan RekreasiBab 3   Kesenggangan dan Rekreasi
Bab 3 Kesenggangan dan Rekreasi
Sports Science at SMK Elopura
5.4 motivasi
5.4 motivasi5.4 motivasi
5.4 motivasi
tokey_sport
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Presley Marcel
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4
Sheeyrha
Periodisasi Latihan
Periodisasi LatihanPeriodisasi Latihan
Periodisasi Latihan
Mohd Asri Hassan
Dasar sukan negara
Dasar sukan negaraDasar sukan negara
Dasar sukan negara
Jun Yan Lim
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
Pei Yiing
4 psikologi-sukan-tingkatan-4
4 psikologi-sukan-tingkatan-44 psikologi-sukan-tingkatan-4
4 psikologi-sukan-tingkatan-4
Mohamad Ihtifazuddin
Intensiti
IntensitiIntensiti
Intensiti
Mohd Nazrol Ismail Nazrol
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanPSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
Amin Upsi
Pengenalan psikologi sukan
Pengenalan psikologi sukanPengenalan psikologi sukan
Pengenalan psikologi sukan
hanifahalijang
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
khairul azlan taib
5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan
Sing Lin Tiong
98773911 periodisasi-latihan
98773911 periodisasi-latihan98773911 periodisasi-latihan
98773911 periodisasi-latihan
Nasrun Hensome Man
Kepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understandingKepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understanding
murni mohamat
Sistem tuas
Sistem tuasSistem tuas
Sistem tuas
Bob Adlin
Sains sukan personaliti
Sains sukan personalitiSains sukan personaliti
Sains sukan personaliti
Jacklinramli
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Sains Sukan STPM: Kecergasan fizikal
Presley Marcel
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 4
Sheeyrha
Dasar sukan negara
Dasar sukan negaraDasar sukan negara
Dasar sukan negara
Jun Yan Lim
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
Pei Yiing
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanPSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
Amin Upsi
Pengenalan psikologi sukan
Pengenalan psikologi sukanPengenalan psikologi sukan
Pengenalan psikologi sukan
hanifahalijang
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan Bab 6   fleksibiliti dan kecergasan
Bab 6 fleksibiliti dan kecergasan
khairul azlan taib
5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 keagresifan dalam_sukan
Sing Lin Tiong
98773911 periodisasi-latihan
98773911 periodisasi-latihan98773911 periodisasi-latihan
98773911 periodisasi-latihan
Nasrun Hensome Man
Kepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understandingKepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understanding
murni mohamat
Sistem tuas
Sistem tuasSistem tuas
Sistem tuas
Bob Adlin

Similar to 223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan (20)

Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan WanitaFaktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
UNie ONie
Uas sosiologi
Uas sosiologiUas sosiologi
Uas sosiologi
istana walet
5_Rio Alta BAB 7.pptxjbjsuuuuuusggugugug
5_Rio Alta BAB 7.pptxjbjsuuuuuusggugugug5_Rio Alta BAB 7.pptxjbjsuuuuuusggugugug
5_Rio Alta BAB 7.pptxjbjsuuuuuusggugugug
RioAlta
Power point Filsafat
Power point FilsafatPower point Filsafat
Power point Filsafat
RahmatKurniawan84
Peranan olahraga nilai sosial
Peranan olahraga nilai sosialPeranan olahraga nilai sosial
Peranan olahraga nilai sosial
Universitas Teknokrat Indonesia
Makalah ilmu kesehatan olahraga pada wanita
Makalah ilmu kesehatan olahraga pada wanitaMakalah ilmu kesehatan olahraga pada wanita
Makalah ilmu kesehatan olahraga pada wanita
YOGA ARIANTO FKIP PENDIDIKAN OLAHRAGA UNIV PGRI PALEMBANG
Great Talk - Toxic Masculinity.pptx
Great  Talk - Toxic Masculinity.pptxGreat  Talk - Toxic Masculinity.pptx
Great Talk - Toxic Masculinity.pptx
KhalidaAthaya1
Nota PJM 3112
Nota PJM 3112Nota PJM 3112
Nota PJM 3112
Ribut Taufan
Review Sport Journal
Review Sport JournalReview Sport Journal
Review Sport Journal
AlfianHidayat17
Aldian.16060484037.2016 b
Aldian.16060484037.2016 bAldian.16060484037.2016 b
Aldian.16060484037.2016 b
Aldianwisnupratama
Kata pengantar filsafat
Kata pengantar filsafatKata pengantar filsafat
Kata pengantar filsafat
Hasbi Asshiddiqi
Kata pengantar filsafat
Kata pengantar filsafatKata pengantar filsafat
Kata pengantar filsafat
Hasbi Asshiddiqi
Pendidikan jasmani
Pendidikan jasmaniPendidikan jasmani
Pendidikan jasmani
ramli ahmad
Riview Jurnal Filsafat dan Sejarah Olahraga
Riview Jurnal Filsafat dan Sejarah OlahragaRiview Jurnal Filsafat dan Sejarah Olahraga
Riview Jurnal Filsafat dan Sejarah Olahraga
Ardhinw
Review jurnal antropologi kesehatan - bu dina
Review jurnal   antropologi kesehatan - bu dinaReview jurnal   antropologi kesehatan - bu dina
Review jurnal antropologi kesehatan - bu dina
SlametWidodo53
Isak (land. sosio & psiko penjas olahraga)
Isak (land. sosio & psiko penjas olahraga)Isak (land. sosio & psiko penjas olahraga)
Isak (land. sosio & psiko penjas olahraga)
Kabupaten Sabu - Raijua (SARAI)
Bayu maulana
Bayu maulanaBayu maulana
Bayu maulana
BayuMaulana19
Artikal review 401
Artikal review 401Artikal review 401
Artikal review 401
Azizul Azihan
Review jurnal
Review jurnalReview jurnal
Review jurnal
IrawanPrastya
KB 2 Konsep Gender dalam Kesehatan Reproduksi Perempuan
KB 2 Konsep Gender dalam Kesehatan Reproduksi PerempuanKB 2 Konsep Gender dalam Kesehatan Reproduksi Perempuan
KB 2 Konsep Gender dalam Kesehatan Reproduksi Perempuan
pjj_kemenkes
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan WanitaFaktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
Faktor Penglibatan Siswi Dalam Sukan Wanita
UNie ONie
5_Rio Alta BAB 7.pptxjbjsuuuuuusggugugug
5_Rio Alta BAB 7.pptxjbjsuuuuuusggugugug5_Rio Alta BAB 7.pptxjbjsuuuuuusggugugug
5_Rio Alta BAB 7.pptxjbjsuuuuuusggugugug
RioAlta
Great Talk - Toxic Masculinity.pptx
Great  Talk - Toxic Masculinity.pptxGreat  Talk - Toxic Masculinity.pptx
Great Talk - Toxic Masculinity.pptx
KhalidaAthaya1
Kata pengantar filsafat
Kata pengantar filsafatKata pengantar filsafat
Kata pengantar filsafat
Hasbi Asshiddiqi
Kata pengantar filsafat
Kata pengantar filsafatKata pengantar filsafat
Kata pengantar filsafat
Hasbi Asshiddiqi
Pendidikan jasmani
Pendidikan jasmaniPendidikan jasmani
Pendidikan jasmani
ramli ahmad
Riview Jurnal Filsafat dan Sejarah Olahraga
Riview Jurnal Filsafat dan Sejarah OlahragaRiview Jurnal Filsafat dan Sejarah Olahraga
Riview Jurnal Filsafat dan Sejarah Olahraga
Ardhinw
Review jurnal antropologi kesehatan - bu dina
Review jurnal   antropologi kesehatan - bu dinaReview jurnal   antropologi kesehatan - bu dina
Review jurnal antropologi kesehatan - bu dina
SlametWidodo53
Artikal review 401
Artikal review 401Artikal review 401
Artikal review 401
Azizul Azihan
KB 2 Konsep Gender dalam Kesehatan Reproduksi Perempuan
KB 2 Konsep Gender dalam Kesehatan Reproduksi PerempuanKB 2 Konsep Gender dalam Kesehatan Reproduksi Perempuan
KB 2 Konsep Gender dalam Kesehatan Reproduksi Perempuan
pjj_kemenkes

223502681 149899270-isu-isu-dalam-sukan

  • 1. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 54 Tajuk 3 ISU-ISU DALAM SUKAN Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi perbincangan mengenai isu-isu dalam sukan yang merangkumi isu wanita dan sukan, sukan dan media massa, politik dan sukan, insentif dan atlit, perjudian dalam sukan serta cabaran sukan negara membangun masa kini. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelas isu-isu dalam sukan 2. Menghuraikan tentang wanita dan sukan 3. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan sebagai contoh 4. Bertanggungjawab terhadap sukan dan media massa Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Isu-Isu Dalam Sukan Politik dan sukan Insentif dan atlit Wanita dan sukan Sukan dan media massa Perjudian dan sukan Cabaran sukan negara membangun masa kini
  • 2. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 55 KANDUNGAN 3.0 Isu-isu dalam sukan 3.1 Wanita dan sukan Penglibatan wanita dalam sukan amat berbeza antara satu kaum dengan kaum yang lain begitu juga antara wanita sebuah negara dengan negara lain. Tetapi dalam kontek sukan dunia, ternyata bahawa penglibatan kaum wanita kini amat ketara. Wanita kini telah dapat meloloskan diri mereka daripada ikatan atau kekangan budaya atau adat resam, sosial, politik dan agama. Kini atlet wanita telah menyumbang pelbagai kejayaan dalam sukan sama seperti atlet lelaki. Wanita hari ini memainkan peranan penting dalam kegiatan sukan. Mereka telah mengembeling tenaga di semua peringkat sukan. Mereka juga bergiat aktif dalam bidang kejurulatihan sukan, pembangunan atlet muda, pengurusan sukan dan sebagainya. Di samping itu kaum wanita juga menjalankan pelbagai kegiatan dan menyediakan kemudahan dan peralatan sukan malahan telah dapat menjadi pengurus dan pemimpin dalam pentadbiran sukan. 3.1.1 Mitos wanita dalam sukan Sukan Olimpik Moden pertama pada tahun 1896 telah melarang kaum wanita untuk menyertai sebarang acara sukan. Hal ini kerana dipercayai bahawa penggunaan tenaga fizikal yang keterlaluan akan merosakkan sistem pembiakan kaum wanita. Mitos dan kepercayaan ini telah menyebabkan kaum wanita telah dilarang untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan. Justeru, mitos dan kepercayaan ini telah menyebabkan kaum wanita dilarang menyertai sukan tanpa kajian saintifik akan kesan latihan sukan ke atas sistem pembiakan wanita.
  • 3. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 56 3.1.2 Kedudukan wanita dalam masyarakat Pandangan umum terhadap kedudukan wanita dalam masyarakat yang diwarisi sejak dahulu masih berada ditahap yang rendah iaitu melihat wanita sebagai anggota sokongan yang seharusnya menjalakan tugas-tugas membantu kepada golongan lelaki. Maka dari segi penyertaan wanita dalam sukan dan mungkin juga pandangan umum ini turut meletakkan kaum wanita agak ketinggalan daripada kaum lelaki dalam sukan terutamanya sukan yang memerlukan tindakan yang agresif, mengerah tenaga yang ada hubungan dengan kekuatan fizikal dan sebagainya. Hal ini mungkin ada hubungan dengan fungsi utama wanita yang dianggap sebagai agen untuk reproduktif dengan segala implikasinya. Sungguhpun pandangan ini telah lapuk, namun hal ini masih berpengaruh dalam konteks negara membangun terutamanya di sebelah timur. Bagaimanapun, dari satu sudut, budaya timur melihat ada jenis-jenis sukan yang tidak sesuai disertai oleh kaum wanita. Kita tidak boleh memandang ringan terhadap tanggapan ini kerana dari segi realitinya hal ini merupakan pandangan yang disokong oleh kenyataan yang wujud dalam jenis-jenis sukan tertentu. 3.1.3 Faktor yang menyebabkan wanita menjauhi sukan Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kurangnya penglibatan kaum wanita dalam sukan. Antaranya sikap negatif terhadap penyertaan wanita yang wujud daripada sex stereotyping. Sikap negatif ini wujud kerana kekurangan kesedaran atau kekurangan kepekaan dalam kalangan kaum wanita. Hal ini demikian kerana berpunca daripada ketidaksamarataan dan ketidaksaksamaan peluang. Oleh itu, untuk menggalakkan kaum wanita terlibat aktif dalam sukan maka faktor ketidaksaksamaan perlu diatasi. Faktor seterusnya ialah wanita kekurangan kepekaan kerana sikap sex stereotyping:, maka ramai kaum wanita tidak digalakkan aktif bersama-sama kaum lelaki, tidak digalakkan aktif di dalam aktiviti yang sama jenis dengan kaum lelaki dan kaum wanita juga tidak diberi harapan atau tanggapan
  • 4. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 57 terhadap kompetensi mereka sama seperti kaum lelaki dalam sukan. Faktor seterusnya yang menyebabkan kaum wanita menjauhi aktiviti sukan kerana kekurangan self-esteem mereka untuk aktif bersukan, kekurangan sistem yang menyokong penyertaan wanita, kekurangan kebolehan kemahiran bersukan dan kekurangan peluang dan pendedahan terhadap sukan. Hakikatnya terdapat pelbagai halangan dan perbalahan terhadap wanita untuk bergiat cergas dalam sukan. Perbalahan atau halangan ke atas wanita bersukan menyentuh beberapa aspek kewanitaan atau feminine dan fitrah kejadian wanita seperti :- I. Wanita tidak sepatutnya terlibat dalam sukan kerana ianya tidak feminine II. Secara psikologi, wanita tidak boleh diharapkan untuk meluangkan masa dan wang ringgit bagi tujuan perkembangan aktiviti sukan. III. Wanita tidak cukup kuat untuk menjadi cemerlang dalam sukan, oleh itu mereka tidak perlu dilibatkan dalam sukan. IV. Wanita tidak perlu digalakkan menceburi sukan kerana mereka mungkin menghadapi peluang yang tipis untuk mengandung secara normal. Oleh kerana larangan dan perbalahan ini maka wanita enggan terlibat secara aktif dalam sukan secara total kerana banyak lagi tanggapan yang negatif dibuat terhadap wanita jika mereka bergiat cergas dalam sukan contohnya jika wanita terlalu aktif bersukan maka mereka akan mirip seperti lelaki iaitu otot mereka menjadi sasa atau tegap (masculine). Tanggapan sebegini ini yang menyebabkan timbulnya pelbagai konflik terhadap wanita untuk menceburi dengan aktif dalam sukan. 3.1.4 Konflik fizikal Gendal (1967) dalam perdebatan mengenai wanita dan latihan fizikal, sukan dan penyertaan dalam sukan Olimpik menyatakan bahawa telah terbukti tiada keburukan atau kemudaratan dari segi fizikal yang akan dialami oleh atlet wanita. Sebaliknya manfaat yang diperoleh wanita ialah lebih banyak kebaikan apabila terlibat dalam sukan.
  • 5. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 58 Robinson (1973) pula menyatakan bahawa tidak perlu membuat tanggapan bahawa jika wanita terlibat dalam acara fizikal, mereka akan nampak seperti lelaki dan tidak feminine. Aktiviti fizikal bukan satu ancaman kepada kewanitaan atau feminine tetapi harus menjadi sebahagian proses perkembangannya. 3.1.5 Konflik psikologi Disebabkan banyak tanggapan negatif ke atas wanita yang bersukan maka timbullah konflik psikologi ke atas wanita. Walau bagaimanapun Snyder dan Kivlin (1975) telah membuktikan bahawa ahli gimnastik mempunyai kesejahteraan psikologi yang baik. Kane dan Callaghan (1965) dalam kajiannya menyatakan bahawa personaliti pemain ternama tenis wanita mempunyai tahap yang baik dalam kestabilan emosi, kekuatan ego dan mempunyai tahap kekecewaan yang rendah. Seterusnya tiada terbukti berlakunya kehilangan feminine traits. 3.1.6 Konflik Fisiologikal Pengetahuan berkaitan fisiologi wanita bersukan telah benyak dibuat kajian. Namun terdapat prejudis dan pemikiran yang tidak sainstifik terhadap wanita yang bersukan. Kerap kali dikatakan sukan untuk tomboys dan mereka yang terlibat dalam sukan secara aktif akan menanggung risiko terhadap kewanitaan mereka. Bersukan boleh memberi kesan buruk ke atas sistem reproduktif wanita dan mengubah penampilan wanita menjadikan susuk tubuh badan mereka lebih masculine. Kerap dikatakan wanita akan menghadapi kesukaran untuk mengandung secara normal jika terlalu aktif bersukan. Robinson (1973) dalam kajiannya telah menyangkal tohmahan ini. Wanita tidak sepatutnya ditakut-takutkan dengan tanggapan yang aktiviti fizikal akan menjadikan mereka masculine. Aktiviti fizikal bukan satu ancaman terhadap kewanitaan mereka tetapi merupakan sebahagian daripada pertumbuhan mereka.
  • 6. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 59 3.2 Sukan dan media massa Media massa merupakan salah satu medium yang berperanan sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan dan menyemarakkan dunia sukan Kejohanan atau pertandingan sukan menuntut penganjur dan organisasi sukan terlibat membangunkan produk, acara dan menentukan harga untuk menyaksikan sesuatu kejohanan. Usaha ini bertujuan untuk menarik minat dan menyampaikan kepada penonton sukan. Kejayaan sesuatu kejohanan sukan juga sangat bergantung kepada aktiviti publisiti, promosi, penajaan dan juga penyiarannya. Dalam hal ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting terhadap sukan. Media massa memberi pelbagai perkhidmatan yang penting kepada sukan. Antaranya ialah media massa merupakan sumber pendapatan kepada sukan iaitu melalui pembelian hak penyiaran program sukan. Media massa juga berperanan memberi kesempatan kepada masyarakat dunia untuk menyaksikan program sukan. Imej sukan terhadap masyarakat dunia dipersembahkan oleh media massa. Dengan kemajuan teknologi, kini komunikasi sukan dengan pelanggannya iaitu peminat dan penonton sukan lebih canggih diguna pakai. Peralatan elektronik moden ini telah membuatkan badan sukan memperoleh penampilan awam yang baik melalui peranan media massa yang menyiar, mempromosi aktiviti sukan diseluruh dunia. Kerana pendedahan yang kurang professional dan mirip kepada sensasi oleh media massa, khasnya televisyen, para atlet mudah dieksploitasi oleh kemasyhuran, glamour, sanjungan dan kekayaan. Peranan media massa, khasnya televisyen adalah penting untuk memberikan galakan kepada para atlet atau ahli sukan dan untuk menjana penajaan dan pengiklanan. Malangnya liputan yang terlalu mengutamakan aspek-aspek sensasi seperti kisah peribadi, gaya hidup dan pendapatan ahli sukan kerap menimbulkan kesan negatif.
  • 7. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 60 3.2.1 Fungsi media massa Media massa mempunyai fungsinya tersendiri biar apa pun penafsiran yang diberikan terhadap media. Lazimnya setiap media ini mempunyai sasaran khalayaknya yang tersendiri dan oleh itu fungsi yang dimainkan oleh media massa agak berbeza malah kadang kala ada yang melihatnya dari perpektif yang negatif. Umumnya para sarjana komunikasi bersetuju bahawa media massa mempunyai empat peranan utama iaitu pemerhati, penafsir, penghubung dan penghibur i. Fungsi pemerhati Peranan media massa sebagai pemerhati boleh ditafsirkan sebagai media massa bertugas sebagai pemerhati yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku disekitar kita. Melalui pemerhatian tersebut media akan melaporkan kepada audien melalui berita atau maklumat yang signifikan dan berkesan kepada masyarakat. Fungsi amaran Media massa amat peka dan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling sepertri ancaman bahaya, perubahan cuaca dan sebagainya yang kemudiannya memberi amaran kepada audien agar bersiap sedia secara fizikal dan spiritual. Contohnya mengenai ancaman H1N1, Malaysia belum diserang oleh wabak ini tetapi media telah memberikan amaran awal kepada audien, oleh itu audien dapat bersiap sedia bagi mengelakkan pandemik ini.Audien tidak perlu lagi ke sana-sini untuk mendapatkan maklumat mengenai pandemik ini kerana media telah menyebarkan maklumat tentang langkah-langkah persediaan. Fungsi instrumental Media massa sebagai fungsi instrumental ini membantu audien memperoleh maklumat seperti harga barangan sukan, fesyen pakaian sukan, produk sukan yang baru dan sebagainya. Peranan ini bukan hanya dikhususkan kepada media berbentuk berita sahaja, penerbitan ringkas dan kandungan media yang
  • 8. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 61 bertujuan menghibur seperti majalah juga memainkan peranan penting dalam fungsi instrumental ini. ii. Fungsi Pentafsir Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu sahaja. Media massa juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesigniifikan sesuatu peristiwa sukan. Fungsi pentafsir media massa ini amat berkait rapat dengan fungsi pemerhati Gatekeepers. Media akan menentukan mana berita yang penting yang akan disiarkan menurut kepentingan dan keutamaannya. Berdasarkan bahan berita yang disiarkan, audien memperoleh pelbagai pandangan yang boleh dinilai sendiri oleh mereka. Interpretasi maklumat juga boloeh didapati di halaman editorial. Interpretasi, komen dan pendapat disediakan agar audien memperoleh perspektif mendalam mengenai sesuatu pemberitaan. iii. Fungsi Penghubung Media massa berkebolehan menggabungkan elemen yang berbeza di dalam masyarakat. Contohnya, pengiklanan berusaha menggabungkan keperluan pembeli dengan produk penjual. Fungsi menyampaikan mesej kepada audien merupakan peranan yang dijalankan oleh media. Maka dengan itu, media massa menjadi penghubung masyarakat dengan masyarakat dan sebagainya. Dalam perkembangan dunia teknologi maklumat ini, segala maklumat mengenai perkembangan sukan dapat diakses dihujung jari sahaja. Media massa menjadi wahana dan platform untuk berhubungan antara satu sama lain. Kemudahan seperti laman web dapat menghubungkan para peminat sukan dengan atlet, jurulatih dan juga badan-badan sukan. Fungsi menghubungkan ini juga memperlihatkan peranan media massa menyediakan akses kepada audien dengan sukan.
  • 9. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 62 iv. Penghibur Kebanyakan pihak melihat peranan media massa sebagai fungsi menghibur semata-mata. Contohnya program televisyen bertujuan untuk memberi hiburan kepada audien. Fungsi ini ditakrifkan sebagai media massa berfungsi sebagai penghibur kepada audien melalui program-program hiburan sama ada bermaklumat mahupun sekadar hiburan sahaja. Kesimpulannya media massa sememangnya mempunyai peranan yang penting dalam industri sukan hari ini. Cuma sedikit kebimbangan dengan kewujudan media massa yang lebih mengutamakan isu-isu sensasi atau gossip daripada maklumat-maklumat yang bermanfaat kepada audien. 3.3 Politik dan sukan Politik ialah alat untuk menunjukkan kuasa seperti kuasa pengurusan pasukan atau persatuan sukan, kuasa hirearki dan pengurusan dan pentadbiran sukan. Politik sememangnya wujud seiring dan bergerak secara timbal-balik dengan sukan. Politik wujud dalam kebanyakan aktiviti proses dan perkembangan sukan. Politik berlaku dalam proses pemilihan atlit atau pemain, jurulatih dan juga pegawai sukan. Politik wujud dalam pertandingan atau kejohanan, politik juga wujud dalam kelab sukan. Malahan ada kalanya politik berperanan dalam memastikan kenaikan dan kejatuhan sesuatu pasukan atau pemimpinnya. Tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa melalui sukan juga karier politik seseorang tokoh boleh dijulang atau dijatuhkan. Kuatnya pengaruh sukan terhadap politik sehingga memberi impak ke atas nasib ahli politik. Oleh sebab itu, tidak hairanlah ada negara dan kerajaan yang bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam sukan. Melalui sukan, pengaruh politik dapat diserapkan dengan berkesan. Banyak teori yang mengaitkan sukan dengan politik. Kejayaan sukan sesebuah negara di peringkat antarabangsa juga kadang-kadang dikaitkan dengan kemantapan dan kestabilan politik negara tersebut.
  • 10. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 63 Umum telah mengetahui bahawa, sesebuah badan atau persatuan sukan yang aktif memang memerlukan bantuan dari segi kewangan. Dengan adanya bantuan kewangan daripada ahli politik, maka sumber kewangan badan atau persatuan sukan tersebut sedikit sebanyak dapat ditingkatkan. Selain itu, badan sukan tersebut juga boleh menggunakan nama atau pengaruh ahli politik untuk mendapatkan penaja-penaja yang dapat memberi sumbangan dari segi kewangan. Secara tidak langsung, dengan adanya sumber kewangan, maka badan sukan tersebut dapat menjalankan segala aktiviti dan program yang telah dirancangkan seperti program latihan atlet, program pembangunan sukan, program kejurulatihan dan sebagainya. . 3.3.1 Kesan positif penglibatan ahli politik dalam sukan Politik dalam sukan juga memberi impak yang positif terhadap sukan. Antaranya politik dalam sukan dapat membina semangat setiakawan, contohnya peringkat serantau sukan SEA dan sukan Asia Selatan. Politik dalam sukan juga membina kerjasama antarabangsa seperti sukan Olimpik, sukan Komanwel dan sukan Asia. Apabila terdapatnya sesuatu pertandingan atau kejohanan sukan, ahli-ahli politik dapat menjalinkan persahabatan dan juga kerjasama dengan negara lain. Perhubungan yang baik antara negara akan dapat membantu badan sukan dalam sesuatu negara itu mendapat pelbagai maklumat untuk mempertingkatkan prestasi sesebuah badan sukan dan sebagainya. 3.3.2 Kesan negatif penglibatan ahli politik dalam sukan Sukan sejak dahulu dan hingga kini tidak dapat lari daripada belenggu percaturan politik. Umpamanya persengketaan antara Athens dan Sparta sebelum masihi dahulu masih terus berlaku hingga hari ini, contohnya Olimpik di Moscow pada 1980 dan Olimpik Los Angeles pada 1984 yang menyaksikan peristiwa memboikot penyertaaan ke sukan Olimpik oleh beberapa negara
  • 11. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 64 tertentu. Hal ini berlaku kerana blok kapitalis dan blok komunis sangat menyedarikan musuh mereka di arena politik dunia juga adalah musuh di gelanggang sukan. Persoalan prestij menjadi perkara penting dan sukan dijadikan medan untuk menunjukkan kekuatan politik dan menyampaikan mesej politik masing-masing. Seterusnya sukan juga dipolitikkan apabila jutaan malah berbilion dollar ditaburkan untuk mendapat hak eksklusif oleh penaja koporat. Hal ni menyebabkan berlakunya perlanggaran etika dengan berleluasa oleh Jawatankuasa Badan Sukan dunia demi mengejar keuntungan, antaranya melalui pelancongan, pembinaan dan pengangkutan. Seterusnya membuka ruang kepada badan sukan dunia mendapatkan imbuhan daripada pihak yang berlumba menjadi pengajur temasya sukan. Umpamanya IOC sebagai sebuah organisasi yang memiliki kuasa yang sangat luas dalam menentukan negara mana yang menganjur dan peraturan lain kejohanan telah dibeli undi OIC, dimana jutaan dollart dibelanjakan pihak korporat untuk membeli hadiah kepada anggota badan induk itu. Isu ini hangat diperkatakan selepas skandal sekitar Olimpik di Sidney pada tahun 2000 dan sekitar pemilihan Salt Lake City sebagai penganjur Olimpik musim sejuk 2002. Seorang pegawai Jawatankuasa Olimpik Australia mendedahkan perbelanjaan membeli undi untuk mendapatkan hak menganjur Olimpik di Sidney dengan bantuan kerajaan Australia mencapai AS $ 1 juta untuk membeli pelbagai jenis hadiah kepada ahli-ahli OIC, tidak termasuk belanja lain untuk memenangi hak penganjuran. Rasa kesal terhadap politik wang yang sangat berleluasa ini pernah diluahkan oleh seorang atlet Kanada, Kaliya Young yang mengambil keputusan untuk tidak menyertai Olimpik selepas melihat apa yang berlaku pada kejohanan sukan tersebut. Persembahan kompetitif atlet bukan hanya untuk menjadi sebahagian satu komuniti global yang bertanding dengan semangat kesukanan, persahabatan dan kesepakatan dunia, tetapi hanya akan diperalatkan oleh syarikat korporat demi kepentingan komersial mereka. Semangat sukan telah dihakis apabila temasya sukan menjadi platform syarikat multinasional seperti Coke, Mc Donalds dan lain-lain syarikat mempromosikan produk tidak sihat
  • 12. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 65 mereka kepada dunia dengan para atlit menjadi alat promosi mereka. Sekurang-kurangnya sejak Olimpik di Los Angeles pada 1984 yang menyaksikan peningkatan perbelanjaan dan berleluasanya tajaan korporat, skandal, korupsi, diskriminasi dan penindasan menjadi trend pesta sukan. Hal ini dapat disaksikan iklan Visa kad rasmi sukan Olimpik. Media massa memaparkan segala-galanya mengenai sukan kini yang dikuasai oleh jenama- jenama korporat. Manakala belanja besar sehingga berbilion dollar dikeluarkan penganjur untuk menganjurkan temasya sukan seolah-olah memperlihatkan politik sentiasa menjadi elemen penting dalam sukan. Terdapat sesetengah ahli politik yang gemar memegang pelbagai jawatan dalam persatuan atau badan sukan. Hal ini kerana mereka tahu jawatan- jawatan tersebut sudah tentu dapat mempopularkan mereka selain dapat membantu mereka ketika pemilihan atau pilihanraya. Penglibatan ahli politik dalam menerajui sesuatu persatuan atau badan sukan kemungkinan akan terjejas kerana para pemimpin ini juga sibuk dengan urusan pentadbiran kerajaan dan politik. Malahan terdapat juga sesetengah persatuan atau badan sukan terjejas kerana urusan politik dicampuradukkan dengan urusan persatuan atau badan sukan. Akhirnya kedua-dua jawatan iaitu jawatan kerajaan dan persatuan sukan terabai oleh kerana kesibukan dan kurangnya tumpuan. Kegiatan sukan yang terlalu kerap dilanda kemelut politik, sama ada politik persatuan atau campur tangan ahli politik. Sukan yang terlalu bergantung kepada naungan dan bantuan kewangan daripada kerajaan. Seterusnya terdapat pemimpin dalam persatuan dan badan sukan yang kurang arif dalam menyelesaikan masalah politik dalaman telah membuka ruang kepada kerajaan dan ahli politik masuk campur dalam pentadbiran dan urusan persatuan atau badan sukan. Terdapat banyak persatuan sukan yang berasakan bahawa dengan menjadikan ahli politik sebagai pemimpin, persatuan sukan boleh mengumpul dana dengan senang dan boleh mendapat pengaruh dalam pelbagai bidang. Hal ini menyebabkan lebih ramai orang menyertai persatuan sukan kerana lebih
  • 13. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 66 berminat untuk mendekati pemimpin politik berbanding yang betul-betul komited untuk bekerja bagi persatuan sukan. 3.4 Insentif dan atlet Bagi mengiktiraf sumbangan para atlet, jurulatih serta pegawai sukan, pelbagai insentif dan skim kebajikan telah diperkenalkan. Sebagai menghargai sumbangan mereka dalam pertandingan di pelbagai peringkat dalam mahupun luar negara, Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Skim Hadiah Kemenangan Atlet Remaja, Skim Galakkan Jurulatih Kebangsaan dan Skim Kecemerlangan Pengurusan Pasukan telah dijalankan oleh pihak kerajaan. Insentif-insentif ini boleh berbentuk biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insuran, perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan. Selain tiu insentif untuk kemasukan atlit ke pusat pengajian tinggi, adalah berdasarkan syarat akademik yang minimum dalam disiplin yang dipohon. Di samping itu insentif pengurangan beberapa cukai dan eksais ke atas peralatan sukanhendaklah dijalankan supaya lebih ramai orang mampu memperoleh barangan sukan pada harga yang murah. Sejak 2005, kerajaan memberikan imbuhan tetap bulan kepada pemenang pingat olimpik sama ada pingat emasa, perak atau gangsa. Imbuhan ini untuk sepanjang hayat bermula dari tarikh atlit memenangi pingat dikejohanan tersebut. Selain ganjaran kewangan, pengorbanan atlit turut diikhtiraf dalam bentuk darjah kebesaran dan pemberian rumah atau tanah. Misalnya pasukan badminton negara yang menjuarai Piala Thomas pada 1992 telah dikurniakan sebidang tanah setiap seorang daripada mereka Karier ahli sukan yang semakin singkat akibat daripada persaingan sengit menyebabkan atlet berusaha memburu wang ganjaran atau insentif ini. Jika wang menjadi motif utama maka semangat kesukanan, jati diri akan luntur. Justeru atlit perlu ditanam dengan semangat cintakan negara sejak di awal pembabitan dalam bidang sukan dan semangat cintakan sukan itu sendiri dan matlamat utama bergelar atlit ialah untuk meraih kejayaan sekaligus
  • 14. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 67 mengharumkan nama negara. Kerajaan sudah menghargai sumbangan dan pengorbanan atlet yang mengharumkan nama negara di persada dunia, kini tiba masanya para atlet yang bersaing menunjukkan kemampuan masing-masing dalam menamatkan kemarau kilauan pingat emas Olimpik untuk negara 3.5 Perjudian dan sukan Perjudian bermaksud permainan dengan menggunakan wang dan lain-lain sebagai taruhan. Perjudian juga didefinisikan sebagai memperjudikan, mempertaruhkan, mempertarungkan dan menggadaikan yang melibatkan pertaruhan. Menurut kamu pelajar (1997), perjudian ialah perbuatan atau hal menjudikan dengan bertaruhkan wang. Menurut kamu Bahasa Melayu Utusan (1995), perjudian bermaksud menggunakan wang atau sebagainya untuk dijadikan taruhan dalam permainan judi, mempertarungkan dan menggadaikan. Perjudian ialah perihal berjudi iaitu permainan dengan menggunakan wang atau barang-barang berharga sebagai taruhan 3.5.1 Mengapa wujudnya perjudian dalam sukan Wujudnya unsur perjudian dalam sukan disebabkan beberapa faktor antaranya :- i. Faktor kewangan ii. Hiburan iii. Bookie (individu atau organisasi yang menjadi dalang dalam menguruskan perjudian dalam sukan)
  • 15. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 68 3.5.2 Jenis perjudian dalam sukan i. Menentukan dan mengatur perlawanan Sebelum pertandingan atau perlawanan bermula keputusan perlawanan sudah ditentukan Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan atau perlawanan Bertaruh keputusan pertandingan Peminat sukan akan bertaruh untuk sesuatu pertandingan atau perlawanan contohnya bola sepak keputusan perlawanan ialah jumlah jaringan gol 3.5.3 Kesan perjudian dalam sukan Mencemarkan imej sukan Negara Isu perjudian dan juga rasuah dalam sukan yang tersebar melalui media massa akan menyebabkan imej sukan Negara tercemar di mata dunia Mutu sukan merosot Perjudian dan rasuah menyebabkan atlet tidak mempamerkan prestasi sebenar. Sekiranya sikap ini berterusan, prestasi atlet tersebut akan menurun dan akan menjejaskan mutu sukan negara. Kepercayaan peminat atau penonton sukan terjejas Peminat dan penonton akan berasa tertipu dengan setiap keputusan perlawanan atau pertandingan. Mereka tidak akan menyokong atlet atau pasukan yang terlibat dengan perjudian dan rasuah Menjejaskan hubungan dalam pasukan Atlet yang terlibat dengan perjuaian dan rasuah akan disisih oleh rakan-rakan
  • 16. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 69 sepasukan yang lain. Rakan-karan sepasukan akan berasa kecewa dan menyebabkan prestasi pasukan akan merosot 3.5.4 Cara mengatasi perjudian dan rasuah dalam sukan Jika terbukti ahli sukan terbabit perjudian dan rasuah, tindakan tegas perlu dikenakan dengan segera termasuk mengheret mereka ke muka pengadilan. Mereka perlu diberi pengajaran setimpal dengan kerakusan mengambil hasil perjudian dan rasuah demi menjaga semangat kesukanan. Jadikan kesilapan mereka sebagai pengajaran kepada pihak lain yang mungkin sedang menimbang tawaran lumayan daripada bookie . Tindakan proaktif perlu dijalankan oleh semua pihak. Pendidikan mengenai kesan buruk amalan perjudian dan rasuah perlu dibenteras secara serius kepada semua ahli sukan dan pentadbiran sukan. Matlamat dan aspirasi sebenar yang harus dimiliki apabila menyertai sukan harus disemai dalam kalangan ahli sukan secara berterusan. Buka platform yang luas untuk para ahli sukan untuk melaporkan sebarang usaha pihak luar yang cuba memancing ahli sukan untuk terjebak dalam gejala perjudian dan rasuah sukan ini. Antara langkah yang boleh diambil ialah :- Menghayatikan dan mengamalkan nilai moral dan etika dalam sukan Para ahli sukan perlu menghayati dan mengamalkan prinsip dan nilai moral dan etika. Amalan ini akan memberikan kesedaran kepada mereka tentang tanggungjawab kepada agama, negara dan bangsa Memberi penerangan kesan buruk perjudian dan rasuah dalam sukan Media massa berperanan menerangkan kesan buruk perjudian dan rasuah. Para peminat dan penonton sukan akan menyedari kesan negatif gejala perjudian dan rasuah terhadap mutu dan imej sukan negara.
  • 17. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 70 Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi Mereka yang terlibat dalam sukan perlu mengikuti ceramah agama dan kursus motivasi. Usaha ini akan meningkatkan kesedaran, keinsafan dan semangat kerja berpasukan. Di samping itu, mereka juga perlu diberi insentif agar dapat meningkatkan semangat mereka. Peranan kelab penyokong dan penonton Kelab-kelab penyokong berperanan menganjurkan kempen anti perjudian dan rasuah kepada para ahlinya dan peminat sukan. Kempen ini berperanan untuk menyeru peminat sukan agar membenci dan membenteras gejala perjudian dan rasuah. Kebajikan atlet dijaga dengan baik Kebajikan ahli sukan perlu dijaga, soal gaji dan elaun mereka semestinya dilunaskan mengikiut jadual. Begitu juga dengan pemberian insentif perlu tepat dan mengikut jadual pembayaran. Tindakan tegas pihak berkuasa dan badan sukan Pihak berkuasa dan badan sukan perlu bertindak tegas tanpa memilih bulu dalam isu perjudian dan rasuah sukan ini. Dengan itu atlet dan semua yang terlibat dalam sukan tidak berani terjebak dalam perjudian dan perjudian dan rasuah sukan .
  • 18. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 71 3.6 Cabaran sukan negara membangun masa kini Pembangunan sukan negara semakin mendapat perhatian serius daripada pihak kerajaan. Hasilnya tertubuhlah Jawatankuasa Kabinet mengenai pembangunan sukan yang bermatlamat untuk memartabatkan mutu sukan negara agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Antara matlamat utama jawatankuasa ini ialah fokus utama untuk melahirkan lebih ramai atlit muda yang berkualiti di peringkat sekolah melalui proses pengajaran dan pembelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani yang bersepadu. Menggalakkan pengambilan pelajar cemerlang sukan melalui perancangan penubuhan program matrikulasi dan pra-universiti bersama Sekolah Sukan Malaysia dengan mewujudkan syarat kemasukan khas kepada atlit negara dan menggalakkan pelaksanaan kajian sainstifk Sains Sukan demi membantu mempertingkatkan pengetahuan dan prestasi sukan dalam kalangan pelajar. Antara fokus yang dikenalpasti ialah pembangunan sukan secara bersepadu di peringkat sekolah melalui program melahirkan lebih ramai guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan di sekolah. 3.6.1 Cabaran dalam akademik Antara cabaran yang telah dan sedang dihadapi i. Bilangan tenaga pengajar yang terhad ii. Faktor kekurangan tenaga pengajar ini dibayangi dengan pertambahan pesat bilangan program yang ditawarkan. iii. Kekurangan kemudahan prasarana akademik iv. Faktor prasarana akademik yang terhad ini serta factor kekurangan tenaga pengajar boleh mengakibatkan kepadatan jadual kuliah pelajar yang mungkin boleh mendatangkan kesan terhadap keselesaan belajar dalam kalangan pelajar
  • 19. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 72 v. Jadual kuliah yang agak padat vi. Faktor fokus kursus yang pelbagai mewujudkan kepadatan jadual kuliah pelajar. Akibatnya pelajar hanya memiliki masa yang terhad untuk mengulangkaji pelajaran dan bergiat aktif dalam bidang sukan ii. vii. Kekurangan pelajar cemerlang sukan viii. Ramai pelajar cemerlang tidak berminat untuk aktif dalam sukan kerana pelbagai kekangan serti halangan keluarga, kerjaya dalam sukan, tumpuan kepada akademik dan sebagainya Antara cabaran lain dalam pembangun sukan ialah :- i. Infrastruktur dan fisiliti ii. Pemain kelas dunia (world class player) iii. Pembangunan atlet iv. Kebajikan atlit dan profesionalisme atlit, jurulatih, pegawai dan pemimpin sukan v. Pusat kecemerlangan atlit vi. Kekurangan hubungan yang wujud antara persatuan sukan dengan kerajaan. Perbincangan mengenai sukan jika adapun adalah terbatas vii. Persatuan sukan menerima bantuan dan sokongan kewangan yang terhad daripada kerajaan untuk kegiatan mereka viii. Badan-badan sukan dan pihak kerajaan kurang peka terhadap keperluan masing-masing ix. Kurangnya kerjasama antara badan sukan dengan pihak kerajaan Di sesetengah negara, persatuan sukan dan pihak kerajaan kurang arif tentang hasrat dan pendirian masing-masing mengenai pengurusan sukan
  • 20. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 73 3.7 Penutup Sukan tidak pernah sunyi daripada pelbagai isu seperi masalah penggunaan dadah, perjudian dan rasuah, keganasan dan sebagainya. Perkara ni bukanlah baru malah masalah ini telah. menghantui sukan sejak dahulu lagi. Sebagai insan yang trelibat dalam bidang sukan sama ada sebagai atlit, jurulatih, pegawai dan pemimpin sukan malah peminat sukan, seharusnya mematuhi nilai dan etika kesukanan secara total. Nilai dan etika telah menetapkan peraturan-peraturan tertentu. Jika para atlet, jurulatih, pegawai sukan dan penonton mematuhi nilai dan etika ini, sudah tentu isu ini tidak timbul. Penggunaan dadah memang tidak membawa sebarang faedah kepada para atlet, sebaliknya memberi kesan buruk ke atas fisiologi tubuh badan. Para atlet yang mencapai kejayaan dan kecemerlangan tanpa dadah terlarang harus menjadi kebanggaan dan dihormati oleh masyarakat dan negara. Perjudian dan rasuah juga memberi kesan buruk dan boleh menjejaskan mutu dan nama baik negara. Prestasi sebenar para atlet tidak dapat ditonjolkan malah sukan akan dipandang serong dan hina oleh masyarakat.
  • 21. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 74 TUGASAN TERARAH Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan isu-isu dalam sukan. LAMAN WEB Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.
  • 22. PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan 75 RUJUKAN Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.