ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Apa maksud ilmu Fiqh?
Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami
agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami
ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan
dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak.
Secara lebih jelas, ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; "Ilmu berkenaan hukum-hakam
Syarak yangbersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci".
Huraian;
1. Para ulamak membahagikan hukum-hakamSyarak kepada tiga iaitu;
a) Hukum-hakam I’tiqad
b) Hukum-hakam ‘Amali
c) Hukum-hakam akhlak.
Medan pengajian ilmu Fiqh ialah yang kedua di atas iaitu hukum-hakam amali. Ilmu Fiqh tidak
menyentuh tentang hukum-hakam I’tiqad, begitu juga tidak menyentuh tentang akhlak.
2. Perkataan Syarak bermaksud Allah dan Rasul. Dalil-dalil Syarak pada dasarnya ialah Kitab
Allah (yakni al-Quran) danSunnah RasulNya. Namun secara terperinci ia merangkumi juga
Ijmak, Qiyas dan sebagainya.
Apakah tujuan mempelajari ilmu Fiqh?
Tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hakam Syara’ mengenai setiap
tingkah laku manusiadan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam kehidupan dalam
segenap ruang dan lapisannya.
Ilmu Fiqh amat berguna sama ada kepada ulama’, mufti, qadhi mahupun orang awam biasa.
Bagi para ulama, mufti dan qadhi, mereka perlu mendalami ilmu ini untuk mengajar orang ramai
tentang hukum Syara’, memberi fatwa dan memutuskan hukuman terhadap sesuatu kes.
Adapun orang awam, mereka perlu mengetahui ilmu ini agar dapat menjalani kehidupan
seharian bertepatan dengangaris panduan yang ditetapkan Syara’.
Apa maksud hukum Syarak?
Kita sebutkan tadi bahawa tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum Syara’
atas setiap perbuatan kita. Apa yang dimaksudkan dengan hukum Syara’? Hukum Syara’ ialah
"Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu
dilakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau
meninggalkannya". Ketetapan ini diketahui berdasarkan penelitian terhadap dalil-dalil Syara'
iaitu al-Quran, as-Sunnah, Ijma', Qias dan sebagainya oleh para ahli Fiqh atau Mujtahid.
Berapakah pembahagian hukum Syarak?
Melihat kepada pengertian hukum di atas, dapat kita simpulkan bahawa perbuatan-perbuatan
hamba mengikut hukum Syarak berada dalam tiga bahagian besar;
Pertama; Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan
1 / 4
Apa maksud ilmu Fiqh?
Kedua; Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan
Ketiga; Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan (yakni terserah kepada manusia sama ada
ingin melakukannya ataumeninggalkannya)
Kemudian, bahagian pertama dan kedua terbahagi pula kepada dua jenis;
Pertama; Yang dituntut secara jazam iaitu tuntutan mesti.
Kedua; Yang dituntut tidak secara jazam, iaitu tuntutan secara galakan sahaja, bukan tuntutan
mesti atau wajib.
Bagi bahagian pertama (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan), jika jenis
tuntutan adalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan wajib. Adapun jika jenis tuntutan
adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan sunat. Bagi
bahagian kedua pula (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan), jika jenis
tuntutanadalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan haram. Adapun jika jenis tuntutan
adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan makruh.
Kesimpulan
Setelah memahami pengertian dan pembahagian hukum Syarak di atas, dapat kita simpulkan
perbuatan-perbuatan mukallaf mengikut hukum Syarak terbahagi kepada lima jenis;
1. Yang wajib; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang mesti dilakukan di mana
jika ditinggalkan akan berdosa.
2. Yang sunat; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya
oleh Syarakiaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika
ditinggalkannya.
3. Yang haram; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan di
mana jika dilakukan akan berdosa.
4. Yang makruh; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang digalakkan
meninggalkannya iaitu diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya (kerana Allah),
namun tidak dikira berdosa jika dilakukannya.
5. Yang mubah (harus); iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang diserah kepada
pilihan manusia samaada ingin melakukannya atau meninggalkannya di mana sebarang
pilihannya tidak akan membawa implikasi dosa atau pahala.
Tidak ada perbuatan mukallaf dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya melainkan tertakluk
dengan salah satudari hukum lima di atas.
Apa makna mukallaf? Siapakah yang dikatakan sebagai mukallaf?
2 / 4
Apa maksud ilmu Fiqh?
Mukallaf ialah seorang yang telah mencukupi syarat untuk diberikan taklif Syarak (yakni
tuntutan dankewajipan Syarak). Orang yang mukallaf wajib mematuhi ketetapan agama dan
setiap perbuatan dan perlakuannya tertakluk dengan hukum yang telah ditetapkan oleh agama
sama ada wajib, haram, harus dan sebagainya tadi. Syarat-syarat mukallaf ialah:
1. Telah sampai umur (yakni baligh)
2. Memiliki akal yang waras
3. Sampai dakwah kepadanya
4. Sempurna pancaindera, khususnya penglihatan atau pendengaran.
Siapakah orang-orang yang terkeluar dari kelompok mukallaf?
Dari takrif dan syarat-syarat mukallaf tadi, terkeluar dari kelompok mukallaf:
1. Kanak-kanak yang belum baligh. Kanak-kanak yang mati sebelum baligh, ia akan selamat
(dari siksaan Allah)sekalipun anak-anak orang kafir.
2. Orang gila atau tidak siuman
3. Orang-orang yang tidak sampai dakwah kepadanya termasuklah ahlul-fatrah iaitu
orang-orang yang hidup di antara zaman pengutusan Rasul (*yakni mereka jauh dari Rasul
yang terdahulu dan tidak berkesempatan dengan Rasul yang bakal datang) atau hidup di
zaman Rasul yang bukan diutuskan kepada mereka. Mereka akan selamat dari siksaan Allah
kerana tidak sampai dakwah kepada mereka.
(Rujuk: Hasyiyah Imam al-Baijuri ‘ala Jauharati-Tauhid, hlm. 67-68).
Apa cabang-cabang ilmu yang terkandung dalam ilmu Fiqh?
Ilmu Fiqh merangkumi dua bahagian besar;
1. Ibadah; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan. Ia
merangkumi ibadah solat, puasa,zakat, haji dan sebagainya.
2. Mu'amalat; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia sesama manusia.
Cabang mu’amalat ini merangkumi pula bidang-bidang berikut;
a) Hukum-hakam tentang kekeluargaan yang merangkumi perkahwinan, perceraian,
perwarisan, nafkah dan sebagainya.
b) Hukum-hakam tentang harta seperti jual-beli, sewa-menyewa, gadaian, jaminan dan
sebagainya.
c) Hukum-hakam tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara merangkumi kewajipan
melantik ketua negara, tanggungjawab ketua negara/pemimpin dan hak dan kewajipan
rakyat/warga negara.
d) Hukum-hakam tentang kehakiman/pengadilan merangkumi membuat keputusan (al-qadha),
pendakwaan, prinsip-prinsip hukuman, kesaksian, sumpah, keterangan dan sebagainya.
e) Hukum-hakam tentang ahli Zimmah (orang bukan Islam yang mendiami dalam negara Islam)
merangkumi hak-hak dan tanggungjawab mereka terhadap negara dan sebagainya.
3 / 4
Apa maksud ilmu Fiqh?
f) Hukum-hakam tentang hubungan antarabangsa merangkumi hubungan negara Islam dengan
negara-negara luar di masa damai atau ketika perang.
g) Hukum-hakam tentang kewangan negara merangkumi sumber-sumber pendapatan negara
dan perbelanjaan-perbelanjaannya.
h) Hukum-hakam tentang jenayah dan hukuman; merangkumi penetapan perkara-perkara yang
terlarang dan hukuman-hukumannnya, cara-cara menetapkan/mensabit kesalahan-kesalahan
jenayah dan perlaksanaan hukuman terhadapnya.
Apakah sumber-sumber ilmu Fiqh?
Sumber-sumber ilmu Fiqh bermaksud dalil-dalil yang menjadi sandaran ahli-ahli Fiqh (Faqih
atau Fuqahak) dalam mengeluar hukum-hakam Fiqh. Ia terdiri dari sumber-sumber asal dan
sumber-sumber sokongan. Sumber asal bagi ilmu Fiqh ada dua sahaja iaitu;
1. Al-Quran
2. As-Sunnah
Sumber-sumber sokongan bermaksud dalil-dalil tambahan yang membantu ahli-ahli Fiqh untuk
mengeluarkanhukum-hakam Fiqh menepati prinsip sumber asal di atas (al-Quran dan
as-Sunnah). Ia terdiri dari;
1. Ijmak
2. Qiyas
3. Istishab
4. Masalih Mursalah
5. Istihsan
6. 'Uruf
7. Syari'at terdahulu
4 / 4

More Related Content

What's hot (20)

Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumudSejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud
Zafirah Abdullah
Ìý
Takhrij al hadith
Takhrij al hadithTakhrij al hadith
Takhrij al hadith
wmkfirdaus
Ìý
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKHUSULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
smka wataniah machang, kelantan
Ìý
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Khairul Anwar
Ìý
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & ASHADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
Farra Shahirra
Ìý
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
Danialkmal
Ìý
Konsep ulum al quran
Konsep ulum al quranKonsep ulum al quran
Konsep ulum al quran
AliahNadhirah1
Ìý
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Zafirah Abdullah
Ìý
Isu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh PerubatanIsu semasa Fiqh Perubatan
Isu semasa Fiqh Perubatan
Rashidi Ahmad
Ìý
Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Nur Zaki
Ìý
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
IZZATIZULKEFLI1
Ìý
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
Salam Salleh
Ìý
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Zafirah Abdullah
Ìý
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
Angah Rahim
Ìý
Al nubuwwah
Al nubuwwahAl nubuwwah
Al nubuwwah
Suhaimi Shafie
Ìý
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
fieearra
Ìý
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Atiekah Pauzi
Ìý
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
 kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
kaitan antara fiqh & aqidah, sumber fiqh
IM UMAZ
Ìý
Solat dari perspektif kepimpinan dan sosial
Solat dari perspektif kepimpinan dan sosialSolat dari perspektif kepimpinan dan sosial
Solat dari perspektif kepimpinan dan sosial
Aidil Syazwan
Ìý
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Ezad Azraai Jamsari

Similar to Apakah maksud ilmu Fiqh? (20)

PPT Pengertian Fiqh Secara Umum Matakuliah fiqh
PPT Pengertian Fiqh Secara Umum Matakuliah fiqhPPT Pengertian Fiqh Secara Umum Matakuliah fiqh
PPT Pengertian Fiqh Secara Umum Matakuliah fiqh
zulfikaradznanw
Ìý
Bab 1 konsep fikih dan ibadah dalam islam
Bab 1 konsep fikih dan ibadah dalam islamBab 1 konsep fikih dan ibadah dalam islam
Bab 1 konsep fikih dan ibadah dalam islam
wahyudinia112
Ìý
Bab 2 Sumber Hukum Islam
Bab 2   Sumber Hukum IslamBab 2   Sumber Hukum Islam
Bab 2 Sumber Hukum Islam
WanBK Leo
Ìý
Bab 6 ushul fikih
Bab 6 ushul fikihBab 6 ushul fikih
Bab 6 ushul fikih
wahyudinia112
Ìý
Edit usul fiqh 2 0506
Edit usul fiqh 2 0506Edit usul fiqh 2 0506
Edit usul fiqh 2 0506
Kamarudin Jaafar
Ìý
MATERI FIQH.pptx
MATERI FIQH.pptxMATERI FIQH.pptx
MATERI FIQH.pptx
Idrus27
Ìý
Terminologi hakim, mahkum fih, mahkum 'alaih
Terminologi  hakim, mahkum fih, mahkum 'alaihTerminologi  hakim, mahkum fih, mahkum 'alaih
Terminologi hakim, mahkum fih, mahkum 'alaih
Marhamah Saleh
Ìý
Ciri-ciri Syariah.pptx
Ciri-ciri Syariah.pptxCiri-ciri Syariah.pptx
Ciri-ciri Syariah.pptx
SallyYeo9
Ìý
Poto copian pemahaman studi hukum islam
Poto copian pemahaman studi hukum islamPoto copian pemahaman studi hukum islam
Poto copian pemahaman studi hukum islam
Nur Alfiyatur Rochmah
Ìý
PPT Bab 5
PPT Bab 5 PPT Bab 5
PPT Bab 5
wildiaekafutikha
Ìý
Bab 5 sem 1
Bab 5 sem 1Bab 5 sem 1
Bab 5 sem 1
yuniaistiqomah
Ìý
Bab 5 sem 1
Bab 5 sem 1Bab 5 sem 1
Bab 5 sem 1
cahyaningsihlilis
Ìý
Syariah dan ilmu fiqh
Syariah dan ilmu fiqhSyariah dan ilmu fiqh
Syariah dan ilmu fiqh
Garuda Indonesia
Ìý
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPANUITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
sakura rena
Ìý
Kaedah Fiqh dalam Keusahawanan Sosial Islam (KSI)
Kaedah Fiqh dalam Keusahawanan Sosial Islam (KSI)Kaedah Fiqh dalam Keusahawanan Sosial Islam (KSI)
Kaedah Fiqh dalam Keusahawanan Sosial Islam (KSI)
Mohd Adib Abd Muin, Senior Lecturer at Universiti Utara Malaysia
Ìý
Makalah usul fiqih
Makalah usul fiqihMakalah usul fiqih
Makalah usul fiqih
Ade Mufti Kholil
Ìý
Materi_BAB_I_Konsep_Fiqih_dalam_Islam.ppt
Materi_BAB_I_Konsep_Fiqih_dalam_Islam.pptMateri_BAB_I_Konsep_Fiqih_dalam_Islam.ppt
Materi_BAB_I_Konsep_Fiqih_dalam_Islam.ppt
MuhammadDediAhyadi
Ìý
PENGENALAN FIKH DAN PERMASALAHANNYA
PENGENALAN FIKH DAN PERMASALAHANNYAPENGENALAN FIKH DAN PERMASALAHANNYA
PENGENALAN FIKH DAN PERMASALAHANNYA
Musa Ghazali
Ìý
PPT Pengertian Fiqh Secara Umum Matakuliah fiqh
PPT Pengertian Fiqh Secara Umum Matakuliah fiqhPPT Pengertian Fiqh Secara Umum Matakuliah fiqh
PPT Pengertian Fiqh Secara Umum Matakuliah fiqh
zulfikaradznanw
Ìý
Bab 1 konsep fikih dan ibadah dalam islam
Bab 1 konsep fikih dan ibadah dalam islamBab 1 konsep fikih dan ibadah dalam islam
Bab 1 konsep fikih dan ibadah dalam islam
wahyudinia112
Ìý
Bab 2 Sumber Hukum Islam
Bab 2   Sumber Hukum IslamBab 2   Sumber Hukum Islam
Bab 2 Sumber Hukum Islam
WanBK Leo
Ìý
Bab 6 ushul fikih
Bab 6 ushul fikihBab 6 ushul fikih
Bab 6 ushul fikih
wahyudinia112
Ìý
Edit usul fiqh 2 0506
Edit usul fiqh 2 0506Edit usul fiqh 2 0506
Edit usul fiqh 2 0506
Kamarudin Jaafar
Ìý
MATERI FIQH.pptx
MATERI FIQH.pptxMATERI FIQH.pptx
MATERI FIQH.pptx
Idrus27
Ìý
Terminologi hakim, mahkum fih, mahkum 'alaih
Terminologi  hakim, mahkum fih, mahkum 'alaihTerminologi  hakim, mahkum fih, mahkum 'alaih
Terminologi hakim, mahkum fih, mahkum 'alaih
Marhamah Saleh
Ìý
Ciri-ciri Syariah.pptx
Ciri-ciri Syariah.pptxCiri-ciri Syariah.pptx
Ciri-ciri Syariah.pptx
SallyYeo9
Ìý
Poto copian pemahaman studi hukum islam
Poto copian pemahaman studi hukum islamPoto copian pemahaman studi hukum islam
Poto copian pemahaman studi hukum islam
Nur Alfiyatur Rochmah
Ìý
Syariah dan ilmu fiqh
Syariah dan ilmu fiqhSyariah dan ilmu fiqh
Syariah dan ilmu fiqh
Garuda Indonesia
Ìý
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPANUITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
sakura rena
Ìý
Materi_BAB_I_Konsep_Fiqih_dalam_Islam.ppt
Materi_BAB_I_Konsep_Fiqih_dalam_Islam.pptMateri_BAB_I_Konsep_Fiqih_dalam_Islam.ppt
Materi_BAB_I_Konsep_Fiqih_dalam_Islam.ppt
MuhammadDediAhyadi
Ìý
PENGENALAN FIKH DAN PERMASALAHANNYA
PENGENALAN FIKH DAN PERMASALAHANNYAPENGENALAN FIKH DAN PERMASALAHANNYA
PENGENALAN FIKH DAN PERMASALAHANNYA
Musa Ghazali
Ìý

Recently uploaded (20)

Kiraan Kadar Nadi Karvonen nadi mak nadi rehat
Kiraan Kadar Nadi Karvonen nadi mak nadi rehatKiraan Kadar Nadi Karvonen nadi mak nadi rehat
Kiraan Kadar Nadi Karvonen nadi mak nadi rehat
ssuser7d8dcb
Ìý
Seleksi Penerimaan Murid Baru 2025.pptx
Seleksi Penerimaan Murid Baru  2025.pptxSeleksi Penerimaan Murid Baru  2025.pptx
Seleksi Penerimaan Murid Baru 2025.pptx
Fajar Baskoro
Ìý
1.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
1.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 41.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
1.2 Algoritma SAINS KOMPUTER TINGKATAN 4
NORMUHAMADBINYAACOBK
Ìý
Organ Pencernaan dan Fungsinya Kelas 8 Fase D.pptx
Organ Pencernaan dan Fungsinya Kelas 8 Fase D.pptxOrgan Pencernaan dan Fungsinya Kelas 8 Fase D.pptx
Organ Pencernaan dan Fungsinya Kelas 8 Fase D.pptx
IrfanIdris7
Ìý
Sosialisasi Pesantren Ramadhan untuk sekolah.pptx
Sosialisasi Pesantren Ramadhan untuk sekolah.pptxSosialisasi Pesantren Ramadhan untuk sekolah.pptx
Sosialisasi Pesantren Ramadhan untuk sekolah.pptx
shofwanwinarlik
Ìý
1. Trafo Tegangan 2. Trafo Tegangan Magnetik 3. Trafo Pembagi Tegangan Ka...
1. Trafo Tegangan  	2. Trafo Tegangan Magnetik  	3. Trafo Pembagi Tegangan Ka...1. Trafo Tegangan  	2. Trafo Tegangan Magnetik  	3. Trafo Pembagi Tegangan Ka...
1. Trafo Tegangan 2. Trafo Tegangan Magnetik 3. Trafo Pembagi Tegangan Ka...
poenyarha
Ìý
Manajemen Perpustakaan BAPETEN BerdasarkanÌýSNI 7496:2009
Manajemen Perpustakaan BAPETEN BerdasarkanÌýSNI 7496:2009Manajemen Perpustakaan BAPETEN BerdasarkanÌýSNI 7496:2009
Manajemen Perpustakaan BAPETEN BerdasarkanÌýSNI 7496:2009
Murad Maulana
Ìý
Teks fiks Didik anak dengan islamiyah.pptx
Teks fiks Didik anak dengan islamiyah.pptxTeks fiks Didik anak dengan islamiyah.pptx
Teks fiks Didik anak dengan islamiyah.pptx
ArizOghey1
Ìý
Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...
Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...
Analisis Subjek Literatur Pada Disertasi Kajian Budaya dan Media (KBM) Sekola...
Murad Maulana
Ìý
Keragaman Alam Indonesia materi IPS.pptx
Keragaman Alam Indonesia materi IPS.pptxKeragaman Alam Indonesia materi IPS.pptx
Keragaman Alam Indonesia materi IPS.pptx
aifi3
Ìý
Farmakologi (antibiotik, antivirus, antijamur).pptx
Farmakologi (antibiotik, antivirus, antijamur).pptxFarmakologi (antibiotik, antivirus, antijamur).pptx
Farmakologi (antibiotik, antivirus, antijamur).pptx
michellepikachuuu
Ìý
PPT Perkawinan (Poligami, Monogami).pptx
PPT Perkawinan (Poligami, Monogami).pptxPPT Perkawinan (Poligami, Monogami).pptx
PPT Perkawinan (Poligami, Monogami).pptx
rahmiati190700
Ìý
Rencana PS Bahasa Indonesia Format Baru.pdf
Rencana PS Bahasa Indonesia Format Baru.pdfRencana PS Bahasa Indonesia Format Baru.pdf
Rencana PS Bahasa Indonesia Format Baru.pdf
edenmanoppo
Ìý
Buku Mengokohkan Karakter Pancasila Melalui Integrasi Nilai nilai Keagamaan
Buku Mengokohkan Karakter Pancasila Melalui Integrasi Nilai nilai KeagamaanBuku Mengokohkan Karakter Pancasila Melalui Integrasi Nilai nilai Keagamaan
Buku Mengokohkan Karakter Pancasila Melalui Integrasi Nilai nilai Keagamaan
ssuser521b2e1
Ìý
Manual DIVI Builder (Bahasa Indonesia).pdf
Manual DIVI Builder (Bahasa Indonesia).pdfManual DIVI Builder (Bahasa Indonesia).pdf
Manual DIVI Builder (Bahasa Indonesia).pdf
Igen D
Ìý
Proposal Kegiatan Santunan Anak Yatim.docx
Proposal Kegiatan Santunan Anak Yatim.docxProposal Kegiatan Santunan Anak Yatim.docx
Proposal Kegiatan Santunan Anak Yatim.docx
tuminsa934
Ìý
Buku 1 tentang orang Hukum perdata Universitas Negeri Semarang
Buku 1 tentang orang Hukum perdata Universitas Negeri SemarangBuku 1 tentang orang Hukum perdata Universitas Negeri Semarang
Buku 1 tentang orang Hukum perdata Universitas Negeri Semarang
iztawanasya1
Ìý
PELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.ppt
PELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.pptPELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.ppt
PELAKSANAAN RPI MURID PENDIDIKAN KHASS.ppt
ALEENMPP
Ìý
1. KISI-KISI SOAL PSAJ BAHASA INGGRIS 2025 - Elis Sulastri.docx
1. KISI-KISI SOAL PSAJ BAHASA INGGRIS 2025 - Elis Sulastri.docx1. KISI-KISI SOAL PSAJ BAHASA INGGRIS 2025 - Elis Sulastri.docx
1. KISI-KISI SOAL PSAJ BAHASA INGGRIS 2025 - Elis Sulastri.docx
AhsanBodonk
Ìý
1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx
1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx
1. -MICROTEACHING- Modul Penanganan Kekerasan.pptx
SofyanSkmspd

Apakah maksud ilmu Fiqh?

  • 1. Apa maksud ilmu Fiqh? Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak. Secara lebih jelas, ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; "Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yangbersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci". Huraian; 1. Para ulamak membahagikan hukum-hakamSyarak kepada tiga iaitu; a) Hukum-hakam I’tiqad b) Hukum-hakam ‘Amali c) Hukum-hakam akhlak. Medan pengajian ilmu Fiqh ialah yang kedua di atas iaitu hukum-hakam amali. Ilmu Fiqh tidak menyentuh tentang hukum-hakam I’tiqad, begitu juga tidak menyentuh tentang akhlak. 2. Perkataan Syarak bermaksud Allah dan Rasul. Dalil-dalil Syarak pada dasarnya ialah Kitab Allah (yakni al-Quran) danSunnah RasulNya. Namun secara terperinci ia merangkumi juga Ijmak, Qiyas dan sebagainya. Apakah tujuan mempelajari ilmu Fiqh? Tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hakam Syara’ mengenai setiap tingkah laku manusiadan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya. Ilmu Fiqh amat berguna sama ada kepada ulama’, mufti, qadhi mahupun orang awam biasa. Bagi para ulama, mufti dan qadhi, mereka perlu mendalami ilmu ini untuk mengajar orang ramai tentang hukum Syara’, memberi fatwa dan memutuskan hukuman terhadap sesuatu kes. Adapun orang awam, mereka perlu mengetahui ilmu ini agar dapat menjalani kehidupan seharian bertepatan dengangaris panduan yang ditetapkan Syara’. Apa maksud hukum Syarak? Kita sebutkan tadi bahawa tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum Syara’ atas setiap perbuatan kita. Apa yang dimaksudkan dengan hukum Syara’? Hukum Syara’ ialah "Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya". Ketetapan ini diketahui berdasarkan penelitian terhadap dalil-dalil Syara' iaitu al-Quran, as-Sunnah, Ijma', Qias dan sebagainya oleh para ahli Fiqh atau Mujtahid. Berapakah pembahagian hukum Syarak? Melihat kepada pengertian hukum di atas, dapat kita simpulkan bahawa perbuatan-perbuatan hamba mengikut hukum Syarak berada dalam tiga bahagian besar; Pertama; Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan 1 / 4
  • 2. Apa maksud ilmu Fiqh? Kedua; Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan Ketiga; Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan (yakni terserah kepada manusia sama ada ingin melakukannya ataumeninggalkannya) Kemudian, bahagian pertama dan kedua terbahagi pula kepada dua jenis; Pertama; Yang dituntut secara jazam iaitu tuntutan mesti. Kedua; Yang dituntut tidak secara jazam, iaitu tuntutan secara galakan sahaja, bukan tuntutan mesti atau wajib. Bagi bahagian pertama (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan), jika jenis tuntutan adalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan wajib. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan sunat. Bagi bahagian kedua pula (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan), jika jenis tuntutanadalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan haram. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan makruh. Kesimpulan Setelah memahami pengertian dan pembahagian hukum Syarak di atas, dapat kita simpulkan perbuatan-perbuatan mukallaf mengikut hukum Syarak terbahagi kepada lima jenis; 1. Yang wajib; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang mesti dilakukan di mana jika ditinggalkan akan berdosa. 2. Yang sunat; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya oleh Syarakiaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya. 3. Yang haram; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan di mana jika dilakukan akan berdosa. 4. Yang makruh; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang digalakkan meninggalkannya iaitu diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya (kerana Allah), namun tidak dikira berdosa jika dilakukannya. 5. Yang mubah (harus); iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang diserah kepada pilihan manusia samaada ingin melakukannya atau meninggalkannya di mana sebarang pilihannya tidak akan membawa implikasi dosa atau pahala. Tidak ada perbuatan mukallaf dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya melainkan tertakluk dengan salah satudari hukum lima di atas. Apa makna mukallaf? Siapakah yang dikatakan sebagai mukallaf? 2 / 4
  • 3. Apa maksud ilmu Fiqh? Mukallaf ialah seorang yang telah mencukupi syarat untuk diberikan taklif Syarak (yakni tuntutan dankewajipan Syarak). Orang yang mukallaf wajib mematuhi ketetapan agama dan setiap perbuatan dan perlakuannya tertakluk dengan hukum yang telah ditetapkan oleh agama sama ada wajib, haram, harus dan sebagainya tadi. Syarat-syarat mukallaf ialah: 1. Telah sampai umur (yakni baligh) 2. Memiliki akal yang waras 3. Sampai dakwah kepadanya 4. Sempurna pancaindera, khususnya penglihatan atau pendengaran. Siapakah orang-orang yang terkeluar dari kelompok mukallaf? Dari takrif dan syarat-syarat mukallaf tadi, terkeluar dari kelompok mukallaf: 1. Kanak-kanak yang belum baligh. Kanak-kanak yang mati sebelum baligh, ia akan selamat (dari siksaan Allah)sekalipun anak-anak orang kafir. 2. Orang gila atau tidak siuman 3. Orang-orang yang tidak sampai dakwah kepadanya termasuklah ahlul-fatrah iaitu orang-orang yang hidup di antara zaman pengutusan Rasul (*yakni mereka jauh dari Rasul yang terdahulu dan tidak berkesempatan dengan Rasul yang bakal datang) atau hidup di zaman Rasul yang bukan diutuskan kepada mereka. Mereka akan selamat dari siksaan Allah kerana tidak sampai dakwah kepada mereka. (Rujuk: Hasyiyah Imam al-Baijuri ‘ala Jauharati-Tauhid, hlm. 67-68). Apa cabang-cabang ilmu yang terkandung dalam ilmu Fiqh? Ilmu Fiqh merangkumi dua bahagian besar; 1. Ibadah; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan. Ia merangkumi ibadah solat, puasa,zakat, haji dan sebagainya. 2. Mu'amalat; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia sesama manusia. Cabang mu’amalat ini merangkumi pula bidang-bidang berikut; a) Hukum-hakam tentang kekeluargaan yang merangkumi perkahwinan, perceraian, perwarisan, nafkah dan sebagainya. b) Hukum-hakam tentang harta seperti jual-beli, sewa-menyewa, gadaian, jaminan dan sebagainya. c) Hukum-hakam tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara merangkumi kewajipan melantik ketua negara, tanggungjawab ketua negara/pemimpin dan hak dan kewajipan rakyat/warga negara. d) Hukum-hakam tentang kehakiman/pengadilan merangkumi membuat keputusan (al-qadha), pendakwaan, prinsip-prinsip hukuman, kesaksian, sumpah, keterangan dan sebagainya. e) Hukum-hakam tentang ahli Zimmah (orang bukan Islam yang mendiami dalam negara Islam) merangkumi hak-hak dan tanggungjawab mereka terhadap negara dan sebagainya. 3 / 4
  • 4. Apa maksud ilmu Fiqh? f) Hukum-hakam tentang hubungan antarabangsa merangkumi hubungan negara Islam dengan negara-negara luar di masa damai atau ketika perang. g) Hukum-hakam tentang kewangan negara merangkumi sumber-sumber pendapatan negara dan perbelanjaan-perbelanjaannya. h) Hukum-hakam tentang jenayah dan hukuman; merangkumi penetapan perkara-perkara yang terlarang dan hukuman-hukumannnya, cara-cara menetapkan/mensabit kesalahan-kesalahan jenayah dan perlaksanaan hukuman terhadapnya. Apakah sumber-sumber ilmu Fiqh? Sumber-sumber ilmu Fiqh bermaksud dalil-dalil yang menjadi sandaran ahli-ahli Fiqh (Faqih atau Fuqahak) dalam mengeluar hukum-hakam Fiqh. Ia terdiri dari sumber-sumber asal dan sumber-sumber sokongan. Sumber asal bagi ilmu Fiqh ada dua sahaja iaitu; 1. Al-Quran 2. As-Sunnah Sumber-sumber sokongan bermaksud dalil-dalil tambahan yang membantu ahli-ahli Fiqh untuk mengeluarkanhukum-hakam Fiqh menepati prinsip sumber asal di atas (al-Quran dan as-Sunnah). Ia terdiri dari; 1. Ijmak 2. Qiyas 3. Istishab 4. Masalih Mursalah 5. Istihsan 6. 'Uruf 7. Syari'at terdahulu 4 / 4