This document contains summaries of 12 dodgeball training sessions. The objectives are to improve throwing and catching accuracy, blocking skills, teamwork, and applying different techniques. Each session includes warm up exercises, instruction on main dodgeball skills, practice games, and cool down stretches. Feedback is provided after each session to help participants improve.
Dokumen ini merupakan rancangan perayaan Bulan Kemerdekaan di Sekolah Kebangsaan Pasoh 3 (F) yang meliputi tema, objektif, jadual, program, anggota jawatankuasa, persediaan dan anggaran kos. Program-programnya termasuk pelancaran, ceramah, pertandingan seperti buku skrap, mewarna, melukis, sajak dan nyanyian lagu patriotik serta penutupan dengan majlis penyampaian hadiah.
2. 1.1 Dunia Reka Bentuk
Dunia dipenuhi dengan pelbagai produk hasil
daripada reka bentuk dan teknologi seperti
pakaian, kenderaan, mesin, peralatan dan
sebagainya.
Semua ini bertujuan untuk memudahkan
kehidupan manusia agar lebih selesa, cepat,
mudah dan harmoni .
Reka bentuk dan teknologi akan sentiasa
mengubah produk sedia ada menjadi lebih baik
seiring dengan kemajuan kehidupan manusia.
3. 1.1.1 Definisi reka bentuk dan teknologi
Definisi reka bentuk
Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara
terancang untuk menghasilkan sesuatu produk
yang memberi impak kepada kehidupan.
4. Definisi Teknologi
Pengaplikasian ilmu sains dan matematik
dengan menggunakan sumber semula jadi untuk
dijadikan alat, tenaga atau sistem. Fungsi
teknologi untuk memudahkan tugasan manusia.
5. Definisi Reka Bentuk dan Teknologi
Dapat dirumuskan bahawa reka bentuk dan
teknologi merupakan gabungan pengetahuan
tentang penyusunan bahan secara terancang
dengan mengaplikasikan pengetahuan ilmu sains
dan matematik.
Tujuan adalah untuk memudahkan kehidupan
manusia .
6. Bidang Reka bentuk dan Teknologi
Terbahagi kepada dua iaitu reka bentuk konkrit
dan abstrak
Konkrit Abstrak
Teknologi Seni Perkhidmatan Komunikasi
Peralatan
Mesin
Pertanian
Pemakanan
Pakaian
Persenjataan
Seramik
Masakan
Lukisan
Alat muzik
Arca
Halus
Pengangkutan
Sewaan
Sistem pembelajaran
Sistem pengairan
Bahasa
Atur cara
Persuratan
Bunyi dan
suara
Pengiklanan
Grafik
7. 1.1.2 Elemen reka bentuk
Perkara yang dapat membantu
menzahirkan idea seseorang dalam
bentuk lukisan atau lakaran
Garisan
Rupa
Ruang
Bentuk
Warna
Saiz Tekstur
Elemen
Reka
Bentuk
8. Garisan
Garisan ialah cantuman atau sambungan siri
titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak.
Berikut ialah fungsi garisan
i.Membahagikan dua ruang kawasan bagi menarik perhatian
ke lokasi tertentu. Contoh: Jadual
Hari / Masa 7.30 – 9.30 10.30 – 12.30
ISNIN KUMPULAN 2
SELASA KUMPULAN 2
9. ii. Menunjukkan pergerakan arah atau aliran. Contoh:
Papan tanda
iii. Menunjukkan perhubungan antara elemen. Contoh: Gear
serong
10. iv. Mewakili ketegangan antara dua titik. Contoh : Tali gitar
v. Menunjukkan kestabilan dan kerehatan. Contoh: garisan
melintang pada batu batu
11. vi. Menunjukkan keseimbagan, Contoh: Garisan menegak
pada tali jam
vii. Menunjukkan daya gerakan yang dinamik. Contoh:
Garisan serong pada kotak
12. viii. Mewakili gerakan dan tenaga yang berpadu. Contoh:
Contohnya paip air
ix. Menunjukkan objek itu dekat. Contoh: Jika garisan tebal
digunakan. Menunjukkan objek itu jauh. Contoh: Jika
garisan nipis atau halus digunakan
13. Rupa
Rupa ialah hasil pertemuan antara hujung
garisan dengan permulaannya. Rupa
mempunyai permukaan yang rata dan
bergarisan di luar (outline) sebagai sempadan
yang mengelilinginya. Ini bermaksud rupa
mempunyai ruang kawasan yang berbeza
daripada ruang di sekeliling dan bersifat 2D
(tidak berjisim) serta mempunyai luas
14. Terdapat 2 kategori rupa iaitu rupa geometri dan
rupa organik.
Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut
dan penjuru
bulatan lonjong segi empat sama berlian
segi tiga segi empat tepat trapezium rombus
15. Rupa organik mempunyai permukaan yang bebas
dan tidak terikat pada bentuk yang khusus.
Contohnya ialah corak bunga
16. Bentuk
Bentuk ialah objek yang mempunyai ruang, isi padu
dan mempunyai lebih dari satu permurkaan.
Terdapat dua jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan
bentuk abstrak atau ilusi. Objek boleh dipegang
dinamakan bentuk konkrit. Bentuk kelihtan 3D
dinamakan bentuk ilusi
Contoh bentuk ilusi (3D)
17. Tekstur
Tekstur atau jalinan merupakan satu teknik yang
memberikan impak atau kesan terhadap orang yang
melihat sesuatu permukaan pada lukisan atau
objek. Impak boleh juga dirasai melalui sentuhan
pada objek yang sedia ada. Contoh tekstur pada
objek ialah kasar, licin, halus, kesat, lembut dan
keras.
Contoh tekstur
18. Saiz
Saiz ialah urusan atau dimensi bagi sesuatu objek.
Saiz boleh digunakan untuk menunjukkan kesan
perbezaan jarak, panjang, tinggi dan kedalaman
objek
Contoh perbandingan dari segi saiz
19. Warna
Warna ialah kesan melalui pembalikan cahaya atau
sesuatu objek. Kesan yang diberikan ialah secara
langsung kepada mata, emosi dan psikologi orang
yang melihat dan menggunakannya.
Warna terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu
i.Warna primer/ warna asas/ warna utama
ii.Warna sekunder
iii.Warna tertier
20. Warna panas ialah warna yang terang dan jelas. Warna ini
dapat menimbulkan suasana ceria, riang dan bersemangat
Warna sejuk memberikan kesan cahaya yang rendah. Warna
ini memberikan kesan redup, tenang dan damai serta
menyejukkan mata memandang.
21. Ruang
Ruang ialah kawasan kosong yang dikelilingi oleh
elemen garisan bagi menampakkan objek dengan
lebih jelas. Keluasan ruang menjadikan sesuatu
reka bentuk lebih terserlah dan menarik,
Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang nyata atau
fizikal dan ruang ilusi atau tampak
Jenis-jenis ruang
Ruang negatif Ruang positif
22. 1.1.3 Prinsip reka bentuk
Prinsip reka bentuk ialah konsep atau aturan yang
digunakan pada elemen reka bentuk bagi
memudahkan pembinaan sesuatu objek agar visual
yang dihasilkan menjadi menarik, selesa serta
memberi kepuasan kepada pelanggan
kesimbangan
Pengulangan
Harmoni
Kontras
Keringkasan
Kesatuan Kepelbagaian
Prinsip
Reka
Bentuk
23. Keseimbangan
Keseimbangan dapat mewujudkan keseragaman
dan kestabilan. Keseimbangan berlaku apabila reka
bentuk mempunyai keseragaman dari sudut berat,
tarikan atau tumpuan perhatian. Terdapat dua jenis
keseimbangan iaitu keseimbangan simetri (formal)
dan kesimbangan asimetri (tidak formal).
Kesimbangan simetri mempunyai persamaan pada
kedua-dua bahagiannya, manakala asimetri bersifat
sebaliknya.
simetri asimetri
24. Pengulangan
Pengulangan bermaksud penyusunan semula
objek secara berulang-ulang dari segi saiz dan
bentuk. Berlaku dalam bentuk pola, susunan
bersiri, selaru atau berjejari. Tujuannya untuk
menghasilkan satu corak unsur yang berulang
dan lengkap
Pengulangan dari susunan dan objek
25. Kontras
Kontras ialah perbezaan ketara antara ciri elemen yang
digunakan. Tujuannya untuk meyerlahkan perbezaan dan
untuk menarik perhatian. Contoh;
i.Tekstur : kasar dan licin
ii.Kedudukan : kiri dan kanan
iii.Warna : terang dan gelap
iv.Saiz : besar dan kecil
v.Bentuk : bulat dan bersegi
vi.Ruang : jauh dan dekat
Kontras dari segi warna dan saiz
26. Kepelbagaian
Menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai
gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam
sesuatu reka bentuk. Dapat dihasilkan
menggunakan elemen reka bentuk. Tujuannya
untuk menambah daya tarikan.
Kepelbagaian dalam reka bentuk
28. Keringkasan
Idea yang kompleks perlu diolah semula dalam
bentuk visual yang lebih ringkas. Idea yang
banyak akan mengelirukan dan akan
menghilangkan tumpuan orang yang melihat
serta sukar diingati
Reka bentuk yang mudah
30. 1.1.4 Aplikasi prinsip-prinsip reka bentuk dalam
mereka bentuk objek asas
Sebelum melakar suatu produk, semua prinsip reka
bentuk hendaklah dikuasai terlebih dahulu. Contohnya,
berikut langkah untuk mereka sebuah jam dinding
berbentuk jam tangan
Langkah 1
Pilih elemen rupa yang sesuai iaitu bulat dan Heksagon.
Lakar bentuk heksagon dan juga bentuk bulatan
heksagon bulat Lakar bentuk bulatan
Bina garisan binaan
31. Langkah 2
Pastikan lakaran itu mengikut prinsip reka bentuk iaitu
ringkas dan seimbang.
Lakar bahagian tali. Seterusnya perincikan lakaran.
Lakar bahagian tali
Perincian lakaran
Prinsip kesejajaran
dan pengulangan
Garisan menegak
dan tekstur kasar
Kesimpulannya:
Prinsip yang digunakan
ialah ringkas, kesatuan,
pengulangan dan
harmoni.
Elemen yang digunakan
ialah bentuk, saiz dan
ruang