1. PENGENALAN
Perkembangan sosio emosi merujuk kepada 2 perkembangan iaitu perkembangan emosi
dan perkembangan sosial. Perkembangan emosi ialah perkembangan perasaan kanak-kanak
manakala perkembangan sosial ialah perkembangan persekitaran kanak-kanak. Banyak
kemahiran bersosial yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam aktiviti
sehari-harian mereka. Kanak-kanak haruslah belajar bersosial dengan kanak-kanak lain dan
masyarakat sekeliling. Sewaktu zaman kanak-kanak adalah pengalaman pertama kanak-kanak
bersosial dengan rakan-rakan dan masyarakat. Perbincangan dalam satu kumpulan adalah salah
satu kemahiran bersosial dimana kanak-kanak belajar berkongsi bahan, berkomunikasi dengan
kanak-kanak lain dan menumpukan perhatian semasa orang lain tengah menerangkan sesuatu
perkara.
Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak terjadi pada zaman kanak-kanak lagi.
Perkembangan sosio-emosi terjadi serentak dengan perkembangan fizikal dan mental mereka.
Perkembangan sosio-emosi kanak-kanak terbahagi kepada 4 iaitu:
1) Konsep kendiri dan penerimaan diri
2) Perhubungan antara kanak-kanak dengan kanak-kanak lain
3) Perhubungan antara kanak-kanak dengan guru
4) Perhubungan kanak-kanak di dalam kumpulan.
2. KONSEP KENDIRI DAN PENERIMAAN DIRI
Konsep kendiri dapat ditakrifkan sebagai timbulnya kesedaran terhadap diri sendiri dan
ciri-ciri yang terdapat dalam diri (penampilan fizikal, kemahiran dan kemampuan). Konsep ini
adalah perbezaan pada setiap individu.
Semua kanak-kanak akan merasa bahawa mereka adalah orang yang paling
baik. Perasaan ini disebut penerimaan diri atau harga diri dimana kanak-kanak yang merasa diri
mereka baik dan percaya mereka boleh melakukan perkara-perkara yang baik mempunyai
konsep penerimaan diri yang baik.
Kanak-kanak yang memiliki konsep kendiri yang positif boleh menerima kekuatan dan
kelemahan mereka sendiri. Pada zaman globalisasi ini, banyak program kanak-kanak yang
disediakan untuk memelihara kesedaran diri dan konsep kendiri yang positif dapat di terapkan di
dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak telah belajar konsep kendiri denga cara sentuhan yang
dilakukan sejak bayi lagi.
Apabila ibu bapa memegang erat bayi mereka, bayi tersebut membesar dan menjadi
seorang kanak-kanak, mereka akan terus belajar untuk meneraima diri mereka. Apabila kanak-
kanak tersebut dipuji oleh orang sekelillingnya kanak-kanak akan gembira dan akn menerima
pujian itu dengan suka hati. Dari sini, kanak-kanak dapat belajar untuk menerimadiri mereka
sendiri walaupun apa yang mereka lakukan tidak di sukai oleh orang lain.
Di dalam program seni kanak-kanak, kanak-kanak belajar lebih banyak tentang diri dan
kemampuan diri mereka sendiri. Contohnya, apabila kanak-kanak dipuji dipuji lukisan yang
dilukisnya, kanak-kanak akan berasa bangga dengan prestasi tersebut dan merasakan dirinya
3. cukup pandai melukis. Mereka akan lebih yakin terhadap diri mereka sendiri, berkeyakinan
terhadap diri sendiri ini adalah baik untuuk kanak-kanak kerana ia bole membina pemikiraan
seni kanak-kanak dan sangat penting bagi perkembangan positif konsep kendiri.
Konsep kendiri yang baik adalah penting untuk kanak-kanak dan ianya adalah sama
penting untuk orang dewasa. Kanak-kanak juga memerlukan doronga yang sama seperti orang
dewasa.Kanak-kanak memerlukan dorongan dari segi emosional dan persekitaran yang selamat
untuk mengeksppesikan diri mereka secara kreatif. Melalui konsep ini kanak-kanak akan lebih
percaya kepada diri mereka masing-masing.
Program seni ini adalah bertujuan untuk perkembangan kanak-kanak dimana dengan cara
ini guru-guru dapat membuat pilihan bahan dan aktiviti yang sesuai mengikut peringkat kanak-
kanak melalui perkembangan yang mereka capai. Program ini juga memenuhi perkembangan
individu seseorang kanak-kanak untuk membesar dab bergaul.
Konsep Penerimaan diri melalui kegiatan seni.
Psikologi dan persekitaran adalah penting untuk pertumbuhan dan pergaulan dalam
konsep penerimaan diri kanak-kanak. Persekitaran kanak-kanak dapat dirancang agar mereka
lebih mudah untuk bergaul
a) Menerima kanak-kanak dalam peringkat perkembangan mereka.
Jika ibu bapa dan masyarakat sekeliling menerima kanak-kanak dalam cara yang positif
maka kanak-kanak dapat merasakan yang mereka akan diterima. Program seni ini dapat
membantu kanak-kanak tidak akan terlalu manja dengan ibu bapa malahan akan belajar merasa
4. lebih yakin pada diri sendiri dan kemahiran yang mereka ada. Kepercayaan kepada diri dapat
membina hubungan di antara guru dan kanak-kanak dimana apabila guru menunjukkan
kepercayaan kepada kanak-kanak, ianya akan membantu kanak-kanak mengembangkan rasa
percaya pada diri.
b) Menyediakan persekitaran yang selesa mengikut peringkat usia.
Guru seharusnya menyediakan bilik yang selesa agar kanak-kanak dapat merasa seperti
berada di rumah. Bilik-bilik ini disediakan haruslah mengikut usia kanak-kanak. Meja dan kerusi
yang disediakan adalah menngikut saiz kanak-kanak. Apabila guru menyediakan meja dan kerusi
yang tidak sesuai, kanak-kanak akan berusaha untuk menyelesakan diri mereka dimana
timbulnya kesukaran bagi kanak-kanak. Apbila kanak-kanak mendapat kerusi dan meja yang
bersesuaian mereka akan merasa selesa dan dapat memperkuatkan keyakinan diri sekaligus
memperkuatkan penerimaan diri mereka.
c) Menyediakan bahan dan aktiviti yang sesuai.
Apabila seorang guru memberikan kanak-kanak alat yang bersesuian kepada mereka, mereka
dapat mengaplikasikan dan meningkatkan kemahiran mereka. Guru juga boleh membantu
mereka dan member tunjuk ajar. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan dan mereka akan
berbangga terhadap diri sendiri.
5. d) Menyediakan bahan yang lebih kreatif
Kreativiti dapat member keyakinan dan semangat terhadap kanak-kanak. Apabila seorang guru
menyediakan bahan yang kreatif, kanak-kanak akan lebih kreatif dan percaya bahawa mereka
mampu berfikiran kreatif.
HUBUNGAN KANAK-KANAK DENGAN KANAK-KANAK LAIN.
Perhubungan ini terjadi apabila setelah seorang kanak-kanak telah menerima kanak-
kanak lain dalam hidupnya. Dalam perkembangan program seni, kanak-kanak lebih berpeluang
bersama-sama kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Kanak-kanak yang mempunyai fikiran
positif adalah seorang kanak-kanak yang jujur dan boleh menerima kemampuan diri dan kanak-
kanak lain.
Program seni adalah platform yang baik untuk perhubungan kanak-kanak dimana mereka
akan bergaul, berkomunikasi dan bermain bersama. Jika program seni dijalankan sesuai dengan
tahap perkembangan kanak-kanak mereka akan berasa seronok dan akan mencuba alat-alat yang
baru. Ibu bapa seharusnya membiarkan kanak-kanak ini lebih banyak kesempatanuntuk
berinteraksi antara satu sama lain.
Kebebasan seni juga mengalakkan kanak-kanak berinteraksi tentang karya mereka dan
karya-karya kanak-kanak lain. Bekerjasama dalam melukis, mewarna, menampal akan
membuatkan kanak-kanak lebih akrab.
6. Bertukar-tukar pendapat
Kegiatan seni menyediakan kesempatan kepada kanak-kanak belajar dan merasa seperti
kanak-kanak lain. Kanak-kanak juga dapat bertukar pendapat mereka contohnya apabila seorang
kanak-kanak sedang melukiskanak-kanak lain dapat member idea tentang lukisannya itu dan
mereka boleh bekerjasama menghasilkan lukisan yang lebih mantap. Kesempatan untuk
berkongsi idea tentang sesuatu karya adalh titik permulaan bagi hubungan antara kanak-kanak.
Kanak-kanak boleh mengetahui bahawa kanak-kanak lain juga memiliki idea yang berbeza
dengan mereka. Kanak-kanak dapat belajar dimana tidak semua orang harus bersetuju dengan
pendapatnya.
Ekspresi dari perasaan
Proses seni kreatif membolehkan kanak-kanak untuk menterjemah perasaan serta idea-
idea mereka (Deway,1958, Lowenfeld & Britian, 1957). Penggunaan warna dapat mencerminkan
emosi untuk mengungkapkan kata-kata. Hal ini dapat dijelaskan apabila kanak-kanak yang takut
gelap tidak suka kepada warna hitam. Warna hitam dapat menggambarkan perasaan mereka.
Warna-warna yang cerah menggambarkan wajah ceria kanak-kanak.
Kanak-kanak yang mempunyai perasaan tekanan dapat mengekspresikan perasaan
mereka melalui tindakan vindalisme. Guru yang memahami perasaan kanak-kanak dapat
membantu mengatasi masalah mereka.
7. Bekerjasama
Bekerjasama dengan kanak-kanak lain dalam kegiatan seni memberikan kanak-kanak
kesempatan untuk belajar tentang diri kanak-kanak lain. Guru juga boleh berkongsi dan
bekerjasama dengan kanak-kanak lain. Kerjasama antara kanak-kanak juga merupakan
sebahagian program seni dimana kanak-kanak belajar erti kerjasama sambil membanyu kanak-
kanak lain menghasilkan karya mereka.
PERHUBUNGAN ANTARA KANAK-KANAK DENGAN GURU
Guru adalah seseorang yang sangat penting pada kanak-kanak dimana kanak-kanak akan
mengikut semua arahan guru. Kanak-kanak akan mempelajari sesuatu benda yang baru melalui
ajaran seorang guru. Dari sini, perhubungan antara guru dan kanak-kanak akan terjalin. Kanak-
kanak akan belajar berinteraksi selaindari keluarga mereka di sekolah dan guru-guru akan
membantu mereka berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih berkesan.
Kanak-kanak belajar aktiviti seni dari guru dan guru akan membantu kanak-kanak
mengekspresikan idea mereka dengan cara mereka sendiri. Guru juga seharusnya mendorong
kanak-kanak untuk mengeksplotasikan idea mereka dengan pelbagai ekspesi yang melibatkan
seni. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan dan perkembangan kanak-kanak.
Guru boleh menjadi teman yang baik kepada kanak-kanak. Oleh itu, penting bagi seorang
guru menjalinkan hubungan yang baik dalam kegiatan seni. Perasaan gembira akan timbul jika
guru bersikap baik dan ianya akan mempengaruhikehadiran kanak-kanak ke sekolah.
8. Mengeratkan hubungan
Perhubungan antara guru dan kanak-kanak tidak akan berlaku dengan pantas dimana guru
harus mengambil hati kanak-kanak untuk menyukainya. Antara cara untuk mempertingkatkan
hubungan antara kanak-kanak dengan guru ialah:
a) Menjemput kanak-kanak setiap kali datang ke sekolah. Hal ini dapat membuatkan
kanak-kanak merasa diperlukan dan istimewa
b) Gunakan nama kanak-kanak tersebut apabila bercakap dengannya.
c) Memandang mata kanak-kanak tersebut apabila bercakap dengannya.
d) Gunakan suara yang lembut apabila bercakap dengannya.
e) Mendengar setiap luahan kanak-kanak tersebut.
Memberi motivasi untuk kanak-kanak
Seorang guru dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangannya melalui motivasi.
Guru boleh melakukan perbincangan untuk merangsang dan mencabar tahap imaginasi kanak-
kanak. Walaupun motivasi yang berkesan adalah pujian dan dorongan tetapi terdapat beberapa
lagi cara untuk memotivasikan kanak-kanak.
a) Guru harus memastikan mereka mempunyai bahan yang mencukupi untuk kegiatan
yang akan dijalankkan.
b) Guru-guru harus mengetahui dan menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti
yang dijalankan.
9. PERHUBUNGAN KANAK-KANAK DI DALAM KUMPULAN
Dalam kegiatan seni, kanak-kanak haruslah belajar untuk bekerjasama dalam kumpulan.
Berada di dalam kumpulan di sekolah adalah tidak sama seperti berada dalam sebuah keluarga.
Dalam seni, seorang kanak-kanak belajar cara untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan.
Mereka akan bekerja mengikut idea-idea kelompok dalam perancangan mereka sendiri. Kanak-
kanak juga belajar mematuhinperaturan dalam kumpulan.
Selain itu, kanak-kanak juga dapat belajar menjadi pemimpin yang bertanggungjawab.
Kanak-kanak juga dapat berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat di dalam kumpulan di
dalam kumpulan. Oleh itu, dalam kegiatan seni ini kanak-kanak mempunyai banyak kesempatan
untuk belajar menjadi pemimpin dan ahli kumpulan yang bertanggungjawab.
Tambahan pula, kanak-kanak juga dapat belajar menghormati hak-hak dan idea-idea ahli-
ahli kumpulan. Belajar untuk menghormati orang lain juga merupakan sebahagian daripada
kehidupan kanak-kanak di luar sekolah. Hal ini juga dapat menjadikan kanak-kanak mudah
bersosial di luar sekolah dengan masyarakat sekeliling. Seperti yang kita tahu, sikap egoisme di
dalam diri kanak-kanak adalah sikap semulajadi. Kanak-kanak akan menghadapi kesukaran jika
mereka terlalu mementingkan diri sendiri dalam kumpulan tetapi kanak-kanak boleh belajar cara
untuk mengetepikan egoisme mereka.
Kanak-kanak harus belajar mendisiplinkan diri agar kerjasama dalam sebuah kumpulan
dapat dibentuk. Kemahiran yang mereka ada harus dikongsi bersama agar setiap karya yang
dihasilkan adalah yang terbaik. Kegiatan seni ini memberikan kebaikan yang begitu banyak,
10. dimana kanak-kanak dapat belajar tentang diri sendiri, rakan-rakan lain dan dapat belajar di
dalam kumpulan yang besar mahupun kumpulan kecil.
PENUTUP
Seni adalah sinonim dengan kanak-kanak dimana seni boleh menjadi satu platform bagi
perkembangan diri kanak-kkanak sama ada dari segi fizikal, konigtif mahupun sosio emosi.
Dalam perkembangan sosio emosi kanak-kanak berkembang melalui 4 bahagian iaitu konsep
kendiri dan penerimaan diri, perhubungan antara kanak-kanak dengan kanak-kanak lain,
perhubungan antara kanak-kanak dengan guru dan perhubungan kanak-kanak di dalam
kumpulan. Apabila keempat-empat elemen ini bergabung maka perkembangan sosio emosi
kanak-kanak akan menjadi lebih sempurna. Secara kesimpulannya, pendidikan dan penglibatan
kanak-kanak dalam seni akan member peluang kepada kanak-kanakuntuk berinteraksi dan
meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti seni member
peluang kepada kanak-kanak untuk saling hormat menghormati dan menjadi landasan untuk
memupuk perasaan bertoleransi. Seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam
aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
11. BIBLIOGRAFI
Mayesky, M.(2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York.
Delmar Thomson Learning
Perkembangan Seni dan Kanak-kanak (2003). Diperolehi pada 20 Febuari, 2010 daripada
http://www.docstoc.com/docs//Perkembangan-seni-dan-Kanak-kanak