3. INSTRUMEN KAJIAN
Cara yang digunakan untuk mengumpulkan
data.
Soalan-soalan / kenyataan - kenyataan yang
dibentuk khas untuk memperoleh
maklumat penyelidikan.
8. 1 Kaedah Soal Selidik (samb.)
1.1.1 Soal Selidik BentukTerbuka
Soalan yang memberi kebebasan kepada
responden untuk menjawab.
Contohnya:Apakah?, Mengapakah?,
Bagaimanakah?, Sejauhmanakah?
Jawapan sebenar daripada responden bukan
penyelidik.
Responden bebas memberi jawapan berdasarkan
isu dikemukakan.
9. 1 Kaedah Soal Selidik (samb.)
1.1.2 Soal Selidik BentukTertutup
Soalan yang berstruktur dan responden
hanya memilih jawapan yang ditentukan
sahaja.
Memberikan masa yang cukup untuk
menjawab.
Mudah menjawab kerana jawapan
disediakan.
Jawapan mudah dianalisis
10. 1 Kaedah Soal Selidik (samb.)
1.2 Kelebihan Soal Selidik
Cara ringkas untuk mendapatkan
maklumat.
Membolehkan liputan lebih luas
(melalui pos).
11. 1 Kaedah Soal Selidik (samb.)
1.3 Kelemahan Soal Selidik
Masa menyedikan soalan agak lama.
Masa yang lama untuk menjawab bagi
soalan selidik yang panjang.
Kurang mendapat kerjasama daripada
responden untuk maklumat sebenar.
Soal sedidik yang diterima semula selalunya
sedikit, jadi keputusan kurang tepat.
12. 1 Kaedah Soal Selidik (samb.)
1.4 Ciri-ciri Soal Selidik
Mudah difahami dan tidak kabur.
Memenuhi tujuan penyelidikan.
Mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi.
Pengistilahan mestilah tepat.
13. 1 Kaedah Soal Selidik (samb.)
1.5 Menyediakan Soal Selidik
Menggunakan soalselidik yang telah sedia
ada.
Membina soalselidik yang baru.
14. 1 Kaedah Soal Selidik (samb.)
1.6 Menguruskan Soal Selidik:
1.6.1 Soal selidik diserah sendiri oleh
penyelidik.
1.6.2 Soal selidik diserahkan secara pos /
kiriman
15. 1 Kaedah Soal Selidik (samb.)
1.6.1 Soal selidik diserah sendiri oleh
penyelidik.
Kebaikan:
Hubungan langsung penyelidik dengan subjek
Soalselidik dapat dijelaskan (yang perlukan
penerangan).
Pemilihan sampel yang tidak bias
Kelemahan:
Tidak praktikal terhadap bilangan sampel yang
meluas dan banyak.
Melibatkan banyak tenaga, masa dan kos
16. 1 Kaedah Soal Selidik (samb.)
1.6.2 Soal selidik diserahkan secara
pos / kiriman
Kelebihan
Dapat mengukur lebih banyak subjek
Menjimatkan masa, belanja dan tenaga
Kelemahan
Sukar mendapatkan kerjasama subjek
menjawab dengan lengkap serta
memulangkan kembali soalselidik.
17. KAEDAH PEMERHATIAN
2.1 Kaedah Pemerhatian:
Kaedah terawal dalam penyelidikan
Kaedah digunakan bagi kajian berbentuk
ujikaji, diskriptif dan historikal.
Maklumat diperolehi secara langsung
oleh penyelidik.
18. 2 Kaedah Pemerhatian (samb.)
2.2 Langkah-langkah Untuk Meninggikan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Kaedah
Pemerhatian:
Tingkah laku manusia yang hendak diperhatikan
mestilah diberi definisi yang jelas dan boleh
diukur.
Menggunakan bantuan alat teknologi moden
seperti video, perakam.
Cara permerhatian tanpa serta adalah lebih
baik.
19. 2 Kaedah Pemerhatian (samb.)
2.2 Langkah-langkah Untuk
Meninggikan Kesahan dan
Kebolehpercayaan Kaedah
Pemerhatian (samb.):
Pemerhatian hendaklah kepada kejadian atau
tingkahlaku yang seharus diperhatikanya
sahaja.
Elakkan daripada menjalankan pemerhatian
tunggal.
Masa pemerhatian dibuat secara rawak
Hasil pemerhatian elok dicatat secepat
mungkin.
20. 2 Kaedah Pemerhatian (samb.)
2.3 Kelebihan Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian terhadap sampel kajian lebih
terpeinci, jelas dan lebih tepat.
Maklumat daripada pemerhatian boleh
dijadikan bahan rujukan.
Maklumat benar-benar diberikan oleh
sampel yang dikaji.
21. 2 Kaedah Pemerhatian (samb.)
2.4 Kelemahan Kaedah Pemerhatian
Kemungkinan bias timbul kerana kelainan ras,
agama, jantina dan sebagainya
Perlakuan sampel mungkin dibuat-buat (tidak
original), mungkin juga malu.
Pemerhatian yang tidak bersistematik dan tidak
konsisten menjadikan dapatan kurang tepat.
23. 3 KaedahTemubual (samb.)
3.2 MengapaTemubual Dianggap Cara
Terbaik Untuk Kumpul Maklumat?
Kebiasaannya manusia lebih mudah
bertindak secara lisan daripada bertulis.
Penemubual boleh menerangkan dengan
jelas maksud soalan atau kajian.
Dapat mengelakkan salah tafsir dan salah
anggap.
24. 3 KaedahTemubual (samb.)
3.2 MengapaTemubual Dianggap Cara
Terbaik Untuk Kumpul Maklumat?
(samb.)
Penemubual dapat menilai orang yang
ditemubual melalui soalan, mengesan
kembali atau melalui airmuka subjek.
Kaedah yang sesuai bagi kanak-kanak, orang
yang tidak tahu menulis dan membaca dan
kurang kecerdasan.
25. 3 KaedahTemubual (samb.) 3.3
Persediaan Untuk Penemubual
Kefahaman konsep yang jelas tentang
maklumat yang diperlukan.
Senaraikan setiap soalan atau komen yang
diperlukan untuk setiap tindakbalas.
Sediakan senarai semak untuk memastikan
semua bidang telah ditanya.
26. 3 KaedahTemubual (samb.)
3.3 Persediaan Untuk Penemubual
(samb.)
Bentuk soalan yang bersifat terbuka bagai
memberi ruang penemubual menyelidik
secara mendalam.
Gunakan pita rakaman untuk membolehkan
semua maklumat direkod.
27. 3 KaedahTemubual (samb.)
3.4 FaktorYang Membantu Kesahan dan
Kebolehpercayaan HasilTemubual.
Wujudkan hubungan yang mesra dan akrab.
Elakkan faktor-faktor yang boleh menggalakkan
kemiringan.
Strukturkan bidang yang hendak ditanya bagi
menjaminkan kesahan.
28. 3 KaedahTemubual (samb.)
3.4 FaktorYang Membantu Kesahan dan
Kebolehpercayaan HasilTemubual (samb.)
Kebolehpercayaan dapat ditingkatkan dengan:
a. Mengemukakan soalan yang sama dalam bentuk
yang berbeza.
b. Mengulang temubual pada masa yang lain
c. Membandingkan dengan dapatan penemubual lain.
29. 3 KaedahTemubual (samb.)
3.5 KelebihanTemubual
Mampu mendapatkan maklumat yang lebih tepat,
lengkap dan mendalam.
Hubungan yang baik akan mendapatkan maklumat
yang lebih sah dan boleh dipercayai.
Sesuai digunakan sebagai semakan maklumat.
30. 3 KaedahTemubual (samb.)
3.6 KelemahanTemubual
Melibatkan kos dan masa yang banyak.
Memerlukan penemubual yang mahir dengan
bahasa komunikasi.
Perlukan latihan bagi penemubual yang ramai
bagi mengelak ralat atau bias.
Subjek mungkin bersikap memuaskan hati
penemubual sahaja.
31. KAEDAH PENGUJIAN
4.1 Kaedah Pengujian:
Ujian adalah satu set rangsangan yang terdiri
daripada soalan / kenyataan.
Rangsangan ini diberikan kepada subjek untuk
mendapatkan gerakbalas mereka berasaskan
kepada permarkahan (skor).
Ujian digunakan bagi tujuan menentukan
kecerdasan, pencapaian dan bakat subjek
33. Kaedah Pengujian (samb.)
4.2.1 Ujian Kecerdasan
Digunakan untuk melihat sejauhmanakah subjek
mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan
bidang tertentu.
Melalui ujian dapat mengukur prestasi umum mental
individu / kumpulan
Contoh:
Ujian Kelayakan Perguruan (ULKEP) untuk
mengukur tahap pelajar dalam Sahsiah, Bahasa dan
Matematik.
34. Kaedah Pengujian (samb.)
4.2.2 Ujian Pencapaian
Digunakan untuk mengukur penguasaan dan
kemahiran individu dalam bidang-bidang khusus.
Contoh:
Ujian Pencapaian Fizik untuk mengukur penguasaan
pelajar dalam matapelajaran Fizik.
35. Kaedah Pengujian (samb.)
4.2.3 Ujian Bakat
Digunakan untuk mengukur bakat
seseorang.
Contoh:
Ujian nada suara untuk mengukur bakat
nyanyian.
36. Kaedah Pengujian (samb.)
4.3 Merancang Ujian
Menentukan Bilangan Butiran
Bergantung kepada tahap kerumitan
sesuatu butir.
Menentukan Paras Kesukaran Tahap
kesukaran penting dalam menjamin
kesahan ujian.
38. KAEDAH DOKUMEN
5.1 Kaedah Dokumen
Menggunakan dokumen-dokumen
berkaitan sebagai sumber maklumat (data).
Biasanya dilakukan dalam Kaedah
Perpustakaan.
39. Kaedah Dokumen (samb.)
5.2 Kependudukan (Etnografi)
Menggunakan pengalaman sebenar
penyelidik bersama subjek kajian.
Biasanya melalui cara pemerhatian,
temubual, rakaman dan sebagainya.
40. Pengukuran merupakan simbol kepada masalah-
masalah yang hendak dikaji berdasarkan
peraturan-peraturan yang tertentu (Smith &
Davis, 1997)
Pengukuran merupakan alat atau mekanisme
untuk membezakan di antara satu pembolehubah
dengan pembolehubah yang lain
Skala pengukuran yang tertentu bagi
memudahkan pengkaji untuk menganalisis data
SKALA PENGUKURAN
44. Skala
Kandungan data
pengukuran
Nominal Ordinal Selang Nisbah
Kategori Kategori Kategori Kategori
Data kontinum Data kontinum Data kontinum
Sama jarak
antara dua titik
Sama jarak
antara dua titik
Nilai sifir benar
45. Data kontinum
Tidak
Ya
Skala selang
Skal nisbah
Adakah nilai sifir
benar?
Ya Tidak
Jarak antara satu nilai dgn
nilai seterusnya sama?
Ya Tidak
Ya
Boleh diletakkan
dlm kategori?
Skala
nominal
Skala ordinal
46. Skala Norminal
Skala Norminal
data kategori
klasifikasi data yang paling asas dan mudah
Data-data akan dikelompokkan kepada
beberapa kategori atau kumpulan
Cth; jantina, bangsa, taraf perkahwinan,
kerakyatan, tempat tinggal
Cth : 1 lelaki 2 perempuan
(angka 1 dan 2 tidak mempunyai nilai)
47. Skala Ordinal
Skala Ordinal
skala yang menunjukkan urutan atau
pangkat
Bermula dengan angka kecil hingga besar
Skala ordinal sebenarnya membolehkan
pengkaji mendapat maklumat lebih dari
sekadar maklumat asas sahaja seperti yang
diperolehi dalam skala nominal
Jarak antara satu angka dgn angka lain
tidak sama.
48. Contohnya, harga berpatutan bagiVCD original.
HargaVCD yang paling berpatutan
Kurang drp RM 5.00 1
RM 5.00 hingga RM 12.002
RM 13.00 hingga RM 20.00 3
RM 21.00 hingga RM 30.00 4
Lebih drp RM 30.00 5
Sela setiap kategori adalah tidak sama iaiti tidak bernisbah.
49. Skala Interval (Sela)
Skala Interval (Sela)
skala interval atau sela mempunyai satu ciri yang
tidak dapat dalam skala nominal dan skala ordinal.
Mempunyai ciri perbezaan magnitud ataupun nilai
yang sama. Cth; perbezaan suhu. 10c, 20c, 30c.
Sebarang nombor atau nilai boleh ditambah ke
atas skala di atas dan ia tetap mengekalkan
perbezaan magnitud yang sama.
50. Skala Interval (Sela)
Skala Interval (Sela)
dipopularkan oleh Likert pada tahun 1932
Sangat tidak setuju 1
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5
analisis frekuensi dan peratusan,
beberapa analisis statistik seperti min,
sisihan piawai dan analisis statistik lanjutan
51. Skala Nisbah
Skala Nisbah
Skala yang mempunyai kesemua ciri yang dipunyai
oleh skala-skala nominal, ordinal dan interval iaitu
mempunyai kategori, urutan dan juga perbezaan
magnitud yang sama
mempunyai nilai 0 (sifar) yang mutlak.
Nilai 0 (sifar) ini merupakan nilai yang mempunyai
makna
Ujian matematik skor bg pelajar adalah 0-100.
merupakan skala yang mempunyai kuasa statistik
yang tinggi dan data-data yang diperolehi
menggunakan skala ini berupaya dianalisis
menggunakan analisis statistik
52. KEPENTINGAN SKALA
KEPENTINGAN SKALA
PENGUKURAN
PENGUKURAN
i) menjadi panduan kepada pengkaji untuk mengenal pasti
jenis pembolehubah yang akan digunakan sama ada
pembolehubah bebas, terikat dan sebagainya.
ii) menjadi panduan kepada bentuk
alat/instrumen/soal selidik yang akan
digunakan. Sebelum membentuk soal selidik yang
diingini, pengkaji biasanya akan menentukan
jenis skala yang akan digunakan bagi
disesuaikan dengan analisis dan hipotesis yang
akan diuji.
53. iii) Skala yang sesuai akan memudahkan hipotesis
dibentuk.
iv) Analisis statistik yang sesuai akan dapat
ditentukan apabila skala pengukuran telah
dikenal pasti.
55. Jenis skala Aplikasi Ujian statistik
Nominal Klasifikasi (jantina,
perkahwinan dll)
Peratusan
Mod
Chi-square
Ordinal Susunan mengikut
keutamaaan
Ujian spearman
sela Index nombor/ skala suhu Ujian t
Ratio Unit pengeluaran, kos,
skor matematik
Geometrik
Varian koefisien
Harmonik min
57. Skala pengukuran khas
Skala pengukuran khas
Skala yang sering digunakan adalah Skala
Likert, Skala Thurstone, Skala Guttman
dan sklala perbezaan semantik
Skala Likert, Skala Thurstone dan Skala
Guttman merupkan skala satu dimensi
(uni dimensional) manakala Skala
perbezaan semantik adalah aneka dimensi
(multi dimensional)
58. Skala likert
Skala likert
Skala Likerts digunakan untuk mengukur sikap,
pendapat dan persepsi seseorang tentang
fenomena pendidikan.
Skala Likert mempunyai dua bentuk penyataan
1) penyataan positif-ukur sikap positif
2) penyataan negatif-ukur sikap negatif
59. Skor penyataan positif & negatif
Skor penyataan positif & negatif
Sangat setuju skor 5
Setuju skor 4
Tidak pasti skor 3
Tidak setuju skor 2
Sangat tidak setuju skor 1
Positif Negatif Skor
Sangat tidak
setuju
Sangat setuju 1
Tidak setuju Setuju 2
Tidak pasti Tidak pasti 3
Setuju Tidak setuju 4
Sangat setuju Sangat tidak
setuju
5
64. Kesilapan dlm skala likert
Kesilapan dlm skala likert
Sila isi skala di dlm
kotak .
Skala
1.Sederhana
2.Memuaskan
3.Baik
4.Sangat baik
5.Cemerlang
1.Layanan di kaunter
2.Keselesaan kawasan
3.Keselesaan ruang tamu
4.Papan notis maklumat
5.Keceriaan pejabat
65. Skala likert yg digunakan tidak adil
Hanya 1 skala menunjukkan perkhidmatan
sederhana.
80% peluang bagi responden menyatakan
kualiti yg memuaskan.
20% peluang bagi responden menyatakan
kualiti yg sederhana.
67. Skala Guttman (1944)
Skala Guttman (1944)
Skala inginkan jawapan tegas
Contohnya benar-salah, ya tidak ,
pernah- tidak pernah
Hanya mempunyai dua interval
Dlm bentuk pilihan ganda / checklist
68. Langkah-langkah pembinaan skala
Langkah-langkah pembinaan skala
guttman
guttman
Menghasilkan item cadangan
Menyusun penyataan mengikut keberatan
Analisis kesesuaian item
Meletakkan item dlm skala guttman.
69. Arahan : sila tandakan pd penyataan-penyataan yg anda setuju
Pelajar yg melakukan kesalahan bertengkar dgn guru harus
diambil tindakan disiplin berhenti sekolah.
Pelajar yg melakukan kesalahan ponteng sekolah selama
sebulan harus diambil tindakan disiplin berhenti sekolah
Pelajar yg melakukan kesalahan menganggotai kongsi gelap harus
diambil tindakan disiplin berhenti sekolah
Pelajar yg melakukan kesalahan terlibat dgn vandalisme
harus diambil tindakan disiplin berhenti sekolah
Pelajar yg melakukan kesalahan menghisap dadah harus
diambil tindakan disiplin berhenti sekolah
70. Skala thurstone
Skala thurstone
Skala yg disusun dgn memilih butir yg
bentuk sklala interval.
Setiap butir memiliki skor
Skor menghasilkan nilai yg jarak sama
71. Sila pilih sama ada anda setuju atau tidak setuju dgn penyataan-penyataan setiap
berikut.
setuju Tidak setuju
1.Ada ubat tradisional yg memberi
kesan sampingan kepada pesakit
1.Sesetengah ubat tradisional lebih
berkesan berbanding dgn ubat moden
1.Ubat tradisioanl patut beri
pengiktirafan.
72. Skala pembezaan semantik
Skala pembezaan semantik
skala untuk mengukur sikap, tetapi
bentuknya bukan pilihan ganda mahupun
checklist.
ia tersusun dalam satu garis kontinum di
mana jawapan yang sangat positif terletak
dibahagian kanan garis, dan jawapan yang
sangat negatif terletak dibahagian kiri
garis, atau sebaliknya.
73. Data yang diperoleh adalah data
interval.
Skala bentuk ini biasanya digunakan
untuk mengukur sikap atau kelakuan
tertentu yang dimiliki seseorang.
74. Gaya Kepemimpinan Sekolah
Responden yang member penilaian angka 7, bererti
persepsi terhadap gaya kepemimpinan sekolah adalah
sangat positif; sedangkan responden yang memberikan
penilaian angka 1 persepsi kepemimpinan sekolah
adalah sangat negatif.
75. Empat bentuk skala perbezaan
Empat bentuk skala perbezaan
semantik
semantik
Tidak berlabel
Lemah kuat
Rendah tinggi
Sejuk panas
76. Tidak berlabel
Lemah ___ : ___ : ___ : ___ : ___ kuat
Rendah ___ : ___ : ___ : ___ : ___
tinggi
Sejuk ___ : ___ : ___ : ___ : ___ panas
77. Numerikal
Lemah 1 : 2 : 3 : 4 : 5 kuat
Rendah 1 : 2 : 3 : 4 : 5 tinggi
Sejuk 1 : 2 : 3 : 4 : 5 panas
78. Berlabel
sangat sedikit neutral sedikit sangat
Lemah [ ] [ ] [ ] [ ] [ ]kuat
Rendah [ ] [ ] [ ] [ ] [ ] tinggi
Sejuk [ ] [ ] [ ] [ ] [ ]panas
79. Langkah langkah pembinaan skala
Langkah langkah pembinaan skala
perbezaan semantik
perbezaan semantik
Menghasilkan idea
Menilai kesesuaian idea
Memasukkan item ke dalam skala
82. KESAHAN (VALIDITY)
INSTRUMEN PENGUKURAN
Merujuk kepada takat sesuatu alat itu
mengukur apa yang seharusnya diukur
Contoh: ketinggian : pembaris
berat : penimbang
Oleh itu, penimbang tidak mempunyai
kesahan untuk mengukur ketinggian
83. Kesahan (Validity) berkait rapat
dengan:
Kesesuaian (appropriateness)
Pembetulan (correctness)
Kebermaknaan (meaningfulness)
Kegunaan (usefulness)
kepada inferens yang dibuat oleh
penyelidik berdasarkan maklumat yang
diperolehi
84. Terdapat empat jenis pendekatan
untuk menguji kesahan:
a)Kesahan berkaitan kandungan
(content validity)
b)Kesahan berkaitan kriteria
(criterion-related validity)
c)Kesahan berkaitan konstruk
(construct validity)
d)Kesahan berkaitan akibat
(consequential validity)
85. Kesahan Berkaitan Kandungan
Merujuk kepada sejauh mana alat itu mengumpul
data yang merangkumi kandungan sesuatu bidang
yang dikaji.
Sesuatu alat pengukuran dikatakan mempunyai
kesahan kandungan yang tinggi sekiranya alat
tersebut dapat mengukur semua isi serta kandungan
bidang.
Ini hanya dapat ditentukan oleh mereka yang
pakar dalam bidang-bidang berkenaan.
Satu kaedah lain dalam menentukan kesahan
kandungan melibatkan penggunaan jadual
penentuan ujian (JPU).
86. Dua jenis kesahan kandungan:
Kesahan item (Item validity): merujuk kepada sama
ada items ujian relevan dengan pengukuran
kandungan bidang berkenaan.
Kesahan persampelan (Sampling validity):merujuk
kepada sejauh mana sampel ujian merangkumi
jumlah kandungan bidang diuji.
Contoh: Satu ujian untuk menguji pengetahuan
dalam fakta-fakta biologi mempunyai kesahan item
yang baik jika semua item berkaitan dengan biologi
tetapi kesahan persampelan lemah jika soalan tidak
merangkumi semua kandungan biologi
87. Kesahan Berkaitan Kriteria
Merujuk kepada sejauh mana perhubungan antara
butir-butir dalam alat kajian dengan kriteria luaran
yang berkecuali.
Kriteria yang hendak diukur adalah kriteria yang
konsisten sebagaimana ditunjukkan oleh subjek di
luar pengukuran.
Contoh: Ibu bapa menunjukkan sikap yang
positif terhadap peranan pendidikan vokasional
berbanding dengan pendidikan akademik,
sebagaimana yang ditunjukkan oleh alat kajian
berkaitan, sedangkan mereka masih menghantar
anak-anak mereka untuk mengikuti pelajaran dalam
aliran pendidikan akademik.
88. Kesahan Berkaitan Kriteria terdiri daripada 2
jenis:
1)Kriteria Serentak (Concurrent Validity): kriteria
yang ditunjukkan pada masa yang sama atau
hampir sama dengan pengukuran yang
dikenakan ke atas kriteria tersebut.
Contoh:
Kesahan kriteria serentak yang tinggi.
Seseorang pelajar yang mencapai kebolehan
yang cemerlang dalam ujian biologi juga pada
masa yang sama menunjukkan kebolehan
menggunakan mikroskop dengan baik.
89. 2) Kriteria Jangkaan/Ramalan (Predictive
Validity): kriteria yang melibatkan ujian untuk
menjangkakan sejauh mana perlakuan
seseorang pada masa hadapan.
Contoh:
Kesahan kriteria ramalan yang rendah.
Seseorang pelajar yang mencapai kebolehan
yang tinggi dalam ujian biologi tidak dapat
menunjukkan kebolehannya dalam
menjalankan eksperimen pengujian darah
beberapa bulan selepas ujian tersebut
diadakan.
90. Kesahan Berkaitan Konstruk
Merujuk kepada persoalan sama ada terdapat atau
tidak bukti yang menyokong bahawa skor ujian itu
dapat mengukur sesuatu ciri atau kualiti, misalnya
kecerdasan murid.
Tidak boleh diperhatikan secara langsung, tetapi
boleh dibuat telahan berdasarkan kepada kemahiran
yang diuji.
Contoh:
Satu ujian dijalankan kepada pelajar yang merangkumi
julat pencapaian yang luas. Jika keputusan ujian dapat
membezakan antara pelajar yang pencapaiannya
tinggi dengan yang rendah, ujian tersebut dianggap
mengukur kebolehan konstruk.
91. Kesahan Berkaitan Akibat
Merujuk kepada akibat yang berlaku daripada ujian
yang dikaji
Menilai kesahan akibat membenarkan penyelidik
mengenalpasti sama ada wujud masalah yang
mendatangkan kesan buruk kepada pelajar, guru
dan orang yang diuji
Isu yang timbul ialah apakah kesan pelbagai bentuk
ujian kepada guru dan pelajar.
Contoh: bagaimana ujian yang hanya menguji
pelajar dengan item aneka pilihan mempengaruhi
pembelajaran pelajar berbanding dengan mentaksir
mereka yang menggunakan item yang tidak ada
had.
92. Latihan
Latihan
Kesahan Kandungan Kesahan Kriteria (Serentak)
Kesahan Kriteria (Ramalan) Kesahan Konstruk
Kesahan Akibat
1. Seorang murid yang diuji didapati mahir dalam subjek
Matematik. Pada masa yang sama, ujian menunjukkan
bahawa dia kurang cekap menggunakan kalkulator.
2. Murid yang diuji dengan soalan berbentuk betul-salah
kurang memahami sesuatu konsep berbanding dengan
murid lain yang diuji dengan soalan berbentuk esei.
3. Ujian yang dijalankan menunjukkan perbezaan markah yang
besar antara murid yang mahir dalam subjek Fizik dengan
murid yang tidak menguasainya dengan baik.
93. Latihan
Latihan
Kesahan Kandungan Kesahan Kriteria (Serentak)
Kesahan Kriteria (Ramalan) Kesahan Konstruk
Kesahan Akibat
4. Ujian dilaksanakan untuk menguji pengetahuan dalam
subjek Sejarah. Soalan-soalan merangkumi empat bab
dalam Sejarah Tingkatan 3. Murid-murid dapat menjawab
dengan baik.
5. Seorang murid yang diuji didapati mahir dalam subjek
Bahasa Melayu. Beberapa bulan kemudian, ujian
menunjukkan bahawa murid ini kurang petah berbicara di
khalayak ramai.
94. Jawapan Latihan
Jawapan Latihan
1. Kesahan Kriteria (Serentak)
2. Kesahan Akibat
3. Kesahan Konstruk
4. Kesahan Kandungan
5. Kesahan Kriteria (Ramalan)
95. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Kesahan
a.Arahan kurang jelas
b.Perbendaharaan kata dan struktur ayat sukar
difahami
c.Masa yang diberikan tidak mencukupi
d.Aras kesukaran yang kurang sesuai
e.Item ujian kurang sesuai bagi aras kemahiran yang
dikehendaki
f.Bilangan item yang tidak mencukupi
g.Susunan item kurang tepat
h.Susunan jawapan (ujian objektif) kurang sesuai
97. Kebolehpercayaan (Reliability)
Merujuk kepada takat ketekalan
(consistency) alat pengukur itu mengukur apa
yang hendak diukur. Alat ukur yang mengukur
sesuatu pembolehubah dengan tekal
dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi
Sebaliknya, alat ukur yang menghasilkan
markah yang berubah-ubah bagi mengukur
pembolehubah yang sama dikatakan tidak
tekal seterusnya mempunyai
kebolehpercayaan yang rendah
98. Mana satu mempunyai kesahandan
kebolehpercayaan yang tinggi?
Mana satu mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi?
99. Jenis-jenis Kebolehpercayaan:
1)Kestabilan /uji dan uji sekali lagi
(test-retest)
2)Kesetaraan (equivalence)
3)Kesetaraan dan kestabilan
(equivalence and stability)
4)Konsisten dalaman (internal
consistency)
5)Penskoran (scorer)
100. Kestabilan (Uji Dan Uji Sekali
Lagi)
Darjah di mana skor ke atas ujian yang
sama adalah konsisten pada selang masa
tertentu
Didapati skor yang diperoleh pada ujian
yang pertama menghampiri skor untuk
ujian yang diuji sekali lagi
Semakin sama skor pada ujian yang
dijalankan pada selang masa tertentu,
semakin stabil skor ujian tersebut.
101. Prosedur
1)Menjalankan ujian terhadap kumpulan
tertentu
2)Selepas dua minggu, ujian yang sama
dijalankan ke atas kumpulan yang sama
3)Hitungkan korelasi antara skor ujian
yang pertama dengan skor ujian kedua
4)Menilai keputusan yang diperoleh
103. Masalah yang dihadapi :
Jika selang masa terlalu singkat untuk ujian
yang sama diulangi, pelajar akan mengingati
apa yang diuji pada kali pertama
(kebolehpercayaan palsu)
Jika selang masa terlalu lama untuk ujian
yang sama diulangi, pelajar akan memperbaiki
diri dan menjadi matang (kebolehpercayaan
palsu)
Selang masa yang sesuai digunakan untuk
menguji semula adalah 2-6 minggu
104. Kesetaraan
Darjah di mana dua bentuk set soalan yang hampir
sama menghasilkan skor yang hampir sama daripada
satu kumpulan yang diuji.
Soalan dibina secara berasingan dan mestilah
memenuhi spesifikasi yang ditetapkan iaitu dari segi
bilangan item, bentuk, arahan, tempoh ujian, format,
kandungan, julat, aras kesukaran tetapi mempunyai
soalan-soalan yang berbeza.
Kedua-dua ujian boleh dijalankan secara bergilir jika
kedua-duanya setara.
Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan calon dari
mengingat item yang diuji.
105. Prosedur
1)Menjalankan satu bentuk ujian terhadap
satu kumpulan.
2)Pada sesi yang sama atau jangka masa
yang singkat, jalankan bentuk ujian yang
kedua terhadap kumpulan yang sama.
3)Hitungkan korelasi skor bagi kedua-
dua ujian yang ditadbirkan.
4)Menilai keputusan yang diperolehi
106. Kesetaraan dan Kestabilan
Menggabungkan kesetaraan dan
kestabilan.
Jika dua ujian dijalankan pada
masa yang berbeza, mungkin ini
akan menghasilkan keputusan yang
sama seperti yang diukur oleh
korelasi.
107. Prosedur
1)Jalankan sesuatu ujian terhadap
sesuatu kumpulan
2)Selepas selang masa tertentu,
jalankan ujian berlainan terhadap
kumpulan yang sama
3)Hitungkan kedua-dua skor yang
diperolehi
4)Menilai keputusan yang diperolehi
108. Konsisten Dalaman
Satu ujian diambil hanya sekali.
Mengukur sejauh mana item dalam satu
ujian adalah konsisten antara satu sama
lain secara keseluruhannya.
Terdiri daripada tiga jenis:
i) Kebolehpercayaan belah dua (split-half
reliability)
ii) Kebolehpercayaan Kuder-Richardson
20
iii) Kebolehpercayaan Cronbachs Alpha
109. Kebolehpercayaan belah dua
Melibatkan pembahagian satu ujian
kepada dua sub ujian
Setiap ujian mengandungi sebahagian
(遜) daripada bilangan item yang asal
Tujuan membahagikan kepada dua
subujian ialah untuk mendapatkan dua
ujian yang selari mungkin
Kaedah ini sesuai untuk satu ujian yang
panjang dan mengambil masa yang lama
atau susah untuk diuji
110. Prosedur
1)Jalankan keseluruhan ujian terhadap satu
kumpulan
2) Bahagikan ujian tersebut kepada dua bentuk
yang berbeza dengan memilih item ganjil atau
item genap
3) Kirakan setiap skor pelajar bagi kedua-dua
bahagian
4) Hitungkan korelasi bagi kedua-dua skor
5)Aplikasikan formula pembetulan Spearman-
Brown
6) Menilai keputusan
113. Spearman-Brown
Formula
2rsplit half
r total test = ______________
1 + r split half
(Formula menentukan
kebolehpercayaan keseluruhan ujian)
Jika nilai r mendekati 0, kebolehpercayaan
adalah tinggi
114. Kebolehpercayaan Kuder-
Richardson 20 (KR 20)
Rumus dibuat berdasarkan penskoran
secara dikotomi (betul-salah) seperti
dalam ujian objektif pelbagai pilihan.
116. Formula Kuder-Richardson 20 (KR
20)
p = perkadaran calon yang mendapat
jawapan betul
q = perkadaran calon yang mendapat jawapa
n salah atau (1-p)
∀2
x = varians jumlah skor
K = bilangan item
117. Kuder-Richardson 20 (KR 20)
Kuder-Richardson 20 (KR 20)
r Petunjuk
>0.9 Sangat baik
>0.8 Baik
>0.7 Diterima
>0.6 Diragui
>0.5 Lemah
>0.4 Tidak diterima
118. Kebolehpercayaan Cronbachs Alpha
Digunakan apabila ujian mempunyai skor yang
lebih daripada dua pilihan
Menganalisis konsisten dalaman jika nombor
digunakan untuk menunjukkan pilihan respon
Pekali alpha yang kerapkali digunakan dalam
menganggarkan kebolehpercayaan ketekalan-
dalaman
120. Formula Cronbachs Alpha
Formula Cronbachs Alpha
k = bilangan item.
S2
instrument = varians bagi item
S2
total = varians bagi jumlah keseluruhan
item
122. Kebolehpercayaan Penskoran
(Scorer Reliability)
Mengkaji individu yang menilai skor untuk
ujian yang dijalankan.
Penting apabila penskoran berpotensi
sebagai subjektif.
Penting untuk menentukan
kebolehpercayaan seseorang individu yang
menskor ujian terbuka (tidak terhad)(open-ended
tests).
123. Contoh: Ujian penentuan bagi seseorang
untuk memperoleh anugerah. (Anugerah
Akhlak Terpuji)
Lebih banyak item ujian terbuka dijalankan,
lebih penting untuk mencapai persetujuan
dalam penskoran antara penskor.
Penskoran subjektif mengurangkan
kebolehpercayaan dan memusnahkan
kesahan penterjemahan penyelidik yang
dibuat berdasarkan skor.
124. Gunakan Kappa (ukuran persetujuan
antara penilai / pemberi skor)
Pr(a) = Kebarangkalian yang diperhatikan
Pr(e) = Kebarangkalian yang dijangka
125. Pr(a) = (20+15)/50 = 0.70
B B
Ya Tidak
A Ya 20 5
A Tidak 10 15
126. Penilai A berkata Ya = 50% = 0.50
Penilai B berkata Ya = 60% = 0.60
Kebarangkalian berkata Ya
= 0.50 x 0.60 = 0.30
Kebarangkalian berkata Tidak
= 0.50 x 0.40 = 0.20
Pr(e) = 0.30 + 0.20 = 0.50
B B
Ya Tidak
A Ya 20 5
A Tidak 10 15
129. Latihan
Latihan
Kestabilan (Uji dan Uji Sekali Lagi) Kesetaraan
Kestabilan dan Kesetaraan Konsisten Dalaman
Penskoran
1. Ujian yang berlainan, tetapi mempunyai bentuk /
format yang sama dijalankan secara bergilir-gilir
kepada responden yang sama dengan serta-merta.
2. Ujian yang berlainan, tetapi mempunyai bentuk /
format yang sama dijalankan secara bergilir-gilir
kepada responden yang sama selepas satu tempoh
masa tertentu.
3. Ujian yang sama dijalankan semula kepada
responden yang sama selepas satu tempoh masa
tertentu.
130. Latihan
Latihan
4. Ujian yang dijalankan kepada individu yang
menilai skor ujian.
5. Hanya satu ujian sahaja dijalankan kepada
sekumpulan responden.
Kestabilan (Uji dan Uji Sekali Lagi) Kesetaraan
Kestabilan dan Kesetaraan Konsisten Dalaman
Penskoran
131. Jawapan Latihan
Jawapan Latihan
1. Kebolehpercayaan Kesetaraan
2. Kebolehpercayaan Kestabilan dan
Kesetaraan
3. Kebolehpercayaan Kestabilan (Uji dan
Uji Sekali Lagi)
4. Kebolehpercayaan Penskoran
5. Kebolehpercayaan Konsisten Dalaman
133. Perkaitan antara Kesahan dengan
Kebolehpercayaan
Kesahan akan memastikan ujian yang dibina
itu menepati matlamat atau objektif ujian
itu dibina.
Kebolehpercayaan memastikan ketekalan
(consistency) dalam pengukuran pencapaian
murid dalam sesuatu ujian.
Kebolehpercayaan boleh dikaji terus dari data
ujian tetapi kesahan tidak boleh.
134. Perkaitan antara Kesahan dengan
Kebolehpercayaan
Ujian yang boleh diterima mestilah sah dan
boleh dipercayai.
Untuk mengesahkan sesuatu alat pengukur
yang digunakan, pengukuran hendaklah
mempunyai kebolehpercayaan.