1. Prinsip-prinsip pengumpulan data
1. Mudah Direkod
• Teknik dan cara data-data direkod mestilah mudah, ringkas serta cepat, bagi
mengelakkan kelambatan dan kekeliruan semasa analisis dibuat
2. Tidak menimbulkan kesangsian (non-threatening)
• Hasil data-data yang dikutip tidak akan menimbulkan rasa sangsi atau bimbang
dikalangan individu. Individu tidak akan merekodkan data dengan tepat sekiranya
mereka merasa tidak selamat atau terancam
3. Mudah ditafsir
• Hasil data-data yang dikumpulkan mestilah mudah ditafsir dan dianalisis. Ini bertujuan
supaya semua peringkat anggota organisasi yang terlibat mudah memahaminya
4. Tujuan pengumpulan data yang jelas iaitu:
• untuk memberikan bukti-bukti yang objektif. Manusia sering menganggap mereka tahu
adanya masalah, dan kenapa ianya wujud. Dengan data-data yang dikumpul, bukti
kukuh dapat diperolehi untuk mengambil tindakan sewajarnya
• untuk mengesan pola dan trend. Masalah dalam proses mungkin wujud pada waktu-
waktu tertentu sekiranya ada faktor-faktor lain yang mempengaruhinya. Data-data yang
dikumpul akan dapat mengesan pola atau trend bahawa contohnya, terdapat lebih
ramai pelanggan pada waktu pagi daripada waktu petang, atau barangan dari pembekal
A lebih tahan lama daripada pembekal B
• untuk memberikan asas bagi membuat penambahbaikan. Data-data yang dikumpul
semasa masalah dihadapi dan sesudah tindakan pembetulan diambil akan memberikan
gambaran sama ada penambaikan telah berlaku
3 sebab capai kualiti tinggi
• tanggungjawab penyelidik
• keperluan kecekapan
• untuk berubah kepada perkara manfaat
Kriteria kualiti
2. Dalam kajian yang saintifik, tumpuan utama ialah memastikan ukuran ke atas pemboleh
ubah bersandar itu sah dan mempunyai kebolehpercayaan
Kesahan data
• Kebenaran data
• Kesahan digunakan untuk mengukur ketepatan sesuatu ukuran yang digunakan.
Ia bertujuan untuk memastikan sama ada ukuran/indikator yang digunakan itu
mengandungi semua ciri atau gagasan yang harus ada dalam konsep yang
diukur itu. Contohnya ialah ukuran yang sah untuk mencatat ketinggian ialah
kayu pembaris, pita ukur dan sebagainya
• Terdapat dua jenis kesahan iaitu:
a. Kesahan dalaman (internal validity) iaitu sejauh mana perkaitan antara pemboleh
ubah itu dapat dipastikan.
b. Kesahan luaran (external validity) iaitu sejauh mana data itu dapat dipanjangkan pada
populasi dan dalam konteks yang berbeza-beza.
• Bagi menentukan kesahan dalaman, penyelidik boleh mengunakan beberapa
kaedah seperti tringulasi, pemeriksaan rakan, semakan rakan, kenyataan
pengalaman, pilih kasih atau pengharapan.
• Manakala bagi kesahan luaran, ia boleh dilihat dalam ketebalan atau banyaknya
penerangan, penggunaan pelbagai tema dan variasi yang maksimum.
Kebolehpercayaan data
• Ketepatan data
• Kebolehpercayaan atau reliability ialah satu konsep yang merujuk kepada
ketekalan (consistency) dan kestabilan (stability) sesuatu ukuran, alat ukur kajian
atau soal selidik.
• Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada ukuran itu memberikan jawapan yang
sama apabila ia digunakan untuk mengukur konsep yang sama kepada populasi
atau sampel atau responden yang sama.
3. • Terdapat dua jenis kebolehpercayaan yang sering kali digunakan oleh penyelidik
iaitu kebolehpercayaan luaran dan dalaman.
• Bagi memastikan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif, kaedah yang boleh
digunakan ialah tringulasi, kedudukan penyelidik (teori yang digunakan, asas
kepada pemilihan sampel) dan dan audit.
5 Tahap penyelidikan tindakan
Tahap 1: Kenalpasti masalah
Contoh:
Kajian ini bermula apabila saya mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 5 sesi 2006 untuk
tajuk Membahagi Sebarang Nombor Bulat Hingga 1 000 000 dengan nombor 1 digit tanpa baki.
Sebelum saya mengajar murid-murid tajuk ini, saya telah mengadakan satu ujian pengesanan
untuk mengenal pasti tahap kemahiran murid-murid dalam tajuk ini. Berdasarkan analisis ujian
pengesanan itu, saya mendapati 2 orang murid yang lebih senang saya namakan Jack dan Jeff
(bukan nama sebenar mereka) tidak menguasai tajuk ini.
Justeru, saya ingin mengupas dan meneliti dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh
2 orang murid ini dan cuba membantu mereka dengan mengambil kira beberapa perkara yang
difikirkan perlu termasuk aspek pengajaran dan pembelajaran (p & p) dalam kajian ini.
Tahap 2: Perancangan tindakan
Contoh:
Kajian ini adalah untuk:
1. menambah baik amalan p & p saya dalam bilik darjah melalui penggunaan Cartamu; dan
2. membantu Jack dan Jeff (murid-murid Tahun 5) dari segi peningkatan kemahiran mereka
dalam membahagi sebarang nombor bulat hingga 1 000 000 dengan nombor 1 digit tanpa baki
melalui penggunaan Cartamu.
Tahap 3: Pengumpulan data
Contoh:
4. Pengumpulan data dilakukan dalam tempoh 4 minggu persekolahan. Data kajian mula dikumpul
mulai 17 Julai 2006. Namun, ujian pengesanan telah diadakan pada 10 Julai 2006 pukul 2.30
petang di bilik darjah. Ujian pengesanan ini telah diadakan untuk semua orang murid dan hanya
markah bagi Jack dan Jeff sahaja yang diambil kira untuk mengenal pasti tahap kemahiran
membahagi mereka. Ujian pertama, kedua dan ketiga juga dijalankan untuk mereka berdua
dalam usaha saya mengenal pasti perkembangan kemahiran mereka ini. Ujian-ujian berkenaan
telah diadakan masing-masing pada 17 Julai 2006; 24 Julai 2006 dan 31 Julai 2006 manakala
ujian terakhir telah diadakan pada 14 Ogos 2006. Selain rekod kehadiran murid-murid tersebut
dirujuk, saya juga telah menemubual mereka selepas ujian terakhir pada 14 Ogos tentang
penggunaan Cartamu. Beberapa soalan berkaitan telah dikemukakan kepada Jack dan Jeff.
Jawapan mereka kemudian dicatat selain daripada catatan pemerhatian saya sendiri semasa
temubual secara berpasangan diadakan.
Tahap 4: Penganalisisan data
Contoh:
Analisis data dilakukan selepas semua data dikumpul daripada ujian pertama, kedua, ketiga dan
terakhir. Kiraan peratus (%) yang diperolehi daripada ujian-ujian ini dianalisis untuk melihat
tahap kemajuan Jack dan Jeff serta keberkesanan teknik Cartamu yang digunakan dalam kajian
ini. Rekod kehadiran pula merupakan data sokongan dalam kajian ini yang secara tidak langsung
menunjukkan tahap penglibatan murid-murid tersebut dalam p & p. Jawapan daripada
temubual juga dianalisis untuk melihat pandangan Jack dan Jeff tentang penggunaan Cartamu.
Tahap 5: Perancangan untuk tindakan yang seterusnya
Sekiranya tidak berjaya, buat perancangan untuk tindakan seterusnya,iaitu kitaran kedua dan
seterusnya
Mengumpul Data
1. Data kualitatif
• Kajian kualitatif digunakan kerana boleh membongkar dan memberi pemahaman apa
yang berlaku di sebalik sebarang fenomena yang kurang diketahui (Strauss & Corbin,
1990)
• MenurutMarshall dan Rosman (1989) data secara kualitatif dapat menghuraikan dan
menjelaskan secara terperinci dan mendalam
5. • Tiga teknik yang lazimnya digunakan oleh para penyelidik kajian kualitatif ialah
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen (Fraenkel & Wallen 1993; Bogdan &
Biklen 1998; Merriam 2001)
• Menurut Patton (1990) data kualitatif mengandungi petikan secara tidak langsung
tentang pengalaman, pendapat, perasaan, dan pengetahuan yang diperoleh melalui
temu bual; perincian deskripsi tentang aktiviti, tingkah laku dan tindakan yang
direkodkan melalui pemerhatian; dan petikan, kutipan atau keseluruhan perenggan
yang diambil daripada pelbagai jenis dokumen
2. Data Kuantitatif
• Merujuk kepada Berg (2004),‘kajian kuantitatif merujuk untuk kiraan dan ukuran
tentang sesuatu. Berbeza dengan, penyelidikan kualitatif merujuk untuk makna-
makna,konsep-konsep, takrif-takrif, ciri-ciri, metafora, simbol-simbol,dan huraian-
huraian tentang sesuatu’
• Contohnya melalui pengagihan borang soal selidik
• Dapat menghasilkan dapatan kajian yang 'valid' dan 'reliable' kerana penggunaan
kaedah kuantitatif ini dapat membuktikan kesahihan yang kukuh dengan menggunakan
angka iaitu hasil daripada analisis
• Bertujuan untuk mengumpulkan maklumat daripada sampel dalam kuantiti yang besar
bagi mendapatkan kesimpulan bagi satu kumpulan yang besar
Potensi gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif
Sumber: Casebeer dan Verboef, 1997
Alasan menggunakan data kuantitatif dan kualitatif
• Untuk membuat ukuran
• Untuk mengenal pasti fenomena yang relevan
• Untuk menghuraikan data kuantitatif
• Untuk menghuraikan data kulitatif
• Untuk mendapatkan persamaan nilai daripada kedua jenis data
(Dipetik dari : Mielniczak, A. and Sinuga, S. 2005)
Alat Pengumpulan Data
• Penggunaan pelbagai kaedah pengumpulan data adalah sebahagian daripada proses
triangulasi yang dapat menghasilkan dapatan yang lebih tepat dan meyakinkan tentang
sesuatu konsep yang dikaji (Patton 1987; Yin 1994; Suseela 2001)
6. • Contoh: pemerhatian (video-tapping), nota guru dan komen, kerja pelajar, refleksi
pelajar dan kerja pelajar, jurnal pelajar, ujian, tinjauan soal selidik, temuduga (audio
tape)
Tajuk Kajian: Meningkatkan penglibatan Pelajar Perempuan Dalam Unit Beruniform (Kadet
Polis)
Pengumpulan Data:
Pengumpulan data untuk tindakan kajian ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
Data kualitatif
- Temubual
- Pemerhatian
- Soal Selidik
Data kuantitatif
- Analisis dokumen
4.1 Analisis Dokumen
Analisis dokumen bertujuan untuk melihat bilangan pelajar perempuan tingkatan 1 yang telah
menyertai Kadet Polis pada tahun sebelumnya dari tahun 2004 hingga tahun 2008. Data-data ini
akan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Selain itu, kaedah ini juga digunakan untuk
mengumpul data-data mengenai jumlah ahli baru yang mendaftar melalui borang pendaftaran
yang diedarkan kepada para pelajar yang berminat untuk mengambil bahagian dalam Kadet Polis.
Data-data ini juga akan digunakan semasa penganalisisan data untuk membandingkan jumlah ahli
perempuan pada tahun-tahun yang lepas dengan tempoh masa kajian tindakan ini dijalankan. Di
samping itu, kaedah ini juga digunakan untuk melihat jumlah ahli yang datang ke setiap
perjumpaan yang diadakan oleh Kadet Polis. Data ini akan diterangkan secara statistikal
deskriptif bilangan dan peratus untuk dilihat kehadiran ahli perempuan tingkatan satu dalam
bahagian analisis data.
7. 4.2 Temubual
Temubual berstruktur dijalankan terhadap pelajar perempuan tingkatan 1. Temubual ini dilakukan
sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan kajian tindakan tersebut. Sebanyak responden dipilih
untuk ditemubual. Responden-responden dipilih daripada ahli biasa dan ahli jawatankuasa.
Temubual dijalankan hanya untuk ahli perempuan yang tidak hadir ke perjumpaan sahaja.
Temubual dirakamkan menggunakan audio-tape. Berikut merupakan soalan-soalan yang akan
dikemukakan semasa sesi temubual.
Soalan-soalan untuk temubual sebelum kajian tindakan dijalankan:
Mengapakah anda memilih untuk memasuki Kadet Polis?
Apakah yang anda faham tentang Kadet Polis sebelum anda menyertainya?
Apakah pandangan anda terhadap Kadet Polis apabila anda mula-mula
menyertainya?
Apakah yang anda ingin capai melalui penyertaan anda dalam Kadet Polis?
Soalan-soalan untuk temubual semasa kajian tindakan dijalankan:
Mengapakah anda tidak menghadiri diri untuk perjumpaan sebelum ini?
Adakah anda berminat untuk menyertai Kadet Polis? Mengapa?
Adakah anda hadir kerana terpaksa? Mengapa?
Soalan-soalan untuk temubual selepas kajian tindakan dijalankan:
Apakah pandangan anda terhadap Kadet Polis selepas penyertaan selama 1 tahun?
Adakah anda akan terus menyertai Kadet Polis pada tahun depan? Mengapa?
Apakah yang anda telah perolehi daripada penglibatan diri dalam Kadet Polis?
Apakah cadangan anda untuk menambahbaik lagi aktiviti-aktiviti yang boleh
dijalankan dalam Kadet Polis?
8. 4.3 Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan oleh penyelidik melalui rakaman video-tape semasa aktiviti-aktiviti
dijalankan. Dalam kaedah ini, penyelidik akan memfokuskan terhadap tingkah laku dan prestasi
pelajar perempuan tingkatan 1 semasa penglibatan mereka dalam setiap perjumpaan yang
diadakan.
4.4 Soal Selidik
Borang penilaian akan diedarkan kepada semua pelajar perempuan tingkatan 1 untuk
mendapatkan maklumat dan maklum balas terhadap setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam
tempoh kajian tindakan. Borang penilaian dinilai menggunakan Skala Likert.
4.5 Borang Soal Selidik
Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan hitamkan nombor yang paling
sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut pada borang
jawapan soal selidik murid yang dilampirkan.
Skala:
1 = Tidak setuju
2 = Setuju
3 = Sangat setuju
ITEM PENILAIAN:
9. ITEM 1 2 3
1. Adakah waktu dan masa semasa aktiviti-aktiviti yang dijalankan
bersesuaian dengan jadual waktu harian anda?
2. Haruskah latihan kawad kaki diadakan di lokasi yang lain selain di
kawasan sekolah?
3. Adakah penglibatan artis jemputan dalam Kadet Polis telah
meningkatkan minat anda untuk bergiat lebih aktif dalam persatuan
tersebut.
4.Adakah hadiah-hadiah berbentuk voucher dalam pertandingan telah
meningkatkan motivasi anda untuk mengambil bahagian dalam
pertandingan tersebut?
5. Adakah lawatan ke penjara telah membawa iktibar dalam kehidupan
anda?
6. Adakah anda berasa seronok untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
lasak semasa perkhemahan tahunan?
7. Adakah minat anda terhadap Kadet Polis telah bertambah?
8. Adakah anda akan mengalakkan rakan-rakan anda untuk menyertai
Kadet Polis?
9. Adakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah memberi anda
pengetahuan dan kemahiran yang baru?
10. Adakah penglibatan guru penting semasa aktiviti-aktiviti dijalankan
Sumber:
http://www.sabah.gov.my/uniq/pkpa/data-malay%2520version.pdf