FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSANNURUL AZREEN
Ìý
Teks tersebut memberikan pengenalan mengenai fonem segmental dalam bahasa Melayu. Ia menjelaskan bahawa terdapat 33 fonem dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada 24 fonem asli dan 9 fonem pinjaman. Teks tersebut juga mengklasifikasikan fonem segmental kepada konsonan letupan, letusan, dan geseran serta memberikan contoh perkataan untuk setiap jenis fonem.
Dokumen tersebut membahas tentang fonetik dan fonologi. Fonetik adalah kajian tentang bunyi bahasa secara fizikal, sedangkan fonologi adalah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Fonetik dibagi menjadi tiga bidang yaitu fonetik artikulatori yang meneliti cara produksi bunyi, fonetik akustik yang meneliti sifat fisik bunyi, dan fonetik auditori yang meneliti proses persepsi bunyi. Fonologi berkaitan dengan
Tulisan mekanis merupakan latihan untuk menguasai kemahiran menulis tangan yang baik pada murid-murid sekolah rendah dengan melakukan aktiviti untuk melatih pergerakan tangan dan otot jari serta menulis huruf dan perkataan dengan betul.
Dokumen tersebut membahas mengenai kemahiran menulis, termasuk definisi, jenis-jenisnya, pendekatan pengajaran, dan peringkat menulis. Secara khusus, dokumen tersebut menjelaskan bahwa terdapat tiga peringkat menulis yaitu pramenulis, mekanis, dan pelahiran, serta beberapa jenis penulisan seperti terkawal, separa terkawal, berpandu, dan bebas.
Dokumen tersebut membandingkan ayat aktif dan ayat pasif dalam tiga kalimat. Ayat aktif menekankan subjek asal sebagai judul dan menggunakan kata kerja aktif, manakala ayat pasif menekankan objek asal sebagai judul dan menggunakan kata kerja pasif. Dokumen ini juga membincangkan proses membuat perbandingan antara ayat tunggal dan majmuk serta menelusuri perkaitan unsur-unsur bahasa seperti kata hub
Tulisan mekanis merupakan latihan untuk menguasai kemahiran menulis tangan yang baik pada murid-murid sekolah rendah dengan melakukan aktiviti untuk melatih pergerakan tangan dan otot jari serta menulis huruf dan perkataan dengan betul.
Dokumen tersebut membahas mengenai kemahiran menulis, termasuk definisi, jenis-jenisnya, pendekatan pengajaran, dan peringkat menulis. Secara khusus, dokumen tersebut menjelaskan bahwa terdapat tiga peringkat menulis yaitu pramenulis, mekanis, dan pelahiran, serta beberapa jenis penulisan seperti terkawal, separa terkawal, berpandu, dan bebas.
Dokumen tersebut membandingkan ayat aktif dan ayat pasif dalam tiga kalimat. Ayat aktif menekankan subjek asal sebagai judul dan menggunakan kata kerja aktif, manakala ayat pasif menekankan objek asal sebagai judul dan menggunakan kata kerja pasif. Dokumen ini juga membincangkan proses membuat perbandingan antara ayat tunggal dan majmuk serta menelusuri perkaitan unsur-unsur bahasa seperti kata hub
. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan-perkataan. Sintaksis bermaksud sebagai satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat
Dokumen tersebut membahas tentang empat jenis ayat dalam bahasa Melayu, yaitu:
1) Ayat penyata yang digunakan untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.
2) Ayat tanya yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal, dengan atau tanpa kata tanya.
3) Ayat perintah yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan, terdiri dari ayat suruhan, larangan, silaan, dan permintaan.
Sintaksis merujuk kepada bidang kajian bahasa yang meneliti struktur dan binaan ayat dalam sebuah bahasa. Ia mengkaji bagaimana perkataan disusun menjadi frasa, klausa dan ayat serta hukum-hukum yang mendasari penyusunan unsur-unsur bahasa tersebut.
Latihan ini memberikan contoh soal latihan tentang imbuhan dan penggunaan kata dalam kalimat. Pada bagian pertama, peserta diminta melengkapi kata dengan imbuhan yang tepat seperti 'hormat', 'curiga', dan 'korban'. Bagian kedua berisi soal isian kata kosong dengan pilihan kata yang sesuai untuk melengkapi kalimat seperti 'komputer', 'membaiki', dan 'kesultanan'. Latihan ini bertujuan melatih penggunaan
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptxATHHARDAIAM1
Ìý
Konsep morfologi bahasa melayu
1. Konsep morfologi bahasa Melayu
Morfologi ialah bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara
pembentukannya. Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah satu bidang ilmu yang
mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Struktur kata merupakan
susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
Bentuk kata pula merupakan unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Golongan kata ialah proses
mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain
dalam golongan yang sama. Konklusinya bolehlah dikatakan bahawa morfologi bahasa Melayu
merupakan bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa Melayu.
Morfem merupakan unit yang paling kecil dalam morfologi. Fungsi morfem iaitu
membentuk perkataan. Dengan wujudnya kehadiran morfem, sesuatu perkataan mungkin terdiri
daripada satu, dua atau lebih morfem. Sebagai contoh, perkataan ‘jual’ merupakan satu morfem,
tetapi perkataan ‘terjual’ dan ‘menjualkan’ terdiri daripada dua dan tiga morfem, iaitu ‘ter + jual’
dan ‘men + jual + kan’. Perkara ini menunjukkan bahawa imbuhan juga merupakan morfem.
Terdapat dua jenis morfem iaitu morfem terikat dan juga morfem bebas. Morfem terikat ialah
morfem yang tidak dapat berdiri sendiri dan hanya wujud bersama-sama dengan morfem lain.
Morfem bebas pula ialah morfem yang dapat berdiri sendriri dalam ayat. Oleh yang
demikian, kata dasar pula disebut sebagai morfem bebas.
Tidak semua morfem ialah perkataan tetapi semua perkataan ialah morfem. Perkataan
merupakan unit bebas yang mempunyai makna dan dapat berdiri sendiri. Sebagai contoh,
ayat Ini baju adik saya, terdiri daripada empat patah perkataan. Perkataan-perkataan ini dapat
berdiri sendiri serta mengandungi makna, iaitu ‘ini’ bermaksud kata ganti nama tunjuk untuk
menunjukkan tempat yang dekat, ‘baju’ merujuk kepada kata nama am bagi pakaian, ‘adik’ juga
ialah kata nama am yang merujuk kepada seorang adik dan perkataan ‘saya’ pula merujuk
kepada kata ganti nama diri orang yang pertama. Manakala morfem terikat tidak mengandungi
makna dan tidak boleh berdiri sendiri seperti morfem bebas. Makna bagi morfem terikat hanya
akan lahir apabila morfem tersebut diimbuhkan atau digabungkan dengan morfem bebas. Proses
2. penyusunan dan penggabungan morfem ini perlu mematuhi peraturan sistem morfologi sesuatu
bahasa. Proses-proses pembentukan perkataan mestilah melibatkan pengimbuhan terutamanya
bagi morfologi bahasa Melayu.
Morf dan alomorf merupakan istilah-istilah yang penting untuk diketahui yang
berkaitan dengan morfem. Misalnya, ayat ‘Doktor itu sedang merawat pesakit itu sejak bertahun
lamanya’, terdiri daripada ‘doktor’, ‘itu’, ‘sedang’, ‘me’, ‘rawat’, ‘pe’, ‘sakit’, ‘itu’, ‘sejak’,
‘ber’, ‘tahun’, ‘lama’, ‘nya’, iaitu sebanyak 13 morfem. Unit-unit morfem yang telah
direalisasikan itu disebut sebagai morf, iaitu elemen dalam bentuk kata yang kita dengar dalam
pertuturan. Contohnya, perkataan ‘merawat’ morfnya ialah ‘me + rawat’ dan ‘bertahun’ morfnya
ialah ‘ber + tahun’. Jelaslah bahawa morf disebut sebagai satuan gramatikal terkecil yang
didengar terikat. Kebiasaannya dalam pengajian bahasa Melayu, morfem terikat mempunyai
sekurang-kurangnya satu alomorf. Misalnya morfem awalan ‘di-‘ hanya mempunyai satu sahaja
alomorf iaitu ‘di-’ itu sendiri, sebaliknya morfem ‘me-‘ mempunyai enam alomorf, iaitu ‘me-’,
‘mem-’, ‘men-’, ‘meng-’, ‘meny-’ dan ‘menge-’.