際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Seni Visual (Tingkatan 6)
Aspek Formal
Nik Irsyad Bin Megat Nik Mohd Kamal
L6K3
Pengenalan
 Seni
 Mengikut Kamus Pelajat Bahasa Malaysia Seni bermaksuf
kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan atau
kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah.
 Mengikut Ibnu Khaldun Seni itu adalah kebenaran,
keindahan, dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung
ciri-ciri estetika dan logika.
 Kesimpulannya, seni membawa maksud kebolehan
memcipta, melukis, mengukir, memggubah dan sebagainya.
Seni juga boleh ditakrifkan sebagai hasil buatan manusia
yamg diatur dengan mahir dan boleh digunakan untuk
menyuarakan pengalaman manusia.
 Visual
 Visual bermaksud sesuatu yang nampak atau tampakml.
Manusia menggunakan deria mata untuk melihat atau
nampak akan sesuatu.
 Visual merujuk kepada sesuatu yang boleh dinilai dan dilihat
oleh mata manusia.
Aspek Formal
 Aspek formal ialah pemggunaan asas seni reka dalam sesuatu hasil seni. Ia meliputi aspek unsur seni
dan prinsip rekaan.
 Pemahaman serta pengaplikasian aspek formal merupakan perkara yang terpenting dalam proses
penghasilan hasil seni visual yang berkualiti.
 Unsur seni meliputi aspek garisan, jalinan, rupa, bentuk dan warna manakala prinsip rekaan
terdiri daripada keseimbangan, kadar banding, penegasan pergerakan dan ekonomi yang
membentuk harmoni dan kepelbagaian.
 Aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan bertujuan untuk menghasilkan kesatuan dalam karya serta
mempunyai hubungan dengan gambaran ruang.
 Penghasilan sesebuah hasil seni melibatkan penggunaan media dan teknik. Penggunaan media dan
teknik yang bersesuaian amat penting untuk menghasilkan sebuah hasil seni visual yang berkualiti serta
dapat menyampaikan mesej dengan berkesan.
Unsur
Seni
Garisan
Jalinan
Bentuk
Rupa
Warna
Prinsip
Rekaan
Pergerakan
Ekonomi
Harmoni
Kepelbagaian
Penegasan
Kadar Banding
Keseimbangan
Ia merupakan aspek
penting dalam
penciptaan dan
pemahaman karya
seni visual.
Pemahaman secara
teori & praktikal ynag
baik dapat
mempengaruhi
penghasilan &
pemahaman terhadap
karya seni visual.
Satu proses
pengorganisasian bagi
mewujudkan harmoni
atau kepelbagaian.
Prinsip rekaan yang
membentuk harmoni
& kepelbagaian ialah :
Ruang
Ko
ntra
Ke
sat
ua
n
Do
min
an
Garisan
1. Garisan merupakan sambungan antara titik
yang merentasi dari satu kawasan ke kawasan
yang lain.
2. Garisan dapat dihasilkan dengan menggunakan
pelbagai jenis media atau bahan.
3. Perbezaan bahan akan mewujudkan pelbagai
jenis garisan. Contohnya, garisan
menggunakan pelbagai jenis media.
4. Garisan terdiri daripada pelbagai sifat, jenis
dan kualiti garisan.
5. Perbezaan ilusi visual yang terhasil daripada
sifat, jenis dan kualiti garisan dapat memberi
berbagai-bagai kesan ilusi seperti pergerakan,
ekspresi dan emosi. Contoh lukisan menggunakan pelbagai jenis, sifat dan
jenis garisan.
Sifat Garisan
1. Sifat garisan ialah keadaan gambaran berdasarkan jenis sesuatu garisan yang
dicipta.
2. Perbezaan sifat garisan dalam penghasilan karya akan memenghasilkan kesan visual
yang berbeza dalam penghasilan karya.
Garis Lembut Garis Tegas Garis Licin
Garis Kasar Garis Berduri Garis Menggerutu
Jenis Garisan
Garisan Melintang Garisan Berpacar
Garisan Melingkar Garisan Bergerigi
Garisan Beralun Garisan Bersawang
Garisan Berzig zag Garisan Titik
Kualiti Garisan
1. Kualiti garisan ialah mutu garisan merujuk kepada
garisan yang ditentukan oleh pengkarya dalam
menghasilkan sesuatu imej.
2. Kualiti garisan yang dihasilkan dapat mewujudkan
pelbagai karakter. Contohnya, ekspresif pada imej yang
digambarkan seperti ilusi pergerakan pada ilustrasi
karakter komik.
3. Kualiti garisan dapat menimbulkan ilusi visual ruang
pada sesuatu imej yang digambarkan. Contohnya,
garisan bagi ruang paling hadapan sesuatu benda yang
dilukis menggunakan kualiti garisan yang lebih tebal.
Tujuannya adalah untuk menimbulkan ruang visual pada
benda tersebut.
Contoh karya yang
mengaplikasikan jenis族 garisan dan
kualiti garisan dalam pengkaryaan
seni visual.
Jalinan
1. Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu
permukaan benda semula jadi atau benda buatan
manusia.
2. Jalinan dapat dikesan melalui deria penglihatan dan deria
sentuhan.
3. Setiap jalinan pada sesuatu objek mempunyai fungsi tertentu.
Contohnya, jalinan pada tuala mandi bertujuan agar dapat
menyerap air dan jalinan pada kulit buah durian
bertujuan untuk keselamatan isi buah. Jalinan pada
binatang atau serangga adalah untuk penyamaran atau
keselamatan.
4. Penghasilan jalinan pada karya seni visual dapat
menyampaikan mesej yang tertentu.
Jalinan Semula Jadi vs Jalinan Buatan Manusia
 Tumbuh-tumbuhan
 Corak pada haiwan dan serangga.
 Tayar kenderaan
 Tapak kasut
Jalinan Tampak
 Jalinan tampak wujud pada permukaan dua dimensi.
Contohnya, pada karya perekaan, iaitu papan iklan.
 Jalinan ini dapat dilihat tetapi tidak dapat disentuh
dan dikesan keadaan permukaannya dengan deria
sentuhan.
 Contoh jalinan tampak pada benda buatan manusia
ialah corak pada kraf batik, kertas pembalut buku
dan gambar poster pada majalah.
 Contoh jalinan tampak pada benda semula jadi ialah
kulit tembikai dan corak pada sayap rama-rama.
Buatan Manusia Alam Semula Jadi
Jalinan Sentuh
 Jalinan sentuh ialah keadaan sesuatu permukaan yang dapat
dikesan menggunakan deria sentuhan.
 Contoh kesan jalinan sentuh ialah kesan kasar, berbulu dan
berduri.
 Jalinan sentuh wujud pada benda buatan manusia seperti kesan
kasar pada tekstil dan jalinan pada bakul anyaman rotan.
 Contoh kesan jalinan pada benda semula jadi ialah kulit pokok,
permukaan batu dan kulit buaya.
 Contoh jalinan sentuh dalam penghasilan karya ialah ukiran kayu,
catan teknik impasto dan anyaman tikar mengkuang.
Buatan Manusia Alam Semula Jadi
Penghasilan Karya Menggunakan Pelbagai Jenis
Jalinan
1. Jalinan sebenar  jalinan yang digunakan dalam karya dengan mengekalkan sifat-sifat daripada
jalinan asal. Contohnya, karya kolaj.
2. Jalinan tiruan  jalinan yang ditiru atau dihasilkan oleh manusia sama ada jalinan sentuh atau
jalinan tampak. Contohnya, jalinan kayu menggunakan teknik simen ferro, gambar pokok pada
ilustrasi komik dan olahan imej manusia pada catan cat minyak.
3. Jalinan abstrak  sifat atau rupa bentuk jalinan yang diolah dalam karya. Jalinan
dipermudahkan atau dimujaradkan mengikut kehendak pengkarya serta mengikut fungsi karya.
4. Jalinan rekaan  jalinan rekaan ialah jalinan yang direka oleh manusia. Ia merupakan jalinan
khayalan manusia atau dipermudah daripada jalinan yamg sedia ada.
Rupa
1. Rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut akan bertemu pada satu
titik dan berakhir pada titik yang sama.
2. Rupa adalah rata dan bersifat dua dimensi serta tidak mempunyai jisim, ton warna
dan jalinan.
3. Kebanyakan rupa dalam seni visual diaplikasikan sebagai simbol dan logo karya
pengkaryaan.
Rupa Geometrik
 Rupa yang mempunyai sudut atau mempunyai
sempadan yang tetap
 Biasanya digunakan sebagai simbol dan logo kapsyen
dalam seni komunikasi.
Rupa Organik
 Mempunyai sempadan yang bebas. Garisan luar
atau sempadan luarnya tidak terikat.
 Kebanyakan benda semula jadi mempunyai rupa
organik.
Rupa Positif
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek
yang terletak di dalam satu kawasan
tertentu.
Rupa Negatif
Rupa negatif ialah ruang di sekeliling
rupa objek tersebut.
Rupa dalam Aktiviti Mencorak
 Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan,
tambahan atau luakan ( pengurangan ).
 Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang
dengan jarak dan kedudukan tertentu.
 Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif
dengan rupa negatif.
 Hasilan corak akan lebih menarik apabila rupa disusun berulang-ulang dalam
susunan tertentu.
Contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak
Jenis-jenis Susunan
dalam Mencorak
Rupa dan Lambang / Logo
 Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat,
persatuan dan pertubuhan.
 Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
lambang yang dihasilkan
daripada rupa bunga dan daun
Logo yang dihasilkan
daripada huruf D
Logo yang dihasilkan
daripada huruf V dan B
Logo jenis representasi iatu
angin yang menghasilkan tenaga
Rupa dan Muka Taip
 Muka taip ialah jenis-jenis rupa
berbentuk huruf.
 Rupa muka taip boleh menghasilkan
pelbagai gaya.
 Rupa muka taip boleh terdiri
daripada muka taip serif ( berekor )
dan san serif( tidak berekor ).
Nilai
 Nilai merupakan salah satu aspek penting dalam penghasilan karya seni visual.
 Nilai berkaitan dengan kadar kecerahan atau kegelapan dalam sesuatu imej atau gambar.
Pemahaman nilai amat penting bagi pengkarya untuk menghasilkan karya yang lebih menarik serta
lebih mudah untuk dihayati imej visualnya.
 Nilai berkaitan dengan penyebaran warna putih atau hitam atau gelap dan cerah.
 Ia juga dikenali sebagai nada khususnya dalam penyataan warna bagi sesuatu imej dalam karya dua
dimensi atau karya tiga dimensi.
 Kadar kecerahan atau kegelapan sesuatu imej dapat menampakkan bentuk imej yang lebih jelas,
kesan ruang, pencahayaan dan perbezaan imej dengan lebih ketara.
 Nilai dapat membentuk eksperesi pengkarya dengan lebih jelas melalui perbezaan cerah atau
gelap pada imej yang ditonjolkan. Contohnya, nilai kecerahan atau kegelapan pada imej
dekoratif, reka corak, olahan bentuk atau olahan imej abstrak.
 Contoh aplikasi nilai
dalam sesebuah
karya adalah melalui
teknik Chiaroscuro
dan Tenebrism
yang
menggambarkan
kontra imej utama
dan latar belakang
yang gelap.
Karya 2 Dimensi dan 3 Dimensi
2 Dimensi
 Bentuk ini dapat dilihat pada permukaan 180属.
 Hanya wujud pada gambar dan bentuknya tidak
dapat disentuh dan dirasa ruangnya.
 Contoh ; Catan, foto, reka bentuk grafik
 Bentuk 2 Dimensi juga dikenali sebagai bentuk
ilusi.
3 Dimensi
 Merujuk kepada benda yang wujud dalam
ruangan yang sebenar/nyata. Bentuk ini
mempunyai isipadu, jisim dan dapat dirasa serta
disentuh.
 Bentuk ini terbahagi kepada 2 iaitu bentuk yang
dapat dilihat daripada pelbagai sudut (360属) dan
bentuk timbul (relief).
 Contoh : Arca, anyaman rotan, ukiran kayu
Contoh karya 2 Dimensi
Contoh karya 3 Dimensi
Warna
 Warna ialah unsur visual yang memainkan peranan yang penting dalam penghasilan karya
dan kehidupan seharian. skema warna.
 Warna dapat membezakan antara sesuatu benda.
 Warna berkait langsung dengan perasaan atau mood seseorang kerana dapat
mempengaruhi suasana dan dapat menunjukkan ruang. Warna juga dapat mewujudkan
simbol penyampaian sesuatu mesej seperti marah atau ceria.
 Penggunaan warna sangat penting dalam penghasilan pengkaryaaan atau perekaan.
 Warna mempunyai beberapa kriteria penting, iaitu jenis-jenis warna, suhu warna, nilai
warna dan skema warna.
Jenis-jenis Warna
Warna Asas/Primer Warna Sekunder Warna Tertier
1. Warna asas ialah warna utama.
2. Warna asas terdiri daripada kuning, merah dan
biru.
3. Warna asas tidak dapat dihasilkan melalui
campuran warna lain.
4. Campuran daripada warna asas dapat
menghasilkan pelbagai warna.
5. Antara jenis warna yang dapat dihasilkan melalui
campuran warna asas ialah warna sekunder dan
warna tertier.
1. Warna sekunder terhasil daripada campuran dua
warna asas.
Campuran 2 warna
asas
Keputusan
warna
Biru + Kuning Hijau
Merah + Biru Ungu
Merah + Kuning Oren/Jingga
1. Warna tertier terhasil daripada campuran warna
asas dengan dengan warna sekunder
2. Warna asa yang dicampur ialah warna yang ada
bersebelahan dengan roda warna.
3. Campuran warna daripada warna asas dapat
menghasilkan berbagai-bagai warna.
4. Campuran warna penting dalam penghasilan
karya terutamanya dalam penghasilan catan.
Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan
mengaplikasikan pengetahuan teori dalam
pengalaman langsung praktikal.
Primer. Sekunder Tertier
Suhu
Warna
 Suhu warna dapat dirasai melalui deria penglihatan seseorang.
 Suhu warna juga dapat dirasai melalui perasaan seseorang yang melihat warna
tersebut.
 Suhu warna tidak dapat dirasai melalui deria sentuhan.
 Suhu warna terdiri daripada warna panas dan warna sejuk.
Warna Panas Warna Sejuk
1. Terdiri daripada warna yang menimbulkan
suasana yang bertenaga seperti suasana
kemewahan, peperangan, kemeriahan dan
keceriaan.
2. Wujud pada benda panas seperti api yang sedang
marak dan matahari yang sedar bersinar.
1. Warna sejuk dapat menimbulkan perasaan
aman, tenteram, dingin dan damai. Perasaan
tersebut dapat digambarkan pada imej yang
memaparkan warna yang terdapat pada air laut,
air sungai dan bukit-bukau.
Ton Warna
 Kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna.
 Terhasil melalui campuran warna hitam atau putih mengikut
kadar tertentu.
 Jika satu warna dicampur dengan warna putih maka akan
menjadi lebih cerah manakala jika dicampur dengan warna
hitam warna tersebut akan menjadi lebih gelap.
 Bagj teknik warna air, warna yang lebih cair akan
menghasilkan warna yang lebih cerah manakala warna
bertindan dengan pelbagai warna akan menjadi lebih gelap.
 Penggunaan ton warna dalam karya seni dapat mencipta
ruang.
Warna Kroma
1. Warna kroma ialah nilai ukuran warna.
2. Campuran warna pemggenap akan menghasilkan nilai ukuran sesuatu warna. Nisbah campuran
warna akan menentukan kadar nilai kuasa sesuatu warna.
3. Nilai ukuran dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu cerah, sederhana dan pudar.
4. Warna kroma akan memberikan kesan yang lebih pudar daripada warna asalnya.
Skema Warna
 Skema warna ialah rangkaian kombinasi warna-warna yang harmoni.
 Kesesuaian dan padanan warna yang dipilih akan menghasilkan warna yang menimbulkan pelbagai tema atau
suasana.
 Kepadanan dan kesesuaian warna dipilih mengikut skema warna.
 Kombinasi warna dalam skema warna dapat menimbulkan tema atau suasana yang menyegarkan, hangat, eksklusif
dan ceria
 Kombinasi warna diperlukan sebagai panduan menyesuaikan warna-warna yang berbeza dalam sesuatu karya.
 Skema warna digunakan untuk kombinasi warna seperti dalam hiasan dalaman, rekaan grafik, pakaian atau catan
 Kombinasi warna yang sesuai merujuk kepada kombinasi warna yang kontra, suhu warna dan gubahan warna.
Tujuannya adalah untuk menimbulkan keharmonian dalam pemilihan warna yang digunakan.
Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Ruang
1. Penggunaan
unsur seni dan
prinsip rekaan
dalam hasil karya
diolah untuk
menyelesaikan isu
ruang.
2. Ruang ialah harak
di antara sesuatu
objek
Ruang terdiri daripada :
(a)Ruang ilusi
Berbentuk dua dimensi. Kita tidak dapat merasai kedalaman
ruang ilusi tetapi hanya dapat melihat pada permukaan 180属.
Contohnya, ruang ilusi terdapat pada catan cat air dan
fotografi.
(b) Ruang konkrit
Terdapat dalam ruang sebenar. Kita boleh merasai
kedalaman ruang konkrit. Contohnya, ruang dalam
bangunan, perabot dan arca. Ruang ini berbentuk tiga
dimensi.
Pengolahan Ruang dalam Karya Dua dimensi
Terdapat tiga cara pengolahan ruang dalam penghasilan karya seni visual berbentuk dua dimensi,
iaitu :
 Ruang rata. Jarak antara objek adalah tidak ketara atau rata. Biasanya diwujudkan
menggunakan perbezaan warna. Contohnya, warna panas lebih menonjol ke depan manakala
warna sejuk ke belakang.
 Ruang cetek. Jarak antara objek yang digambarkan adalah berdekatan.
 Ruang dalam. Jarak di antara objek yang digambarkan adalah ketara dan berjauhan. Ruang
dalam melibatkan ruang perspektif, iaitu ruang yang menggambarkan jarak antara objek
yang berubah dari segi saiz, ketinggian dan kelebaran mengikut jarak tertentu.
Ruang Perspektif
 Ruang perspektif ialah teknik gambaran yang bertujuan menunjukkan kesan ilusi tiga dimensi.
 Ruang ini digambarkan atas permukaan rata atau dua dimensi. Ia dapat menghasilkan ruang ilusi.
 Untuk menggambarkan ruang perspektif, kita mestilah mahir dalam pemerhatian terhadap objek di
persekitaran.
 Pengetahuan dan pemahaman terhadap aras mata, titik lenyap dan ruang perspektif adalah sangat
penting untuk menimbulkan ruang yang lebih realistik.
 Apabila menggambarkan ruang perspektif, saiz objek, jarak antara benda serta warna pada objek
akan kelihatan berbeza mengikut jarak.
 Objek yang paling dekat dengan mata pemerhati, warnanya akan kelihatan terang dan besar, manakala
semakin jauh sesuatu objek dari mata pemerhati, maka warna akan kelihatan semakin pudar dan saiz
objek kelihatan semakin kecil.
 Kedudukan aras mata ialah faktor penting dalam
menentukan ruang perspektif.
 Aras mata ialah kedudukan mata seseorang apabila
melihat sesuatu benda. Perbezaan aras mata
mewujudkan perbezaan sudut pandangan.
 Aras mata menentukan kedudukan kaki langit
pemisah antara awan dan bumi atau dua bahagian
atas dan bawah.
 Jika di cantumkan, garisan perspektif pada sesuatu
objek atau persekitaran akan kelihatan seolah-olah
bertemu pada satu titik yang dinamakan titik lenyap.
 Terdapat 3 jenis perspektif, iaitu :
1. perspektif 1 titik lenyap
2. perspektif 2 titik lenyap
3. Perspektif 3 titik lenyap
Perspektif Satu
Titik Lenyap
1. Lukisan yang dihasilkan
dengan menggunakan
garisan grid yang selari
dan bertemu di satu titik
lenyap di paras
pandangan aras mata.
2. Perspektif satu titik
lenyap digambarkan
dengan kedua-dua
ketinggian dan lebar
objek adalah sama dan
bertemu di satu titik
lenyap.
Perspektif Dua
Titik Lenyap
1. Perspektif dua titik
lenyap ialah lukisan yang
dihasilkan dengan
menggunakan dua garisan
grid yang selari yang akan
bertemu di dua titik
lenyap.
2. Perspektif dua titik
lenyap menggambarkan
dua satah yang berlainan
arah bertemu pada dua
titik lenyap.
Perspektif Tiga Titik
Lenyap
1. Perspektif tiga titik lenyap
terhasil apabila objek dilihat
dari pandangan atas mata atau
bawah aras mata.
2. Contoh terbaik apabila
membuat lakaran bangunan
dari pandangan atas.
3. Titip lenyap pertama dan
kedua akan dilukis diatas garis
pandangan aras mata,
manakala titik lenyap ketiga
terletak sama ada di bahagian
atas atau bawah objek lukisan
Ruang Maya
 Ruang maya (virtual) wujud dalam betuk ilusi dua dimensi atau ilusi tiga dimensi.
 Ia merupakan ruang khayalan yang diolah menyerupai dunia realiti.
 Ruang maya sering digunakan di dalam simulasi komputer yang digambarkan seolah-olah membentuk ruang
sebenar.
 Ruang maya sering kali memaparkan imej visual yang digabungkan dengan audio. Ia dihasilkan oleh bantuan
teknologi komputer.
 Aplikasi ruang maya banyak digunakan dalam simulasi penerbangan dan perubatan. Contohnya, paparan imej
melalui simulasi di ruang maya membantu juruterbang atau doktor mengadakan latihan atau gerak kerja
sebelum menjalankan kerja sebenar.
 Ruang maya juga banyak digunakan di dalam media elektronik seperti permainan video wayang dan filem.
Imej, audio dan multimedia digunakan oleh pengarah grafik untuk memaparkan sesuatu situasi yang tidak
dapat dilakukan di dunia realiti.
Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Harmoni
 Harmoni ialah persamaan dalam satu kumpulan
 Harmoni wujud dalam satu kumpulan yang tiada ciri-ciri yang bercanggah.
 Harmoni boleh dihasilkan daripada pelbagai pengolahan, contohnya garisan,
jalinan, rupa, bentuk dan warna yang berulang. Perulangan motif atau corak
yang sesuai dapat menimbulkan perasaan selesa dan menyenangkan.
 Harmoni boleh wujud dengan menggunakan imej yang mempunyai kesan
perulangan, keseragaman, keseimbangan, kesepaduan, bersesuaian dan tiada
pencanggahan.
Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Kepelbagaian
 Kepelbagaian merujuk kepada pelbagai faktor/unsur yang berbeza
dalam sesebuah karya.
 Perbezaan dalam kepelbagaian dibentuk oleh olahan prinsip rekaan yang
berbeza seperti keseimbangan, kadar banding, penegasan, pergerakan
dan ekonomi.
 Kepelbagaian menimbulkan variasi pada karya.
 Ia juga dapat diwujudkan dengan gabungan unsur seni dan prinsip
rekaan yang diolah secara bersesuaian.
Contoh karya yang mempunyai unsur kepelbagaian
Nama Pelukis : VINCENT VAN GOGH
Tajuk : Bedroom In Arlez
Tahun : 1888
Bahan : Cat Minyak
Nama Pelukis : Abdullah Ariff
Tajuk : The Sudden Monsune Downpour
Tahun : 1956
Bahan : Cat Air
Keseimbangan
 Imbangan bermaksud perbandingan atau timbangan antara dua bahagian sesuatu
benda.
 Pernyataan ini menjelaskan persamaan dan berpadanan pada kedua-dua belah bahagian.
Contohnya, antara bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah sesuatu benda atau
olahan komposisi dalam karya.
 Hal ini merupakan keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan dan penumpuan
pemerhatian.
 Imbangan terdapat pada benda semula jadi dan benda buatan manusia.
 Terdapat dua jenis imbangan iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri.
Imbangan Simetri & Tidak Simetri
Imbangan Simetri
 Bermaksud persamaan pada kedua-kedua belah
bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah
sesuatu benda atau olahan dalam karya.
 Imbangan simetri juga dikenali sebagai imbangan
formal.
 Dalam karya perekaan, imbangan simetri
mempunyai imej cerminan. Sesuatu benda dan
komposisi boleh terbahagi kepada imej cerminan
di sebelah kiri dan kanan, imej terbalik atas dan
bawah dan imej cerminan sinaran.
Imbangan Tidak Simetri
 Imbangan tidak simetri ialah sesuatu benda atau
olahan komposisi sesuatu karya seimbang tetapi tidak
sama pada kedua-dua belah bahagian.
 Keseimbangan wujud pada sesuatu benda dan
komposisi melalui cara pengolahan atau susunan
unsur rekaan dan prinsip rekaan. Contohnya rupa
yang diimbangkan dengan warna.
 Tidak bersifat simetri dan tidak mempunyai
susunan cermin.
Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Imbangan Simetri & Tidak Simetri
Buatan Manusia
Imbangan Simetri & Tidak Simetri
Semula Jadi
Kadar Banding
 Kadar banding ialah kaitan ukuran pada setiap bahagian dengan bahagian lain
secara keseluruhan pada sesuatu benda secara bersesuaian dan harmoni.
 Kadar banding ada pada benda semula jadi dan benda buatan manusia.
 Contohnya, kadar banding tubuh badan manusia yang betul mestilah
mempunyai ukuran bahagian badan seperti tangan, kaki, kepala yang
bersesuaian dengan keseluruhan bentuk tubuh.
Penegasan
 Penegasan dalam sesebuah karya juga merujuk kepada penekanan aplikasi utama pengkarya dalam penghasilan sesebuah
karya.
 Imej dominan dapat menghasilkan penegasan dan penumpuan utama dalam sesuatu karya.
 Penegasan boleh diwujudkan dengan olahan yang mempunyai nilai kontra.
 Kontra terhasil daripada gubahan karya atau keadaan yang mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dan bercanggah antara
satu dengan yang lain.
 Kontra menimbulkan perbezaan.
 Kontra dalam gubahan karya boleh memberi penegasan dan mengelakkan kebosanan.
 Contohnya, kontra sering diaplikasikan dalam pengolahan papan tanda jalan. Penggunaan warna yang kontra dapat
membezakan kapsyen dengan latar belakang. Hal ini bertujuan agar pengguna atau audiens dapat melihat kapsyen pada
papan tanda tersebut walaupun dari jauh.
Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Pergerakan
 Pergerakan dalam seni visual wujud apabila sesuatu
imej dua dimensi disusun secara berulang. Ia juga
wujud apabila imej diolah atau direka sehingga dapat
menimbulkan ilusi pergerakan seperti unsur kelajuan,
kepantasan atau ilusi optik. Contohnya, apabila unsur
seni seperti garisan, rupa atau bentuk disusun berulang
dan diolah secara bersesuaian menggunakan prinsip
rekaan.
 Dalam karya dua dimensi, pergerakan wujud secara
ilusi. Contohnya apabila pengkarya berjaya
mengarahkan mata audiens ke arah imej dengan imej
yang lain juga wujud apabila audiens merasakan
seolah-olah diperhatikan oleh imej utama.  Contohnya, karya Mona Lisa yang dilukis
oleh Leonardo Da Vinci.
 Pergerakan juga banyak di tampilkan
dalam hasil seni multimedia yang
melibatkan olahan ruang tiga dimensi pad
permukaan dua dimensi. Contohnya,
dalam animasi dan simulasi pergerakan
manusia menggunakan perisian komputer.
 Ia juga wujud apabila imej diolah atau
direka sehingga dapat menimbulkan ilusi
pergerakan seperti unsur kelajuan,
kepantasan atau ilusi optik.
 Dalam seni grafik, unsur pergerakan
wujud apabila susunan tipografi atau
ilustrasi diolah secara berulang.
Contohnya pergerakan yang wujud pada
imej tipografi digambarkan pada imej
tersebut.
Pergerakan
Pergerakan
Pergerakan
Pergerakan
Pergerakan
Ekonomi
 Ekonomi dalam prinsip rekaan ialah
pemggunaan elemen atau imej yang paling
asas dalam penghasilan karya.
 Contohnya, aplikasi unsur seni reka, prinsip
rekaan, penggunaan media dan teknik yang
tidak berlebihan tetapi masih dapat
menghasilkan rekaan yang menarik. Karya
tersebut juga dapat memberikan mesej dan
dapat berfungsi dengan baik. Apple (1983) karya
Andy Warhol
Target (1974) karya
Jasper Johns
Dominan
 Sebarang karya seni visual yang menarik mesti
mempamerkan kelainan yang menekankan
kepada darjah kepentingan bagi berbagai-bagai
bahagian.
 Kelainan ini dihasilkan daripada pertimbangan
perantaraan dan kandungan.
 Biasanya, seniman menggunakan aspek kontra
untuk menarik perhatian bagi sesuatu bahagian
yang bermakna. Ini membuatkannya dominan.
Kontra
 Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni
yang bertentangan atau bercanggah dalam
sesuatu gubahan.
 Fungsi kontra ialah untuk menarik
perhatian, memberi fokus, mengelakkan
kebosanan dan kesan pergerakan.
 Kontra dapat dihasilkan melalui
penggunaan unsur seni, teknik dan bahan
yang berlainan.
Kesatuan
 Kesatuan bermaksud satu
tema atau satu idea bagi
semua unsur dalam sesuatu
gubahan.
 Kesatuan dapat
menimbulkan suasana yang
tenteram, teratur dan selesa.
Sekian terima kasih
Tugasan : Aspek Formal
Disediakan oleh : Nik

More Related Content

What's hot (20)

Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)
Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)
Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)
Mcc Goh
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Fairuz Alwi
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni
Norhayati Ismail
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visualSeni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
Fairuz Alwi
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visualSeni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Fairuz Alwi
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Mcc Goh
HASIL SENI TRADISI MALAYSIA
HASIL SENI TRADISI MALAYSIAHASIL SENI TRADISI MALAYSIA
HASIL SENI TRADISI MALAYSIA
Nazira M
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuSajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
QHAIRUL AZIEZIE
Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)
zainiaman
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni Visual
Hui Chew
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaanSeni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Fairuz Alwi
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Fairuz Alwi
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Oliver Louise
Ulangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Ulangkaji 4 Pengenalan dan PenutupUlangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Ulangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Norhayati Ismail
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada MultimediaTopik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
asasmultimedia
Peperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang Iskandar
Peperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang IskandarPeperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang Iskandar
Peperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang Iskandar
RedzuanShamsuddin
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
midiewahab
Gerakan seni stpm
Gerakan seni stpmGerakan seni stpm
Gerakan seni stpm
Norhayati Ismail
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pra Universiti SMK Dato' Kamaruddin
Perbandingan pengkaryaan tradisi dan moden
Perbandingan pengkaryaan tradisi dan modenPerbandingan pengkaryaan tradisi dan moden
Perbandingan pengkaryaan tradisi dan moden
zainiaman
Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)
Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)
Kuliah 11 2016 latihan kritikan s visual (STPM)
Mcc Goh
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)Seni Visual penggal 1: seni  (sejarah seni barat)
Seni Visual penggal 1: seni (sejarah seni barat)
Fairuz Alwi
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni
Norhayati Ismail
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visualSeni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
Seni Visual Penggal 1: 1.pengenalan seni visual
Fairuz Alwi
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visualSeni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Seni Visual Penggal 1: pendekatan sejarah&kritikan seni visual
Fairuz Alwi
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Kuliah 4 2016 aspek formal seni visual (STPM)
Mcc Goh
HASIL SENI TRADISI MALAYSIA
HASIL SENI TRADISI MALAYSIAHASIL SENI TRADISI MALAYSIA
HASIL SENI TRADISI MALAYSIA
Nazira M
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera MelayuSajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
Sajak Seorang Jemaah - Permata Sastera Melayu
QHAIRUL AZIEZIE
Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)
zainiaman
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni Visual
Hui Chew
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaanSeni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Fairuz Alwi
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Fairuz Alwi
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Oliver Louise
Ulangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Ulangkaji 4 Pengenalan dan PenutupUlangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Ulangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Norhayati Ismail
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada MultimediaTopik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
asasmultimedia
Peperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang Iskandar
Peperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang IskandarPeperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang Iskandar
Peperiksaan Percubaan STPM Semester 1 Seni Visual 970/1 2022 SMK Alang Iskandar
RedzuanShamsuddin
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
midiewahab
Perbandingan pengkaryaan tradisi dan moden
Perbandingan pengkaryaan tradisi dan modenPerbandingan pengkaryaan tradisi dan moden
Perbandingan pengkaryaan tradisi dan moden
zainiaman

Similar to Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1) (20)

ELEMEN SENI
ELEMEN SENI ELEMEN SENI
ELEMEN SENI
AnonymousierW8f
Nota seni
Nota seniNota seni
Nota seni
nadiafikris
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
nadiafikris
Nota seni
Nota seniNota seni
Nota seni
nadiafikris
PSV NOTES
PSV NOTESPSV NOTES
PSV NOTES
nadiafikris
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
cikguda
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
Beeten Tan
Bahasa seni by zul fazli
Bahasa seni by zul fazliBahasa seni by zul fazli
Bahasa seni by zul fazli
zul042748
P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*
P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*
P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*
NurrAyinn
Asas seni reka
Asas seni rekaAsas seni reka
Asas seni reka
Amin Upsi
Nota seni t 1 asa seni reka
Nota seni t 1 asa seni rekaNota seni t 1 asa seni reka
Nota seni t 1 asa seni reka
Ani Eliani
bahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpc
bahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpcbahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpc
bahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpc
ThanaKSLetchumi
Bab 2 rupa
Bab 2  rupaBab 2  rupa
Bab 2 rupa
clandem47
Psv t1 rpt 2016
Psv t1 rpt 2016Psv t1 rpt 2016
Psv t1 rpt 2016
SABK SMA Arab An-Nur
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
KPM
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
KPM
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
nadiafikris
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
cikguda
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
Beeten Tan
Bahasa seni by zul fazli
Bahasa seni by zul fazliBahasa seni by zul fazli
Bahasa seni by zul fazli
zul042748
P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*
P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*
P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*
NurrAyinn
Asas seni reka
Asas seni rekaAsas seni reka
Asas seni reka
Amin Upsi
Nota seni t 1 asa seni reka
Nota seni t 1 asa seni rekaNota seni t 1 asa seni reka
Nota seni t 1 asa seni reka
Ani Eliani
bahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpc
bahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpcbahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpc
bahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpc
ThanaKSLetchumi
Bab 2 rupa
Bab 2  rupaBab 2  rupa
Bab 2 rupa
clandem47
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
KPM
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
KPM

Recently uploaded (7)

BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
ellyaleem
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptxSAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
ATHHARDAIAM1
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASIcabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
ipgm1786
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi klMESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
ssuser13911c
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.pptTahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
ssuser5530e8
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUANBUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
GOGASEAPDEVARDASGAND
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan bulipengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
g95547989
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
ellyaleem
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptxSAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
ATHHARDAIAM1
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASIcabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
ipgm1786
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi klMESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
ssuser13911c
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.pptTahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
ssuser5530e8
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUANBUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
GOGASEAPDEVARDASGAND
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan bulipengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
g95547989

Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)

  • 1. Seni Visual (Tingkatan 6) Aspek Formal Nik Irsyad Bin Megat Nik Mohd Kamal L6K3
  • 2. Pengenalan Seni Mengikut Kamus Pelajat Bahasa Malaysia Seni bermaksuf kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah. Mengikut Ibnu Khaldun Seni itu adalah kebenaran, keindahan, dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika. Kesimpulannya, seni membawa maksud kebolehan memcipta, melukis, mengukir, memggubah dan sebagainya. Seni juga boleh ditakrifkan sebagai hasil buatan manusia yamg diatur dengan mahir dan boleh digunakan untuk menyuarakan pengalaman manusia. Visual Visual bermaksud sesuatu yang nampak atau tampakml. Manusia menggunakan deria mata untuk melihat atau nampak akan sesuatu. Visual merujuk kepada sesuatu yang boleh dinilai dan dilihat oleh mata manusia.
  • 3. Aspek Formal Aspek formal ialah pemggunaan asas seni reka dalam sesuatu hasil seni. Ia meliputi aspek unsur seni dan prinsip rekaan. Pemahaman serta pengaplikasian aspek formal merupakan perkara yang terpenting dalam proses penghasilan hasil seni visual yang berkualiti. Unsur seni meliputi aspek garisan, jalinan, rupa, bentuk dan warna manakala prinsip rekaan terdiri daripada keseimbangan, kadar banding, penegasan pergerakan dan ekonomi yang membentuk harmoni dan kepelbagaian. Aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan bertujuan untuk menghasilkan kesatuan dalam karya serta mempunyai hubungan dengan gambaran ruang. Penghasilan sesebuah hasil seni melibatkan penggunaan media dan teknik. Penggunaan media dan teknik yang bersesuaian amat penting untuk menghasilkan sebuah hasil seni visual yang berkualiti serta dapat menyampaikan mesej dengan berkesan.
  • 4. Unsur Seni Garisan Jalinan Bentuk Rupa Warna Prinsip Rekaan Pergerakan Ekonomi Harmoni Kepelbagaian Penegasan Kadar Banding Keseimbangan Ia merupakan aspek penting dalam penciptaan dan pemahaman karya seni visual. Pemahaman secara teori & praktikal ynag baik dapat mempengaruhi penghasilan & pemahaman terhadap karya seni visual. Satu proses pengorganisasian bagi mewujudkan harmoni atau kepelbagaian. Prinsip rekaan yang membentuk harmoni & kepelbagaian ialah : Ruang Ko ntra Ke sat ua n Do min an
  • 5. Garisan 1. Garisan merupakan sambungan antara titik yang merentasi dari satu kawasan ke kawasan yang lain. 2. Garisan dapat dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis media atau bahan. 3. Perbezaan bahan akan mewujudkan pelbagai jenis garisan. Contohnya, garisan menggunakan pelbagai jenis media. 4. Garisan terdiri daripada pelbagai sifat, jenis dan kualiti garisan. 5. Perbezaan ilusi visual yang terhasil daripada sifat, jenis dan kualiti garisan dapat memberi berbagai-bagai kesan ilusi seperti pergerakan, ekspresi dan emosi. Contoh lukisan menggunakan pelbagai jenis, sifat dan jenis garisan.
  • 6. Sifat Garisan 1. Sifat garisan ialah keadaan gambaran berdasarkan jenis sesuatu garisan yang dicipta. 2. Perbezaan sifat garisan dalam penghasilan karya akan memenghasilkan kesan visual yang berbeza dalam penghasilan karya. Garis Lembut Garis Tegas Garis Licin Garis Kasar Garis Berduri Garis Menggerutu
  • 7. Jenis Garisan Garisan Melintang Garisan Berpacar Garisan Melingkar Garisan Bergerigi Garisan Beralun Garisan Bersawang Garisan Berzig zag Garisan Titik
  • 8. Kualiti Garisan 1. Kualiti garisan ialah mutu garisan merujuk kepada garisan yang ditentukan oleh pengkarya dalam menghasilkan sesuatu imej. 2. Kualiti garisan yang dihasilkan dapat mewujudkan pelbagai karakter. Contohnya, ekspresif pada imej yang digambarkan seperti ilusi pergerakan pada ilustrasi karakter komik. 3. Kualiti garisan dapat menimbulkan ilusi visual ruang pada sesuatu imej yang digambarkan. Contohnya, garisan bagi ruang paling hadapan sesuatu benda yang dilukis menggunakan kualiti garisan yang lebih tebal. Tujuannya adalah untuk menimbulkan ruang visual pada benda tersebut. Contoh karya yang mengaplikasikan jenis族 garisan dan kualiti garisan dalam pengkaryaan seni visual.
  • 9. Jalinan 1. Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan benda semula jadi atau benda buatan manusia. 2. Jalinan dapat dikesan melalui deria penglihatan dan deria sentuhan. 3. Setiap jalinan pada sesuatu objek mempunyai fungsi tertentu. Contohnya, jalinan pada tuala mandi bertujuan agar dapat menyerap air dan jalinan pada kulit buah durian bertujuan untuk keselamatan isi buah. Jalinan pada binatang atau serangga adalah untuk penyamaran atau keselamatan. 4. Penghasilan jalinan pada karya seni visual dapat menyampaikan mesej yang tertentu.
  • 10. Jalinan Semula Jadi vs Jalinan Buatan Manusia Tumbuh-tumbuhan Corak pada haiwan dan serangga. Tayar kenderaan Tapak kasut
  • 11. Jalinan Tampak Jalinan tampak wujud pada permukaan dua dimensi. Contohnya, pada karya perekaan, iaitu papan iklan. Jalinan ini dapat dilihat tetapi tidak dapat disentuh dan dikesan keadaan permukaannya dengan deria sentuhan. Contoh jalinan tampak pada benda buatan manusia ialah corak pada kraf batik, kertas pembalut buku dan gambar poster pada majalah. Contoh jalinan tampak pada benda semula jadi ialah kulit tembikai dan corak pada sayap rama-rama. Buatan Manusia Alam Semula Jadi
  • 12. Jalinan Sentuh Jalinan sentuh ialah keadaan sesuatu permukaan yang dapat dikesan menggunakan deria sentuhan. Contoh kesan jalinan sentuh ialah kesan kasar, berbulu dan berduri. Jalinan sentuh wujud pada benda buatan manusia seperti kesan kasar pada tekstil dan jalinan pada bakul anyaman rotan. Contoh kesan jalinan pada benda semula jadi ialah kulit pokok, permukaan batu dan kulit buaya. Contoh jalinan sentuh dalam penghasilan karya ialah ukiran kayu, catan teknik impasto dan anyaman tikar mengkuang. Buatan Manusia Alam Semula Jadi
  • 13. Penghasilan Karya Menggunakan Pelbagai Jenis Jalinan 1. Jalinan sebenar jalinan yang digunakan dalam karya dengan mengekalkan sifat-sifat daripada jalinan asal. Contohnya, karya kolaj. 2. Jalinan tiruan jalinan yang ditiru atau dihasilkan oleh manusia sama ada jalinan sentuh atau jalinan tampak. Contohnya, jalinan kayu menggunakan teknik simen ferro, gambar pokok pada ilustrasi komik dan olahan imej manusia pada catan cat minyak. 3. Jalinan abstrak sifat atau rupa bentuk jalinan yang diolah dalam karya. Jalinan dipermudahkan atau dimujaradkan mengikut kehendak pengkarya serta mengikut fungsi karya. 4. Jalinan rekaan jalinan rekaan ialah jalinan yang direka oleh manusia. Ia merupakan jalinan khayalan manusia atau dipermudah daripada jalinan yamg sedia ada.
  • 14. Rupa 1. Rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar tersebut akan bertemu pada satu titik dan berakhir pada titik yang sama. 2. Rupa adalah rata dan bersifat dua dimensi serta tidak mempunyai jisim, ton warna dan jalinan. 3. Kebanyakan rupa dalam seni visual diaplikasikan sebagai simbol dan logo karya pengkaryaan. Rupa Geometrik Rupa yang mempunyai sudut atau mempunyai sempadan yang tetap Biasanya digunakan sebagai simbol dan logo kapsyen dalam seni komunikasi. Rupa Organik Mempunyai sempadan yang bebas. Garisan luar atau sempadan luarnya tidak terikat. Kebanyakan benda semula jadi mempunyai rupa organik.
  • 15. Rupa Positif Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu. Rupa Negatif Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
  • 16. Rupa dalam Aktiviti Mencorak Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ). Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu. Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif. Hasilan corak akan lebih menarik apabila rupa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.
  • 17. Contoh ulangan rupa yang dapat mencipta corak
  • 19. Rupa dan Lambang / Logo Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan. Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan. lambang yang dihasilkan daripada rupa bunga dan daun Logo yang dihasilkan daripada huruf D Logo yang dihasilkan daripada huruf V dan B Logo jenis representasi iatu angin yang menghasilkan tenaga
  • 20. Rupa dan Muka Taip Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf. Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya. Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).
  • 21. Nilai Nilai merupakan salah satu aspek penting dalam penghasilan karya seni visual. Nilai berkaitan dengan kadar kecerahan atau kegelapan dalam sesuatu imej atau gambar. Pemahaman nilai amat penting bagi pengkarya untuk menghasilkan karya yang lebih menarik serta lebih mudah untuk dihayati imej visualnya. Nilai berkaitan dengan penyebaran warna putih atau hitam atau gelap dan cerah. Ia juga dikenali sebagai nada khususnya dalam penyataan warna bagi sesuatu imej dalam karya dua dimensi atau karya tiga dimensi. Kadar kecerahan atau kegelapan sesuatu imej dapat menampakkan bentuk imej yang lebih jelas, kesan ruang, pencahayaan dan perbezaan imej dengan lebih ketara.
  • 22. Nilai dapat membentuk eksperesi pengkarya dengan lebih jelas melalui perbezaan cerah atau gelap pada imej yang ditonjolkan. Contohnya, nilai kecerahan atau kegelapan pada imej dekoratif, reka corak, olahan bentuk atau olahan imej abstrak. Contoh aplikasi nilai dalam sesebuah karya adalah melalui teknik Chiaroscuro dan Tenebrism yang menggambarkan kontra imej utama dan latar belakang yang gelap.
  • 23. Karya 2 Dimensi dan 3 Dimensi 2 Dimensi Bentuk ini dapat dilihat pada permukaan 180属. Hanya wujud pada gambar dan bentuknya tidak dapat disentuh dan dirasa ruangnya. Contoh ; Catan, foto, reka bentuk grafik Bentuk 2 Dimensi juga dikenali sebagai bentuk ilusi. 3 Dimensi Merujuk kepada benda yang wujud dalam ruangan yang sebenar/nyata. Bentuk ini mempunyai isipadu, jisim dan dapat dirasa serta disentuh. Bentuk ini terbahagi kepada 2 iaitu bentuk yang dapat dilihat daripada pelbagai sudut (360属) dan bentuk timbul (relief). Contoh : Arca, anyaman rotan, ukiran kayu
  • 24. Contoh karya 2 Dimensi Contoh karya 3 Dimensi
  • 25. Warna Warna ialah unsur visual yang memainkan peranan yang penting dalam penghasilan karya dan kehidupan seharian. skema warna. Warna dapat membezakan antara sesuatu benda. Warna berkait langsung dengan perasaan atau mood seseorang kerana dapat mempengaruhi suasana dan dapat menunjukkan ruang. Warna juga dapat mewujudkan simbol penyampaian sesuatu mesej seperti marah atau ceria. Penggunaan warna sangat penting dalam penghasilan pengkaryaaan atau perekaan. Warna mempunyai beberapa kriteria penting, iaitu jenis-jenis warna, suhu warna, nilai warna dan skema warna.
  • 26. Jenis-jenis Warna Warna Asas/Primer Warna Sekunder Warna Tertier 1. Warna asas ialah warna utama. 2. Warna asas terdiri daripada kuning, merah dan biru. 3. Warna asas tidak dapat dihasilkan melalui campuran warna lain. 4. Campuran daripada warna asas dapat menghasilkan pelbagai warna. 5. Antara jenis warna yang dapat dihasilkan melalui campuran warna asas ialah warna sekunder dan warna tertier. 1. Warna sekunder terhasil daripada campuran dua warna asas. Campuran 2 warna asas Keputusan warna Biru + Kuning Hijau Merah + Biru Ungu Merah + Kuning Oren/Jingga 1. Warna tertier terhasil daripada campuran warna asas dengan dengan warna sekunder 2. Warna asa yang dicampur ialah warna yang ada bersebelahan dengan roda warna. 3. Campuran warna daripada warna asas dapat menghasilkan berbagai-bagai warna. 4. Campuran warna penting dalam penghasilan karya terutamanya dalam penghasilan catan. Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan mengaplikasikan pengetahuan teori dalam pengalaman langsung praktikal.
  • 28. Suhu Warna Suhu warna dapat dirasai melalui deria penglihatan seseorang. Suhu warna juga dapat dirasai melalui perasaan seseorang yang melihat warna tersebut. Suhu warna tidak dapat dirasai melalui deria sentuhan. Suhu warna terdiri daripada warna panas dan warna sejuk. Warna Panas Warna Sejuk 1. Terdiri daripada warna yang menimbulkan suasana yang bertenaga seperti suasana kemewahan, peperangan, kemeriahan dan keceriaan. 2. Wujud pada benda panas seperti api yang sedang marak dan matahari yang sedar bersinar. 1. Warna sejuk dapat menimbulkan perasaan aman, tenteram, dingin dan damai. Perasaan tersebut dapat digambarkan pada imej yang memaparkan warna yang terdapat pada air laut, air sungai dan bukit-bukau.
  • 29. Ton Warna Kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Terhasil melalui campuran warna hitam atau putih mengikut kadar tertentu. Jika satu warna dicampur dengan warna putih maka akan menjadi lebih cerah manakala jika dicampur dengan warna hitam warna tersebut akan menjadi lebih gelap. Bagj teknik warna air, warna yang lebih cair akan menghasilkan warna yang lebih cerah manakala warna bertindan dengan pelbagai warna akan menjadi lebih gelap. Penggunaan ton warna dalam karya seni dapat mencipta ruang.
  • 30. Warna Kroma 1. Warna kroma ialah nilai ukuran warna. 2. Campuran warna pemggenap akan menghasilkan nilai ukuran sesuatu warna. Nisbah campuran warna akan menentukan kadar nilai kuasa sesuatu warna. 3. Nilai ukuran dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu cerah, sederhana dan pudar. 4. Warna kroma akan memberikan kesan yang lebih pudar daripada warna asalnya.
  • 31. Skema Warna Skema warna ialah rangkaian kombinasi warna-warna yang harmoni. Kesesuaian dan padanan warna yang dipilih akan menghasilkan warna yang menimbulkan pelbagai tema atau suasana. Kepadanan dan kesesuaian warna dipilih mengikut skema warna. Kombinasi warna dalam skema warna dapat menimbulkan tema atau suasana yang menyegarkan, hangat, eksklusif dan ceria Kombinasi warna diperlukan sebagai panduan menyesuaikan warna-warna yang berbeza dalam sesuatu karya. Skema warna digunakan untuk kombinasi warna seperti dalam hiasan dalaman, rekaan grafik, pakaian atau catan Kombinasi warna yang sesuai merujuk kepada kombinasi warna yang kontra, suhu warna dan gubahan warna. Tujuannya adalah untuk menimbulkan keharmonian dalam pemilihan warna yang digunakan.
  • 33. Ruang 1. Penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan dalam hasil karya diolah untuk menyelesaikan isu ruang. 2. Ruang ialah harak di antara sesuatu objek Ruang terdiri daripada : (a)Ruang ilusi Berbentuk dua dimensi. Kita tidak dapat merasai kedalaman ruang ilusi tetapi hanya dapat melihat pada permukaan 180属. Contohnya, ruang ilusi terdapat pada catan cat air dan fotografi. (b) Ruang konkrit Terdapat dalam ruang sebenar. Kita boleh merasai kedalaman ruang konkrit. Contohnya, ruang dalam bangunan, perabot dan arca. Ruang ini berbentuk tiga dimensi.
  • 34. Pengolahan Ruang dalam Karya Dua dimensi Terdapat tiga cara pengolahan ruang dalam penghasilan karya seni visual berbentuk dua dimensi, iaitu : Ruang rata. Jarak antara objek adalah tidak ketara atau rata. Biasanya diwujudkan menggunakan perbezaan warna. Contohnya, warna panas lebih menonjol ke depan manakala warna sejuk ke belakang. Ruang cetek. Jarak antara objek yang digambarkan adalah berdekatan. Ruang dalam. Jarak di antara objek yang digambarkan adalah ketara dan berjauhan. Ruang dalam melibatkan ruang perspektif, iaitu ruang yang menggambarkan jarak antara objek yang berubah dari segi saiz, ketinggian dan kelebaran mengikut jarak tertentu.
  • 35. Ruang Perspektif Ruang perspektif ialah teknik gambaran yang bertujuan menunjukkan kesan ilusi tiga dimensi. Ruang ini digambarkan atas permukaan rata atau dua dimensi. Ia dapat menghasilkan ruang ilusi. Untuk menggambarkan ruang perspektif, kita mestilah mahir dalam pemerhatian terhadap objek di persekitaran. Pengetahuan dan pemahaman terhadap aras mata, titik lenyap dan ruang perspektif adalah sangat penting untuk menimbulkan ruang yang lebih realistik. Apabila menggambarkan ruang perspektif, saiz objek, jarak antara benda serta warna pada objek akan kelihatan berbeza mengikut jarak. Objek yang paling dekat dengan mata pemerhati, warnanya akan kelihatan terang dan besar, manakala semakin jauh sesuatu objek dari mata pemerhati, maka warna akan kelihatan semakin pudar dan saiz objek kelihatan semakin kecil.
  • 36. Kedudukan aras mata ialah faktor penting dalam menentukan ruang perspektif. Aras mata ialah kedudukan mata seseorang apabila melihat sesuatu benda. Perbezaan aras mata mewujudkan perbezaan sudut pandangan. Aras mata menentukan kedudukan kaki langit pemisah antara awan dan bumi atau dua bahagian atas dan bawah. Jika di cantumkan, garisan perspektif pada sesuatu objek atau persekitaran akan kelihatan seolah-olah bertemu pada satu titik yang dinamakan titik lenyap. Terdapat 3 jenis perspektif, iaitu : 1. perspektif 1 titik lenyap 2. perspektif 2 titik lenyap 3. Perspektif 3 titik lenyap
  • 37. Perspektif Satu Titik Lenyap 1. Lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan garisan grid yang selari dan bertemu di satu titik lenyap di paras pandangan aras mata. 2. Perspektif satu titik lenyap digambarkan dengan kedua-dua ketinggian dan lebar objek adalah sama dan bertemu di satu titik lenyap.
  • 38. Perspektif Dua Titik Lenyap 1. Perspektif dua titik lenyap ialah lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan dua garisan grid yang selari yang akan bertemu di dua titik lenyap. 2. Perspektif dua titik lenyap menggambarkan dua satah yang berlainan arah bertemu pada dua titik lenyap.
  • 39. Perspektif Tiga Titik Lenyap 1. Perspektif tiga titik lenyap terhasil apabila objek dilihat dari pandangan atas mata atau bawah aras mata. 2. Contoh terbaik apabila membuat lakaran bangunan dari pandangan atas. 3. Titip lenyap pertama dan kedua akan dilukis diatas garis pandangan aras mata, manakala titik lenyap ketiga terletak sama ada di bahagian atas atau bawah objek lukisan
  • 40. Ruang Maya Ruang maya (virtual) wujud dalam betuk ilusi dua dimensi atau ilusi tiga dimensi. Ia merupakan ruang khayalan yang diolah menyerupai dunia realiti. Ruang maya sering digunakan di dalam simulasi komputer yang digambarkan seolah-olah membentuk ruang sebenar. Ruang maya sering kali memaparkan imej visual yang digabungkan dengan audio. Ia dihasilkan oleh bantuan teknologi komputer. Aplikasi ruang maya banyak digunakan dalam simulasi penerbangan dan perubatan. Contohnya, paparan imej melalui simulasi di ruang maya membantu juruterbang atau doktor mengadakan latihan atau gerak kerja sebelum menjalankan kerja sebenar. Ruang maya juga banyak digunakan di dalam media elektronik seperti permainan video wayang dan filem. Imej, audio dan multimedia digunakan oleh pengarah grafik untuk memaparkan sesuatu situasi yang tidak dapat dilakukan di dunia realiti.
  • 42. Harmoni Harmoni ialah persamaan dalam satu kumpulan Harmoni wujud dalam satu kumpulan yang tiada ciri-ciri yang bercanggah. Harmoni boleh dihasilkan daripada pelbagai pengolahan, contohnya garisan, jalinan, rupa, bentuk dan warna yang berulang. Perulangan motif atau corak yang sesuai dapat menimbulkan perasaan selesa dan menyenangkan. Harmoni boleh wujud dengan menggunakan imej yang mempunyai kesan perulangan, keseragaman, keseimbangan, kesepaduan, bersesuaian dan tiada pencanggahan.
  • 44. Kepelbagaian Kepelbagaian merujuk kepada pelbagai faktor/unsur yang berbeza dalam sesebuah karya. Perbezaan dalam kepelbagaian dibentuk oleh olahan prinsip rekaan yang berbeza seperti keseimbangan, kadar banding, penegasan, pergerakan dan ekonomi. Kepelbagaian menimbulkan variasi pada karya. Ia juga dapat diwujudkan dengan gabungan unsur seni dan prinsip rekaan yang diolah secara bersesuaian.
  • 45. Contoh karya yang mempunyai unsur kepelbagaian Nama Pelukis : VINCENT VAN GOGH Tajuk : Bedroom In Arlez Tahun : 1888 Bahan : Cat Minyak Nama Pelukis : Abdullah Ariff Tajuk : The Sudden Monsune Downpour Tahun : 1956 Bahan : Cat Air
  • 46. Keseimbangan Imbangan bermaksud perbandingan atau timbangan antara dua bahagian sesuatu benda. Pernyataan ini menjelaskan persamaan dan berpadanan pada kedua-dua belah bahagian. Contohnya, antara bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah sesuatu benda atau olahan komposisi dalam karya. Hal ini merupakan keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan dan penumpuan pemerhatian. Imbangan terdapat pada benda semula jadi dan benda buatan manusia. Terdapat dua jenis imbangan iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri.
  • 47. Imbangan Simetri & Tidak Simetri Imbangan Simetri Bermaksud persamaan pada kedua-kedua belah bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah sesuatu benda atau olahan dalam karya. Imbangan simetri juga dikenali sebagai imbangan formal. Dalam karya perekaan, imbangan simetri mempunyai imej cerminan. Sesuatu benda dan komposisi boleh terbahagi kepada imej cerminan di sebelah kiri dan kanan, imej terbalik atas dan bawah dan imej cerminan sinaran. Imbangan Tidak Simetri Imbangan tidak simetri ialah sesuatu benda atau olahan komposisi sesuatu karya seimbang tetapi tidak sama pada kedua-dua belah bahagian. Keseimbangan wujud pada sesuatu benda dan komposisi melalui cara pengolahan atau susunan unsur rekaan dan prinsip rekaan. Contohnya rupa yang diimbangkan dengan warna. Tidak bersifat simetri dan tidak mempunyai susunan cermin.
  • 49. Imbangan Simetri & Tidak Simetri Buatan Manusia Imbangan Simetri & Tidak Simetri Semula Jadi
  • 50. Kadar Banding Kadar banding ialah kaitan ukuran pada setiap bahagian dengan bahagian lain secara keseluruhan pada sesuatu benda secara bersesuaian dan harmoni. Kadar banding ada pada benda semula jadi dan benda buatan manusia. Contohnya, kadar banding tubuh badan manusia yang betul mestilah mempunyai ukuran bahagian badan seperti tangan, kaki, kepala yang bersesuaian dengan keseluruhan bentuk tubuh.
  • 51. Penegasan Penegasan dalam sesebuah karya juga merujuk kepada penekanan aplikasi utama pengkarya dalam penghasilan sesebuah karya. Imej dominan dapat menghasilkan penegasan dan penumpuan utama dalam sesuatu karya. Penegasan boleh diwujudkan dengan olahan yang mempunyai nilai kontra. Kontra terhasil daripada gubahan karya atau keadaan yang mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dan bercanggah antara satu dengan yang lain. Kontra menimbulkan perbezaan. Kontra dalam gubahan karya boleh memberi penegasan dan mengelakkan kebosanan. Contohnya, kontra sering diaplikasikan dalam pengolahan papan tanda jalan. Penggunaan warna yang kontra dapat membezakan kapsyen dengan latar belakang. Hal ini bertujuan agar pengguna atau audiens dapat melihat kapsyen pada papan tanda tersebut walaupun dari jauh.
  • 53. Pergerakan Pergerakan dalam seni visual wujud apabila sesuatu imej dua dimensi disusun secara berulang. Ia juga wujud apabila imej diolah atau direka sehingga dapat menimbulkan ilusi pergerakan seperti unsur kelajuan, kepantasan atau ilusi optik. Contohnya, apabila unsur seni seperti garisan, rupa atau bentuk disusun berulang dan diolah secara bersesuaian menggunakan prinsip rekaan. Dalam karya dua dimensi, pergerakan wujud secara ilusi. Contohnya apabila pengkarya berjaya mengarahkan mata audiens ke arah imej dengan imej yang lain juga wujud apabila audiens merasakan seolah-olah diperhatikan oleh imej utama. Contohnya, karya Mona Lisa yang dilukis oleh Leonardo Da Vinci.
  • 54. Pergerakan juga banyak di tampilkan dalam hasil seni multimedia yang melibatkan olahan ruang tiga dimensi pad permukaan dua dimensi. Contohnya, dalam animasi dan simulasi pergerakan manusia menggunakan perisian komputer. Ia juga wujud apabila imej diolah atau direka sehingga dapat menimbulkan ilusi pergerakan seperti unsur kelajuan, kepantasan atau ilusi optik. Dalam seni grafik, unsur pergerakan wujud apabila susunan tipografi atau ilustrasi diolah secara berulang. Contohnya pergerakan yang wujud pada imej tipografi digambarkan pada imej tersebut. Pergerakan Pergerakan Pergerakan Pergerakan Pergerakan
  • 55. Ekonomi Ekonomi dalam prinsip rekaan ialah pemggunaan elemen atau imej yang paling asas dalam penghasilan karya. Contohnya, aplikasi unsur seni reka, prinsip rekaan, penggunaan media dan teknik yang tidak berlebihan tetapi masih dapat menghasilkan rekaan yang menarik. Karya tersebut juga dapat memberikan mesej dan dapat berfungsi dengan baik. Apple (1983) karya Andy Warhol Target (1974) karya Jasper Johns
  • 56. Dominan Sebarang karya seni visual yang menarik mesti mempamerkan kelainan yang menekankan kepada darjah kepentingan bagi berbagai-bagai bahagian. Kelainan ini dihasilkan daripada pertimbangan perantaraan dan kandungan. Biasanya, seniman menggunakan aspek kontra untuk menarik perhatian bagi sesuatu bahagian yang bermakna. Ini membuatkannya dominan.
  • 57. Kontra Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan.
  • 58. Kesatuan Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan. Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.
  • 59. Sekian terima kasih Tugasan : Aspek Formal Disediakan oleh : Nik