際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
1
1. PENGENALAN
Seni merupakan ciptaan atau ekspresi manusia terhadap sesuatu yang dianggap indah dan
menyenangkan berdasarkan idea, perasaan, pengalaman dan ransangan yang diperolehi daripada
kehidupan dan juga pengaruh persekitaran. Penghasilan karya dalam bidang seni visual
mempunyai peranan dalam bidang psikologi dan sosiologi serta dicipta berdasarkan pengalaman
estetik yang wujud dalam diri manusia.
Seni yang dianggap indah ialah seni yang mempunyai subjek, aplikasi aspek formal serta
penggunaan media dan teknik yang bersesuaian. Merujuk kepada kamus Oxford Companion to
Art (1981), lukisan didefinisikan sebagai proses menggambarkan sesuatu imej yang merupak
gambaran sesuatu bentuk menggunakan garisan atau nilai kadar cerah dan gelap yang dihasilkan
di atas sesuatu permukaan. Ianya juga diklasifikasikan sebagai karya seni halus yang membentuk
imej dua dimensi dengan menumpukan pengolahan bentuk dengan pelbagai teknik garisan.
Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Ia ialah kesan cantuman satu siri titik-titik
yang bersambungan atau yang mempunyai jarak-jarak tertentu merentasi sesuatu kawasan hingga
terbentuknya sesuatu objek atau imej. Kualiti garisan sangat penting kerana ia merupakan
elemen terpenting dalam asas seni reka semasa menghasilkan aktiviti seperti melukis,
menggambar dan menulis kerana ia mampu memberikan kesan ilusi, penegasan kepada objek
yang dilukis dan boleh membentuk mod sesuatu karya melalui pengujudan ruang, ton, ilusi
cahaya dan bayang serta jalinan. Unsur garisan juga merupakan kerja peringkat awal dalam
penghasilan catan, arca mahupun mural.
2
Rajah 1 : Contoh maksud garisan
Garisan dapat dihasilkan dengan menggunakan pelbagai alatan dan media untuk
menghasilkan garisan dengan kesan yang berbeza. Ia terdiri daripada pelbagai sifat, jenis garisan
dan pelbagai kualiti garisan. Perbezaan ilusi visual yang terhasil daripada sifat, jenis dan kualiti
darisan dapat memberi berbagai-bagai kesan ilusi seperti pergerakan, ekspresi dan emosi. Sifat
garisan merupakan keadaan gambaran berdasarkan jenis sesuatu garisan yang dicipta dan
perbezaan sifat garisan dalam penghasilan karya akan menghasilkan kesan visual yang berbeza
pada hasil akhir setiap karya yang tercipta. Contoh sifat-sifat garisan ialah lembut, kasar, tegas,
berduri, licin dan menggerutu seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.
Sifat garisan Contoh jenis garisan Kesan
Garisan kasar
Sifat kelelakian, kegagahan
dan kekuatan
Garisan lembut Sifat yang gembira, fleksibel
dan pergerakan yang
mengalir
3
Garisan tegas Sifat yang teguh dan stabil
Garisan berduri Sifat yang sensitif, tajam
serta laju
Garisan licin
Sifat berirama yang lembut,
sunyi dan brgaya
Garisan menggerutu
Sifat bercorak menimbulkan
gambaran kerisauan,
kebimbangan dan
ketdakstabilan
Pelbagai alat dan teknik boleh digunakan untuk menghasilkan kesan atau menimbulkan
gambaran tertentu dalam gubahan seni visual berdasarkan jenis-jenis garisan iaitu seperti garisan
melintang memberikan kesan ketenangan, kedamaian, garisan menegak menunjukkan sesuatu
yang teguh dan stabil, garisan berpenjuru menggambarkan seolah sesuatu pergerakan sedang
berlaku atau gambaran arah, garisan pancaran menggambarkan wujud suatu tenaga, cahaya dan
tumpuan dan sebagainya yang turut menyokong kepada sifat-sifat garisan.
Selain itu, garisan juga boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai teknik penghasilan
seni halus seperti teknik gosokan, kolaj, anyaman, tiupan straw, pualaman dan sebagainya
menggunakan pelbagai media sama ada kering atau basah.
4
2. APLIKASI GARISAN DALAM PENGHASILAN KARYA
Berdasarkan pelbagai jenis dan sifat garisan tersebut, tiga buah hasil karya telah dihasilkan
dengan menggunakan jenis-jenis garisan yang pelbagai berdasarkan spesifikasi tersebut :
 Tema : Karikatur
 Objek : Manusia
 Alat : Kertas lukisan
 Media : Pensil
 Teknik : Gabungan pelbagai garisan
Tema karikatur diplih berdasarkan dari hasil lawatan yang dijalankan ke Galeri Seni.
Manakala objek pula ialah manusia yang mana sumbernya mudah diperolehi dan
memberikan inspirasi kepada kehidupan. Pemilihan alatan iaitu kertas lukisan adalah mengikut
arahan tugasan dan kekemasan adalah dibingkai menggunakan mounting board.
Media kering seperti pensil diperbuat daripada campuran grafit dan tanah liat yang
mempunyai kekerasan yang berlaianan. Ada dua jenis pensil yang boleh digunakan untuk
menghasilkan lukisan iaitu pensil mata hitam dan pensil mata warna. Saya memilih media pensil
mata hitam kerana ia merupakan alat yang paling penting dan asas dalam lukisan pendidikan seni
visual. Ia digunakan untuk melakar asas bentuk atau rupa. Ada berbagai-bagai jenis pensel dalam
pasaran pada hari ini. Ia boleh didapati dalam berbagai-bagai gred mengikut kekerasan matanya.
5
Kekerasan mata pensel dinyatakan dengan huruf dan nombor yang terdapat pada batang
pensel. Berikut merupakan pengelasan pensel dan fungsinya :
Rajah 2 :Jenis kekerasan mata pensel
Contoh gred pensel keras adalah dari gred 9H hingga Hdigunakan untuk manghasilkan
garisan cerah dan ton pudar manakala 7B hingga 2B mewakili gred pensel jenis lembut pula
digunakan untuk menghasilkan 2 jenis ton iaitu untuk pensil B dan 2B digunakan untuk
menghasilkan ton sederhana gelap sementara 4B dan 6B untuk menghasilkan ton yang lebih
gelap. Selain itu, pensel gred HB adalah dikelaskan sebagai pensel jenis sederhana lembut.
Namun dalam lukisan pendidikan seni visual, pensel yang sering digunakan ialah 2H, 2B dan
HB. Perbezaan gred pensel membolehkan penggunaannya dibezakan. Pensel HB digunakan
untuk menulis huruf-huruf, pensel 2B sesuai membuat lakaran manakala pensel 2H digunakan
membina garisan binaan.
Pada Lukisan 1, pelbagai jenis garisan digunakan iaitu melibatkan garisan selari, garisan
melintang, dan garisan menegak bagi menghasilkan bayang dan bagi menggambarkan jarak yang
dekat. Sifat garisan yang digunakan ialah jenis tebal dan kasar. Hanya sedikit kaedah gosokan
digunakan terutama pada penghasilan bahagian mata hitam. Rupa kontra diaplikasikan pada
bahagian janggut, songkok dan kasut bagi menghasilan rupa postif dan tidak terlalu menekan
kepada tona gelap melalui kaedah gosokan. Penghasilan karya ini memerlukan masa yang agak
lama dan memerlukan pemerhatian khusus tertutama melibatkan arah cahaya bagi menghasilan
karya yang baik.
Manakala pada Lukisan 2, jenis garisan yang digunakan adalah lebih kepada garisan
melengkung, beralun, nipis dan tebal pada bahagian tertentu terutamanya dalam penghasilan
corak pada fabrik yang dipakai serta pada ukiran kerusi kayu. Penggunaan pensil jenis H
Keras Sederhana Lembut
6
diaplikasikan pada bahagian kerusi pengantian perempuan bagi menghasilkan ton yang pudar
bagi teknik jernih atau lutsinar kesan dari pertindihan tudung yang dipakai. Penghasilan karya ini
tidak menggunakan masa yang lama kerana ianya tidak menggunakan banyak teknik lukisan dan
penghasilan karya adalah lebih ringkas dengan tidak mengambilkira faktor pencahayaan.
Penelitian lebih dilakukan bagi menghasilkan garisan halus untuk penghasilan corak yang lebih
kemas serta unsur-unsur lutsinar yang agak sukar.
Seterusnya pada Lukisan 3, ianya bnyak menggunakan kaedah gosokan terutamanya pada
rambut, tayar dan penghasilan bayanag-bayang. Penggunaan titik cuba diaplikasikan pada
bahagian wajah tetapi agak sukar untuk mendapatkan konsitensi saiz titik yang sama. Jenis
garisan melintang dan menegak tidak digunakan memandangkan tiada unsur-unsur yang
memerlukan sifat-sifat penegasan, keteguhan, ketepatan atau kekuatan. Penghasilan karya ini
tidak memerlukan masa yang panjang kerana ianya banyak menggunakan teknik yang
sukarmeskipun faktor pengcahayaan diambilkira.
7
3. TEKNIK  TEKNIK GARISAN
Kualiti garisan ialah mutu garisan yang merujuk kepada garisan yang ditentukan oleh
pengkarya dalam menghasilkan sesuatu imej. Kualiti garisan yang dihasilkan dapat mewujudkan
pelbagai karakter seperti ekspresif pada imej yang digambarkan seperti ilusi pergerakan pada
ilustrasi komik. Kualiti garisan dapat menimbulkan ilusi visual ruang pada sesuatu imej dengan
menggunakan kualiti garisan yang lebih tebal bagi menggambarkan kedudukan pada bahagian
depan atau lebih dekat. Garisan yang berkualiti dapat dihasilkan melalui teknik melukis garisan
iaitu teknik garisan selari, teknik garisan silang, teknik garisan conteng dan teknik titik.
a) Teknik Garisan Selari (Hatching)
Ia merupakan garisan yang dihasilkan secara lurus dan selari sama ada menyerong atau
menegak. Stroke (calitan) garisan yang dihasilkan boleh berukuran panjang atau pendek
dengan cara lembut sambil mengawal tekanan pada mata pensil di atas kertas. Jarak
antara garisan boleh menghasilkan nilai ton yang berbeza-beza seperti jarak garisan yang
jarang dan nipis akan menghasilkan ton cerah. Manakala, garisan bertindan atau rapat-
rapat pula akan menghasilkan ton gelap. Ianya dapat dilihat pada Lukisan 1, 2 dan 3 iaitu
digunakan bagi membentuk kening. Manakala pada Lukisan 1 juga ianya banyak
digunakan untuk menghasilkan ton cerah dan gelap bagi mendapatkan bentuk.
b) Teknik Garis Silang (Crosshatching)
Teknik silang pangkah ialah teknik yang menggunakan pelbagai arah garisan. Teknik
garisan ini juga dikenali sebagai teknik garisan pangkah. Teknik ini lebih tersusun dan
lebih kemas. Ianya diaplikasikan di dalam lukisan untuk menampakkan ton, bentuk dan
jalinan sesuatu objek. Teknik garis silang mempunyai tiga jenis cara stroke garisan iaitu
teknik garisan dalam keadaan menyerong ke kiri dan ditindan dengan garisan menyerong
ke kanan, garisan menegak ditindan dengan garisan melintang yang mana teknik-teknik
ini akan menghasilkan ton sederhana cerah dan jenis strike yang seterusnya ialah
campuran kedua-dua kaedah garisan tersebut yang mana ianya akan menghasilkan ton
yang lebih gelap. Ianya banyak digunakan pada Lukisan 1.
8
c) Teknik Garisan Conteng (Scribbling)
Teknik garisan conteng merupakan lukisan yang menggunakan pelbagai jenis garisan
secara rawak. Teknik ini memerlukan pergerakan tangan pelukis yang sedikit pantas
untuk menghasilkan stroke garisan yang bebas, spontan, zig-zag dan nampak berani.
Lukisan juga dapat dihasilkan dalam masa yang lebih singkat. Garisan yang terbentuk
seperti garisan berpintal-pintal atau bergerigi (zig-zag) kadang kala dalam keadaan
terputus-putus atau bersambungan. Garisan ini kadang-kala bertindih-tindih sehingga
menghasilkan kesan tekstura berton gelap yang menarik. Hasil lakaran dengan
menggunakan teknik ini agak kasar tetapi dapat menampakkan bentuk yang jelas. Teknik
ini banyak digunakan pada Lukisan 2.
d) Teknik Titik (Stippling)
Objek juga boleh dilukis dengan cara menggunakan titik atau dots halus yang sama saiz.
Penggunaan pen dakwat mata halus seperti pen teknikal atau magic pen pada permukaan
kertas licin adalah media yang terbaik digunakan bagi menghasilkan hasil lukisan yang
baik. Ianya berbeza dengan teknik garisan conteng kerana ia memerlukan penumpuan dan
mengambil masa yang sangat lama untuk menghasilkan sesebuah lukisan. Kesabaran
yang tinggi dan ketekunan diperlukan untuk mengawal saiz titik dan ruang antara titik.
Pekara yang paling penting dalam teknik ini ialah ton cerah dan gelap untk menghasilkan
sesuatu bentk objek. Titik yang jarang akan menghasilkan ton yang cerah manakala titik
yang rapat dan bertindih akan menghasilkan ton gelap. Jika titik bersaiz terlalu besar
maka akan terhasil pula kesan tekstura yang agak kasar dan akan menghasilkan lukisan
yang kurang berkualiti dan kurang menarik. Saya cuba menggunakan teknik ini pada
Lukisan 3 bagi menghasilkan bayang terutamanya pada bahagian muka dan ternyata
ianya amat sukar bagi mendapatkan saiz titik yang sama.
9
4. JENIS-JENIS GRAFIK DAN PERANANNYA DALAM MASYARAKAT
Rekabentuk grafik ialah proses komunikasi visual yang menggabungkan teks dan ilustrasi
yang membentuk logo, grafik, risalah, poster, kulit buku, buletin dan lain-lain lagi. Berdasarkan
Kamus Webster Oxford Fajar, grafik diertikan sebagai sesuatu yang berkenaan dengan lambang
visual misalnya huruf, gambarajah dan lukisan. Manakala perkataan grafik pula berasal dari
Bahasa Greek iaitu graphikos yang membawa maksud boleh melukis dan menulis atau dalam
erti kata lainnya grafik adalah paparan visual yang dipersembahkan pada sesuatu permukaan
seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, batu dan sebagainya.
Gambaran visual grafik terhasil dari meringkaskan maklumat atau idea yang biasanya
dihasilkan melalui gabungan perkataan, lukisan, perkataan, simbol, ilustrasi dan warna dalam
satu hasil karya. Ianya berfungsi sebagai bahan komunikasi yang berkesan dan boleh
menyampaikan sesautu maklumat atau mesej kepada penonton. Ianya juga sering dikaitkan
dengan komunikasi dan perdgangan yang melibatkan interaksi terus dengan pelanggan,
pengguna atau masyarakat. Oleh itu pelbagai reka bentuk grafik boleh dipersembahkan kepada
msayarakat sebagai alat komunikasi visual. Jenis-jenis grafik ialah logo, simbol, maskot, poster,
grafik persekitaran, pembungkusan, ilustrasi dan tipografi.
Berdasarkan jenis-jenis grafik tersebut, lima contoh grafik telah dipilih untuk diolah dan
dibincangkan berkenaan mesej dan peranan grafik yang dipamerkan:-
a) Logo (DHerbs dan Lancome)
Logo merupakan lambang yang dapat mewakili sesbuah syarikat perniagaan, persatuan
atau kelab, pertubuhan atau sesuatu aktiviti seperti sukan. Ciri-ciri logo yang baik ialah
ringkas, unik dan mudah serta tidak mengelirukan apabila dipandang. Kedua-dua logo
tersebut iaitu DHerbs dan Lancome merupakan logo yang baik.
Kedua-duanya direka sesuai untuk digunakan pada produk sama ada bersaiz besar atau
kecil. Ia juga mengaplikasikan pengunaan satu warna sahaja. Rekabentuk visualnya
juga dapat menunjukkan identiti yang tepat bagi mewakili organisasi masing-masing.
Perbezaannya ialah logo DHerbs merupakan gabungan iaitu logo yang dihasilkan
10
daripada logo huruf dan logo represntasi. Logo huruf merupakan logo yang
menggunakan muka taip atau huruf manakala logo reperentasi ialah logo yang
diubahsuai dari imej asal berasaskan objek persekitaran iaitu daun sebagai simbol
herba. Manakala Lancome merupakan logo huruf.
b) Poster (Iklan filem Mantera)
Poster merupakan sebarang kepingan kertas bersaiz besar yang digantung atau ditampal
pada dinding atau sebarang permukaan. Poster merupakan satu cara komunikasi visual
secara spontan yang boleh menyampaikan sesuatu mesej dalam bentuk dua dimensi. Ia
juga merupakan reka bentuk komunikasi visual yang menggabungkan ilustrasi, warna
dan perkataan. Contoh poster ini adalah poster berunsurkan pengiklanan iaitu iklan
untuk tayangan filem Mantera.
Ia merupakan poster yang baik kerana ia dapat menyampaikan idea utama melalui
bentuk imej dan tipografi yang ringkas dan ditafsirkan dengan cepat oleh pelanggan.
Muka taip yang digunakan adalah ringkas, tepat dan bersesuaian dari segi saiz untuk
jarak pembacaan yangsederhana. Penggunaan warna kontras dan warna penggenap
dapat menarik perhatian pelanggan untuk membaca maklumat yang dipaparkan. Ia
turut memaparkan kapsyen dan ilustrasi yang jelas seperti Manusia Jentera dan
ilustrasi robot pada bahagian belakang. Tarikh mula tayangan juga dipamerkan pada
saiz dan warna kontra yang baik bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan
maklumat yang berkaitan.
c) Pembungkusan (Kosmetik Shadira dan Clarins)
Pembungkusan merupakan bekas atau alatan yang digunakan untuk memelihara mutu
sesuatu benda, barang, komestik atau bahan makanan. Pembungkusan secara
tradisional kini semakin diganti dengan kaedah pembungkusan secara moden yang
lebih komersial. Ianya juga mampu menjadikan sesuatu produk lebih segar dan lebih
tahan lama. Selain itu, ia juga turut ditingkatkan dengan gabungan bidang seni, sains
dan teknologi untuk menghasilkan satu ciri perlindungan bagi mengelakkan kerosakan
11
kepada sesuatu produk semasa proses penghantaran, penyimpanan, penjualan atau
ketika digunakan oleh pelanggan.
Pelbagai jenis bahan pembungkusan moden seperti pembungkusan menggunakan
aluminium, kaca, kertas, plastik, polisterin, kayu, tin dan sebagainya. Ianya bergantung
kepada saiz produk dan jenis produk sama ada untuk hiasan, makanan, kosmetik dan
sebagainya. Contoh pembungkusan yang dipilih ini adalah pembungkusan komestik
bagi produk Shadira dan Clarins. Kedua-duanya menggunakan plastik sebagai alat
pembungkusan. Elemen penting yang turut digunakan adalah muka taip, ilustrasi warna
dan bentuk. Produk Shadira menggunakan elemen warna yang berbeza bagi jenis
pengunaan produk yang berbeza. Manakala Clarins menggunakan warna yang sama
tetapi bentuk bekas yang berbeza bagi kegunaan produk yang berbeza.
d) Ilustrasi (Penerbitan bagi majalah dan buku)
Ilustrasi adalah gambaran visual seperti lukisan, catan, fotografi dan lain-lain karya
seni yang mengutamakan penghasilan bentuk (Heller & Arisman, 2006). Tujuan utama
ilustrasi ialah untuk merakam cerita, sajak atau informasi seperti dari bahan bacaan
diterjemah dalam bentuk persembahan visual.
Contoh ilustrasi yang dipilih adalah jenis ilustrasi penerbitan iaitu ilustrasi pada muka
depan majalah dan buku. Ilustrasi jenis ini mewakili teks yang terkandung di dalam
majalah atau buku tersebut. Kesemua muka hadapan majalah dan buku-buku tersebut
berjaya menyampaikan mesej kandungan masing-masing. Ianya turut dikuatkan dengan
penggunaan muka taip yang terang dan jelas menyampaikan maksud dengan warna dan
saiz yang sesuai diikuti dengan foto-foto yang menarik, terang dan cerai mengikut
kesesuaian tajuk dan isi kandungan yang ingin disampaikan.
e) Tipografi/Muka Taip (Laman Multimedia  Web Cryocord)
Jenis garfik yang terakhir ini ialah tipografi atau muka taip. Tipografi merupakan
perkataan yang berasal dari Greek yang mempunyai dua perkataan itu type yang
bermaksud mencoret dan perkataan graphia pula menulis. Secara modennya, tipografi
12
merupakan perkara yang berkaitan dengan reka bentuk, menyusun atur dan
mengubahsuai muka taip (Bringhurst, 2004).
Tipografi amat penting kerana kebanyakan rekaan grafik menggunakan muka taip.
Contohnya poster, ilustrasi, risalah, iklan, laman web dan papan tanda. Pemilihan dan
penyusunan muka taip adalah penting agar kelihatan harmoni dan mempunyai kesan
visual yang ditetapkan. Jenis-jenis muka taip dikalsifikasikan kepada beberapa
kumpulan iaitu muka taip klasik atau serif (Old Style Roman), muka taip roman moden,
muka taip skrip dan kursif, muka taip dekoratif, muka taip serif, muka taip sans serif
dan muka taip slab serif egyptian.
Laman multimedia merupakan contoh grafik yang paling banyak menggunakan muka
taip. Contoh yang dipilih ialah laman multimedia Cryocord. Ia merupakan laman
multimedia yang menyampaikan pelbagai maklumat perubatan yang melibatkan teks.
Penggunaan muka taip jenis sans serif dipilih kerana corak hurufnya yang seragam,
tegak dan melintang serta tidak terlalu sukar untuk dibaca seperti muka taip dekoratif,
kursif dan klasik.
Pembezaan yang digunakan adalah bergantung kepada saiz huruf yang digunakan dan
warna. Selain itu, muka taip pada bahagian atas menggunakan muka taip peraga iaitu
menggunakan huruf besar, tebal dan kontras sebagai tajuk atau mesej utama. Manakala
pada bahagian bawah iaitu untuk penyampaian maklumat muka taip teks menggunakan
huruf yang kecil dan lebat sebagai penyampaian makluamat yang lebih terperinci
mengenai sesuatu perkara. Penggunaan waran merah pula digunakan sebagai
membezakan maklumat yang diperlukan segera seperti nama jenama dan nombor
telefon, manakal untu lain-lain maklumat warna hitam digunakan.
13
5. KESIMPULAN
Garisan merupakan asas yang paling penting yang boleh dikembangkan dengan lebih luas
kepada penggunaan yang lebih penting. Bermula sebagai asas kepada lukisan, garisan juga
merupakan elemen utama kepada penggunaan ilustrasi, penulisan, grafik dan sebagainya.
Penggunaan asas garisan yang merupakan sebahagian daripada elemen utama di dalam
reka bentuk grafik digunakan untuk membahagi ruang dalam rekaan visual. Contohnya untuk
membezakan antara imej visual dengan kandungan tipografi (tulisan). Ia juga digunakan untuk
mengarah pergerakan mata penonton dalam sesuatu paparan visual dan memberi fokus terhadap
sesuatu imej yang dipaparkan. Garisan juga boleh diaplikasikan dengan pelbagai rekaan seperti
melengkung dan bersudut serta dapat digunakan sebagai asas intuk merekabentuk imej dalam
sesuatu rekaan garfik. Contoh aplikasi garisan terdapat dalam imej grid graf dan bingkai bagi
sesuatu paparan imej.
Penguasaan penggunaan garisan dan pemahaman disertai pengawalan tangan dan tumpuan
dalam menghasilkan sesuatu karya seni merupakan asas yang paling utama.
14
6. RUJUKAN
Hassan Mohd Ghazali. (1999). Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan 4 & 5. Shah Alam:Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Marhanim A. Razak. Mohd. Shahrizal Hj. Dollah. (2014), Teks STPM Seni Visual Penggal 1, 2
& 3, Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kathleen Chee. (2014). Pendidikan Seni Visual Focus SPM Tingkatan 4.5. Bangi:Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd
Horold Osborne. (1981). The Oxford Companion to Art. London:Book Club Assosiates
Hamdzun Haron, Jaffri Hanafi, Jamilah Omar. (2014). HBAE4103 Pendidikan Seni Visual I. Seri
Kembangan:Open University Malaysia
Muhamad Hasan Abdul Rahman. (2001). Grafik Asas: Panduan penghasilan bahan pengajaran.
Serdang:Universiti Putra Malaysia
Zailani Yaacob, Azimah Abu Samah. (2006). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4
& 5. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Norazmi Hasshim. (2011). Nota Bimbingan Seni Visual STPM. Johor Bahru:Kilang Envelopes
Lautan Sdn. Bhd.
Muliyadi Mahamood. (2000). Mendekati Seni Lukis dan Seni Reka. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka
Heller, S. & Arisman, M. (2006). Teaching Ilustration. New York: Allworth Press
15

More Related Content

What's hot (20)

Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
Fairuz Alwi
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Nik Mohamad Al-Fazil
Illustrasi
IllustrasiIllustrasi
Illustrasi
ilaazmil2
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Fairuz Alwi
Aspek formalistik seni visual
Aspek formalistik seni visualAspek formalistik seni visual
Aspek formalistik seni visual
zainiaman
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni Visual
Hui Chew
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1) Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
nichurl
Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012
Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012
Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012
Norhayati Ismail
Ulangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Ulangkaji 4 Pengenalan dan PenutupUlangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Ulangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Norhayati Ismail
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni
Norhayati Ismail
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaanSeni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Fairuz Alwi
Rekabentuk persekitaran musfirah
Rekabentuk persekitaran musfirahRekabentuk persekitaran musfirah
Rekabentuk persekitaran musfirah
zainiaman
Perbandingan pengkaryaan tradisi dan moden
Perbandingan pengkaryaan tradisi dan modenPerbandingan pengkaryaan tradisi dan moden
Perbandingan pengkaryaan tradisi dan moden
zainiaman
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
Beeten Tan
Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)
Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)
Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)
Mcc Goh
Impressionisme
ImpressionismeImpressionisme
Impressionisme
Nadwah Khalid
Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)
zainiaman
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
Danii Sahali
Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2
azham
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
Seni Visual Penggal 1: 3.perekaan
Fairuz Alwi
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Nik Mohamad Al-Fazil
Illustrasi
IllustrasiIllustrasi
Illustrasi
ilaazmil2
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Fairuz Alwi
Aspek formalistik seni visual
Aspek formalistik seni visualAspek formalistik seni visual
Aspek formalistik seni visual
zainiaman
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni Visual
Hui Chew
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1) Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
nichurl
Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012
Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012
Ulangkaji 1 Teori Seni Visual Terminal 2012
Norhayati Ismail
Ulangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Ulangkaji 4 Pengenalan dan PenutupUlangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Ulangkaji 4 Pengenalan dan Penutup
Norhayati Ismail
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni
Norhayati Ismail
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaanSeni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Fairuz Alwi
Rekabentuk persekitaran musfirah
Rekabentuk persekitaran musfirahRekabentuk persekitaran musfirah
Rekabentuk persekitaran musfirah
zainiaman
Perbandingan pengkaryaan tradisi dan moden
Perbandingan pengkaryaan tradisi dan modenPerbandingan pengkaryaan tradisi dan moden
Perbandingan pengkaryaan tradisi dan moden
zainiaman
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
Beeten Tan
Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)
Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)
Kuliah 3 2016 pelaburan seni visual (STPM)
Mcc Goh
Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)Jenis jenis arca(seni)
Jenis jenis arca(seni)
zainiaman
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
Danii Sahali
Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2
azham

Viewers also liked (20)

Garisan
GarisanGarisan
Garisan
Mohd Zubaidi
Asas seni reka
Asas seni rekaAsas seni reka
Asas seni reka
Amin Upsi
Garisan ppt
Garisan pptGarisan ppt
Garisan ppt
pearlpiah
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Amran Aris
Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2
Ziana J
Bab 3 lukisan teknik-jenis garisan
Bab 3  lukisan teknik-jenis garisanBab 3  lukisan teknik-jenis garisan
Bab 3 lukisan teknik-jenis garisan
anis_idris
Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1
Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1
Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1
artventure ipkt
Himpunan Koleksi Tempat Menarik Di Shah Alam
Himpunan Koleksi Tempat Menarik Di Shah AlamHimpunan Koleksi Tempat Menarik Di Shah Alam
Himpunan Koleksi Tempat Menarik Di Shah Alam
Muhammad Azim Bin Amer
Mural ART
Mural ARTMural ART
Mural ART
khaikeat16
4.bahasa seni kssr_tahun_4
4.bahasa seni kssr_tahun_44.bahasa seni kssr_tahun_4
4.bahasa seni kssr_tahun_4
Loh Yan
Group b site analysis
Group b   site analysis Group b   site analysis
Group b site analysis
kychong1105
Jalinan
JalinanJalinan
Jalinan
ramlahdom
Ruang_seni dalam pendidikan
Ruang_seni dalam pendidikanRuang_seni dalam pendidikan
Ruang_seni dalam pendidikan
Shiella Lyod
Nota psv topik 3
Nota psv topik 3Nota psv topik 3
Nota psv topik 3
Anne Sudki
B-02 Peralatan Lukisan Teknik
B-02 Peralatan Lukisan TeknikB-02 Peralatan Lukisan Teknik
B-02 Peralatan Lukisan Teknik
Jailanihs
Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi PendidikanBahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Fadzliaton Zainudin
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
peggylau9318
SITE ANALYSIS
SITE ANALYSISSITE ANALYSIS
SITE ANALYSIS
Noor Syahirah Abdul Aziz
Asas seni reka
Asas seni rekaAsas seni reka
Asas seni reka
Amin Upsi
Garisan ppt
Garisan pptGarisan ppt
Garisan ppt
pearlpiah
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Amran Aris
Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2
Ziana J
Bab 3 lukisan teknik-jenis garisan
Bab 3  lukisan teknik-jenis garisanBab 3  lukisan teknik-jenis garisan
Bab 3 lukisan teknik-jenis garisan
anis_idris
Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1
Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1
Teknologi Pendidikan - Teknologi Pendidikan 1
artventure ipkt
Himpunan Koleksi Tempat Menarik Di Shah Alam
Himpunan Koleksi Tempat Menarik Di Shah AlamHimpunan Koleksi Tempat Menarik Di Shah Alam
Himpunan Koleksi Tempat Menarik Di Shah Alam
Muhammad Azim Bin Amer
4.bahasa seni kssr_tahun_4
4.bahasa seni kssr_tahun_44.bahasa seni kssr_tahun_4
4.bahasa seni kssr_tahun_4
Loh Yan
Group b site analysis
Group b   site analysis Group b   site analysis
Group b site analysis
kychong1105
Ruang_seni dalam pendidikan
Ruang_seni dalam pendidikanRuang_seni dalam pendidikan
Ruang_seni dalam pendidikan
Shiella Lyod
Nota psv topik 3
Nota psv topik 3Nota psv topik 3
Nota psv topik 3
Anne Sudki
B-02 Peralatan Lukisan Teknik
B-02 Peralatan Lukisan TeknikB-02 Peralatan Lukisan Teknik
B-02 Peralatan Lukisan Teknik
Jailanihs
Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi PendidikanBahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Fadzliaton Zainudin
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
35755706 imaginasi-emosi-ekspresi-dan-kreativiti
peggylau9318

Similar to Garisan (20)

Nota seni
Nota seniNota seni
Nota seni
nadiafikris
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
nadiafikris
Nota seni
Nota seniNota seni
Nota seni
nadiafikris
PSV NOTES
PSV NOTESPSV NOTES
PSV NOTES
nadiafikris
P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*
P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*
P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*
NurrAyinn
Nota seni t 1 asa seni reka
Nota seni t 1 asa seni rekaNota seni t 1 asa seni reka
Nota seni t 1 asa seni reka
Ani Eliani
ELEMEN SENI
ELEMEN SENI ELEMEN SENI
ELEMEN SENI
AnonymousierW8f
Bahasa seni by zul fazli
Bahasa seni by zul fazliBahasa seni by zul fazli
Bahasa seni by zul fazli
zul042748
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
cikguda
bahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpc
bahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpcbahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpc
bahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpc
ThanaKSLetchumi
BAB 2 ASAS REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA.docx
BAB 2 ASAS REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA.docxBAB 2 ASAS REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA.docx
BAB 2 ASAS REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA.docx
shimimz
Psv t1 rpt 2016
Psv t1 rpt 2016Psv t1 rpt 2016
Psv t1 rpt 2016
SABK SMA Arab An-Nur
Pengetahuan asas dalam seni visual
Pengetahuan asas dalam seni visual Pengetahuan asas dalam seni visual
Pengetahuan asas dalam seni visual
Caeser Rio
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
NOTA PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1
nadiafikris
P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*
P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*
P.SENI VISUAL *AsasSeniReka-Unsur Seni*
NurrAyinn
Nota seni t 1 asa seni reka
Nota seni t 1 asa seni rekaNota seni t 1 asa seni reka
Nota seni t 1 asa seni reka
Ani Eliani
Bahasa seni by zul fazli
Bahasa seni by zul fazliBahasa seni by zul fazli
Bahasa seni by zul fazli
zul042748
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
cikguda
bahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpc
bahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpcbahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpc
bahan seni boleh digunakan sebagai sumber rujukan dan pdpc
ThanaKSLetchumi
BAB 2 ASAS REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA.docx
BAB 2 ASAS REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA.docxBAB 2 ASAS REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA.docx
BAB 2 ASAS REKA BENTUK DALAM REKA CIPTA.docx
shimimz
Pengetahuan asas dalam seni visual
Pengetahuan asas dalam seni visual Pengetahuan asas dalam seni visual
Pengetahuan asas dalam seni visual
Caeser Rio

Recently uploaded (7)

MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi klMESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
ssuser13911c
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.pptTahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
ssuser5530e8
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan bulipengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
g95547989
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
ellyaleem
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASIcabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
ipgm1786
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUANBUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
GOGASEAPDEVARDASGAND
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptxSAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
ATHHARDAIAM1
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi klMESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
MESYUARAT PANITIA bahasa tamil sjkt sungai besi kl
ssuser13911c
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.pptTahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
Tahun 5 Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju.ppt
ssuser5530e8
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan bulipengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
pengenalan kepada buli dan cara pencegahan buli
g95547989
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
BUKU PROGRAM ANTI BULI DAN SALAH LAKU SEKSUAL SK LANGGAR 2025/2026
ellyaleem
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASIcabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA  DAN PERLU DIATASI
cabaran pendidiakn inklusif DI MALAYSIA DAN PERLU DIATASI
ipgm1786
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUANBUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
BUNGA RAYA, MAKSUD DAN KETERANGAN SEBAGAI PANDUAN
GOGASEAPDEVARDASGAND
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptxSAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
SAINS (TAHUN 6)Pemeliharaan dan Pemuliharaan.pptx
ATHHARDAIAM1

Garisan

  • 1. 1 1. PENGENALAN Seni merupakan ciptaan atau ekspresi manusia terhadap sesuatu yang dianggap indah dan menyenangkan berdasarkan idea, perasaan, pengalaman dan ransangan yang diperolehi daripada kehidupan dan juga pengaruh persekitaran. Penghasilan karya dalam bidang seni visual mempunyai peranan dalam bidang psikologi dan sosiologi serta dicipta berdasarkan pengalaman estetik yang wujud dalam diri manusia. Seni yang dianggap indah ialah seni yang mempunyai subjek, aplikasi aspek formal serta penggunaan media dan teknik yang bersesuaian. Merujuk kepada kamus Oxford Companion to Art (1981), lukisan didefinisikan sebagai proses menggambarkan sesuatu imej yang merupak gambaran sesuatu bentuk menggunakan garisan atau nilai kadar cerah dan gelap yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan. Ianya juga diklasifikasikan sebagai karya seni halus yang membentuk imej dua dimensi dengan menumpukan pengolahan bentuk dengan pelbagai teknik garisan. Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Ia ialah kesan cantuman satu siri titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak-jarak tertentu merentasi sesuatu kawasan hingga terbentuknya sesuatu objek atau imej. Kualiti garisan sangat penting kerana ia merupakan elemen terpenting dalam asas seni reka semasa menghasilkan aktiviti seperti melukis, menggambar dan menulis kerana ia mampu memberikan kesan ilusi, penegasan kepada objek yang dilukis dan boleh membentuk mod sesuatu karya melalui pengujudan ruang, ton, ilusi cahaya dan bayang serta jalinan. Unsur garisan juga merupakan kerja peringkat awal dalam penghasilan catan, arca mahupun mural.
  • 2. 2 Rajah 1 : Contoh maksud garisan Garisan dapat dihasilkan dengan menggunakan pelbagai alatan dan media untuk menghasilkan garisan dengan kesan yang berbeza. Ia terdiri daripada pelbagai sifat, jenis garisan dan pelbagai kualiti garisan. Perbezaan ilusi visual yang terhasil daripada sifat, jenis dan kualiti darisan dapat memberi berbagai-bagai kesan ilusi seperti pergerakan, ekspresi dan emosi. Sifat garisan merupakan keadaan gambaran berdasarkan jenis sesuatu garisan yang dicipta dan perbezaan sifat garisan dalam penghasilan karya akan menghasilkan kesan visual yang berbeza pada hasil akhir setiap karya yang tercipta. Contoh sifat-sifat garisan ialah lembut, kasar, tegas, berduri, licin dan menggerutu seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1. Sifat garisan Contoh jenis garisan Kesan Garisan kasar Sifat kelelakian, kegagahan dan kekuatan Garisan lembut Sifat yang gembira, fleksibel dan pergerakan yang mengalir
  • 3. 3 Garisan tegas Sifat yang teguh dan stabil Garisan berduri Sifat yang sensitif, tajam serta laju Garisan licin Sifat berirama yang lembut, sunyi dan brgaya Garisan menggerutu Sifat bercorak menimbulkan gambaran kerisauan, kebimbangan dan ketdakstabilan Pelbagai alat dan teknik boleh digunakan untuk menghasilkan kesan atau menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual berdasarkan jenis-jenis garisan iaitu seperti garisan melintang memberikan kesan ketenangan, kedamaian, garisan menegak menunjukkan sesuatu yang teguh dan stabil, garisan berpenjuru menggambarkan seolah sesuatu pergerakan sedang berlaku atau gambaran arah, garisan pancaran menggambarkan wujud suatu tenaga, cahaya dan tumpuan dan sebagainya yang turut menyokong kepada sifat-sifat garisan. Selain itu, garisan juga boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai teknik penghasilan seni halus seperti teknik gosokan, kolaj, anyaman, tiupan straw, pualaman dan sebagainya menggunakan pelbagai media sama ada kering atau basah.
  • 4. 4 2. APLIKASI GARISAN DALAM PENGHASILAN KARYA Berdasarkan pelbagai jenis dan sifat garisan tersebut, tiga buah hasil karya telah dihasilkan dengan menggunakan jenis-jenis garisan yang pelbagai berdasarkan spesifikasi tersebut : Tema : Karikatur Objek : Manusia Alat : Kertas lukisan Media : Pensil Teknik : Gabungan pelbagai garisan Tema karikatur diplih berdasarkan dari hasil lawatan yang dijalankan ke Galeri Seni. Manakala objek pula ialah manusia yang mana sumbernya mudah diperolehi dan memberikan inspirasi kepada kehidupan. Pemilihan alatan iaitu kertas lukisan adalah mengikut arahan tugasan dan kekemasan adalah dibingkai menggunakan mounting board. Media kering seperti pensil diperbuat daripada campuran grafit dan tanah liat yang mempunyai kekerasan yang berlaianan. Ada dua jenis pensil yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan iaitu pensil mata hitam dan pensil mata warna. Saya memilih media pensil mata hitam kerana ia merupakan alat yang paling penting dan asas dalam lukisan pendidikan seni visual. Ia digunakan untuk melakar asas bentuk atau rupa. Ada berbagai-bagai jenis pensel dalam pasaran pada hari ini. Ia boleh didapati dalam berbagai-bagai gred mengikut kekerasan matanya.
  • 5. 5 Kekerasan mata pensel dinyatakan dengan huruf dan nombor yang terdapat pada batang pensel. Berikut merupakan pengelasan pensel dan fungsinya : Rajah 2 :Jenis kekerasan mata pensel Contoh gred pensel keras adalah dari gred 9H hingga Hdigunakan untuk manghasilkan garisan cerah dan ton pudar manakala 7B hingga 2B mewakili gred pensel jenis lembut pula digunakan untuk menghasilkan 2 jenis ton iaitu untuk pensil B dan 2B digunakan untuk menghasilkan ton sederhana gelap sementara 4B dan 6B untuk menghasilkan ton yang lebih gelap. Selain itu, pensel gred HB adalah dikelaskan sebagai pensel jenis sederhana lembut. Namun dalam lukisan pendidikan seni visual, pensel yang sering digunakan ialah 2H, 2B dan HB. Perbezaan gred pensel membolehkan penggunaannya dibezakan. Pensel HB digunakan untuk menulis huruf-huruf, pensel 2B sesuai membuat lakaran manakala pensel 2H digunakan membina garisan binaan. Pada Lukisan 1, pelbagai jenis garisan digunakan iaitu melibatkan garisan selari, garisan melintang, dan garisan menegak bagi menghasilkan bayang dan bagi menggambarkan jarak yang dekat. Sifat garisan yang digunakan ialah jenis tebal dan kasar. Hanya sedikit kaedah gosokan digunakan terutama pada penghasilan bahagian mata hitam. Rupa kontra diaplikasikan pada bahagian janggut, songkok dan kasut bagi menghasilan rupa postif dan tidak terlalu menekan kepada tona gelap melalui kaedah gosokan. Penghasilan karya ini memerlukan masa yang agak lama dan memerlukan pemerhatian khusus tertutama melibatkan arah cahaya bagi menghasilan karya yang baik. Manakala pada Lukisan 2, jenis garisan yang digunakan adalah lebih kepada garisan melengkung, beralun, nipis dan tebal pada bahagian tertentu terutamanya dalam penghasilan corak pada fabrik yang dipakai serta pada ukiran kerusi kayu. Penggunaan pensil jenis H Keras Sederhana Lembut
  • 6. 6 diaplikasikan pada bahagian kerusi pengantian perempuan bagi menghasilkan ton yang pudar bagi teknik jernih atau lutsinar kesan dari pertindihan tudung yang dipakai. Penghasilan karya ini tidak menggunakan masa yang lama kerana ianya tidak menggunakan banyak teknik lukisan dan penghasilan karya adalah lebih ringkas dengan tidak mengambilkira faktor pencahayaan. Penelitian lebih dilakukan bagi menghasilkan garisan halus untuk penghasilan corak yang lebih kemas serta unsur-unsur lutsinar yang agak sukar. Seterusnya pada Lukisan 3, ianya bnyak menggunakan kaedah gosokan terutamanya pada rambut, tayar dan penghasilan bayanag-bayang. Penggunaan titik cuba diaplikasikan pada bahagian wajah tetapi agak sukar untuk mendapatkan konsitensi saiz titik yang sama. Jenis garisan melintang dan menegak tidak digunakan memandangkan tiada unsur-unsur yang memerlukan sifat-sifat penegasan, keteguhan, ketepatan atau kekuatan. Penghasilan karya ini tidak memerlukan masa yang panjang kerana ianya banyak menggunakan teknik yang sukarmeskipun faktor pengcahayaan diambilkira.
  • 7. 7 3. TEKNIK TEKNIK GARISAN Kualiti garisan ialah mutu garisan yang merujuk kepada garisan yang ditentukan oleh pengkarya dalam menghasilkan sesuatu imej. Kualiti garisan yang dihasilkan dapat mewujudkan pelbagai karakter seperti ekspresif pada imej yang digambarkan seperti ilusi pergerakan pada ilustrasi komik. Kualiti garisan dapat menimbulkan ilusi visual ruang pada sesuatu imej dengan menggunakan kualiti garisan yang lebih tebal bagi menggambarkan kedudukan pada bahagian depan atau lebih dekat. Garisan yang berkualiti dapat dihasilkan melalui teknik melukis garisan iaitu teknik garisan selari, teknik garisan silang, teknik garisan conteng dan teknik titik. a) Teknik Garisan Selari (Hatching) Ia merupakan garisan yang dihasilkan secara lurus dan selari sama ada menyerong atau menegak. Stroke (calitan) garisan yang dihasilkan boleh berukuran panjang atau pendek dengan cara lembut sambil mengawal tekanan pada mata pensil di atas kertas. Jarak antara garisan boleh menghasilkan nilai ton yang berbeza-beza seperti jarak garisan yang jarang dan nipis akan menghasilkan ton cerah. Manakala, garisan bertindan atau rapat- rapat pula akan menghasilkan ton gelap. Ianya dapat dilihat pada Lukisan 1, 2 dan 3 iaitu digunakan bagi membentuk kening. Manakala pada Lukisan 1 juga ianya banyak digunakan untuk menghasilkan ton cerah dan gelap bagi mendapatkan bentuk. b) Teknik Garis Silang (Crosshatching) Teknik silang pangkah ialah teknik yang menggunakan pelbagai arah garisan. Teknik garisan ini juga dikenali sebagai teknik garisan pangkah. Teknik ini lebih tersusun dan lebih kemas. Ianya diaplikasikan di dalam lukisan untuk menampakkan ton, bentuk dan jalinan sesuatu objek. Teknik garis silang mempunyai tiga jenis cara stroke garisan iaitu teknik garisan dalam keadaan menyerong ke kiri dan ditindan dengan garisan menyerong ke kanan, garisan menegak ditindan dengan garisan melintang yang mana teknik-teknik ini akan menghasilkan ton sederhana cerah dan jenis strike yang seterusnya ialah campuran kedua-dua kaedah garisan tersebut yang mana ianya akan menghasilkan ton yang lebih gelap. Ianya banyak digunakan pada Lukisan 1.
  • 8. 8 c) Teknik Garisan Conteng (Scribbling) Teknik garisan conteng merupakan lukisan yang menggunakan pelbagai jenis garisan secara rawak. Teknik ini memerlukan pergerakan tangan pelukis yang sedikit pantas untuk menghasilkan stroke garisan yang bebas, spontan, zig-zag dan nampak berani. Lukisan juga dapat dihasilkan dalam masa yang lebih singkat. Garisan yang terbentuk seperti garisan berpintal-pintal atau bergerigi (zig-zag) kadang kala dalam keadaan terputus-putus atau bersambungan. Garisan ini kadang-kala bertindih-tindih sehingga menghasilkan kesan tekstura berton gelap yang menarik. Hasil lakaran dengan menggunakan teknik ini agak kasar tetapi dapat menampakkan bentuk yang jelas. Teknik ini banyak digunakan pada Lukisan 2. d) Teknik Titik (Stippling) Objek juga boleh dilukis dengan cara menggunakan titik atau dots halus yang sama saiz. Penggunaan pen dakwat mata halus seperti pen teknikal atau magic pen pada permukaan kertas licin adalah media yang terbaik digunakan bagi menghasilkan hasil lukisan yang baik. Ianya berbeza dengan teknik garisan conteng kerana ia memerlukan penumpuan dan mengambil masa yang sangat lama untuk menghasilkan sesebuah lukisan. Kesabaran yang tinggi dan ketekunan diperlukan untuk mengawal saiz titik dan ruang antara titik. Pekara yang paling penting dalam teknik ini ialah ton cerah dan gelap untk menghasilkan sesuatu bentk objek. Titik yang jarang akan menghasilkan ton yang cerah manakala titik yang rapat dan bertindih akan menghasilkan ton gelap. Jika titik bersaiz terlalu besar maka akan terhasil pula kesan tekstura yang agak kasar dan akan menghasilkan lukisan yang kurang berkualiti dan kurang menarik. Saya cuba menggunakan teknik ini pada Lukisan 3 bagi menghasilkan bayang terutamanya pada bahagian muka dan ternyata ianya amat sukar bagi mendapatkan saiz titik yang sama.
  • 9. 9 4. JENIS-JENIS GRAFIK DAN PERANANNYA DALAM MASYARAKAT Rekabentuk grafik ialah proses komunikasi visual yang menggabungkan teks dan ilustrasi yang membentuk logo, grafik, risalah, poster, kulit buku, buletin dan lain-lain lagi. Berdasarkan Kamus Webster Oxford Fajar, grafik diertikan sebagai sesuatu yang berkenaan dengan lambang visual misalnya huruf, gambarajah dan lukisan. Manakala perkataan grafik pula berasal dari Bahasa Greek iaitu graphikos yang membawa maksud boleh melukis dan menulis atau dalam erti kata lainnya grafik adalah paparan visual yang dipersembahkan pada sesuatu permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, batu dan sebagainya. Gambaran visual grafik terhasil dari meringkaskan maklumat atau idea yang biasanya dihasilkan melalui gabungan perkataan, lukisan, perkataan, simbol, ilustrasi dan warna dalam satu hasil karya. Ianya berfungsi sebagai bahan komunikasi yang berkesan dan boleh menyampaikan sesautu maklumat atau mesej kepada penonton. Ianya juga sering dikaitkan dengan komunikasi dan perdgangan yang melibatkan interaksi terus dengan pelanggan, pengguna atau masyarakat. Oleh itu pelbagai reka bentuk grafik boleh dipersembahkan kepada msayarakat sebagai alat komunikasi visual. Jenis-jenis grafik ialah logo, simbol, maskot, poster, grafik persekitaran, pembungkusan, ilustrasi dan tipografi. Berdasarkan jenis-jenis grafik tersebut, lima contoh grafik telah dipilih untuk diolah dan dibincangkan berkenaan mesej dan peranan grafik yang dipamerkan:- a) Logo (DHerbs dan Lancome) Logo merupakan lambang yang dapat mewakili sesbuah syarikat perniagaan, persatuan atau kelab, pertubuhan atau sesuatu aktiviti seperti sukan. Ciri-ciri logo yang baik ialah ringkas, unik dan mudah serta tidak mengelirukan apabila dipandang. Kedua-dua logo tersebut iaitu DHerbs dan Lancome merupakan logo yang baik. Kedua-duanya direka sesuai untuk digunakan pada produk sama ada bersaiz besar atau kecil. Ia juga mengaplikasikan pengunaan satu warna sahaja. Rekabentuk visualnya juga dapat menunjukkan identiti yang tepat bagi mewakili organisasi masing-masing. Perbezaannya ialah logo DHerbs merupakan gabungan iaitu logo yang dihasilkan
  • 10. 10 daripada logo huruf dan logo represntasi. Logo huruf merupakan logo yang menggunakan muka taip atau huruf manakala logo reperentasi ialah logo yang diubahsuai dari imej asal berasaskan objek persekitaran iaitu daun sebagai simbol herba. Manakala Lancome merupakan logo huruf. b) Poster (Iklan filem Mantera) Poster merupakan sebarang kepingan kertas bersaiz besar yang digantung atau ditampal pada dinding atau sebarang permukaan. Poster merupakan satu cara komunikasi visual secara spontan yang boleh menyampaikan sesuatu mesej dalam bentuk dua dimensi. Ia juga merupakan reka bentuk komunikasi visual yang menggabungkan ilustrasi, warna dan perkataan. Contoh poster ini adalah poster berunsurkan pengiklanan iaitu iklan untuk tayangan filem Mantera. Ia merupakan poster yang baik kerana ia dapat menyampaikan idea utama melalui bentuk imej dan tipografi yang ringkas dan ditafsirkan dengan cepat oleh pelanggan. Muka taip yang digunakan adalah ringkas, tepat dan bersesuaian dari segi saiz untuk jarak pembacaan yangsederhana. Penggunaan warna kontras dan warna penggenap dapat menarik perhatian pelanggan untuk membaca maklumat yang dipaparkan. Ia turut memaparkan kapsyen dan ilustrasi yang jelas seperti Manusia Jentera dan ilustrasi robot pada bahagian belakang. Tarikh mula tayangan juga dipamerkan pada saiz dan warna kontra yang baik bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. c) Pembungkusan (Kosmetik Shadira dan Clarins) Pembungkusan merupakan bekas atau alatan yang digunakan untuk memelihara mutu sesuatu benda, barang, komestik atau bahan makanan. Pembungkusan secara tradisional kini semakin diganti dengan kaedah pembungkusan secara moden yang lebih komersial. Ianya juga mampu menjadikan sesuatu produk lebih segar dan lebih tahan lama. Selain itu, ia juga turut ditingkatkan dengan gabungan bidang seni, sains dan teknologi untuk menghasilkan satu ciri perlindungan bagi mengelakkan kerosakan
  • 11. 11 kepada sesuatu produk semasa proses penghantaran, penyimpanan, penjualan atau ketika digunakan oleh pelanggan. Pelbagai jenis bahan pembungkusan moden seperti pembungkusan menggunakan aluminium, kaca, kertas, plastik, polisterin, kayu, tin dan sebagainya. Ianya bergantung kepada saiz produk dan jenis produk sama ada untuk hiasan, makanan, kosmetik dan sebagainya. Contoh pembungkusan yang dipilih ini adalah pembungkusan komestik bagi produk Shadira dan Clarins. Kedua-duanya menggunakan plastik sebagai alat pembungkusan. Elemen penting yang turut digunakan adalah muka taip, ilustrasi warna dan bentuk. Produk Shadira menggunakan elemen warna yang berbeza bagi jenis pengunaan produk yang berbeza. Manakala Clarins menggunakan warna yang sama tetapi bentuk bekas yang berbeza bagi kegunaan produk yang berbeza. d) Ilustrasi (Penerbitan bagi majalah dan buku) Ilustrasi adalah gambaran visual seperti lukisan, catan, fotografi dan lain-lain karya seni yang mengutamakan penghasilan bentuk (Heller & Arisman, 2006). Tujuan utama ilustrasi ialah untuk merakam cerita, sajak atau informasi seperti dari bahan bacaan diterjemah dalam bentuk persembahan visual. Contoh ilustrasi yang dipilih adalah jenis ilustrasi penerbitan iaitu ilustrasi pada muka depan majalah dan buku. Ilustrasi jenis ini mewakili teks yang terkandung di dalam majalah atau buku tersebut. Kesemua muka hadapan majalah dan buku-buku tersebut berjaya menyampaikan mesej kandungan masing-masing. Ianya turut dikuatkan dengan penggunaan muka taip yang terang dan jelas menyampaikan maksud dengan warna dan saiz yang sesuai diikuti dengan foto-foto yang menarik, terang dan cerai mengikut kesesuaian tajuk dan isi kandungan yang ingin disampaikan. e) Tipografi/Muka Taip (Laman Multimedia Web Cryocord) Jenis garfik yang terakhir ini ialah tipografi atau muka taip. Tipografi merupakan perkataan yang berasal dari Greek yang mempunyai dua perkataan itu type yang bermaksud mencoret dan perkataan graphia pula menulis. Secara modennya, tipografi
  • 12. 12 merupakan perkara yang berkaitan dengan reka bentuk, menyusun atur dan mengubahsuai muka taip (Bringhurst, 2004). Tipografi amat penting kerana kebanyakan rekaan grafik menggunakan muka taip. Contohnya poster, ilustrasi, risalah, iklan, laman web dan papan tanda. Pemilihan dan penyusunan muka taip adalah penting agar kelihatan harmoni dan mempunyai kesan visual yang ditetapkan. Jenis-jenis muka taip dikalsifikasikan kepada beberapa kumpulan iaitu muka taip klasik atau serif (Old Style Roman), muka taip roman moden, muka taip skrip dan kursif, muka taip dekoratif, muka taip serif, muka taip sans serif dan muka taip slab serif egyptian. Laman multimedia merupakan contoh grafik yang paling banyak menggunakan muka taip. Contoh yang dipilih ialah laman multimedia Cryocord. Ia merupakan laman multimedia yang menyampaikan pelbagai maklumat perubatan yang melibatkan teks. Penggunaan muka taip jenis sans serif dipilih kerana corak hurufnya yang seragam, tegak dan melintang serta tidak terlalu sukar untuk dibaca seperti muka taip dekoratif, kursif dan klasik. Pembezaan yang digunakan adalah bergantung kepada saiz huruf yang digunakan dan warna. Selain itu, muka taip pada bahagian atas menggunakan muka taip peraga iaitu menggunakan huruf besar, tebal dan kontras sebagai tajuk atau mesej utama. Manakala pada bahagian bawah iaitu untuk penyampaian maklumat muka taip teks menggunakan huruf yang kecil dan lebat sebagai penyampaian makluamat yang lebih terperinci mengenai sesuatu perkara. Penggunaan waran merah pula digunakan sebagai membezakan maklumat yang diperlukan segera seperti nama jenama dan nombor telefon, manakal untu lain-lain maklumat warna hitam digunakan.
  • 13. 13 5. KESIMPULAN Garisan merupakan asas yang paling penting yang boleh dikembangkan dengan lebih luas kepada penggunaan yang lebih penting. Bermula sebagai asas kepada lukisan, garisan juga merupakan elemen utama kepada penggunaan ilustrasi, penulisan, grafik dan sebagainya. Penggunaan asas garisan yang merupakan sebahagian daripada elemen utama di dalam reka bentuk grafik digunakan untuk membahagi ruang dalam rekaan visual. Contohnya untuk membezakan antara imej visual dengan kandungan tipografi (tulisan). Ia juga digunakan untuk mengarah pergerakan mata penonton dalam sesuatu paparan visual dan memberi fokus terhadap sesuatu imej yang dipaparkan. Garisan juga boleh diaplikasikan dengan pelbagai rekaan seperti melengkung dan bersudut serta dapat digunakan sebagai asas intuk merekabentuk imej dalam sesuatu rekaan garfik. Contoh aplikasi garisan terdapat dalam imej grid graf dan bingkai bagi sesuatu paparan imej. Penguasaan penggunaan garisan dan pemahaman disertai pengawalan tangan dan tumpuan dalam menghasilkan sesuatu karya seni merupakan asas yang paling utama.
  • 14. 14 6. RUJUKAN Hassan Mohd Ghazali. (1999). Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan 4 & 5. Shah Alam:Fajar Bakti Sdn. Bhd. Marhanim A. Razak. Mohd. Shahrizal Hj. Dollah. (2014), Teks STPM Seni Visual Penggal 1, 2 & 3, Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kathleen Chee. (2014). Pendidikan Seni Visual Focus SPM Tingkatan 4.5. Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd Horold Osborne. (1981). The Oxford Companion to Art. London:Book Club Assosiates Hamdzun Haron, Jaffri Hanafi, Jamilah Omar. (2014). HBAE4103 Pendidikan Seni Visual I. Seri Kembangan:Open University Malaysia Muhamad Hasan Abdul Rahman. (2001). Grafik Asas: Panduan penghasilan bahan pengajaran. Serdang:Universiti Putra Malaysia Zailani Yaacob, Azimah Abu Samah. (2006). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 & 5. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd. Norazmi Hasshim. (2011). Nota Bimbingan Seni Visual STPM. Johor Bahru:Kilang Envelopes Lautan Sdn. Bhd. Muliyadi Mahamood. (2000). Mendekati Seni Lukis dan Seni Reka. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Heller, S. & Arisman, M. (2006). Teaching Ilustration. New York: Allworth Press
  • 15. 15